BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 22 December 2010

Melancong Sambil Mendidik

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Seumur hidup ummi, inilah kali pertama ummi menjejak kaki ke Pulau Lagenda, Langkawi.Selepas daftar keluar di Hotel Berjaya Pulau Pinang, jam 7.30 pagi,hari Rabu 22 Disember 2010, dengan berkonvoi beberapa kereta sahabat zauj,kami bergerak menuju ke Perlis.


Kami melalui jambatan Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.


Memasuki lebuh raya utara selatan merentasi Butterworth,negeri Kedah dan keluar melalui susur Alor Setar Selatan, menuju ke Kangar melintasi Pekan AYer Hitam, hingga bertemu simpang 4, ambil kiri menuju Kuala Perlis.


Sampai di Jeti Kuala Perlis jam 10.30 pagi. Sebelum tiba di jeti,kami berhenti di R&R Gurun untuk bersarapan pagi pada jam 9.05  pagi. Semua anak-anak ambik makanan berat iaitu nasi campur.


Setelah mana-mana barang yang ingin dibawa ke Langkawi diturunkan dari kereta, adik ummi nombor 5 sudah sedia menunggu di jeti buntuk membawa pulang kereta kami. Tak mahu letakkan kereta di kawasan jeti.


Kelihatan ramai orang berpusu-pusu beli tiket dan menunggu untuk menaiki feri. Sambil ummi duduk dengan anak-anak menunggu giliran dan kawan-kawan lain tiba, mulut ummi sibuk bercerita.




Sabar apabila berhadapan dengan orang ramai, sabar menanti giliran, tenang menghadapi dugaan bila ada orang tiba-tiba potong giliran. Macam ni lah masa nak pergi Makkah.Lagi ramai orang yang berbagai ragam dan kerenah.


Jangan lekas marah dan nak bergaduh. Segalanya perlu sabar. Semasa berjalan menaiki feri,jangan berasak-asak sebab tanpa sedar,kita akan bersentuhan dengan yang bukan mahram. Walau dimana,dan apa jua keadaan ,jaga diri,jaga mata dan jaga hati.


Tak perlu nak rebut-rebut tempat , sebab semua kerusi ada nombor. Ikut saja peraturan. Feri tidak akan berlepas selagi belum semua penumpang dapat naik dan mengambil tempat. Ummi buat bandingan dengan saat mahu pergi mengerjakan haji.


Ketika dilapangan terbang,ketika mahu menaiki pesawat,ketika di dalam pesawat dan ketika mematuhi peraturan di dalam pesawat. Dugaan nya lagi lah besar, sebab bukan semuanya faham segala arahan. Ada ramai orang tua-tua yang langsung tidak tahu dan tidak pernah menaiki pesawat. Ditambah dengan ujian-ujian untuk melihat keimanan seseorang yang menjadi tetamu Allah.


Hanya kesabaran sahaja menjadi benteng untuk menghalang syaitan dan iblis menyelinap di dalam hati manusia. Dengan kesabaran dapat meraih kemanisan iman, akhlak terpuji dan pekerti mulia.


Begitulah hasil yang ummi perolehi setiap kali membawa anak-anak bercuti. Walaupun sebenarnya mengiringi dan menemani zauj menghadiri Bengkel dan Seminar atau Mesyuarat. Jangan jemu untuk menasihati anak-anak walaupun di dalam perjalanan. Jangan jemu mendidik ,menegur anak-anak apabila berpeluang bersama-sama tak kira di rumah atau ketika di dalam perjalanan atau percutian.


Di dalam percutian begini, ummi tidak banyak berhabis duit untuk makan mewah. Kami makan seadanya. Mendidik anak-anak makan seadanya,makan secara sederhana atau lebih daif lagi kot sebab cuma makan nasi berlaukkan satu jenis lauk sahaja di mana lebih kuah dari isinya. Ya,mungkin bukan makan makanan seimbang, tapi biarlah mereka terdedah dengan menempuh cabaran hidup (survival) yang bukan sentiasa senang dan riang.


Semua ini menjadi contoh teladan kepada anak-anak untuk mereka mendidik anak-anak mereka pula nanti. Pendidikan secara tidak formal,melalui pengalaman lebih bermakna dan memberikan kesan yang mendalam.


Sekian,semoga entri ini bermanafaat buat semua pembaca budiman.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



2 comments:

Rezal said...

Hi,
I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog.

Best of luck to you!

Ummi Munaliza said...

Terima kasih cikgu. Selamat datang ke laman blog saya.Tiada apa yang menarik, sekadar kata bicara untuk mendidikanak-anak agar menjadi insan yang diterima Allah di akhirat nanti.

Mendidik anak-anak bukan lah semudah memasak nasi atau memeram pisang. Nasi kurang tanak akan mentah,pisang kalau diletakkan kabait akan tetap masak tetapi tidak sempurna.