BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 1 April 2010

Pesan Guru: Jangan Tidur Setelah Shalat Shubuh


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan kasih sayangNya.


Ada hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berbunyi:

نَوْمَةُ الصُّبْحِ تُوْرِثُ الفَقْرِ

Ertinya: “Tidur di waktu pagi itu mewariskan kemiskinan.”

Waktu pagi adalah waktu memulai aktiviti. Ada orang yang mengatakan: “Bila seseorang tidur pagi, rezekinya dipatuk ayam.” Mungkin, itulah makna hadits tersebut.

Di samping itu, kalau tidur di pagi hari (yakni setelah sholat Shubuh sebelum terbitnya matahari), kita tidak akan mendapatkan keberkatan dari doa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang berbunyi:

‏ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهِمْ

Ertinya: “Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku di waktu pagi mereka.”

Jadi, waktu pagi merupakan waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala. Sekarang, kalau kita menjalankan aktiviti pada waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala, jelas terkandung makna yang lain. Ini kerana dari kata al-Barakah sendiri, arti bahasanya adalah ziyadatul khair (menambah kebaikan). Jadi yang seharusnya sekian, tetapi kerana mendapat barakah dari Allah Ta’ala, maka akan menjadi berlipat ganda.



Demikian petikan dari buku Rahsia Keutamaan Sholat Shubuh oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله.

Di dalam kitab Risalah Mu’awanah, al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه juga ada menyebut: Berwaspadalah, jangan engkau tidur setelah sholat Shubuh, kerana sesungguhnya, ianya menghalang rezeki


Sekadar ini entri ummi pertama di bulan April, peringatan sesama kita bahawa jangan tidor selepas sholat subuh itu menjadi amalan hidup. Memang sesuatu sifat yang ummi amat tidak gemar sesiapa yang ummi sayangi melakukannya. Namun apa yang mampu lakukan hanyalah sekadar ingatan sahaja.

Sebenarnya banyak perkara boleh dibuat selepas sholat subuh. Ada orang tanya "nak buat apa". Bagi ummi banyak benda boleh dilakukan. Tambahan sekrang zaman canggih,maklumat dihujung jari, klik button pc, kita dah dihidangkan  dengan berbagai santapan. Tinggal mahu memilih santapan yang bagaimana, citarasa yang bagaimana.

Dan peluang inilah yang diambil oleh Halaqahnet untuk menjadi alternatif/pilihan kepada pelayar-pelayar internet mendapat santapan dipagi hari. Adaberbagai maklumat,pengisian, berita dan ilmu dihidangkan di Halaqahnet. Hanya tinggal memilih sahaja. Selain itu kalau mahu mengaji secara audio vidoe juga ada, untuk menyejukkan rohani.

Namun sebaiknya, jika ada buku, ada kitab, membacalah... ambil Quran mengajilah selepas zikir dan doa seusai sholat subuh. Manafaatkan sebaiknya, masa yang sedikit tetapi amat bernilai dengan sesuatu yang tidak sia-sia, penuhi dengan ibadah kepada Allah SWT.

Jika seorang anak gadis amat tidak molek sekali berbaring apatah lagi tidur selepas sholat subuh. Kalau kat rumah ummi, memang nasib lah kena leter dengan ummi. Selepas sholat,jika sudah mengaji, rapikan diri, kemas bilik dan masuk dapur.

Jika berada di rumah, belajar menyediakan sarapan untuk keluarga.Masak apa yang patut, jika tidak pandai , bertanya. Tidak kira di rumah sesiapa pun, apatah lagi jika dirumah mentua, jangan sesekali mahu berbaring selepas sholat subuh. Sekiranya suami ajak bermesrapun, berilah alasan terbaik, "bang,malulah kalau saya belum masuk dapur ni, tunggulah kejap,sekurang-kurangnya, buat air dulu ya".

Begitulah panduan yang ummi telah lalui dari usia remaja, berkahwin pada usia muda sehingga dah ada cucu sekaranag ini,jika cuti,tidak sekali-kali ummi mahu merehatkan diri selepas sholat subuh walaupun ummi cuma tidur 2 jam sahaja. Kalau hari-hari biasa memang dah pasti masa untuk berbaring tu tak ada sebab ummi jadi robot untuk menyiapkan segala-galanya keperluan anak-anak dan suami ke sekolah dan bekerja. Ummi sendiri pun perlu siapkan diri untuk pergi kerja.

Kepada pelajar yang katanya suka berjaga malam kerana buat tugasan atau buat kerja lebih masa, jika nak tidur, tunggu habis waktu subuh, menjelang waktu dhuha, barulah tidur. Yang penting jangan tidur semasa waktu subuh masih ada lagi...


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: