BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 15 December 2009

FB, FS dapat untung Juta-Juta,kita dapat Apa?

Sedih bertandang di hati ini bila lihat orang non-muslim gunakan kemudahan internet untuk tujuan ilmiah , tetapi orang melayu terutama anak-anak muda gunakan kemudahan internet untuk tujuan main game.

Qoute dari Kak Long Hati 15/12/2009 12:26:25 amTu yg saya heran....org Islam bukak FB utk main game yg ntah apa2...
Tp org lain dok buat diskusi ilmiah...
Mana la kita tak selalu ketinggalan


Apa nak jadi dengan generasi muda kita hari ini?

Sekarang ini terdapat berbagai laman interaksi di internet seperti friendster, facebook, multiply, tags, sonico, flixter dan lain-lain yang sewaktu dengan nya.

Melalui laman-laman ini, syarikat yang mengusahakan dapat untung juta-juta, kita yang guna dapat apa?

Baru-baru ini facebook mengeluarkan kenyataannya, penggunanya meningkat sehingga 240 juta orang.Dan angka ini terus meningkat dari setahun ke setahun.

BAGAIMANA FACEBOOK MENDAPAT KEUNTUNGAN?

Pendapatan utama facebook datang daripada iklan yang banyak dipaparkan.Iklan yang terdapat dalam facebook mempunyai sistem yang berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost per click) sekali klik $0.50.Jika di dalam masa satu hari ada 1,000 orang yang klik pada iklan itu maka facebook akan memperoleh pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan.Kiralah sendiri jumlahnya.

Jika itu jumlah wang yang diperolehi, anda boleh bayangkan berapa pula disalirkan untuk membiayai peperangan di Ghaza. Lebih malang lagi,sebahagian keuntungan itu disumbangkan oleh orang islam. Dengan klik saja pada facebook, kita turut sama menjadi pembunuh orang palestin, saudara seislam kita di Gaza.Dengan mudah, tanpa kita sedari, dalam jihad kita memerangi Israel laknat yang membunuh saudara kita disana, kita juga salah seorang yang membantu kaum laknatullah ini membunuh!

Ada yang mendakwa, melalui FB boleh berdakwah...

Facebook sebagai laman untuk berdakwah?"Sebab tu la jika berFB pun kita kena mainkn peranan berdakwah juga..medan dah disediakn...manfaatkn sebaik mungkin...
Post la artikel2 dakwah..video2 dakwah...ceramah2...
Jangan kita dok leka dgn hiburan je....
Berhibur tak salah...tapi pada2 la...
"


Hati kecil ni berkata benarkah?


Ummi Munaliza
Ntah lah, kena lah buat kajian sapa-sapa yang kata facebook sebagai medan dakwah. Berapa ramai yang tersedar dan insaf melalui facebook. Apa kata kita kembangkan halaqah.net ini agar menjadi medan dakwah yang mantap. Hebahkan pada kawan-kawan,tak kira muslim atau non-muslim, kita bantu halaqah agar terus berkembang.

Wajah buku yang mengambarkan wajah cernaan apa yang berliku di hati manusia di paparkan di wajah buku itu. Hanya hati itu yang tahu niat dan keinginan dipaparkan dalam wajah buku itu.

Sejauh mana keberkesanan facebook sebagai medan berdakwah?



Kalam_Sufi
sebelum ni saya boleh dikategorikan dengan pengguna tegar facebook
niat asal buka akaun facebook kononnya nak jadikan medan dakwah,
tapi sebaliknya yang terjadi saya leka dengan facebook..saya yang "didakwahkan"
misi dakwah saya hanya seperti angin bertiup sahaja, sepintas lalu.

atau

alhaudhie
Sebenarnya hati kecil yang membisikkan... betulkah boleh dijadikan medan da'wah ataupun sekadar melepaskan nafsu jahat dengan sulaman benang da'wah. Hati kecil anda lebih tahu... pakaian apakah yang mampu anda jahit dan pakai.


Untuk berdakwah di alam maya bukanlah mudah, jika hanya berharap dapat melakukan sahaja , tidak akan kemana. Seperti yang diluahkan oleh ustaz alhaudhie...

alhaudhie"Harapan sahaja tidak cukup,

Ilmu, Wang, Masa, Keinginan, Keikhlasan

Namun sekadar meluahkan harapan... bijak pandai Muslim serata dunia takkan takder yang sehebat Mark Zuckerberg untuk mencipta program yang serupa dengan facebook.. yang lebih menjuruskan kepada mencinta Allaah dan Rasulnya di samping mengikat ikatan ukhuwwah Islamiyyah.

Kekayaan negara umat Islam takkan tak boleh merialisasikan hasrat untuk mengikuti peredaran zaman supaya dilihat dapat memenuhi hasrat dan perubahan zaman.

Rasanya kita ramai pakar IT setanding Mark Zuckerberg, kita mempunyai dana dan boleh disalurkan sedikit untuk menyaingi mereka... bahkan boleh menewaskan mereka degan izin Allaah swt.

Tetapi semuanya tinggal harapan... numun penuh berharap dan masih berharap.

Mungkin boleh dan tidak mustahil.... dibina HQbook..."


Ummi Munaliza
"Ya...semoga apa yang ingin kita impikan akan jadi kenyataan, biar tidak setanding namun memberi pilihan kepada generasi akan datang, mungkin kita tidak nampak hari ini, insyaAllah, Allah SWT akan membantu kita yang memang ingin berjuang , memohon sepenuh harapan kepada Allah SWT."


An-nisa
hati saya memberontak bila tahu kita dimanipulasi pihak yahudi..saya terkilan..dalam pada menggunakan fb sebagai medium purhubungan,secara tak langsung saya antara salah seorang daripada ribuan umat islam yang membunuh saudara saya sendiri di Palestin..Allah..


Ummi Munaliza
Dalam buletin Utama Malam tadi ada di siarkan keuntungan yang diperolehi oleh friendster yang sekarang diambil alih oleh MOL. Setiap 1% pengguna telah menyumbang 10% keuntungan syarikat. Keuntungan yang diperolehi syarikat adalah sebanyak US $ 50 juta sebulan. Friendster mempunyai 115 juta pengguna, kiralah betapa banyak keuntungan yang mereka perolehi...

Kemana wang begini banyak yang mereka perolehi di sumbangkan?
Fikir-fikirkan lah...

Buletin Utama TV3

Jadi apa yang perlu anda buat sekarang ini dengan facebook, friendster, dan lain-lain laman yang anda rasa dapat gunakan sebagai jalan untuk berdakwah? Fikirkan sendiri...

Lihat manafaatnya pada agama, umat Islam , diri sendiri, dan keluarga ? Adakah benar-benar membantu untuk meninggikan syiar Islam, memantapkan aqeedah manusia, memperbaiki akhlak manusia dan menjalin ukhuwwah sejagat?

Impianku menjadi isteri solehah

0 comments: