BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 24 October 2009

Bagaimana Anda Bertemu Dengan Halaqah.Net?

Mengimbas kembali Halaqah V1,

Satelah hampir setahun hanya duduk dikerusi roda,tidak dapat kemana-mana, teman setia hanyalah al-quran,buku-buku, dan sebuah laptop, dengan dialah saya tersenyum, dengan dialah saya ketawa. Untuk mengharap sahabat taulan, saudara mara,anak-anak, selalu mendampingi saya,tidak mungkin kerana masing-masing ada urusan kehidupan sendiri, anak-anak perlu menuntut ilmu, suami dan sahabat-sahabat perlu bekerja mencari rezeki, saudara mara jauh di utara, maka saya perlu mengisi masa dalam kehidupan seharian sendiri.

Dengan pergerakkan yang terbatas,apa yang mampu dilakukan? Hospital menjadi rumah kedua. Mujurlah ada laptop teman setia, seperti nyawa kehidupan...

Semasa menjelajah web Darus Syifa, ternampak jemputan ke Halaqah.net,terus mendaftar. Kehidupan semakin berwarna, dan telah tekad di hati,biarlah baki usia yang ada ini, untuk beramal jariah bersama halaqah.net. Hanya jalan dakwah begini yang mampu saya lakukan sekarang. Sekira lama tidak akitf, tiada pula khabar berita, maka sedekahkan Al-Fatihah buat saya ya. ~~~ Posted by Ummi Munaliza pada: March 07, 2009, 08:49:26 AM »


Impianku menjadi isteri solehah

2 comments:

Hijrahkan_Hati said...

Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali...
Ummi...Saya berbangga adanya insan seperti ummi yang sanngup melakukan apa yang terbaik untuk keluarga dan ummah. Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Teruskan usaha dalam mendapat redha Allah.

Back to topic...Kelakar...saya jumpa halaqah.net semasa saya mencari resepi chicken chop@lamb chop... saya sendiri dah lupa...

masa first time masuk forum... nak menitik air mata saya...ada lagi forum sebegini dalam dunia ni...huhu...terus terpaut dan register...sebelum ni saya aktif forumer jugak..tapi dilaman yang lain.

Ummi Munaliza said...

Terima kasih Hijrah_Hati. Musafir kita kat dunia ni bukan lama mana pun. Bekal apa kita nak bawa ke tempat kekal abadi kalau bukan sesuatu perkara yang Allah redhai.


Maka lakukan lah apa saja asalkan perkara yang kita buat itu Allah redha dan rahmati.