BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 11 February 2010

Mula belajar Berjalan Sendiri.



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, Insya Allah niat yang baik dan suci hamba2Nya sentiasa menjadi tempat jatuh pandangan Allah pada hamba tersebut. Harapan yang benar yang diiringi kesungguhan yang murni akan membawa kepada terbukanya pintu2 Rahmat Allah.


Hari ini adalah hari ke 10 ummi mendapat rawatan di HSAJB. Catatan semalam, selepas lawatan oleh doktor Pakar Bius, ummi perlu menangangi kesakitan secara semula jadi. Maka pemberian 'cecair morphine' telah dihentikan. Ummi akan diberikan 'pain killer' secara oral. Tablet atau kapsul yang dimakan mengikut jadual.

Namun keberkesananya lambat dan tidak sekuat mana. Kesakitan dan bisa berdenyut-denyut kesan dari luka pembedahan ini amat terasa. Ditambah ummi perlu menjalani exercise dan latihan fisioterapi. Ummi perlu latihan berjalan dengan menggunakan otot yang betul. Memang sukar dan menyakitkan ,namun untuk kesihatan akan datang ,ummi perlu tabah menjalani latihan ini. Kalau ummi cepat 'give up' kerana kesakitan yang ada, lambatlah ummi pulih.

Dan kesinambungan dari kesakitan, ummi bertambah tidak berselera untuk menjamah makanan. Ummi usaha untuk memakan buah-buahan sahaja.Hematoma pada betis kiri makin membiru. Itu juga menimbulkan kesakitan dalaman. Rasa seperti lenguh tapi bukan lenguh buat kerja banyak.

Malam tadi zauj datang teman ummi di wad ini. Masa begini memang ummi perlukan teman kerana tidak tahan menanggung kesakitan seorang diri. Sekurangnya, dengan adanya orang yang disayang berada bersama kita, cukup memberikan sokongan dan semangat kepada ummi. Zauj datang menjelang maghrib setelah selesai menguruskan anak-anak di rumah pulang dari sekolah.

Makan malam bersama zauj, barulah ummi terbuka selera untuk menjamah makanan. Makanan tengah hari dan makanan untuk makan malam yang ummi simpan , boleh dimakan berdua. Ditambah nasi putih yang zauj bawa dari rumah. Hampir 10 hari ummi tidak jumpa nasi. Terasa enak bangat nasi putih tu berlaukkan ulam buah tomato dan timun.

Pagi ni, ummi dah boleh bangun berwudhuk sendiri dan mandi sendiri di bilik air. Cukup segar dan enak mandi dengan air yang mengalir ke tubuh. Selama 7 hari ummi mandi secara 'lap' oleh jururawat di atas katil. Mereka menguruskan ummi dengan lemah lembut dan bersopan. Walaupun memang kerja mereka untuk membersihkan ummi,namun mereka tetap mengucapkan "maaf, nak lap badan  kakak,ya."  atau ungkapan "mohon izin nak buka kain ni". Kalau mereka nak suntik tangan ummi atau cucuk jarum cari saluran darah,"maaf,sakit ya." Dan untuk penghargaan di atas setiap rawatan mereka samada pemeriksaan tekanan darah, suntuikan ubat, pemberian ubat,makanan, atau apa sahaja, ummi akan iringi dengan ucapan "terima kasih". Pasti mereka akan tersenyum manis.

Kelihatan di tepi katil ummi, "mesin pump shringe" untuk menyalurkan cecair morphine ke saluran darah ummi dan "water bag"  mengandungi urine yang di pasang ke badan ummi bagi pembuangan urine dari pundi kencing.

Sememangnya tugas merawat pesakit ini adalah tugas mulia. Mereka tidak merungut atau berkira apa-apa. Apa sahaja yang diperlukan ke atas pesakit mereka akan buat,hatta membersihkan najis sekali pun. Syukur, selama ummi berada di wad, ummi boleh menguruskan taharah ummi sendiri. Selama terlantar di katil, untuk membuang air kecil ummi menggunakan saluran urine, dan ummi tidak membuang air besar. Apabila ummi boleh bangun dan duduk sendiri, ummi mohon mereka sediakan "pan untuk buang air besar" dan ummi lakukan istinjak dengan bantuan mereka untuk menyediakan air.

Seboleh mungkin kita mahu menjaga aurat,namun adakala kita tidak berdaya,dan terpaksa menyerah kepada mereka untuk urusan seperti pemasangan tiub urine dan pembersihan di kawasan sekitar tiub pada setiap hari demi mengelakkan jangkitan kuman atau bakteria. Mereka sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat rawatan ke atas pesakit sebaik mungkin jika kita memahami tugas mereka. Di wad, bukan kita seorang sahaja pesakit yang perlu mereka layan. Maka kita sebagai pesakit perlu juga bertolak ansur dan memberikan kerjasama terhadap tugas-tugas mereka.



Begitulah catatan ummi semalam dan malam tadi selama ummi berada di wad ini. "Ya Allah, moga aku terus diberikan kekuatan,ketabahan dan kesabaran menghadapi rawatan ini demi meningkat iman ku kepada MU."




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

5 comments:

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

Salam ummi..
alhamdulillillah ummi sudah boleh berjalan..
lya sentiasa doakan ummi cepat2 sembuh..
sentiasa teringat kat ummi..
mudah mudahan ummi dipermudahkan segalanya..

u. masyitah said...

salam Ummu Munaliza
semoga Allah bersamamu.saya faham bagimana rasanya bila kesakitan masih dirasa dan dalam masa sama,kita kena ambil ubat oral sahaja.akak,semoga akak terus tabah ya kak.
insyaAllah, allah bersama orang2 yang sabar.
p/s;ummi saya dah pindah 'rumah' tapi masih dlm pembinaan.

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Terima kasih elienz dan ummu Masyitah di atas doanya.

Kepada ummu Masyitah,bersabarlah, sebagai persediaan,banyakkan membaca pengalaman orang lain yang bahagia bersama 'orang rumah' suami. Bahagia akan dapat diraih jika kita redha dan sabar dengan apa yang Allah kurniakan.

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

11 Feb 10, 16:21
sum79: salam,ummi.. dah macammana keadaan hari ni/ semoga di beri kekuatan..

11 Feb 10, 12:43
ummiaulia09: semoga ummi tabah menghadapi dugaanNya..

11 Feb 10, 11:48
Daeng Jati: maaf ya ibu....

11 Feb 10, 11:48
Daeng Jati: Ibu, maaf sebab tak dapat datang mengjenguk ibu, tapi insyaAllah teman akan tiba juga ke sane.

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

sitie: Doakan sitie... Xsabar nak jumpa ummi...

11 Feb 10, 10:54
sitie: Jika masuk inbox, alhamdulillah... Jika masuk spam, alamatnya kita taaruf secara live nnti.. Hee...

11 Feb 10, 10:54
sitie: Minta maaf ummi.. Sitie sent lagi sekali ke email ummi >> munaliza_smtun...

11 Feb 10, 10:38
sitie: hee... ok2... baik... insyaAllah nnti sitie ziarah ummi...

11 Feb 10, 10:36
sitie: yeke ummi... Isk... Penat sy taip smlm, msuk spam pulak...Xpelah... Ummi ade email lain ke?.. isk

11 Feb 10, 10:08
Ummi Munaliza: tak pelah,jemputlah datang,lagi baik,kenal terus secara live.

11 Feb 10, 10:08
Ummi Munaliza: Email sitie , masuk spam rupanya, tapi tak boleh buka juga email tu.

11 Feb 10, 10:06
anazahra: Isk.. Salah email ke ummi... Minta maaf.. :(

11 Feb 10, 10:05
Ummi Munaliza: ana zahra ada di mana skrg ni?

11 Feb 10, 10:04


11 Feb 10, 10:04
anazahra: X bukan... Email munaliza_smtun... Jumpe email ni kat profil ummi d Halaqah.net

11 Feb 10, 10:03
anazahra: Ummi xkenal sy... Sy kenal ummi... Heee

11 Feb 10, 10:03
Ummi Munaliza: Yang email nama Norazlina Mohd.Safuan tu ke?

11 Feb 10, 10:02
anazahra: Ana nk dtg ziarah ummi... Kat dlm emel tu utk perkenalkan ana...

11 Feb 10, 09:58
anazahra: Salam Ummi... Ana bg kat email ummi yang munaliza_smtun... X.. Bukan minta pandangan dan jawapan...

11 Feb 10, 07:14
Ummi Munaliza: Ummi perlukan lebih masa untuk pengurusan rasa sakit yang ummi hadapi sekarang ini.

ikan pari: ummie... mana ummie nii... naper ummie dah hilang... timbul balik laa kat halaqah :((

11 Feb 10, 07:14
Ummi Munaliza: email yang mana ana zahra? untuk memberikanpandangan dan jawapan,mungkin tak boleh masa sekarang ni.

anazahra: Assalammualaikum Ummi... Ana ade bagi email pd ummi...

10 Feb 10, 08:31
Ummi Munaliza: wsalam samirah...

10 Feb 10, 08:30
Ummi Munaliza: wsalam samirah...

9 Feb 10, 18:53
samirah: Askum ummi:)

9 Feb 10, 17:46
ummulqurra: maafkan saya ye ummi sebab tak dapat datang tengok ummi buat masa ini...

9 Feb 10, 17:46
ummulqurra: amboi ummi, jelesnye ramai dapat datang tengok ummi.