BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 15 May 2010

Rezeki yang tidak diduga....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



“Dan Allah akan memberi rezeki dengan cara yang tidak diduga-duga.” (At-Thalaq:3)




Ketahuilah bahawa rezeki kita berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang boleh mengambil atau menyekat rezeki kita. Apa yang boleh mendatangkan manfaat bagi seseorang, itulah rezekinya yang sebenar. Selain daripada itu, apa yang diperolehinya itu boleh membinasakan dan menyesatkannya.





Itulah ayat yang boleh ummi pakai untuk kali ini, ummi mendapat rezeki yang ummi sendiri tidak duga… ummi betul-betul terperanjat apabila ummi  dimaklumkan bahwa untuk majlis walimah anak-anak ummi nanti ada sahabat baik ummi akan menghadiahkan seekor lembu Fresian yang besar dan gemok. Boleh digunakan untuk menjadi lauk buat tetamu yang datang.  Ummi  amat bersyukur  mendapat  hadiah ini, terima kasih Allah dan terima kasih juga kepada sahabat, hingga   ummi tak tau apa yang nak dikatakan  dan ini  menyedarkan ummi  untuk mengucapkan Alhamdulilah…. Syukur… 

Terima kasih teman kerana Allah mengurniakan rezeki melaluinya, dan  menyedarkan  ummi dari sifat alpa dan riak…. kerana ada masanya kita akan jadi lalai dengan rezeki yang Allah kurniakan…





Firman Allah yang bermaksud: “Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Toha, ayat 132).


Menjaga hak orang lain dan memenuhi janji. Firman Allah bermaksud: “Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa.” (Surah Ali ‘Imraan, ayat 76).


Rahsia Zuhud :
 
Al-Hasan Al-Bashri ditanya: "Apa rahsia zuhud Anda di dunia?.."  

Dia menjawab; "ada empat perkara, aku yakin, bahwa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, sehingga hatiku merasa tenang. aku yakin, bahwa amalku tidak akan dapat digantikan dan ditebus oleh orang lain, maka akupun sibuk memperbanyak amalku. aku yakin, bahwa sesungguhnya Allah Subhana Wa Ta'ala pasti mengawasi segala perbuatanku, maka aku pun malu bila Dia melihat ku bermaksiat. aku yakin, bahwa sesungguhnya kematian itu pasti selalu mengintaiku, maka akupun mempersiapkan segala bekal untuk menghadapinya.

"Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang memiliki sifat taubat dan istighfar, dan mudahkanlah rezeki ku, lancarkanlah urusan ku serta jagalah keadaan ku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha mengabulkan do'a. Amin, wahai Dzat Yang Memiliki keagungan dan kemuliaan".






Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).







Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: