BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 6 March 2010

Luahan Hati Seorang Anak

 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan kasih sayangNya.

Sebenarnya ini luahan peribadi tetapi dibicarakan di chatbox halaqah net. Ummi sempat copy dan simpan, kerana bila membacanya ummi selalu rasa terharu. Kita bersyukur memiliki ibu bapa dan keluarga, saudara mara se agama, tetapi luahan hati ini berbeza dengan kita. Maka sewajarnya patut kita bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah yang kita miliki hari ini.

Terus terang ummi katakan, bahawa setiap kali ummi baca luahan hati ini, pasti air mata ummi mengalir , rasa terharu, rasa sayu, dan rasa dihargai oleh seseorang yang tidak ada hubungan nasab atau mahram dengan ummi. Ikatan ummi dengan dia hanyalah ikatan kasih sayang ibu anak sahaja. dan anak ini memanggil ummi 'mak'.Katanya rasa sangat dekat di hatinya.

Mudah benar rasa kasih dan sayang itu lahir...terpaut dan subur di sanubari seorang ibu.

Oleh kerana ummi copy langsung dari chatbox Forum Halaqahnet, maka perlu dibaca dari bawah ke atas, mengikut turutan masa. Bicara di Dewan halaqian diwaktu sunyi di dinihari, pada 5 Februari, Jumaat, 10 jam selepas ummi jalani pembedahan. Kebetulan pada waktu ini, ummi tersedar dari lena dan laptop ummi yang memang sentiasa online, maka ummi terbaca bicara mereka berdua.


Kak Long Hati [01:54 AM]: air yg menyiram buah dari sumber yg sama tapi menghasilkan buah yg berbagai rasa Senyum
ariff_ong [01:53 AM]: dimana2 pun sy kagum dgn apa yg Allah jdkan
Kak Long Hati [01:53 AM]: bila lihat tempat lain akan terdetik rasa kagum ciptaanNya
Kak Long Hati [01:52 AM]: berjalan melihat keindahan ciptaan Allah
ariff_ong [01:52 AM]: sy cuma suka masuk hutan
ariff_ong [01:52 AM]: tak minat..terikat ngan hal dunia yg tak penah habis
Kak Long Hati [01:52 AM]: banyak berjalan luas pemandangan..boleh mematangkan fikiran sama
Kak Long Hati [01:51 AM]: dalam Malaysia pun bnayak tempat boleh pergi
Kak Long Hati [01:51 AM]: ada masa jalan2 la
ariff_ong [01:51 AM]: dunia sy kecik jer
Kak Long Hati [01:51 AM]: ehee london banyak bangunan lama..
ariff_ong [01:50 AM]: taknah
ariff_ong [01:50 AM]: boringlah
Kak Long Hati [01:50 AM]: ariff dah pernah jalan ke mana2 tempat ke
ariff_ong [01:50 AM]: ooo..
Kak Long Hati [01:49 AM]: london
ariff_ong [01:49 AM]: uk kat ne?
Kak Long Hati [01:49 AM]: subuh dekat pukul 6
ariff_ong [01:48 AM]: subuh?
Kak Long Hati [01:48 AM]: lagi sejam
Kak Long Hati [01:46 AM]: sebab dah maghrib kira malam la...
Kak Long Hati [01:45 AM]: pukul 5.45 malam
fikrah_islamic [01:45 AM]: moga ummi cepat sembuh...
Kak Long Hati [01:45 AM]: jangan sia2 kn peluang yg ada...peluang akan datang sekali je...kena amibil kesempatan
ariff_ong [01:45 AM]: kat sana pukul berapa klong?
ariff_ong [01:44 AM]: saya cuba,,saya sayang ummi seperti mak saya juga,,,
ariff_ong [01:44 AM]: mak belayar la dulu
Kak Long Hati [01:43 AM]: ariff masih muda masih kuat boleh bantu ikut kemampuan
Ummi Munaliza [01:43 AM]: ya,,,,,,,,,,zzzzzzzzzzzzzz
ariff_ong [01:43 AM]: jaga,,insyaAllah,,,jaga
ariff_ong [01:42 AM]: mak,,,dah hanyut ke?
Kak Long Hati [01:42 AM]: ariff la kena jaga ummi tu dulu
Kak Long Hati [01:42 AM]: ye
ariff_ong [01:41 AM]: lambatnya
Kak Long Hati [01:41 AM]: tapi lambat lagi...lagi 2 tahun
Kak Long Hati [01:41 AM]: insyaAllah...
ariff_ong [01:40 AM]: balik nanti jumpa lah
Kak Long Hati [01:40 AM]: kak long jauh macam mana nak jumpa
Kak Long Hati [01:40 AM]: belum
ariff_ong [01:40 AM]: kak long tak pernah jumpa ummi?
ariff_ong [01:38 AM]: nanti kita boleh borak tiap2 hari macam selalu
ariff_ong [01:38 AM]: mak sihatlah cepat2
ariff_ong [01:37 AM]: rupanya umilah penawar hati
ariff_ong [01:37 AM]: selama ini saya tak tahu apa yang saya nak
Kak Long Hati [01:36 AM]: kak long tak ada peluang lagi
Ummi Munaliza [01:36 AM]: Segalanya urusan Allah...Allah yang menentukan.
Kak Long Hati [01:36 AM]: ooo ariff dah jumpa ummi ye...bertuah tu
ariff_ong [01:36 AM]: besar sungguh hikmahnya pertemuan kita mak
ariff_ong [01:35 AM]: melekat dalam hati
ariff_ong [01:35 AM]: umi cakap sekali je
ariff_ong [01:34 AM]: saya tak penah patuh cakap sesiapa
Kak Long Hati [01:34 AM]: kak long dah lama tahu..
ariff_ong [01:34 AM]: ummi mmg hebat kak long
ariff_ong [01:34 AM]: basahlah
ariff_ong [01:33 AM]: kata2 nasihat mak,,,umpama hujan membahasi hati yg kering kontang
Kak Long Hati [01:33 AM]: tukar cara berfikir maka boleh nampak yang negative tu positif sebenarnya
ariff_ong [01:32 AM]: tp kehadiran ummi memberi sinar baru
Kak Long Hati [01:32 AM]: jadikan ianya menarik
ariff_ong [01:32 AM]: hidup saya takda apa yg menarik
Ummi Munaliza [01:32 AM]: ni, mak ada...sat gi mak baca apa ariff tulis.
Kak Long Hati [01:31 AM]: boleh sama2 belajar
Kak Long Hati [01:31 AM]: arif kongsi la pengalaman hidup
ariff_ong [01:31 AM]: sunyi
ariff_ong [01:30 AM]: kosong rasanya
ariff_ong [01:30 AM]: mak takda
ariff_ong [01:30 AM]: takda ilham
Ummi Munaliza [01:30 AM]: ariff buat satu post,supaya warna nama ariff bukan oren...
ariff_ong [01:30 AM]: nak bt keje dulu
ariff_ong [01:29 AM]: mak tidolah,,,
Kak Long Hati [01:28 AM]: insyaAllah sama2 kita saling doa untuk semua2
Ummi Munaliza [01:28 AM]: mudah tersedar,mudah juga lelapnya.
ariff_ong [01:28 AM]: kak long doa banyak2 utk ummi
ariff_ong [01:27 AM]: tidolah mak
Kak Long Hati [01:27 AM]: Ummi wanita kuat Senyum
ariff_ong [01:27 AM]: tp ummi stedy juga nampaknya
Ummi Munaliza [01:26 AM]: ada je....
ariff_ong [01:26 AM]: tadi telefon kejap..umi mcm mamai je,,,kesian dia
Ummi Munaliza [01:26 AM]: tak sunyi
Kak Long Hati [01:26 AM]: Ummi mungkin kena banyak rehat lepas operate tadi
ariff_ong [01:25 AM]: takda kawan nak borak
ariff_ong [01:25 AM]: ummi tidor
Kak Long Hati [01:25 AM]: kenapa?
ariff_ong [01:25 AM]: sunyinya
ariff_ong [01:25 AM]: ......
Kak Long Hati [01:18 AM]: salam perkenalan Senyum

Semoga dari bicara ini sedikit sebanyak mendatang rasa syukur kepada kita yang memiliki keluarga untuk disayangi dan menyanyangi.

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

4 comments:

MUNALIZA said...

"ariff ni pemuda muallaf yg teman ummi masa ummi kat hospital jb hari tu kan? tersentuh baca luahan hatinya. Seakan dia sedang kesunyian dan ditimpa musibah je."

Dia baru sekitar 4 tahun convert dan hidup bersama saudara seislam, maka sudah tentu dia ibarat sebatang kara di dunia ini, tanpa kita mahu menghulurkan salam persaudaraan kepadanya.

Anonymous said...

Terharu pulak bila Ummi letakkn chat ni kat blog Ummi :-)

Dari ilmu cetek yg kak long ada ni, setahu kak long kita memang perlu meraikan orang yang baru memeluk Islam ni...jiwanya sensitif dan kita kena jaga sebaik mungkin supaya dia boleh kukuh akidahnya...kena banyak memberi sokongan kepada mereka ni..
Sebab tu mereka ni tergolong dalam salah satu asnaf zakat...

Kak Long sentiasa doakan Ariff kuat menghadapi semua ujian hidup :-) Sekuat fizikal Ariff yang masih muda :-)
Ariff BOLEH!!! :-)
InsyaAllah :-)

~Kak Long~
:-)

MUNALIZA said...

Betul kak Long, namanya pun islam itu persaudaraan, maka janganlah lokek itu menghulurkan tangan untuk bersaudara sesama manusia...

MUNALIZA said...

oh...perbualan ini juga memberikan makna pada ummi kak long, tentang dahaga kasih sorang anak kepada ibu...