BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 30 June 2010

Gerak Hati ~Iktibar abaikan Pesanan


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MasyaAllah...
Ingin menulis,tapi apa kudrat yang ada? Kalau diikutkan rasa sakit, bermakna ummi mengalah...


Tidak sekali...

Ummi tetap perlu berjuang melawan rasa sakit ini,mesti berbuat sesuatu yang bermanafaat.



Apa yang boleh dilakukan dikala sakit begini? Harapnya otak jangan lah beku dan mohon minda tetap cerdas agar ada idea yang ingin digarap pada laman ini.

Namun seluruh tubuh ni sakit-sakit...kalau ada orang picit pun dah kira nikmat dan melegakan. Tapi memang sifat ummi, kalau boleh orang-orang yang hampir dengan ummi jangan tahu pun,ketika ni ummi sakit. Ummi akan bersunyi-sunyi di dalam bilik macam tak ada apa-apa berlaku.


Dipanggil makan, pun kata kenyang, bila menangis cepat-cepat ambik wuduk...


Untunglah bila kesakitan ni datang ,kita boleh lelapkan mata.Ni dari tadi,sejak tengah hari, lepas saja tunjukkan menantu-menantu masak asam pedas, terus naik ke atas, masuk bilik bersunyi-sunyi. Zauj dan anak-anak balik tengah hari ni pun tak sambut.


Abdullah datang menjenguk sekejap cari umminya, terus minta picitkan kaki. Bahagian kanan abdomen yang sakit ni, tetap digosok-gosok, agar rasa lega.

Sebenarnya 2 hari lepas dah terdetik hati nak mulakan semula rawatan untuk hati ini. Dah banyak kali ummi tangguhkan,asyik buat ujian Fungsi hati, tapi tak buat rawatan apa-apa. Sampai dah mula menganggu perjalanan darah ke jantung.


Sebab tu bulan Januari hari tu dah buat angiogram. Tapi masih tak mulakan rawatan puncanya. Bila ada temujanji dengan Pakar Ortho, ummi pergi awal ke HSAJB, nak mulakan ambik rawatan hati.MasyaAllah, ramainya orang beratur ambik nombor giliran. Tak sanggup rasanya beratur panjang camtu. Kansel...


Terus ummi ke jabatan Orthopedik dan ambiknombor di sana. Sementara tunggu giliran, ummi ke cafe, makan laksa dengan mee rebus. Banyak nya makan. Nak buat camana dua-dua teringin. Tapi makanan kat cafe ni, bukanya banyak pun,mangkuk tu kecik je, harga mahal. Harap kuah saja penuh, isinya sikit.

Lepas je makan,baru nak onlinekan laptop, (selalu orang ramai,giliran lambat,nak dekat jam 12:30 baru dapat giliran jumpa doktor)dah dipanggil jumpa doktor. Rupanya Mr Masjudin tak ada, pakar orthoedik yang pegang kes ummi cuti.Jadi jururawat beri jumpa doktor ortho biasa sahaja. Doktor berikanlah ubat sebagai simpanan, supaya bila sakit bolehlah bertahan.


Bila pergi ke kaunter ubat, masyaAllah pun ramai orang. Tak sanggup menunggu lagi,terus cabut balik rumah. Sampai rumah ,kepenatan. Tapi tetap tak boleh tidor siang. Tak larat nak buat apa-apa dah. Kebetulan hari Isnin tu zauj puasa. Jadi ummi masak petang. Buat daging goreng kunyit,sup tulang dan goreng ikan kering sepat saja. Tak tahu pula Angah rajin, masakkan sayur dan along masak daging blackpaper.


Maka petang tu beramai-ramai meraikan zauj buka puasa. Makan malam bersama-sama. Lepas makan solat maghrib berjemaah dan terus solat berjemaah isya' juga. Lepas solat isya' baru naik ke atas berehat di katil. Ingatkan tak sakit apa-apalah...


Namun manusia ni lemah dan tak berdaya,sakit ni tak berbau, boleh datang bila-bila masa tanpa amaran. Cumanya,hari Isnin dah terdetik hati nak mulakan semula rawatan hati, hari ni dah sakit.Itu lah gerak hati yang tidak boleh ditipu, tapi ummi abaikan. Selalu zauj pesan sebelum ini, buat sesuatu ikut gerak hati, bersegera lakukan apa yang terdetik di hati tu. Jangan tangguh, nanti Allah tarik semula petunjuk yang dah diberikan. Betul pun, sedikit ummi abaikan ...hari ni ummi terima akibatnya atas kelalaian ummi sendiri.

Zauj selalu pesan,dalam kitab Al-Hikam , Karangan Imam Ibnu Ata'illah Askandary, sebarang lintasan hati atas perkara yang baik,bersegeralah bertindak. Jangan sekali-kali melenggah-lenggahkannya. Lintasan yang baik itu hanya datang sekali. Bila kita melenggahkan,kesibukkan urusan dunia akan melupakan kita dengan lintasan hati yang baik tadi. Itulah pesan zauj pada ummi, tak kala mengadap belajar dengannya sejak bertahun-tahun lalu. Dan selama ini,itu lah yang sering dibuat,bertindak segera mengikut gerak hati. Tapi kali ini, ummi leka,orang ramai tu cuma alasan, kenapa selama ini ,ummi boleh bersabar beratur,kali ini,tidak pula? Allah nak uji ummi lagi...


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Engkau yang Maha Mengasihani...


Ni ummi dapatkan dari info sihat:



Apakah maksud Hepatitis B


Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini. Namun,virus ini bukan sahaja boleh di dapati melalui hubungan kelamin, tetapi melalui pemindahan darah, melalui makanan yang tercemar dengan virus ini.

Pengalaman ummi sendiri,ummi mendapat virus ini bukan melalui pasangan. Ummi pernah menerima darah, pernah jalani pembedahan, pernah jalani rawatan gigi, dimana di situ juga ummi terdedah untuk mendapat virus hep B ini. Pasangan ummi sendiri tidak ada virus ini, sebab itu sebaik sahaja ummi disahkan dijangkiti virus hep B, semua anak-anak dan zauj menjalani ujian pengesahan dan mereka bebas dari jangkitan virus hep B. Bila di dapati bebas, mereka perlu mendapat pelalian hep B.

Allah Maha Kuasa, anak yang ummi kandung pun tidak mendapat jangkitan virus ini. Ketika ummi hamil anak ke 10,ummi sudah 2 tahun disahkan sebagai pembawa virus Hep B. Sebab tu ummi pernah buat biopsy hati. Dah berulang kali keluar masuk hospital.



Bagaimanakah seseorang itu tahu bahawa dia telah dijangkiti Hepatitis B?

Anda akan mengalami tanda-tanda penyakit ini dalam masa 45-160 hari dari hari anda mula dijangkiti. Jika dijangkiti, orang dewasa adalah lebih cenderung untuk mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit ini jika berbanding dengan kanak-kanak. Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah :

* Penat
* Sakit kuning
* Gatal-gatal
* Hilang selera makan
* Hilang berat badan
* Sakit perut
* Sakit-sakit sendi




Apakah perjalanan semulajadi jangkitan kuman ini?


Kebanyakan orang yang telah dijangkiti akan pulih sepenuhnya. Sebilangan kecil akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati yang boleh membawa maut. Ada juga yang akan menjadi pembawa virus Hepatitis B yang kronik selepas pulih dari jangkitan awal Hepatitis B.


Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:

* Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
* Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
* Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
* Barah hati


Adakah jangkitan Hepatitis B boleh dirawat?

Tiada rawatan khusus untuk jangkitan awal hepatitis B. Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk:

* Rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak
* Diet rendah lemak dan dan kurang perisa/tawar
* Elakkan arak/alkohol (sudah tentu ummi tak ambik ini)
* Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang diambil untuk penyakit kronik yang lain

Pesakit radang hati yang kronik (chronic hepatitis) mungkin boleh dibantu dengan ubat interferon atau lamivudine.


Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari dijangkiti hepatitis B?

1. Hepatitis B boleh dielakkan dengan :

* Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi contohnya menagih dadah secara suntikan dan seks secara rambang.  (Oooo..ini tak ada )

* Menghindarkan berkongsi barang-barang persendirian (contohnya pisau pencukur).

* Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma darah (betu tu, ummi tak tahu, pernah la derma darah,akhirnya darah tu dimusnahkan)


2. Hepatitis B boleh dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B. Di Malaysia, semua bayi diberi pelalian untuk HBV.



Pelalian Hepatitis B juga digalakkan untuk kumpulan umur dan populasi masyarakat yang tertentu. Contohnya:

* Mereka yang belum pernah mendapat pelalian hepatitis sebelum ini
* Mereka yang terdedah kepada orang yang dijangkiti dengan Hepatitis B di rumah atau secara seksual
* Mereka yang terdedah kepada darah atau produk darah
* Kakitangan kesihatan
* Pesakit-pesakit dialisis

Untuk ibu mengandung yang dijangkiti hepatitis B, anak anda perlu diberi immunoglobulin Hepatitis B secepat mungkin setelah lahir dan ini diikuti dengan pelalian vaksin.( Anak ummi yang bongsu, Muhamad Imran terselamat dari jangkitan virus, sebaik lahir terus di suntik immunoglobulin Hepatitis B, tak ada disediakan di hospital, kena beli siap-siap di farmasi, harganya mahal, bila nak bersalin je, terus berikan pada doktor, agar disuntik pada anak yang lahir.)


Begitulah...semoga Allah terus memberikan ummi kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang berganda-ganda... (adakah ini bermakna Allah tak dengar doa ummi, minta di sihatkan tubuh badan? Tidak, sakit ni ujian, dugaan untuk menguji keimanan hambaNYA.)


Maka teruslah berdoa,  dalam doa itu kita mendapat nikmat, bahawa Allah sangat hampir, Allah sangat sayang pada kita.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



2 comments:

Unknown said...

salam kak... maaf kalau menggangu.. saya baru sidahkan mengidap hepatitis b.... mungkin akak boleh membantu saya memberi info2 yang bermanfaat....

Unknown said...

kalau sudi kunjungi blog saya yer kak...
http://ketenanganmenyeluruh.blogspot.com/