BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 5 February 2010

Wahai Tuhan,Sakitnya aku...

Bangunan Wad Kelas 1 HSAJB

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Apa nak ditulis? Dengan tangan mengigil,aku tulis ini dengan perlahan-lahan. Aku sakit tika ini, sangat sakit. Aku menulis ini dengan air mata. Aku baru sahaja telan, 2 biji pil celebrex. Aku tak mampu nak tahan kesakitan ini. Seluruh urat saraf turut mengigil menahan rasa sakit ini. Doktor juga membantu dengan memberikan ummi suntikan 'pain killer' agar kesakitan cepat lega dengan izin Allah.



Wahai Tuhan, ampun aku, gugurkan semua dosaku ketika aku merasai sakit ini. Tiap kali sakit ini datang bersama denyut nadi dan hembusan nafasku, gugurlah juga dosa-dosa silam ku.

Wahai Tuhan, beri aku kekuatan untuk menanggung rasa sakit ini...

Subhanallah...
MasyaAllah...
Laila haillah... masa 4.42  subuh....


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

3 comments:

Mohd Nazrul Abd Nasir said...

salam Ummi.. Moga Ummi tabah menghadapi ujian ini ye.. Kami anak-anak ummi selalu mendoakan kesejahteraan Ummi ..

Syafakillah Ya Ummi..

miss beyond said...

Salam Ummi.. Ummi ummi tengah sakit dan tangan pun menggigil ummi masih sempat lagi menulis di blog kesayangan Ummi ni.. Sedih saya baca. Ummi berehatla secukupnya hingga betul-betul sihat... iya?

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

6 Feb 10, 17:08
meow: Selamat hari ulangtahun kelahiran Ummi.. mudah-mudahan Ummi cepat sembuh..

5 Feb 10, 17:46
Ust Nazrul: Salam ummi.. semoga ummi tabah ye.. kami semua mendoakan kesejehteraan ummi ..