BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 7 July 2009

Hari-hari yang dilalui seorang pesakit...

Mulai saat itu aku perlu menjaga dan berhati-hati dalam mengambil ubat dan makanan. aku pun kurang faham dan arif apa kaitan makanan dengan hati. Apabila paras ALT (kompenan dalam darah)tinggi, bila aku makan ketam dan peria, aku akan mengalami kesakitan dibahagian kanan abdomen selepas 4 jam makanan di hadamkan. Mula-mula aku tak sedar kenapa aku selalu sakit selepas makan dua jenis makanan ini, sehingga seorang doktor pakar di bahagian perubatan memaklumkan pada aku.

Peria dan ketam mempunyai sejenis kimia yang aku tidak boleh terima. Begitu juga dengan buah noni (nama tradisional mengkudu) lingzhi, aku tak boleh makan. Akan menggangu fungsi hati.

Kesakitan makin kerap aku rasakan, tapi bila tiap kali aku pergi buat pemeriksaan darah bagi ujian hati, akau tidak pernah diberi ubat untuk menyembuhkan sakit hati melainkan hanya 'pain killer' sahaja. Parasnya kesihatan nhati makin merosot. Lama-lama aku jadi malas untuk buat ujian fungsi hati setiap 6 bulan kerana memikirkan, tiada ubat yang diberikan untuk merawat kerosakkan hati. Kalau buat ujian pun, aku hanya diberi tahu tahap kerosakkan, yang akan membuat hati aku jadi lebih dukacita.

0 comments: