BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 13 February 2010

Setinggi Penghargaan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, 
maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya).



Maha Suci Allah sepenuh timbangan,sejauh ilmu,sebanyak keredhaan, setinggi Arasyh,Engkau tempat ku berpegang dan memohon pertolongan, maka aku pohon pertolongan MU Ya Allah, bantulah aku agar tabah, sabar, kuat, cekal dan menjalani segala ujian hidup dan kehidupan ini.


Kiranya latihan fisioterapi petang semalam merupakan latihan terakhir ketika ummi di wad. Hari ini hari 12, ummi dibenarkan balik ke rumah, berikutan cuti yang panjang. Sekiranya bukan cuti yang panjang, mungkin ummi masih lagi tinggal diwad untuk menghabiskan sessi latihan fisioterapi.

 
Sebahagian peralatan yang disediakan di Pusat Fisioterapi

Apakah tujuan fisioterapi dijalani oleh pesakit?
Fisioterapi merupakan ilmu yang menitik beratkan untuk menstabilkan atau memperbaiki gangguan fungsi alat gerak/fungsi tubuh yang terganggu yang kemudian diikuti dengan proses/metode terapi gerak. Fisioterapi, yang dijalankan oleh ahli fisioterapi, membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk.

Latihan semalam bermula dengan mengangkat kaki dengan diletakkan pemberat 1 kg dipergelangan kaki. Kaki perlu diangkat lurus ke atas kecondongan sekitar 30 darjah pangkal paha. Hurmmm...berat dan sakit terasa. Namun ummi gagah juga untuk mendapatkan bilangan 10 kali dengan kadar masa 1 angkatan 10 saat. Kesungguhan ummi untuk menjaga implant maka umi lakukan juga dengan sabar.

Diikuti latihan untuk berdiri di tingkap/ibarat palang tangga untuk belajar turun dan naik tangga. Angkat berat untuk kekuatan otot tangan dan senaman angkat badan . Semuanya adalah kaedah mengguatkan otot yang akan membantu ummi bergerak dan berjalan.

Berpaut dipalang kayu untuk belajat turun dan naik tangga.
(gambar atas tu bukan ummi)

Kemudian ummi dikehendaki mengayuh basikal. Ummi cuba untuk kayuh 1 bulatan penuh tetapi tidak berjaya. Cumanya ada sekali ummi cuba, hasil adalah kesakitan yang amat sakit dibahagian dalam depan lutut.Terasa macam ada bunyi disitu. Lepas tu ummi serik untuk memaksa diri mengayuh satu bulatan penuh. Ummi cuba kayuh basikal ke depan ke belakang selama 20 minit hingga badan terasa berpeluh.

Ummi teruskan latihn berjalan di palang besi untuk turun naik bendul. Ummi juga dilatih untuk berpijak dilantai yang tidak stabil. Jurulatih terapi ummi ialah En. Hairul Hapizi. Beliau gigih memberikan tunjuk ajar kepada ummi untuk menjalankan latihan fisioterapi itu.Latihan berakhir pada jam 4:20 petang.

Mungkin selepas ini,ummi akan datang sebagai pesakit luar untuk mendapatkan latihan fisioterapi di sini. Tarikh temujanji akan datang untuk ummi jalani latihan fisioterapi ialah pada 1 Mac 2010.

Menjelang tengah hari, Elya Syazwani, anak angkat yang tinggal bersama ummi datang dari tempat kerjanya di Pelabuhan Tanjong Pelepas. Elya pernah satu malam datang tidur menemani ummi di wad. Selepas itu, kawan-kawan ummi yang juga anak kuliah kelas Hikam zauj datang menziarahi ummi. Berbual-bual dengan mereka berkaitan tajuk menziarahi orang sakit dan hikmahnya.

Petangnya, kawan ummi satu sekolah, satu pusat di Pendidikan Khas, Cikgu Salmi Abdul Rahman datang bersama anaknya. Cikgu Salmi pun akan bersara pada tarikh yang sama dengan ummi nanti.

Menjelang maghrib, anak angkat ummi Yuni Nurani dan suaminya Emran datang menziarahi ummi sebelum mereka mahu berangkat balik ke Kelantan pada pagi ini.

Malam ini zauj tidak datang bermalam di wad kerana dah ada Amiratun Nazihah menemani ummi. Sepanjang hari ummi bercerita dan berbual-bual dengan Nazihah untuk menasihati dan memberikan tunjuk ajar menempuh alam rumah tangga.

Dikesempatan ini ummi merakamkan setinggi penghargaan kepada semua staf wad kelas satu HSAJB dari staf perubatan dan perawatan hingga kepada kakitangan pembersihan. Layanan mereka terhadap ummi sangat baik, bersopan santun dan berhemah. Selama ummi mendapat rawatan di HSAJB 10 tahun yang lalu, ummi tidak pernah menemui kakitangan yang bersikap negatif seperti yang selalu masyarakat ceritakan. Sikap sombong,mulut celupar dan lain-lain persepsi negetif masyarakat terhadap jururawat. Bagi ummi mereka bekerja penuh dedikasi, amanah dan cuba untuk memberikan khidmat terbaik kepada setiap pesakit.Sekiranya ada timbul kisah negatif, ia mesti dilihat bermula dari siapa? Mungkin juga sikap pesakit yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada mereka.Mereka mahu memberikan khidmat mengikut etika kerjayan dan procedur yang dibenarkan sebaliknya pesakit pula bersikap cerewet dan mengada-ngada. Maka timbullah ketidak puashatian diantara satu sama lain.

Terima kasih semua petugas , staf dan kakitangan wad kelas 1 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Penghargaan utama kepada Mr Masjudin Tomin,selaku pakar orthopedik yang merawat ummi bermula dari 7/1/2008. Begitu juga kepada Dato Dr Zahir, Dr Norlidawati dan AN Normah. Semoga mereka ini terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk membantu lebih ramai pesakit, dipanjangkan usia, dan diberikan kemurahan rezeki yang halal dan tidak terkira. Semoga apa yang mereka usahakan dipandang Allah sebagai ibadah di akhirat nanti.


Gembira hati dapat balik ke rumah untuk bersama-sama zauj dan anak-anak. Rindukan suasana rumah yang menjadi syurga duniaku.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

3 comments:

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

http://hsajb.moh.gov.my/
13 Feb 10, 00:00
hairulhapizi: Didoakan semoga cepat sembuh, ujian Allah tidak melampaui kemampuan kita.

13 Feb 10, 02:15
Ummi Munaliza: hairulhapizi ni, juruterapi saya ke? terima kasih En.hapizi kerana membimbing dan memberikan tunjur ajar kepada saya.

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

13 Feb 10, 02:34
ummul: salam ziarah ummi :)

13 Feb 10, 07:13
Ummi Munaliza: Selamat datang ummul ke laman ummi ini.

13 Feb 10, 11:43
Anazahra: Salam Ummi... Alhamdulillah ummi dah keluar hospital... Sitie doakan ummi cepat sembuh dah sihat...

13 Feb 10, 13:24
Ummi Munaliza: Ya Sitie,ummi dah balik hari ini. Ummi akan teruskan rawatan sebagai pesakit luar 2 minggu lagi.

CT said...

igt tak kunjungan saya tengahari jumaat lepas bersama kak Mai, Kak Ana dan lela.

Semoga cepat sembuh...take care ummi.