BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 3 April 2010

Doa Ubat Kegelisahan dikala Ujian tiba



Hidup ini penuh hikmah dan rahsia.Pada akhirnya hidup ini bergerak mengikut kehendak qada' dan qadar Allah SWT. Tidak dapat tidak ujian yang datang satu atau dua atau tiga atau yang datang serentak dalam suatu masa, keseluruhannya adalah berada di dalam pengetahuan Allah SWT.


Dia yang bersifat Maha Mengetahui,Dia pasti tahu apa yang didatangkan kepada seseorang itu. Jangan ingat Allah tidak tahu. Perkara kekeliruan ini boleh berlaku, jangan main-main, ia berpunca daripada tiada keyakinan dan lemahnya iman.


Bagi orang beriman, dia kena tahu bahawa Allah jua yang mendatangkan ujian-ujian ini. Jika dirujuk kepada Al-Quran, salah satu tujuan ujian adalah untuk menguji dan mengasingkan orang beriman dengan orang yang kurang beriman.


Ayat Al-Quran, Surah Al-Ankabut, ayat 2-3 bermaksud:


"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (begitu sahaja dengan) mengatakan : Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji lagi. Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."


Selaku orang beriman,apabila kita ditimpa musibah,kita kena cepat-cepat ingat Allah SWT dan kembali kepada NYA. Berdoalah kepada Allah agar dapat membantu dan memujuk hati kita yang sedang resah gelisah dalam menghadapi situasi yang merunsingkan itu. Antara doa yang sering ummi baca di dalam hati dikala benar-benar rasa tertekan atau berduka:




"Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, semoga dengan berkat selawat ini, ENGKAU lepaskan lah aku dari segala bencana dan musibah. ENGKAU tunaikan hajat ku, ENGKAU bersihkan hati dan diriku daripada segala kejahatan dan ENGKAU tingkatkan darjat ku. ENGKAU sampaikan lah tujuan ku mahupun dalam hidup ku atau pun sesudah kematian ku nanti."




"Maha Suci ENGKAU Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan, maka terimalah keuzuranku, sesungguhnya ENGKAU mengetahui hajat dan keinginan ku, maka sampaikanlah Ya Allah serta permudahkanlah, sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui dosa-dosa yang ada didalam diri ku ini, maka ampunkan lah. Jadikan aku hamba MU yang redha di atas segala apa yang telah ENGKAU takdirkan buat diriku ini. Sucikan hati, bersihkn jiwaku, ikhlaskan hatiku melakukan apa sahaja kerana MU, kurniakan aku iman yang sempurna, akhlak yang terpuji da pekerti yang mulia."


Berdoalah anak-anakku, agar dikurniakan kelapangan fikiran, ditenangkan kegelisahan dan Allah menyempurnakan segala kekurangan kita. Tidak ada sesiapa yang dapat membantu kita melainkan Allah SWT dari usaha doa kita sendiri.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: