BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 7 April 2010

Ikan sebagai sumber Ketenangan

Satu aquarium di dalam penuhi ikan.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala makhluk yang merayap di bumi, dan burung-burung yang terbang dengan sayap-sayapnya adalah umat-umat yang serupa dengan manusia. Keserupaan menyerlah apabila sifat sesetengah daripada mereka disamakan pula dengan sesetengah manusia.

Semua haiwan dicipta oleh Allah, dan mereka dicipta daripada air. Allah menjelaskan dengan lebih lanjut,



"Allah mencipta semua haiwan daripada air, dan sebahagian mereka berjalan di atas perut mereka, dan sebahagian mereka berjalan di atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan di atas empat" (24:45).

Manusia pun dicipta daripada air (25:54), dan seperti manusia, haiwan diwarnakan Allah dengan pelbagai warna, dan Dia seterusnya merezekikan mereka berdua. Al-Qur'an menjelaskan,

"Antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya." (35:28)

"Berapa banyaknya haiwan yang tidak membawa rezekinya sendiri, tetapi Allah memberi rezeki untuknya dan kamu!" (29:60)

Haiwan, bersama segala yang di langit dan di bumi, sujud kepada Allah, tetapi tidak dengan manusia, kerana ramai yang tidak turut sujud, lalu wajarlah mereka diazab. Firman Tuhan,

"Tidakkah kamu melihat bagaimana kepada Allah sujud segala yang di langit, dan segala yang di bumi, dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-gunung, dan pokok-pokok, dan haiwan-haiwan, dan ramai daripada manusia? Dan ramai, wajarlah azab ke atas mereka" (22:18).

Entri ummi hari ni berkaitan makhluk Allah selain manusia. Ummi teringat mahu bercerita hal makhluk Allah, iaitu ikan. Tadi selesai solat asar, wajah ummi memandang akuarium ikan di ruang tamu.

Melihat ikan berenang di dalam air seakan memberikan ketenangan di hati ummi. Rasa damai melihat lentuk ikan berenang ke sana sini. Satu cara juga untuk mencari ketenangan (juga melihat kekuasaanNya) ialah dengan bersama memerhati renangan ikan-ikan...Menjernihkan fikiran, menghilangkan keserabutan dan kegelisahan dalam jiwa...

Zauj ku amat suka memelihara ikan. Sejak mula berkahwin lagi kami sudah memelihara ikan di dalam aquarium. Berbagai saiz aquarium yang pernah kami miliki dan berbagai-bagai jenis ikan juga pernah kami pelihara.



Kebanyakkan ikan-ikan yang dipelihara bukan lah ikan hiasan yang cantik seperti ikan emas atau ikan koi. Ikan-ikan yang kami pelihara adalah ikan yang biasa terdapat di sungai-sungai, sawah padi dan tali air. Ikan -ikan ini zauj dapat samada dipancing, ditangguk atau diberikan oleh kawan-kawan. Tak ada ikan yang kami beli pun.

Macam ikan puyu dan ikan sepat, kami dapat masa kat kampung, di sawah padi. Ikan haruan, kelah,haruan,lampam dan sebarau zauj dapat melalui pancing.

Ikan kaloi, ikan puyu, ikan keli,ikan haruan,ikan sepat,ikan kelah, ikan sebarau,ikan lampam, ikan jelawat, ikan patin,ikan oscar, ikan belida, ikan flowerhorn dan ikan arawana. Penuh aquarium dengan berbagai jenis ikan ini. Yang specialnya kami ada 2 pasang ikan albino, iaitu ikan kaloi putih dan ikan patih putih.

Nama lain ikan arawana ialah ikan kelisa. Selalunya ikan kelisa ni, dipelihara tunggal di sebuah aquarium sahaja. Tetapi berbeza dengan zauj, diletakkan semua ikan -ikan ini bersama-sama dalam sebuah aquarium. Baginya tidak ada istimewanya ikan-ikan ini kerana semuanya sama di sisi Allah. Sama seperti manusia, sama di sisi Allah kecuali yang bertakwa.

Sedangkan ikan semuanya sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah, jadi mengapa harus dibezakan tempat tinggal mereka. dan apa yang kami lakukan berjaya kerana ikan -ikan ini tidak pernah bergaduh antara satu sama lain.

Melihat keharmonian ikan berenang-renang memang mendatang ketenangan dan kedamaian di hati.

Oleh kerana selama ini tidak pernah terfikir nak ambik gambar aquarium sahaja, maka terpaksalah paparkan gambar ummi bersama aquarium. Lihatlah betapa besar ikan kaloi putih yang telah kami pelihara. Usianya melebehi 5 tahun. Ikan kaloi ni sepasang. Atas ikan kaloi tu ada ikan keliasa. Ni bukti yang ikan kelisa sebenarnya boleh hidup bersama dengan ikan yang lain-lain tanpa mendominasi ruang. Tidak kurang 20 ekor ikan  yang terdapat di dalam aquarium ini.

Selain itu kami juga pernah memelihara udang galah. best juga pelihara udang galah ni, ada masa-masa tertentu, udang ini akan bertukar kulit bila saiz badannya membesar. Kulit lama akan tertanggal dan kosong, kulit baru yang lembut akan meliputi tubuh udang galah ini.

Warna-warni ikan mencerminkan perbezaan yang membuat kehidupannya dipenuhi keindahan.  Perbezaan yang merupakan bentuk kesempurnaan karya Sang Maha Pencipta, memberi keharmonian pada setiap kekurangan dan keterbatasan makhluk-Nya. Dengan menelaah dan memahami ekologi kehidupan ikan dalam aquarium, mampukah kita menginterpretasi dan mengapresiasi kehidupan makhluk lain? Tentu saja kita mampu, karena kehidupan makhluk lain seperti ikan dapat memberikan manfaat yang tidak selalu berbentuk kebendaan/ materialistik. Kehidupan ikan yang bukan berpura-pura seperti manusia.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: