BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 21 June 2010

Pilihan Jalan Yang Kita Tempuh

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Setelah 5 hari bermusafir, ummi sangat kelelahan. Ummi kira akan ummi temui ceria dihujungnya, namun kiranya sukar diperolehi ceria itu. Memang ummi sedar dalam setangkai padi, bukan semuanya akan menjadi padi yang bernas, ada yang kosong, yang jadi hampa.






Naluri seorang ibu, hanya ibu yang memahaminya. Manusia tetap dengan sikapnya yang ingin memuaskan keinginan hati sendiri. Ingin mencapai apa yang dia inginkan walaupun syariat tidak memberatkan hingga begitu. Kerakusan dengan dunia yang mahu indah dipandang mata dan masyarkat memandangnya mulia.


Pernah zauj berkata,  "seluruh kehidupan ini adalah ibadah jika kita mahu menuruti. Jika peluang dan jalannya terbuka didepan mata. Jangan kita sia-siakan jalannya,  jalan  yang mudah itu. Apa contohnya ? Berkahwin dengan mualaf merupakan jalan yang penuh ibadah ,  setiap langkah bersama dengannya adalah ibadah kepada Allah. Jika mampu rebutlah peluang itu, jika jalan dan peluangnya terbentang di depan mata. " Ramai yang mencari peluang itu, tetapi bukan semua manusia dijumpakan jalan nya.


Ummi kasihan pada manusia-manusia yang mengutamakan hati dan ingin memuaskan hati hingga melawan fitrah yang telah Allah tetapkan.


Jika kita menolak sesuatu kerana hati dan nafsu, maka hati kita akan tertutup untuk melihat kebenaran. Hati tertutup untuk melihat apa yang Allah syariatkan. Alasan apa pun yang kita reka ia tetap berlandaskan nafsu. Nafsu mahu yang bagus-bagus dan indah-indah yang kita pun belum tahu adakah ia dari jalan syariat Allah atau pun hanya indah diluar sahaja.


Jika kita melihat dunia dari pandangan yang sukar, maka sukarlah jalan yang kita tempuh, tetapi jika kita melihat dunia dari jalan yang mudah,maka mudahlah kita untuk meniti menuju ke akhirat di dalam jalan yang Allah redha.



Maka pilihan jalan menuju ke akhirat/menuju kepada Allah adalah ditangan kita sendiri. Bukan ditangan orang lain, hatta jalan seorang anak perempuan, bukan di tentukan oleh ayah atau walinya tetapi di tangannya sendiri. Namun bagi anak yang taat kepada ibu bapanya, apa yang ibu bapanya kata baik,maka dia turuti selagi tidak melanggar syariat,itulah jalan yang baik buat dirinya.


Permulaan hidupnya telah dimulai dengan mentaati ibu bapa sebelum dia mentaati suaminya. Semoga kita semua berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Jadilah wanita solehah...






Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




0 comments: