BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 7 July 2009

Hari yang dilalui seorang pesakit

Lama akau terhenti menulis catatan seorang pesakit ini. Kesibukkan , masa yang terhad, menguruskan anak-anak ke sekolah menyebabkan hampir aku tiada masa untuk berehat.

Sambungan dari catatan (36) Re: Hari-hari yang dilalui seorang pesakit... ).
Sekembalinya suami ku dari mengerjakan umrah bersama anak sulung ku, aku tidak dibenarkan terus belajar memandu kerana kuatir, pendarahan di awal kandungan akan menyebabkan aku akan mengalami keguguran. Aku banyak berehat untuk memastikan kandungan selamat dan stabil.

Apabila kandungan telah melepasi 20 minggu, aku mula aktif semula, ligat sebagai ketua sebuah organisasi di sekolah. Datang sekolah sebelum jam 7 pagi, tetapi balik jam 7 petang. banya kerja yang perlu dibuat selaku seorang ketua yang meminati dn mencintai kerjayanya. Aku tidak pernah menganggap kerja yang diarahkan oleh pentadbir sebagai bebanan, sebaliknya aku menanggapnya sebagai tanggung jawap.

Apa bila kandungan aku mencapai 36 minggu, aku di kehendaki menghadiri kursus peringkat kebangsaan oraganisasi yang aku ketuai. Kursus dan Bengkel ini berlangsung di Kuala Terengganu selama seminggu. Memandangkan suami pun sibuk dan suami pun perlu melakukan kerja luar di Perlis, maka aku pergi ke Kuala Terengganu hanya menaiki bas
seorang diri. alhamdullilah, aku selamat.Selama seminggu di KT, perserta lain kagum dgn diri ku yang masih kuat bergerak dan aktif dalam penglibatan program, pada hal kandungan aku sudah cukup bulan dan kandungan yang ke10!.

Selepas seminggu berkursus, aku perlu pula mengadakan kursus di peringkat negeri. Memangil peserta di peringkat daerah untuk diberi tunjuk ajar dan bimbingan sesautu yang maklumat baru yang aku perolehi semasa kursus peringkat kebangsaan. Masa ini kandungan aku telah mnecapai usia 39 minggu. Semasa mendaftra di Hotel Seri Malaysia , JB,aku bawa sekali barang keperluan untuk ibu bersalin dan bayi. Mana tahu, ketika aku sibuk sebagai urusetia, akan tiba masa untuk beranak. jadi aku buat persiapan awal.

Alhamdullilah kursus selesai, hari Jumaat 28 Jun 2002. Aku segera balik ke rumah kerana esoknya di sekolah aku terlibat dalam satu AJK Hari KO-KQ. Aku datang seperti biasa, tiba jam 10 pagi aku merasai kelainan. MUngkin migrain, dan aku telefon suami minta dijemput awal sebelum progam berakhir kerana ingin ke Klinik. Tiba di Klinik , pemeriksaan dibuat,
doktor mengarahkan supaya aku segera ke hospital. Dengan segala surat rujukan, aku bawa ke hospital, namum aku mahu singgah di rumah dahulu untuk menagbil keprluan diri dan bayi. Bila tiba di rumah, aku yang kepenatan, terus saja berbaring dan tertidur. Bial dah petang rasa malas pula mahu terus ke Hospital Aku tangguhkan hingga ke pagi Ahad
baru pergi.

Sebaik sampai di Unit Kecemasan, akau dibawa ke Unit saringan, bila doktor yang memeriksa itu terbaca surat rujukan klinik dan tarikh nya adalah semalam, aku ditegur... "kenapa lewat datang?" Mujur tiada apa yang berlaku mlm tadi.Aku cuma diam, dan terus doktor merekodkan dan memberi arahan aku perlu daftar wad segera. Sebaik tinggal di wad
aku mulai diperiksa secara rapi. Kebetulan kali ini, agaknya aku penat, maka aku kurang bertanya, adakah sesuatu kelainan pada kesihatan tubuh ku.

Tiba esoknya, 1 Julai 2002, aku mengalami vertiago, mata berpinar seperti ada bintang...
Melihat keadaan darah aku yang jadi tidak stabil, doktor terus mengarahkan aku dihantar ke Unit Rawatan Rapi serta dibuat persediaan untuk menjalani pembedahan ceasarian untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan bagi menyelamatk anaku. Doktor bimbang aku akan mengalami keradangan otak. Selepas pembedahan berakhir, aku terus di tempatkan di ICU.
Kuasa yang pencipta, walau di ICU, aku sebenarnya masih sedar dan tahu diri aku di mana. Hati aku tetap tidak lekang dengan pergantungan dan harapan dengan Allah.

Aku berjaya melepasi 24 jam masa kritikal, dan ditempatkan wad biasa kelas 1.Selepas 48 jam melahirkan anak, baru itu kali pertama akau menatap wajahnya. Anak aku ini sebaik dilahirkan , telah diberi satu suntikan khas, apabila doktor mendapati anak aku bebas dari virus HepB + yang telah lama aku hidapi. Inilah keajaiban yang dikurniakan Allah,
hanya 10% sahaja bayi yang dikandung oleh ibu yang ada virus HepB tidak mewarisi. Anak aku ini tergolongan yang 10% terhindar kerana pertolongan dan kasih sayang Allah.

Virus HepB + ini yang sebenar merosakkan hati aku. Sebelum ini, pada tahun 2000, aku pernah jalani Biopsy Liver. setelah aku beransur sihat, aku di benarkan pulang selepas 8 hari dirawat di HSAJB.

0 comments: