BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 22 April 2010

Sekali Ku Melangkah...

Sekali ku melangkah,
pantang undur menyerah kalah,
biar lebur terkena panah,
Hati ku cair tidak mengalah.


Teguh benarkan hati ini sehingga begitu menjadi prinsip diri? Kuat sangatkah hati hingga mahu membakar diri? Tapi kan bagus menjadi lilin, membakar diri buat memberikan suluh kepada manusia lain. Sesuatu amal jariah yang jika mati mendatang manafaat juga. Walaupun hanya sebentar cahaya itu bersinar, sekiranya cahaya yang dimanafaatkan oleh pengguna untuk membaca al-quran di malam hari sudah memadai menjadi bekal di sana nanti.

Semoga aku diberikan kekuatan  dan mendapat peluang itu.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

2 comments:

Air Mata Kasih said...

Sekali Ku Melangkah...


Sekali ku melangkah..tak akan ku berundur lagi.. Walau beribu insan membenci.. tak akan ku pulang lagi.. Aku..diriku..akan terus begini.. Bukankah itu y di ingin kan dahulu????? Kau memintaku berubah menjadi sesuatu yang bukan diriku! Lalu, jgn pernah mintaku kembali seperti masa lalu.. Kerana semua yang berlaku adalah kehendakmu! Tak sangka ayatmu terlalu kejam buatku! Hina sangatkah aku??

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Sabar Air Mata Kasih...

Kadang kala kita perlu bergerak melawan pusingan jam, kembali kepangkal jalan, atau berundur jika langkah yang kita teruskan itu akan menyebabkan kita jatuh ke dalam jurang.

Mana tahu setapak langkah berundur akan membawa sinar bahagia kerana apabila langkah yang diundur itu memperlihatkan kesilapan yang boleh diperbaiki.