BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 31 October 2009

Anak Istimewa - Autisme

Entri hari ini berkaitan dengan mendidik anak-anak istimewa, autisme. Selama 5 tahun ummi bersama mereka di SMKTUN. Kerana rasa ingin melakukan sesuatu buat bekal di akhirat nanti, ummi telah membuat keputusan mengejut dalam diri ummi sendiri.

Sebenarnya memang tidak pernah terlintas difikiran yang suatu hari nanti ummi akan mengajar dan mendidik insan-insan istimewa ini. Bersama mereka, ummi dapat merasai kebahagiaan dan kasih sayang yang tulus dihati mereka.

Selepas peperiksaan SPM diumumkan, ummi terus memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Memang cita-cita dari kecik suka menjadi guru, maka ummi memohon kursus pendidikan di dua buah universiti tempatan. Aku pilih UTM dan UPM. Kedua-dua permohonan ini, ummi sempat dipanggil untuk melalui temuduga. Namun akhirnya ummi memilih untuk melanjutkan pelajaran di UTM, Jalan Gurney,Kuala Lumpur dalam bidang Integrasi Sains Serta Pendidikan, pengkhususan Fizik, Kimia dan Matematik.

Setelah tamat pengajian dengan memperolehi diploma , ummi ditawarkan untuk meneruskan hingga ke sarjana muda, tetapi ummi menolak kerana sedang hamil anak kedua. Setelah 3 tahun menganggur, barulah ummi dipostingkan ke sebuah sekolah di Kulai, Johor. Ummi berada di sekolah pertama ini selama 5 tahun, sebelum bertukar ke sekolah kedua di Taman Universiti, Skudai.

Ummi berada di sekolah SMKTUN ini selama 15 tahun. 10 tahun pertama berada di sini, ummi dilantik mengetuai organisasi pusat sumber sekolah. Semua yang berkaitan buku, peralatan ABM, APD, multimedia dan alat siar raya sekolah di bawah kawalan dan penyeliaan ummi. Subjek yang ummi ajar selama berada di sekolah ini hanyalah geografi tingkatan 3. Ramai juga tertanya-tanya bagaimana seorang guru geografi mampu mengendalikan alat siar raya sekolah. Sebaiknya yang mengendalikan alat siar raya ini adalah guru Fizik dan paling kurang guru sains.

Sebenarnya mereka tidak tahu kelulusan asal ummi di universiti dulu disebabkan ummi lebih banyak masa mengajar geografi. Bila dimaklumkan pengkhususan ummi semasa di universiti, barulah mereka faham. Memang bidang yang ummi ceburi ini berbeza dari ilmu yang dituntut semasa di universiti. Namun kerana minat dan merasakan ia satu tanggungjawap, maka segala berkaitan pusat sumber, buku, peralatan multi media, siar raya dan juga subjek geografi ummi belajar dari A-Z. Pengetahuan ummi zero, namun dengan kesungguhan ummi untuk menunaikan amanah, ummi pelajari tiap perkara dengan lapang dada dan hati terbuka.

Ummi jalani berbagai kursus, ummi pergi ke sekolah lain untuk bertanya, menuntut ilmu untuk menguruskan sebuah perpustakaan dan pusat sumber. Langsung ummi tidak malu untuk belajar dan bertanya pada sesiapa sahaja yang sudi untuk memberi tunjuk ajar. Ummi sering membuat lawatan ke sekolah-sekolah contoh dan pusat sumber negeri.

Memang tidak ummi sangka, dengan minat yang tinggi, dan sokongan zauj terhadap kerjaya ini, komitment ummi sendiri terhadap pusat sumber dan perpustakaan, ummi merasai kepuasan. Ummi lebih banyak berinteraksi dengan benda tidak bernyawa disamping pustakawan yang rajin membantu, sehingga hubungan ummi dengan mereka erat dan mesra.

Di ketika kemuncak ummi berada di organisasi pusat sumber sekolah, dan ummi sendiri telah di berikan kursus sehingga peringkat kebangsaan , pernah menghadiri kursus Literasi Maklumat oleh KPM, tiba -tiba ummi menukar haluan ke arah pendidikan khas.

Suatu hari, selepas solat zohor, tiba-tiba ada lintasan hati datang, menyebut pendidikan khas. Mulanya ummi tidak ambik hirau, tetapi suara hati menyebut pendidikan khas ini makin kerap, maka dalam diam , ummi pergi berjumpa dengan PK 1 sekolah, mohon dihantar berkursus pendidikan khas. (Ingatlah, bila datangnya lintasan atau suara hati menyuruh kearah kebaikan, maka bersegeralah ambil perhatian dan bertindak, ia cuma datang sekali sahaja.)

Sebulan selepas itu, ummi dipanggil menjalani kursus asas untuk mendidik anak-anak istimewa. Dalam kursus itu, ummi didedahkan dengan teknik dan kaedah , mengenalpasti anak-anak istimewa. Namun semua itu teori sahaja. Pengalaman sebagai guru biasa di kelas normal banyak membantu ummi dalam mendidik anak-anak istimewa ini .

Pada tahun berikutnya, 1 Januari 2005, ummi dilantik menjadi guru Pendidikan Khas untuk mengajar anak-anak istimewa. Rupanya kebahagiaan yang ummi temui bila berada disini. Walaupun perlu kesabaran yang tinggi bila bersama mereka tetapi hati ummi sentiasa lapang dan tenang. Bahagia mendidik makhluk Allah yang bertaraf wali, kerana mereka diturunkan ke dunia tanpa dosa hanya untuk menguji para keluarga,guru, sahabat, jiran tetangga dan saudara mara. Pendek kata mereka dijadikan untuk menguji insan sempurna seperti kita.

Ada berbagai kategori anak-anak istimewa ini, down sindrom, autisme, hyperaktif, william sindrom, mental retanded, palsy celebral dan slow leaner. Entri ini ummi khaskan bercerita berkaitan anak autisme. Anak-anak istimewa ini semuanya sangat rapat dengan guru-guru.

Mendidik anak istimewa autisme memang memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.Kita sukar untuk berkomunikasi dengan mereka. Mereka tidak memiliki perasaan,hidup dalam dunia tersendiri yang mereka cipta. Kita perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk memahami kehendak mereka.Perlu membuat pemerhatian bagaimana untuk tackle mereka agar mahu menurut didikan yang ingin kita ajar.

Kadang kala mereka bertindak diluar dugaan kita,bertindak spontan dan tingkah laku jadi aggerasif apabila mereka diganggu oleh pelajar lain.Perlu memberi tumpuan individu apabila mendidik mereka untuk menulis dan menurut apa yang hendak kita ajar.


Mengajar anak-anak istimewa membuat croshtich,
satu kumpulan cuma 5 orang sahaja.


Disamping itu kita juga perlu memerhatikan bakat yang mereka miliki, apa yang mereka minat,agar mudah mengajar dan mendidik mereka. Contohnya, seorang pelajar autisme ummi mempunyai bakat dalam kerja seni,samada jahitan croshtich atau menggulung kertas untuk dibuat bakul atau kraf tangan. Cuma kita perlu memperuntukkan masa yang lama untuk mengajar mereka membuatnya.Kerja yang mereka buat sangat teliti dan kemas.


Ada antara anak autisme yang ummi ajar mempunyai keistimewaan boleh menyebut nama hari yang betul jika kita sebut suatu tarikh. Kita boleh pilih apa saja tarikh kedepan atau kebelakang dalam tempoh 50 tahun. Setiap tarikh yg kita beri,jawapan hari yang dia sebut mesti betul. Dia bukan ada jadual atau pun kiraan matematik pun.bila ditanya pada pakar,rupanya memang ada autisme memiliki keistimewaan ini. Jadi jangan kita pandang rendah kekurangan mereka kerana dalam kekurangan itu mereka dikurniaan keistimewaan oleh Yang Maha Perkasa.

Yang seorang lagi anak istimewa yang ummi didik mempunyai kelebihan dalam pengiraan umur. Dia ni rajin bertanya setiap orang yang ditemui,bilakah tarikh lahir. Lepas tu dengan pantas dia sebut umur orang tu dalam masa tak sampai 5 saat. Dah ramai orang yang menguji dia, termasuk ahli matematik.Pakar pun kata keistimewaan ini anugerah Tuhan. Rupanya dalam kekurangan ada kelebihan...

Teringat 4 tahun lepas, masa hari lahir 4 Februari 2005,bila kawan-kawan dari bilik guru buat surprised,datang ke kelas pendidikan khas bawa kek dalam kotak,coklat ,bunga dan hadiah.

Masa tu ada seorang anak autisme yang baru seminggu masuk daftar.Ummi pun belum lagi dapat mengenali perwatakan nya secara dekat lagi.Pelajarnya tidak berkomunikasi dengan sesiapa pun,tidak mahu berkawan, pendiam kerana tidak boleh bercakap, dan suka menyendiri.

Tiba-tiba bila nampak kek dan hadiah yang dibawa oleh kawan-kawan ummi, dia melompat dan bertepuk tangan,terus merampas hadiah dan dikoyakkan pembalut hadiah tersebut. Bunga dihancurkan. Lepas tu dia nak kek pulak, oleh kerana takut dia hancurkan kek tu, seperti bunga, ada pelajar lain larikan kek tu bawa keluar kelas. Dia mengamuk dan meronta-ronta menghentakkan kepalanya ke dinding sambil meraung-raung tanpa butiran perkataan.Dia mengamuk mencederakan diri sendiri.

Terkejutnya ummi, itulah pertama kali berhadapan anak autisme yang kronik.Di pujuk tak mahu, ummi peluk,tapi rupanya,walau pun perempuan, dia lagi kuat dari ummi. Masa tu ummi pakai gelang kristal pun direntapnya sampai putus. Kerana tak dapat mengawal keadaan dia,ibu bapa terpaksa dipanggil.

Diceritakan pada ibu bapanya, baru tahu bahawa anak ini tidak boleh lihat benda dalam kotak dan berbungkus. Bila nampak dia akan jadi aggesif. Tak tahu kenapa jadi begitu, mungkin ada sejarah masa lalunya. Tapi ibu bapanya tak mahu cerita punca dia jadi begitu. Selepas tu ibu bapanya bertindak memberhentikan nya dari sekolah.Sebagai guru, kami tidak mampu berbuat apa-apa jika itu tindakan ibu bapa. Kalau dilihat pada rupa paras,tak siapa tahu kekurangannya kerana rupanya sangat cantik,ayu dengan wajah kacukan. Tapi tiada siapa tahu rahsia Allah.

Semalam seorang anak autisme + hyperaktif,bernama Muaz Umair berusia 16 tahun,asyik bertanya;

" cikgu, mahram tu apa?"

" Muaz Umair, mahram tu mcm mak,kakak,nenek dan untie".

"Boleh pegang, ye cikgu"

" ye, muaz"

"muaz tak boleh pegang dan salam cikgu tau,
kita bukan mahram."


" cikgu, anjing tu haram ye?"

" ye, Muaz"

"boleh pegang anjing?"

"tak boleh, Muaz, anjing haram"

"pegang manusia,boleh tak cikgu?"

"manusia boleh pegang,manusia halal"

"Oooo...macamtu saya boleh la pegang cikgu,cikgu kan manusia,halal"

"yang haram, anjing"

"????"

apa ummi nak cakap lagi?
cara bercakap dgn mereka mesti lembut,
kena panggil nama penuh...
cuba baca dan panggil nama mereka dengan lembut,ada tona...
begitu lah cara mendidik mereka...
walaupun mereka ada kekurangan, mereka juga ada kelebihan untuk berfikir.
tapi mereka berfikir ikut logik.
Itulah kekurangan dan itu lah juga kelebihan.

Sekian untuk kali ini...


Sedang mengajar anak-anak istimewa memasang langsir yang telah dicuci. Mereka juga diajar cara membasuh pakaian menggunakan mesin basuh, menyidai pakaian dan mengosok menggunakan sterika. Mereka juga diajar memsak makanan yang simple dan mudah disediakan seperti masak nasi, membuat sandwich dan mengoreng telor.


Impianku menjadi isteri solehah

Friday 30 October 2009

Menguruskan kewangan keluarga.

Dalam tangisan merindu dan bermonolog dengan kekasih, sesungguhnya hanya DIA yang mendengar dan mengetahui isi hati ini. Setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi. Bila perkara dah berlalu baru lah tahu dan nampak hikmahnya. Sebab itu jika perkara belum berlaku, kita pun tidak tahu mana yang baik, kita perlu memohon izin dan petunjuk kepada yang Maha Mengetahui.

Dia yang memiliki arasy ya
ng tinggi, sesuai dengan doa ini, yang ku hafal setiap hari dan ku lafaz berkali-kali dalam sehari bagi memantapkan iman , menambah kecekalan , ketabahan dan kesabaran dalam diri agar terus bersemangat dan berserah padaNYA.


Maha suci Allah,
Sepenuh timbangan,
Sejauh ilmu,
Sebanyak keredhaan,
Setimbang Arasy,
Tidak ada tempat berl
epas dan bersandar,
hanya kepada Allah yang Maha suci,
Allah Yang Tunggal dan tiada yang sejodoh denganNya,
Yang kuasa hanya Engkau Yang Maha Tinggi dan Maha Besar,
Cukuplah Engkau tempat ku berpegang,
Engkau sebaik-baik tempat ku berpegang
dan tempat ku mem
inta pertolongan.

Tidak ada apa yang kucita-citakan lagi dalam hidup ini melainkan

Impianku menjadi isteri solehah






Menguruskan kewangan keluarga.

Nampak mudah namun bila dah ada duit selepu
k ditangan, jika tiada iman di dada, memang semua benda yang dilihat dan dihajat akan dicapai.Sebenarnya mengurus kewangan keluarga memerlukan kemahiran secara praktikal , bukannya secara teori seperti dalam bilik kuliah.

Bagaimana aku yang tidak pernah mempelajari teori pengurusan kewangan ini. Hanya tahu mengira setakat matematik sahaja. Jadi guruku adalah pengalaman dan pemerhatian.

Peringkat awal, seperti juga orang berniaga, ada jatuh bangun ada untung rugi.
Jadi masa mula berumah tangga, kali pertama dapat gaji selepas bernikah , apabila suami balik rumah menyerahkan selonggok duit ketanganku. Apa yang aku nak buat?

Dari sinilah aku belajar untuk mengagihkan kemana wang itu mahu dibelanjakan agar bermanafaat hasilnya bukan untuk di dunia sahaja, tetapi berpanjangan hingga ke akhirat.
Syukur pada Allah, aku berjaya mengurus kewangan keluarga ,dari nilai wang yang sdikit semakin meningkat jumlahnya, begitu juga kadar perbelanjaan juga semakin meningkat dengan bertambahnya ahli keluarga.

Perlu bijak dalam membeli barang antara yang penting, yang utama dan yang keperluan. Di sini yang menilai mana yang penting, utama dan keperluan adalah diri kita sendiri. Orang lain tak boleh bantu sebab yang nak gunakan barang itu ialah diri dan keluarga kita.

Contohnya mudah sahaja, antara mesin basuh dengan sterika, mana yang utama, keperluan dan kepentingan?


Selain membelanjakan untuk keluarga sendiri, yang paling utama diingat ialah, wang untuk ibu bapa. Bila dapat sahaja gaji, ketepikan dulu awal-awal duit untuk ibu bapa (utamakan ibu bapa suami, jika ada baki boleh untuk ibu bapa isteri).Kenapa ibu bapa suami? Sebab duit tu duit suami, aku belum bekerja masa itu, masih belajar. Ibu bapa suami adalah menjadi tanggung jawap suami untuk membantu mereka. Selepas ketepi duit untuk mereka, baki yang ada itulah untuk perbelanjaan keluarga.

Samada nak belanja semua atau nak menyimpan. Dan yang jadi milik kita hanya yang kita belanjakan pada masa itu.
Maksud dibelanjakan ialah kita guna untuk keperluan rumahtangga, makan minum keluarga, kenderaan, hutang(rasanya semua orang ada hutang, tak kira hutang lama sebelum kahwin iaitu hutang masa belajar atau hutang semasa) dan juga infaq.

Kita mesti masukkan dalam perbelanjaan keluarga adalah untuk berinfaq. Bukan zakat, sebab nak berzakat macamana duit tu tak cukup nisab dan tempoh haulnya.Lainlah kalau perniagaan atau penyimpanan duit dalam bank.


Banyak lagi nak cerita bab pengurusan kewangan keluarga ni, tapi cukup berenti setakat ni, dulu kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk duduk menaip dengan lama. Ini cuma mukaddimah je baru.


Batuk makin kuat, dada makin sakit, tekak makin perit, semoga Allah meringankan kesakitan ku ini. Amin...



Thursday 29 October 2009

Telur tiruan di China

Entri kali ini lain dari biasa, selalu asyik cerita hal-hal kekeluargaan, tapi hari ini saya ingin mendedahkan sesuatu yang mungkin tidak terjangkau akal untuk merekaciptanya. Telur tiruan!
Mungkin kerana duit, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi keuntungan walaupun terpaksa menjual maruah, harga diri dan kepercayaan temasuk menjual nyawa manusia. Mungkin anggapan mereka nyawa itu terlalu murah harganya.

Pendedahan ini dibuat adalah untuk menjaga kemaslahatan manusia, jangan kita mudah terpedaya dengan tipudaya manusia yang berhati syaitan. Bukan lah niat pendedahan ini untuk merugikan satu pihak yang lain.

Ikutilah...


Telur Tiruan (Fake Eggs)


Telur ayam tiruan dari Negara China merbahaya untuk kesihatan

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi perhatian di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah mendedahkan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang telah menggemparkan dan menyebabkan kerisauan sebahagian besar penduduk Republik Korea.

Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumentasi berjudul, “Hidup tanpa produk-produk buatan China.” Dalam program tersebut menelusuri kehidupan tiga keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang maharajalela di China, acara ini telah menarik perhatian Republik Korea.

Bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat?

’Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

’Kuning telur’ dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida. Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.

“Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.

Kos untuk membuat telor tiruan itu jauh lebih murah, hanya lebih kurang 0,55 yuan (0,07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0,8 dolar AS.)

Bahan utama dalam telur-telur buatan tersebut adalah bahan tambahan makanan, getah damar, kanji, pengeras, dan pigmen-pigmen. Kandungan yang berlebihan atas bahan-bahan tersebut akan merosak perut dan menyebabkan gejala-gejala seperti kehilangan ingatan dan keterlambatan mental, dll.


Berhati-hati la, ni telor pun boleh dibuat di makmal. (telor tiruan). China semua boleh buat….



Manufacturing fake eggs


In China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.


Step 1 modulation of raw materials

Using 7 kinds of chemical materials, see pic below

Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.


Step 2 egg production
Raw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die,

the egg appears on the film been announced.

The 'yolk' is shaped in the round mould.
'Magic water' containing calcium chloride is used.

Step 3 fake egg shape
In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.

By adding a yellow pigment ang become raw egg yolk.

Step 4
Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak , You're done.

Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg,
which are then left to dry.

Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile
and break easily but who cares!!
Look so real

Many small bubbles is formed during frying the egg
but not many people can tell the difference.
The egg look exactly the same, and the eggs taste better
than real but you are adding to the statistic of food poisoning person.

The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true eggs’ market price is 5.6 Yuan/kg.

Cases of problem foods and food poisoning are widely reported in Mainland China over the last few years. In 2001, there were 185 cases of food poisoning, affecting about 15,715 people and causing 146 deaths. The cases doubled in 2002. In 2003, the number of reported cases was ten times more than that in 2001, and the number of people suffered was as high as 29,660, including 262 deaths Now In Sept 2008 Nearly 53,000 Chinese children sick from contaminated milk; 4 have died


Tuesday 27 October 2009

Sakit dan Kesakitan

Hari ini masih belum sihat, batuk pun teruk lagi. Disebab batuk yang kuat hingga menyebabkan kesakitan dibahagian abdomen, terpaksa minum juga ubat batuk yang zauj ambik dari Klinik. Dah minum petang tadi, rasa mengantuk lah pula. Sudahnya laptop ni on saja tapi tak der tuannya.


Lepas tu ntah macamana malam ni mencari maklumat tentang fatwa , jumpa pula satu slide show mengenai Fiqh Bio Perubatan. Bagus juga untuk dijadikan rujukan.

Tidak ada seorang pun yang inginkan kesakitan (ujian dalam bentuk sakit). Apabila ditimpa sakit, seboleh-bolehnya akan dicari ubat berkesan dengan seberapa segera. Sebaliknya Allah suka kepada hamba-hambaNya yang sakit serta dapat pula mengambil peluang semasa sakitnya untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Bukan terhad kepada dirinya sendiri sahaja, malah seluruh manusia yang berurusan dan berkaitan dengannya termasuklah kaum keluarga (yang dekat maupun yang jauh) jiran-jiran sehingga kepada ahli masyarakat yang lain.



Impianku menjadi isteri solehah

Fiqh Perubatan Islam


Hukum menggunakan ubat dari sumber yang haram:




Ujian Tetap Ada

APABILA seseorang itu tiba-tiba mendapat kesusahan, kegagalan dalam perkara tertentu atau ditimpa musibah berat dalam kehidupan, mereka menganggap Allah sudah tidak sayangkan mereka. Lebih jauh daripada itu, ada berani mengatakan Allah telah berlaku zalim kerana diberikan kesusahan.

Anggapan demikian tidak benar. Mereka tidak sepatutnya berprasangka tidak baik terhadap Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya.

Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)

Sebenarnya jika ada kepayahan dan kegagalan berdepan dengan sesuatu perkara yang mungkin membuat kita kecewa dan putus asa, itu adalah pengajaran. Ada sesuatu yang perlu kita renungkan dan sekali gus pelajari daripada kepayahan atau kegagalan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.




Selagi dinamakan hidup, ujian belum berakhir, banyak cerita dan banyak dugaan. segala paparan di topik ini bukanlah meraih simpati tapi sekadar berkongsi cerita dan pengalaman, agar bila kita rasa di uji, kita akan melihat ada orang lain yang lebih hebat ujiannya dan dia tetap tabah, sabar dan kuat serta redha .

Jadikan kesakitan dan penyakit yang didatangkan pada kita itu sebagai anugerah, redha dan sabar. Jangan sesekali kita merintih dan mengeluh, sebaliknya berdoalah agar Allah jadikan kita hamba yang redha di atas segala apa yang ditakdirkan kepada oleh Allah itu.

Namun selagi dinamakan manusia, dan mungkin Allah mahu mengangkat darjat seseorang di sisiNYA, sekali lagi aku di uji apabila usia bayi bongsu aku 1 tahun. Kali ini ujian yang datang lagi hebat dari sebelumnya. Jika sebelum ini, aku di uji dengan sakit fizikal yang boleh dilihat dengan mata dan diuji di makmal melalui ujian-ujian darah, tapi kali ini aku diuji dengan sakit dalaman yang cuma mata melihat tetapi tidak dapat membantu.

JIka di lihat kronologi keadaan diri dan peristiwa yang berlaku, untuk aku menolak yang aku terkena ilmu hitam agak sukar juga. Beberapa peristiwa aneh yang berlaku semasa aku sakit , masa ini aku ibarat mayat hidup sahaja, ingatan hilang selama 5 bulan. Bab ini aku hanya cerita berdasarkan apa yang suami dan anak-anak sampaikan. Hari pertama aku sakit, aku ditemui pengsan oleh suami ketika mahu menyuruh aku solat zuhur. Bila aku dapat disedarkan , suami suruh solat zuhur, aku dipimpin ke bilik air untuk berwuduk. Suami merasa hairan kenapa aku tidak tahu berwuduk. Lepas itu, suami suruh aku solat, tapi aku menangis, dan tidak mampu untuk mengangkat takbiratul ihram. Suami dah rasa pelik.

Terus suami memanggil sahabat-sahabat Darus Syifa'. Keadaan aku makin teruk, antara sedar dengan tidak, aku tidka bercakap lagi. Menjadi seorang yang pendiam. Tidak pandai makan sendiri, tidak pandai mandi, tidka pandai memakai pakaian dan semuanya suami yang menguruskan. Aku dimandikan, disuapkan makan, diberikan minum dan dipakaikan baju oleh suami. Suami ambil cuti untuk menguruskan aku dan anak-anak. Ada masa aku menangis dan ketawa. Bila malam aku tidak tidur. Beberapa kejadian aneh berlaku ketika ini.

Hari ke 3 aku sakit begitu, suami menemui 3 ekor kucing mati di depan pintu dapur rumah. Kucing itu di tutup dengan kotak polisterin putih di depan pintu dapur, dalam pagar kawasan rumah. Ketiga-tiga ekor kucing ini berwarna hitam. Hari ke 4, ditemui burung warna hitam mati di atas tangga di pintu belakang rumah juga. Hari ke 5, ditemui anjing warna hitam pula mati di depan pagar rumah. Dalam tempoh ini, aku sering bermimpi, padahal aku tidak tidur, kata suami, aku bercerita dibawa ke satu tempat yang asing, jauh dan samada menemui mayat, jumpa orang berkafan dan jumpa patung kayu diri aku. Setiap kali aku bermimpi, di akhir mimpi , pasti aku akan menemui air dan dipimpin balik oleh seorang sahabat baik aku.

Mimpi -mimpi aku ni pelik kata suami. Suami jadi tahu kerana, bila aku dapat tidur, walaupun sekejap, pasti aku tidur seakan mengigau dan suami aku akan tanya kenapa. Dan tiap kali keadaan itu berlaku, aku akan bercerita apa yang aku jumpa dalam mimpi itu. Selain aku diberi rawatan Darus Syifa aku juga diberikan rawatan perubatan islam secara aura dan rawatan perubatan Islam Manarah. Aku juga dibawa mendapatkan rawatan Psikatri di HSAJB. Disebabkan aku adalah kakitangan kerajaan , maka aku perlu mendapat cuti secara mengikut procedur yang betul. Suami aku yang uruskan semua ini. Tiap kali ada temu janji di Jabatan Psiaktri, suami aku yang bawa. Dia tidak malu pun, jika orang kata isterinya sakit jiwa, sebab suami tahu apa jenis yag dialami oleh isterinya.

Lagi pun doktor pakar psiaktri yang merawat aku pun ada memberikan cadangan pada suami , perlu aku ini diubati secara alternatif. Pihaknya akan bekerjasama untuk memberikan sijil cuti sakit selama mana aku dalam masih keadaan begitu dan diberikan rawatan. Banyak lagi kejadian aneh berlaku. Salah satu perubatan, (suami aku tidak percaya bomoh, dukun atau pawang) dimaklumkan aku ini terkena sihir membunuh. Sebenarnya banyak lagi haiwan-haiwan mati ditemui disekitar rumah aku dalam tempoh aku sakit itu. Bola api ( yang sebenarnya syaitan) yang dihantar dengan tujuan untuk membunuh aku, tetapi tidak dapat masuk ke dalam rumah, sebab itu haiwan-haiwan bernyawa lain yang kebetulan berada berhampiran rumah aku terkena bola api itu dan mati. Memang sepanjang tempoh aku sakit, suami tidak benarkan aku keluar rumah. Dan memang jelas berbeza jika aku ini mengalami sakit jiwa, pasti aku akan memberontak jika kebebasan aku di sekat atau kehendak aku dilarang.Tapi semasa aku sakit, aku jadi pasif, diam , menurut kata dan tidak pernah memberontak. Aku hanya duduk mendiamkan diri sahaja.

Pernah suatu malam, tiba-tiba, kamar tidur kami, berbau sangat busuk, suami aku terus melaungkan azan,bau itu beransur-ansur hilang. Pernah juga ketika maghrib, tanpa disedari aku membuka pintu balkoni di kamar tidur, tiba-tiba suami nampak satu makhluk hitam yang besar menerpa masuk. Terus suami membaca ayat qursi,dan manzil. Makhluk itu menhilangkan diri. Pada malam berikutnya, di kamar tidur itu dibacakan ayat al-Fill sebanyak 1000 kali secara beramai-ramai. Manzil dibaca setiap hari oleh anak-anak dan suami.

Pernah aku dibawa berjalan semasa sakit, ada kawan yang hadir pada masa itu melihat belakang aku ada makhluk yang mengikut kemana aku pergi. Memang masa aku sakit, aku rasa seperti di intai orang. Aku juga sering mendengar suara, yang perubatan moden kata halusinasi. Tetaapi aku tidak menurut apa yang disuruh. Cuma aku tidak boleh melihat senjata, samada pisau ,parang atau gunting. Bila melihat senjata itu, aku seperti teruja untuk mengambil , menggunakan sepeti seorang pahlawan untuk membunuh. Suami memang berhati-hati dengan perkara ini.

Bagaimana akhirnya aku sembuh, aku sendiri tidak tahu dan sedar, perubatan terakhir yang suami ikhtiarkan ialah mandi air campuran tujuh kolah dari masjid berbeza. Saranan ini diberikan oleh seorang tok guru dari Terengganu, minta ambil air dari 7 kolah dan dibacakan yasin dan manzil. Bukan senang mahu cari air kolah masjid, air bekas wuduk para jemaah sebelum solat Jumaat. Sekarang ini, kebanyakkan masjid telah gunakan air paip, jadi memang susah nak cari masjid yang masih gunakan kolah. Mesti dari 7 masjid pula tu. Namun kerana mahu melihat isterinya sembuh, suami aku tetap berusaha mencarinya hingga ke Melaka, Terengganu, Kedah, Perak. Setelah dapat air dari tujuh kolah itu, suami pun membacakan Ayat yassin dan manzil . Dimandikan aku selama beberapa hari.

Setelah seminggu , baru suami nampak perubahan diri aku, yang mula berselera makan, bersolat tidak lagi perlu dipimpin. Selama aku sakit itu, rupanya solat aku dijaga oleh suami, agar aku tidak terlalai. Aku sering dibacakan Al-Quran ketika aku tidur. Bila aku sedar, aku seseolah seperti baru bangun dari lena yang panjang. Bila aku lihat kalender, rupanya aku kehilangan masa selama hampir 5 bulan. Ketika aku ditemui pengsan ialah pada 18 Ogos 2003, aku tersedar sepenuhnya ialah pada 28 Disember 2003. Dan untuk aku pulih sepenuhnya bukan mengambil masa yang singkat, sebab dalam tempoh hampir 5 bulan itu, perwatakkan aku bertukar dan yang amat ketara, ingatan aku juga hilang. Aku jadi seperti pelupa samada lupa apda wajah orang atau lupa pada ayat atau perkataan untuk diucapkan.

Proses pemulihan ini sahaja mengambil masa selama hampir 1 tahun. Anak-anak mengadu, mereka seperti kehilangan ummi. Mereka merindui ummi mereka walaupun hakikatnya aku ujud depan mereka. Untuk aku pulih seperti hari ini, (keadaan hari ini sama seperti aku sebelum sakit ) mengambil masa 3 tahun. Syukur, anak-anak amat memahami keadaan ketika aku sakit dahulu.Mereka lah yang membantu ayah mereka menjaga dan menguruskan aku .

Dan ujian Allah belum berakhir selagi nyawa dikandung badan. Dugaan sakit ini , makin membuatkan aku kental dan tabah. Jangan fikir, walaupun kita sering bangun bertahajud, Allah tidak menguji kita. Sebenarnya, ketika sakit itulah Allah makin dekat dengan kita. Aku seperti disayangi dan dikasihi Allah. Bila aku sembuh, kawan -kawan ada menceritakan apa yang suami aku nyatakan pada mereka, membuat aku rasa cukup terharu dan menghargai pengorbanan suami ku ini. Sebab itu kasih sayang kami adalah disimpulkan oleh Allah. Cinta kami di dalam rahmat ,kasih sayang dan redha Allah.



Impianku menjadi isteri solehah

Demam Denggi lagi

Cerita ini sambungan dari Hari-hari yang dilalui seorang pesakit (7.7.2009),nak sambung semula ni.Lama aku terhenti menulis catatan seorang pesakit ini. Kesibukkan , masa yang terhad, menguruskan anak-anak ke sekolah menyebabkan hampir aku tiada masa untuk berehat. Awal-awal catatan hari tu aku tulis ketika masih di wad,maka adaalah banyak entri boleh aku tulis.

Sekembalinya suami ku dari mengerjakan umrah bersama anak sulung ku, aku tidak dibenarkan terus belajar memandu kerana kuatir, pendarahan di awal kandungan akan menyebabkan aku akan mengalami keguguran. Aku banyak berehat untuk memastikan kandungan selamat dan stabil.

Apabila kandungan telah melepasi 20 minggu, aku mula aktif semula, ligat sebagai ketua sebuah organisasi di sekolah. Datang sekolah sebelum jam 7 pagi, tetapi balik jam 7 petang. banya kerja yang perlu dibuat selaku seorang ketua yang meminati dan mencintai kerjayanya. Aku tidak pernah menganggap kerja yang diarahkan oleh pentadbir sebagai bebanan, sebaliknya aku menanggapnya sebagai tanggung jawap.

Apa bila kandungan aku mencapai 36 minggu, aku di kehendaki menghadiri kursus Literasi dan Maklumat Pusat Sumber , anjuran Bahagian Teknologi Pendidkian ,KPM ,peringkat kebangsaan . Kursus dan Bengkel ini berlangsung di Kuala Terengganu selama seminggu. Memandangkan suami pun sibuk dan suami pun perlu melakukan kerja luar di Perlis, temuduga pengambilan pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam kawasan Utara maka aku pergi ke Kuala Terengganu hanya menaiki bas berseorang diri. Alhamdullilah, aku selamat.Selama seminggu di KT, perserta lain kagum dgn diri ku yang masih kuat bergerak dan aktif dalam penglibatan program, pada hal kandungan aku sudah cukup bulan dan kandungan ini merupakan kandungan yang ke10.

Selepas seminggu berkursus, aku perlu pula mengadakan kursus di peringkat negeri. Memanggil peserta di peringkat daerah seluruh Negeri Johor untuk diberi tunjuk ajar dan bimbingan sesuatu yang maklumat baru yang aku perolehi semasa kursus peringkat kebangsaan. Masa ini kandungan aku telah mencapai usia 39 minggu. Semasa mendaftar di Hotel Seri Malaysia , JB, aku bawa sekali barang-barang keperluan untuk ibu bersalin dan bayi. Mana tahu, ketika aku sibuk sebagai urusetia, akan tiba masa untuk beranak. Jadi aku buat persiapan awal,lagi pun Hotel Seri Malaysia ni dah dekat dengan hospital besar.

Alhamdullilah kursus selesai, hari Jumaat 28 Jun 2002. Aku segera balik ke rumah kerana esoknya di sekolah aku terlibat dengan Hari KO-KQ,unit PA System.Selama 10 tahun aku di sekolah ini, peralatan siaraya sekolah adalah dibawah tanggungjawap aku. Aku datang seperti biasa, tiba-tiba jam 10 pagi aku merasai kelainan. Aku mengalami migrain,mungkin kerana penat seminggu berkursus belum pun hilang dah disambung kerja di sekolah,segera aku telefon suami minta dijemput awal sebelum progam berakhir kerana ingin ke Klinik. Tiba di Klinik , pemeriksaan dibuat, doktor mengarahkan supaya aku segera ke hospital. Dengan segala surat rujukan, suami terus menghantar ke hospital, namum aku mahu singgah di rumah dahulu untuk mengambil keperluan diri dan bayi. Bila tiba di rumah, aku yang kepenatan, terus saja berbaring dan tertidur. Bila dah petang rasa malas pula mahu terus ke hospital. Aku tangguhkan hingga ke pagi Ahad baru pergi.

Esok paginya, hari Ahad, sebaik sampai di Unit Kecemasan, akau dibawa ke Unit saringan bersalin, bila doktor yang memeriksa itu terbaca surat rujukan klinik dan tarikh nya adalah semalam, aku ditegur... "kenapa lewat datang?" Mujur tiada apa yang berlaku mlm tadi. Aku cuma diam, dan terus doktor merekodkan dan memberi arahan aku perlu daftar wad segera. Sebaik tinggal di wad aku mulai diperiksa secara rapi. Kebetulan kali ini, agaknya aku penat, maka aku kurang bertanya, adakah sesuatu kelainan pada kesihatan tubuh ku.

Tiba esoknya, 1 Julai 2002, aku mengalami vertiago, mata berpinar seperti ada bintang...

Melihat keadaan darah aku yang jadi tidak stabil, doktor terus mengarahkan aku dihantar ke Unit Rawatan Rapi serta dibuat persediaan untuk menjalani pembedahan ceasarian untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan bagi menyelamatkan aku. Doktor bimbang aku akan mengalami keradangan otak. Selepas pembedahan berakhir, aku terus di tempatkan di ICU. Aku melahirkan anak lelaki,pada 2 Julai 2002, diberikan nama Muhammad Imran. Kuasa yang pencipta, walau di ICU,aku sebenarnya masih sedar dan tahu diri aku di mana. Hati aku tetap tidak lekang dengan pergantungan dan harapan dengan Allah.

Aku berjaya melepasi 24 jam masa kritikal, dan ditempatkan wad biasa kelas 1.Selepas 48 jam melahirkan anak, baru itu kali pertama aku menatap wajahnya. Anak aku ini sebaik dilahirkan , telah diberi satu suntikan khas, apabila doktor mendapati anak aku bebas dari virus HepB + yang telah lama aku hidapi. Inilah keajaiban yang dikurniakan Allah, hanya 10% sahaja bayi yang dikandung oleh ibu yang ada virus HepB tidak mewarisi. Anak aku ini tergolongan yang 10% terhindar kerana pertolongan dan kasih sayang Allah.

Virus HepB + ini yang sebenar merosakkan hati aku. Sebelum ini, pada tahun 2000, aku pernah jalani Biopsy Liver. Setelah aku beransur sihat, aku di benarkan pulang selepas 8 hari dirawat di HSAJB.

Sampai di rumah pada petang itu,aku berehat sambil menyusukan anak. Kebetulan pula pembantu rumah juga tidak sihat, maka keadaan rumah tidak terurus dengan baik. Keesokkan harinya,ketika di rumah aku dapati jahitan bekas pembedahan csesarian itu terbuka. Banyak air dan darah keluar melalui celah -celah jahitan itu. Jahitan itu terbuka dgn sendirinya. Suami bawa aku ke Pusat Rawatan UTM, dan luka ini perlu di buat "dressing" setiap hari. Maka berulang alik lah aku setiap hari dari rumah ke Pusat Rawatan.

Bila usia anak aku 21 hari, aku mengalami demam pada kadar suhu yang tinggi.Badan menggigil dan mula tidak berselera makan. Aku rasa pelik, demam lagi kah aku ni? Silap makan atau serangan sakit lain. Muka pucat dan badan lemah. Oleh kerana luka pembedahan perlu dicuci setiap hari, maka ketika aku ke Pusat Rawatan di UTM, doktor telah mengambil sample darah bila aku beritahu ketika itu aku demam. Selama 5 hari darah aku diambil setiap hari dan dilakukan saringan platlet, di dapati bila dibuat bandingan, paras platlet menurun. Pada hari ke 6, melalui ujian darah, juruanalisis darah makmal telah menemui virus denggi dalam darah yang meyebab platlet menurun. Oh...kiranya aku diserang virus denggi sekali lagi.

Aku terkedu, terfana dengan dugaan Allah kali ini. Dengan bayi yang masih merah berusia 26 hari, aku dikehendaki mendaftar masuk wad di HSAJB bagi menjalani rawatan. Kali ini pun sama, aku mendapat demam denggi berdarah. Platlet perlu dimasukkan ke dalam tubuh untuk membantu platlet yang makin menurun kerana dimusnahkan oleh virus denggi.

"Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus)."

Jika di hitung hari aku mula demam, Jumaat, Hari Isnin berikutnya,mula menjalani ujian darah hingga hari Jumaat, disahkan demam denggi bila ujian darah di makmal menemui virus denggi. Di arah masuk wad pada hari berkenaan, tapi aku tidak masuk wad. Aku rasa, terlalu lemah pada kali ini, pasrah dan terasa seperti tidak dapat meneruskan hidup lagi. Aku beri kata putus pada suami, sekiranya aku masih bernyawa pada hari Isnin, barulah aku di bawa ke hospital. Aku seseolah merasakan ajal aku telah sampai kerana dalam tempoh tidak sampai sebulan, berbagai dugaan kesakitan aku alami. Aku hilang keyakinan dan kekuatan serta semangat untuk hidup. Bila aku tidak mahu ke hospital, suami aku telah memisahkan bayi yang berusia 27 hari itu dari aku, bayi ini menyusu ibu, maka takut kiranya virus yang ada di dalam tubuh aku mengalir masuk dalam air susu yang dihisap oleh bayi kecil ini.

Selama 2 hari aku tidak dibenarkan menyusukan bayi, suami memisahkan bayi dari aku sebab aku menolak untuk menerima rawatan di hospital. Hingga pagi Isnin, aku masih bernyawa, suami menuntut janji, aku dibawa ke hospital. bayi di tinggalkan dirumah bersama-sama dengan pembantu rumah. Di wad, aku diberi rawatan dengan menambah platlet dan drip air. Bila malam , suami datang bawa bayi, dan doktor membenarkan aku menyusukan bayi semula.

Setelah beberapa hari menjalani rawatan, pendarahan luka pembedahan beransur sembuh, paras platlet dan bilangan kuantiti darah putih menurun, aku dibenarkan pulang. Umur ku masih ada. Allah cuma mahu menguji. Aku mula muhasabah diri, kiranya walaupun kritikal mana sakit ku,jika ajal belum sampai, sakaratul maut tidka akan datang menjemput.

Sejak dari inilah , aku mula tabah dan kuat dengan ujian dan dugaan Allah. Tidak menyerah diri dengan penyakit. Biar ap jebis dugaan penyakit datang, aku akan terima, lalui diiringi usahah dan ikhtiar agar rasa sakit tidak dirasai. Aku menjadi seorang penyabar , cekal, tabah, kuat dan bersemangat untuk hidup dalam keceriaan.

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud “Adakah manusia menghitung mereka akan ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka mengaku beriman (kepada Allah) sedang mereka tidak diuji? Maka Kami telah uji mereka (umat) yang terdahulu maka sesungguhnya dengan itu Allah mengetahui orang-orang yang benar dan yang dusta”.


Impianku menjadi isteri solehah

Monday 26 October 2009

Cucu Opah

Anak adalah permata hati ibu dan bapanya. Dengan saya, ini cucu yang menjadi intan payung pula. Selalu menjadi teman saya sejak bayi kerana ibu Naemah jauh di rantauan. Sebulan selepas dilahirkan, ayah Naemah mengajar di Sarawak, ibu Naemah meneruskan pengajian Tamhidi Perubatan di USIM.

Setiap minggu Naemah jumpa ibu untuk ambik susu ibu yang diperah setiap hari dan disejukbekukan di tempat ibunya belajar. Walau pun Naemah tidak dapat tinggal dengan ibunya, tetapi Naemah tetap dapat menyusu susu ibu melalui kaedah dan teknik penyimpanan sejuk beku. Hari -hari ibu Naemah memerah susu ibu ke dalam botol susu dan disimpan ditempat pembekuan, menumpang peti sejuk beku sebuah cafetaria di kawasan apartment Nilai 3.

Bila petang Jumaat, saya bersama zauj dengan Naemah akan ke Nilai untuk Naemah menyusu susu ibunya. Dan bila hari Ahad saya balik ke rumah di Johor Bahru, bawa balik semua stok susu ibu yang masih beku dan dimasukkan ke dalam tong ais agar tetap beku untuk disimpan di rumah sehingga habis digunakan. 2 jam sebelum penyusuan , susu beku ini akan dikeluarkan, dan 1/2 jam sebelum penyusuan, susu ini diremdam ke dalam air panas. Menggunakan teknik dan kaedah ini memerlukan banyak botol susu, sebab setiap kali pemerahan susu, digunakan untuk sekali kadar penyusuan.

Begitulah rutin hidup Naemah sehingga berusia 1 tahun. Selepas itu, ayah naemah dah dapat berpindah ke Semenanjung, dan Naemah tinggal bersama ayahnya bila waktu malam.

Kaedah penyusuan begini hanya berjaya jika minda dan keinginan seorang ibu mahu menyusukan anaknya, walaupun anaknya berada jauh darinya. Kedua , mesti dapat sokongan ahli keluarga untuk membantu menjayakan keinginan seorang ibu yang mahu menyusukan anak dengan susu ibu. Sebab itu di dalam post saya di Laman Baitul Muslim, saya menulis jika seorang anak berkahwin ketika belajar, disamping bijak menguruskan masa, sokongan keluarga amat penting .

Bila jodoh dah sampai tiada siapa dapat menolak. Mungkin juga telah tersurat, keturunan saya ini kebanyakkannya berkahwin awal,arwah mak kahwin ketika usia 15 tahun, saya berkahwin ketika usia 19 tahun dan ibu Naemah berkahwin ketika usia 17 tahun. Ibu Naemah berkahwin sebaik sahaja selepas peperiksaan SPM tamat.

Sewaktu peperiksaan SPM baru seminggu bermula, tiba-tiba ibu Naemah dipinang orang, 3 dalam 1, terus bertunang dan membincangkan tarikh bernikah. Kiranya ibu Naemah cuma bertunang selama 3 minggu.

Ayah dan Ibu Naemah tidak pernah berkawan sebelum bertunang, hanya saya dan zauj kenali ayah Naemah sebagai seorang pelajar kursus Sarjana Muda Pengajian Islam di sebuah IPTA. Masa di tahun akhir pengajian, beliau melamar ibu Naemah kepada kami. Masa itu ibu Naemah masih ditingkatan 5 dan memang tidak kenal pun beliau. Ketika peperiksaan SPM baru seminggu berlangsug, baru beliau datang membawa ibu bapanya meminang, terus kami membuat sedikit majlis kecil bertunang dan diikuti perbincangan untuk walimah dalam tempoh 3 minggu kemudiannya.

Kenapa pihak lelaki mohon bernikah awal, sebab sementara menunggu keputusan SPM, boleh mereka tinggal bersama-sama kerana dalam ikrar sebelum bertunang, didepan saya dan zauj dan di depan ayah ibu beliau, telah berjanji jika anak perempuan kami mendapat keputusan peperiksaan SPM yang baik dan berpeluang untuk melanjutkkan pelajaran, beliau perlu mengizinkan. Alhamdullilah, anak kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPMnya dan ditawarkan memasuki sebuah IPTA tempatan dalam bidang perubatan.

Semasa mendaftar pengajian, anak kami sedang hamil 7 bulan. Namun kegigihan serta pengorbanan semua pihak, saya, zauj, ibu dan ayah Naemah, kesukaran dapat diatasi. Pengorbanan ketika ini, adalah pengorbanan untuk mengatasi rasa rindu. Memang hanya orang yang kuat dapat melaluinya. Setelah berjauhan, seorang di Sarawak dan seorang di Nilai, mereka ini ibarat orang bercinta. cinta selepas bernikah, asyik dan mengasyikkan. Ada peluang mereka akan melepaskan rindu dendam.

Doaku semoga semua anak-anak ku mendapat jodoh yang baik disisi Allah dan dikurniakan kerukunan, kedamaian, ketenangan, keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan dalam rumah tangga mereka hingga akhir hayat membawa keakhirat.

Dalam apa jua keadaan dugaan dan ujian memang ada, maka aku berdoa agar anak-anak ku terus sabar, tabah dankuat menghadapi cabaran dan ujian hidup.

Berikut adalah paparan intan payungku, permata hati ayah bonda Nurul Naemah.


Nurul naimah ketika berusia 1 tahun 3 bulan, dah pandai berjalan, di tepi tasik UTM


Nurul Naimah berusia 8 bulan, belum pandia berjalan sendiri


Nurul Naimah berusia 10 bulan


Nurul Naimah berusia 9 bulan


Berusia 9 bulan


Ini namanya 'pukong' teknik dan kadah orang banjar menidurkan anak


'Pukong' orang banjar
bayi rasa seperti dipeluk sahaja, jika terus dibuai, akan tertidur dalam kadar yang lama


Nurul Naemah berusia 6 bulan


Nurul Naemah berusia 4 bulan



Nurul Naemah 3 bulan


Nurul Naemah berusia berusia 1 bulan


Nurul Naemah mahu mandi, mandi di singki sahaja


Nurul Naemah berusia 14 jam selepas di lahirkan
dilahirkan di HSAJB, jam 11.35 malam




Nurul Naemah sejurus dilahirkan , selepas dimandi dan di azankan oleh ayahnya




Impianku menjadi isteri solehah

Kenapa bayi perlu diBedung

Hari ini memang tak sihat, dah 2 hari macam ni, batuk, sakit tekak dan asyik bersin.Kalau bersin berpanjangan, tu lah tanda kesihatan terjejas. Setiap kali kalau bersin segala urat saraf disekitar perut rasa sakit. Kena pegang lemak-lemak di sekitar perut, agar rasa sakit di bahagian dalam abdomen kurang sakitnya. Sebenarnya aku tak faham , apa kaitan bersin dengan urat -urat saraf di abdomen terutama di bahagian perut.


Tak apalah, sabar sahaja. Dua hari lepas, Jasrul dengan Huzaimahwati datang ziarah, bawa bayi mereka yang baru berumur 43 hari. Huzaimahwati bersalin waktu bulan Ramadhan hari tu. Bersalin di Hospital Penawar Pasir Gudang. Selepas bersalin, tak sempat aku nak berziarah, dah di bawa balik ke kampung di Banting, Selangor.

Masuk sahaja di dalam rumah, dan di sua nya bayi kecik tu pada aku, maka mulalah aku memberikan ceramah percuma pada mereka. Nasib lah, nak buat camana. Mana aku tidak meleteri mereka, bayi tu baru berumur 43 hari, bawa pergi berjalan , naik kereta ada aircornd, cuma pakai baju siglet lubang-lubang dengan seluar pendek yang nipis. Tak ada topi , kepala terdedah begitu sahaja.

Terus aku ambik kain batik buat bedungan pada bayi tu, dan tunjuk caranya pada mereka berdua. Teringat aku, aku dulu lagilah muda dari mereka ni, tidak pula langsung tak ada ilmu dalam menguruskan bayi kecik. Bukan lah aku nak suruh berpantang macam orang tua-tua zaman dulu, tapi mana yang baik dan bermanafaat, boleh diikuti .

Pantang larang orang tua-tua, teknik dan kaedah menjaga bayi baru lahir oelh orang tua-tua banyak kebaikkannya. lagi pun tidak bertentangan dengan syariat Islam pun. Kenapa bayi perlu dibedung masa kecik? Terutama lepas mandi dan nak tidur?

Bila bayi dibedung, mereka akan rasa seseolah dipeluk, rasa panas dan selesa. Jadi mereka akan tidur lena. Bayi yang tidak dibedung kerap terjaga tidurnya dan selalu terkejut-kejut waktu tidor. Ni contoh gambar jika bayi tidor di bedung dengan tidak dibedung.



Bayi tidur lena bila dibedung



Bayi tidor tanpa dibedung
Kalau macam ni tidurnya, dengan terkankang, bayi mudah terkejut dan tersedar


Memang aku tahu, ramai menganggap petua orang zaman dulu tidak payah lagi dikut. Anggapan mereka, kalau bayi dibedung, menyebabkan bayi jadi tidak aktif. Sebenarnya, ketika bayi berusia, kurang 3 bulan , waktu tidur mereka adalah lebih kurang 18 ke 20 jam. tujuan mereka tidor, adalah untuk pembesaran tubuh badan.


Nampak ni, kalau dibedung tidornya akan lena.Umur bayi dah 4 bulan pun bila tidur mesti nak berbedung. Menurut ibunya, kalau berbedung macam ni waktu malam, tidurnya lena sehingga 12jam. Bila rasa lapar dia merengek, dan bila di beri susu, akan bersambunglah semula tidurnya.

Kenapa bayi perlu di bedung??
~supaya bayi tak terperanjat masa tidur(terperanjat dari bunyi bising dalam & luar rumah)
~supaya bayi nyenyak tido..
~supaya bayi rasa selamat..(baby akan rasa cam dalam perut kalau kita bedung dia..)
~supaya bayi tak sejuk
~supaya bayi tak cakar or gosok2 muka dengan tangan...

Cuma orang tua-tua saja kata ..."kalau tak dibedung budak nya, nanti dah besar jalan kengkang"...sejauh manakah kebenarannya, aku pun tidak pasti.




Jika sekiranya tak ada kain yang cukup besar nak bedung bayi, dan bayi tu pun dah agak besar, gunkan dua helai lampin seperti dalam gambar di atas ni. Sehelai bungkus dibadan, sehelai untuk bungkus dibahagian kaki. Gunakan sapu tangan untuk dijadi tali buat ikat kaki. Ikat kaki ni, ikut keadaan lah, kalau bayi dah lena ikatan kaki tu bolehlah di longgarkan. Tujuan di ikat supaya kakinya lurus .

Berbalik semula kepada bayi Jasrul tadi, aku tunjukkan cara mandi bayi yang betul, kalau lepas mandi perlu disapukan perut, tapak kaki, tapak tangan dan ubun-ubun dnegan minyak telon agar bayi dijauhkan dari kembong perut. Tak tahu, kenapa mereka ni tidak sapu minyak, adakah tidak tahu atau dan tak ada sapa yang nak beritahu. Ingatkan mereka balik kampung sehingga sebulan tu, dapatlah tunjuk ajar dari mak dan mak mentua. Mereka balik kampung lama kerana kebetulan Jasrul sedang cuti belajar buat M.A di UTM.

Masa datang tu, barut pun tak dipakaikan pada bayi kecik tu. Ini diberikan tips yang betul cara penjagaan bayi baru lahir.

TIPS PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

1.Cuci pakaian yang baru dibeli atau yang lama untuk mengelakkan kuman/bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.

2.Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk dada.

3.Selepas mandi lapkan tali pusat bayi hingga kering kemudian disapu dengan ubat yang diberikan doktor.

4.Kemudian sapukan minyak telon/gamat ke perut, ari-ari , betis, belakang dan tapak kaki bayi kerana minyak ini boleh menghangatkan bayi selepas mandi dan mengelakkan dari bayi kembung.

5.Pakaikan barut bayi ikat dengan kemas jangan terlalu ketat kerana boleh menyebabkan perut bayi sakit.

6.Bagi ibu-ibu yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah kerana ia boleh merengsa atau terjadinya ruam lampin.

7.Selepas itu, pakaikan pakaian kepada bayi anda. Jangan biarkan bayi dalam kesejukan.

8.Rebus/rendam botol susu bayi anda ke dalam air panas untuk mematikan kuman/bakteria yang terdapat di botol tersebut.

9.Puting botol susu bayi hendaklah sentiasa digantikan selalu untuk mengelakkan bayi terkena ulser mulut.

Sampai di sini sahaja entri kali ni, rasa tak selesa duduk lama menaip dalam keadaan tidak sihat. Dada ni rasa berdenyut-denyut saja. Jumpa lain kali, semoga kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga: ”Apakah kata hamba-Ku?” Malaikat menjawab: ”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” (at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)


Impianku menjadi isteri solehah

Saturday 24 October 2009

Nostalgia bersama Halaqahnet





Generasi Ke 2

Banner -banner Halaqah dibuat oleh adeq_Fauzy



Generasi ke 3











Logo Rasmi Pertama Halaqah





Logo Rasmi kedua Halaqah














Logo Halaqah untuk beberapa produk yang dirancang
tetapi belum dihasilkan , Dicipta oleh Saiful Bahri



Pengasas Halaqahnet Ustaz Alhaudhie