BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 9 March 2010

Sehari Sahaja Selesai Urusan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kita hanyalah saksi ( syahid ) atas Pekerjaan Allah yang Maha Sempurna..dan kita juga hanya diam terpaku dalam Kesibukan Allah ( Af'alullah )..Allah yang Mengajar kita, Allah yang Mengatur serta Mencipta Segala-galaNya... ( QS An Nahl : 78 )



Alhamdullilah, seharian semalam menguruskan borang pernikahan pasangan pengantin mualaf. Pagi-pagilah pergi Pejabat Agama Daerah Johor Bahru bersama Fakir  dan Inang untuk ambil borang kebenaran bernikah. Dari Johor Bharu ,on the way nak pergi ke UTM, singgah di Pusat Kesihatan Tampoi, sebab di belakang borang ujian Saringan HIV untuk bakal pengantin ada di lampirkan senarai nama-nama Klinik dan masa di buka.


Di dalam senarai tu tulis, Pusat Kesihatan Tampoi- Isnin - masa waktu pejabat. Maka kami pun singgah pada jam 9:30 pagi, tetapi, petugas itu menjawap pukul 2:00 petang kaunter itu baru dibuka. Maka kami meneruskan rancangan dengan menuju ke UTM untuk mengisi dan melengkapkan borang permohonan bernikah untuk calon pengantin lelaki dan calon pengantin perempuan.


Bila sampai di FTI, zauj tolong isi borang calon pengantin perempuan dan Ustaz Abas tolong isi dan lengkapkan calon borang pengantin lelaki. Semua saksi borang dan nikah diambil dari kalangan pengurusan FTI. Mudah nya sebab ketika itu semua saksi berada di Pejabat.

Selepas itu, kerana Inang belum sarapan, dan kami juga dahaga, pergi makan beramai-ramai, ummi bersama zauj, pasangan pengantin, ustaz Abas, Ustaz Azmi dan Ustaz Arif Salleh makan tengahari di Kolej 9, UTM.

Siap sahaja makan, kami minta diri dan pergi menuju ke rumah Penghulu Mukin Gelang Patah untuk urusan memohon borang dan melengkapkan status pemastautin dan akuan bujang untuk kedua-dua calon pengantin. Oleh kerana,calon  pengantin lelaki kerja sendiri, dan calon pengantin perempuan tidak bekerja, maka yang layak dan diterima oleh pejabat agama berkaitan status diri hanyalah yang dikeluarkan oleh Pejabat Penghulu Mukim tempat tinggal. Semasa penghulu ingin menandatangani borang akuan bujang, sekali lagi penghulu bertanya Inang, "awak nak bernikah dengan Fakir?"  Inang jawap tegas dan penuh yakin, "ya, saya nak kahwin dengan Fakir." Penghulu pun tanda tangan semua borang-borang itu.

Sekiranya, bakal pengantin bekerja, surat akuan bujang selalunya dikeluarkan oleh Majikan sahaja. dan ini lebih mudah lagi urusannya.Selesai berurusan di sini, kami balik ke rumah sekejab untuk bersolat zohor. Jam 2:00 petang kami pergi semula ke Pusat Kesihatan Tampoi untuk tujuan saringan HIV. Orang ramai, dan perlu menunggu giliran sehingga jam 4:00 petang.

Bila laporan pemeriksaan darah diperolehi, kami meneruskan rancangan ke Pejabat Kehakiman dan Mahkamah Syariah Johor Bahru untuk bertemu wakil pengantara untuk urusan pengakuan sumpah bagi mendapatkan bernikah dengan berwali wali hakim.

Sampai di bangunan ini jam 4:30 petang, jika procedur biasa, pejabat dah hampir mahu di tutup. Dengan menggunakan 'walk frame' ummi bersama pasangan bakal pengantin berjalan masuk. Alhamdullilah,agaknya melihatkan keadaan suasah payah ummi berjalan, mereka (pengawal keselamatan) membenarkan juga ummi masuk untuk berurusan dengan pegawai bertugas untuk menerima kes kami. Selesai berurusan di sini, hampir jam 5:00 petang.

Syukur tidak terkira, Allah memudahkan banyak urusan hari ini, semua maklumat borang dapat dilengkapkan dan borang kebenaran bernikah calon pengantin perempuan dapat di hantar ke Mahkamah Syariah . Hanya menunggu tarikh dan masa dipanggil untuk diperdengarkan di hadapan hakim pada  hari Rabu ini. Borang calon pengantin lelaki telah lengkap juga, menanti selesai urusan wali hakim calon pengantin perempuan selesai barulah, dapat dihantar ke bahagian nikah,cerai dan ruju' Pejabat Agama Johor Bahru.

Sampai rumah jam 6:05 petang, dalam  perjalanan balik, hujan lebat membasahi bumi. Itu sebab lambat sampai di rumah. Selesai solat Asar, barulah terasa badan ini terlalu letih. Perut lapar pun, tidak di kisahkan sangat sebab, kepenatanbadan dan mata lebih utama. Sementara menunggu solat berjemaah maghrib, ummi terlena di katil. begitulah urusan ummi hari semalam sampai tak sempat ak online, menjenguk halaqahnet. Semoga apa yang dilakukan mendapat redha , rahmat dan kasih sayang Allah.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

1 comments:

anazahra said...

Rabbi yassir wa la tu'assir..

Semoga dipermudahkan urusan Ummi dan pengantin...