BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 30 November 2010

Ibarat Badan Tanpa Kepala

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات




KATA orang arifbillah, pastikan amalan wajib tidak ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat (jangan jadikan amalan itu ibarat badan tanpa kepala).


Kalian ingat apa yang dimaksud dengan wajib dengan sunnah? Amalan wajib adalah sesuatu yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan maka mendapat dosa. Sedangkan amalan sunnah adalah sesuatu yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tidak apa - apa.


Sesuai keterangan diatas, maka muncul pernyataan:
االفَرْضُ اَفْضَلُ مِنَ النِّفْلِ
Amal wajib itu lebih baik daripada amal sunnah. 
Pernyataan tersebut sudah tidak asing bagi kita. Contohnya: puasa Ramadlan lebih utama daripada puasa sunnah. Kita jadi tidak boleh meninggalkan amalan wajib demi mengejar amalan sunnah.


Namun tidak semua perkara wajib itu lebih utama daripada sunnah. Kok bisa begitu ya? Sebagian jawabannya ada dibawah ini.

1.      Si A berhutang dengan si B. Tapi si A belum kuat untuk melunasi hutangnya, padahal sudah jatuh tempo untuk melunasi. Si B hukumnya wajib memberi masa tenggang dalam melunasi hutang, dan hukumnya sunnah mengikhlaskan hutang si A. Dalam kasus ini, si B lebih bagus menjalankan hukum sunnah daripada wajib.
2.      Dalam shalat witir, pahala shalat 3 rakaat lebih besar daripada 11 rakaat atau lebih. Karena Rasulullah semasa hidupnya melaksanakan shalat witir sebanyak 3 rakaat.
3.      Dalam mengucapkan salam, diwaktu mengucapkan hukumnya sunnah. Dan diwaktu menjawab hukumnya wajib. Namun lebih utama mendahului mengucapkan salam.
4.      Pada sholat Jumat, menjadi muadzin lebih utama daripada menjadi imam.
5.      Dalam berwudlu, hukumnya wajib apabila berwudlu sesudah waktu sholat tiba, dan hukumnya sunnah apabila berwudlu sebelum waktu sholat tiba. Namun pahala lebih banyak berwudlu sebelum waktu shalat sudah dalam keadaan berwudlu.
Selain contoh diatas, masih banyak yang lainnya.

Jadi, jangan sekali – kali menganggap remeh amalah sunnah. Cuba fikir kembali, seandainya amal yang kita perbuat di dunia ini tidak diterima Allah bagaimana? Apalagi kita hanya menjalankan amalan wajib saja. Paling tidak, dengan mengerjakan amalan sunnah dapat mengurangi  risiko ringannya mizan di Yaumil Akhir. Tapi jangan mengerjakan amalan sunnah saja, kewajiban jangan sampai lupa. Dilaksanakan beriringan, maka hidup akan terasa tambah nikmat dengan istiqamah.

Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Andai kaya, lihatlah kepada yang miskin. Andai miskin, lihat kepada yang papa. Andai papa, lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya.

Renunglah sejarah pengabdian Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada Allah.

Uzlahkan diri dari kesibukan dunia, kelukan lidah dengan perbanyakkan tasbih, matikan hati dari berangan-angan tentang dunia (hayati al-Quran) dan matikan jasad dengan banyak zikrullah.

Perbanyakkan muhasab diri dengan beristighfar kepada setiap dosa yang dilakukan dan solat sunat taubat (syor membaca surah Al-Fatihah, At-Taubah, Al-Fill, Al-Kahfi).


RAMAI hamba Allah yang mengeluh: Alangkah cepatnya hatiku berubah. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau kekayaannya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya. (Hadis riwayat al-Bukhari).

Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.


Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.


Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.


Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.


Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Loh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 23 November 2010

Memori Indah Seorang Isteri

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Suatu ketika dulu, dari sebelum berkahwin lagi ummi memang suka pada satu kisah isteri sahabat ini. Dan selalu ummi juga bercita-cita untuk menjadi seperti isteri sahabat ini.


Kisahnya adalah tentang seorang isteri yang merahsiakan anaknya telah meninggal dunia,  sedangkan ketika itu suaminya tiada di rumah. Apabila suaminya balik pada malam itu, dilayannya dahulu suaminya sehingga suaminya lena kepuasan, esoknya baru dikhabarkan akan kematian anaknya.



Kebetulan ummi terdengar sedutan ceramah Ustaz Mohd Khazim Elias, nostalgia lalu menyinggah di memori. Ingin benar  ummi menjadi seperti  isteri itu. Sebab  itu sepanjang 26 tahun kehidupan berumahtangga, sebelum  menyampaikan apa-apa khabar  pada suami,  akan ummi fikirkan apakah sesuai dan perlu disegerakan khabar  itu dimaklumkan, walaupun zaman ini  ada telefon  untuk  memudahkan berkomunikasi.  Ummi  akan lihat situasi kerja suami,  dimana dia ketika itu dan kewajaran  untuk diberitahu.  Semua  ini bergantung kepada kebijaksanaan seorang isteri. Jika perkara  itu boleh ditangguhkan, khabarkan saja bila suami telah balik ke  rumah. Jangan ketika suami bekerja di luar. Ikut seperti mana isteri sahabat  itu lakukan kepada suaminya.









Apabila ummi dipilih Allah untuk berkahwin awal, sedaya upaya, ummi berusaha mendidik diri untuk menjadi cahaya mata suami. Seorang isteri yang apabila suami melihat, hatinya rasa berbunga   dan  bahagia.


Ummi selalu menjadi tangan kanan suami di dalam apa jua urusan kehidupan. Menjadi seperti tongkat basikal. Menjadi penasihat peribadi, menjadi perancang ekonomi, pengurus kewangan, menjadi setiausaha sulit apabila ada borang-borang yang perlu diisi, menjadi tukang urut, menjadi tukang masak, menjadi cleaner dan paling utama menjadi pelayan yang dilanggani setiap malam.


Sejak berumah tangga, suami tidak pernah isi borang cukai pendapatan, isi borang Sasaran kerja Tahunan (SKT), bayar bil-bil bulanan, tidak pernah tahu bagaimana urusan pembelian rumah, bagaimana berhelai-helai  borang perlu di isi jika berhajat memohon pembiayaan samada melalui bank atau pembiayaan kerajaan untuk pembelian rumah  atau kereta. Hatta, isi borang untuk menunaikan haji. 


Seorang isteri  perlu memaklumkan kepada suaminya tarikh-tarikh penting didalam kehidupan berumahtangga. tarikh ulang tahun perkahwinan, tarikh kelahiran anak-anak, tarikh temujanji dengan doktor, hatta tarikh  jemputan walimah sahabat-sahabat suami juga. Cukup untuk seorang suami ingat tarikh dan masa untuk kelas yang dia  akan masuk mengajar, kelas pengajian Kitab-kitab, tarikh dan masa mesyuarat yang berkaitan kerjayanya. Begitu  juga dengan tarikh tamat lesen memandu, tarikh tamat cukai jalan dan takaful kenderaan. Semua itu isteri yang perlu ingatkan. Inilah yang dikatakan menjadi penasihat peribadi dan setiausaha suami.


Suami penat bekerja, selain tenaga, minda mereka juga penat memikirkan segala perkara yang berkaitan ummah. Seorang isteri hanya memikir di dalam skop yang kecil di dalam keluarganya. Maka kadar kepenatan minda itu berbeza.


Adakah ummi tidak penat? Sedangkan ummi juga bekerja, sebagai pendidik. Selain menguruskan rumah tangga tanpa bantuan pembantu rumah.


Seorang isteri harus bijak membahagikan masa, antara kerjaya dan rumah tangga. Apabila keluar rumah untuk bekerja,gunakan sepenuh masa di waktu kerja menyelesaikan apa jua yang bersangkutan kerja di tempat kerja. Jika tidak perlu, jangan bawa balik ke rumah kerja itu.


Sepanjang ummi bertugas sebagai guru, ummi jarang bawa balik buku-buku untuk ditanda di rumah. Ummi gunakan sepenuh masa senggang ketika di sekolah untuk menyelesaikannya. Di sekolah, ummi tak ada masa nak borak kosong begitu sahaja. Masa ummi lebih berharga dari intan permata. Ummi hanya bawa balik buku rekod mengajar untuk ditulis catatan mengajar untuk hari esoknya. Itu pun akan ummi tulis ketika semua kerja rumah telah selesai, ummi curi masa tidur ummi sendiri di tengah malam.


Namun kejayaan seorang menjadi isteri solehah, bergantung kepada didikan suami juga. Kerjasama, sokongan dan bimbingan itu yang mendorong kejayaan seorang isteri mendidik dirinya sendiri menjadi solehah.


Dengarlah contoh yang ustaz Mohd Khazim sampaikan itu. Redha dan syukur seorang isteri dengan kehidupan bersama suami adalah buah kepada kebahagiaan. Redha dan syukur dengan kehidupan seadanya, walaupun tidak punya apa-apa, namun kasih sayang yang dibelai dan dibajai sedari akad nikah sudah cukup membina syurga dalam rumah tangga.


Apa yang dilihat hari ini di dalam rumah tangga ummi, adalah bermula dari zero, baik dari segi kasih sayang, material dan ilmu rumah tangga. Ummi tidak ada pengalaman dalam pengurusan rumah tangga, semasa bernikah tidak ada persediaan untuk berumah tangga. Dari selepas akad nikah berusaha belajar dan mencari pengalaman berumahtangga. Sentiasa berusaha membaca,memerhati dan bertanya.


Mencintai dan berkasih sayang dengan suami sebaik selepas di akad-nikahkan. Selepas bernikah,baru mengenali suami, baru berani memandang wajahnya.


Semasa akad nikah, kami tak punya sezarah pun harta. Tak ada apa-apa melainkan pakaian yang mak ayah belikan. Harta pertama ummi miliki ialah mahar sebanyak rm 80 yang suami berikan. Dengan wang itu,ummi bersama suami memulakan kehidupan. Ummi redha wang itu digunakan untuk kegunaan bersama. Alhamdullilah, dari saat itulah kehidupan ummi bermula, mendapat rahmat Allah dan keberkatan dariNYA.


Dan untuk menjadi kuat seperti hari ini,berbagai ujian, dugaan dan rintangan perlu dilalui. Allah tidak akan meningkatkan darjat seseorang melainkan dengan memberikan berbagai-bagai ujian. Kecik atau besar ujian itu, bergantung bagaimana kita menerimanya. Tabah,kuat dan sabar adalah adunan 3 serangkai untuk meningkatkan iman.


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;“Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3



Jangan fikir, kehidupan ummi tidak pernah diuji. Hanya ujian setiap manusia itu berbeza antara satu sama lain. Dan Allah berikan ujian itu kerana Allah Maha Mengetahui yang dia mampu untuk menghadapinya. Allah tidak akan biarkan hambaNYA begitu sahaja jika hamba itu tetap sabar, redha dan bersyukur dengan apa yang dicubakan ke atas dirinya.


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “
- Surah Al-Baqarah ayat 286


Dan perlu diingat juga,Allah datangkan ujian bukan sahaja untuk orang itu, tetapi juga untuk orang-orang yang berada di sekitarnya. Jika orang itu diuji dengan sakit, apakah keluarga,jiran tetangga akan membantu? Jika diuji dengan kematian, adakah keluarga redha?


Dan dari ujian-ujian itulah datangnya ganjaran dan bonus sebagai saham di akhirat nanti. Semoga semua kita berusaha untuk merebut dan membeli saham-saham itu sebagai bekal di sana nanti.


Sekian...entri nostalgia dari ummi. Semoga bermanafaat untuk kita menjalani kehidupan ini.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Sunday 21 November 2010

Berbaur Rasa Berlubuk Di hati


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Tidak ada bicara ilmiah di entri ini, sekadar meluahkan rasa di hati. Rasa rindu, rasa hiba dan pilu.


Berbaur antara rasa-rasa itu, menjadikan hati makin sayu. Di tubir mata ini, jelas telah bertakung kolam mataair yang bila-bila masa sahaja akan mengalir.


Hanya dengan doa dan harapan, semoga segala yang dirasai adalah sesuatu yang Allah redha, bukan suatu perasaan yang dibayangi oleh syaitan.


Namun ia tetap menjadi rahsia di hati ini, kenapa dan mengapa ia terjadi. Bukan sesuatu kebiasaan atau perkara yang mudah untuk ummi berkongsi rasa dengan orang lain.


Ummi boleh berkongsi untuk sedia mendengar masalah beribu orang, tetapi ummi tidak pernah bersedia untuk orang lain berkongsi dengan apa yang hati ummi rasai.


Jika sesuatu itu yang mengembirakan, ya, ummi sedia untuk berkongsi tetapi jika ia sebaliknya, ummi rela menghijabkan nya dari pengetahuan sesiapa sahaja, cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui. Cukuplah Allah bagiku,tiada Tuhan selain Engkau.



"Hasbiyallahu wanikmal wakil, nikmal maula wa ni’man nashir "(Cukup Allah pelindung kami, Dia sebaik pemimpin dan sebaik-baik penolong) . Hembuskan nafas perlahan-lahan sambil membaca Istighfar didalam hati sebanyak 33x.


"Laa haula wala quwwata illa billahil aliyyil adhzim "( Tidak ada daya kami melainkan dengan pertolongan Allah yang maha Besar).




41- Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.

42- Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. (Al-Ahzab 41-42)




" Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki Arys yang agung" (Surah At-Taubah : 129)



"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman" (Surah Ali Imraan : 139)


Kepada MU  Ya Allah,  aku serahkan diri   ini...



Tiada tuhan selain Allah yg Maha Agung lagi Maha Penyantun, Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ‘Arasy yg agung.Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yg Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik ‘Arasy yg mulia.Wahai Dzat yg Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.


Ya Allah, hanya rahmat-Mu yg kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayang-Mu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.


Aku memohon ampun kepada Allah, yg tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepada-Nya.


Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yg telah berbuat zalim.


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuan-Mu. Hidupku ada ditangan-Mu.Telah berlalu qadha-Mu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku.


Aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau namakan diri-Mu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam Kitab-Mu, yang telah Engkau ajarkan kepada seorang di antara makhluk-Mu (Nabi-Mu), atau dengan semua nama-Mu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisi-Mu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran sesuatu yg rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

Cukuplah Allah bagi kita dan Dialah adalah sebagai sebaik-baik Pelindung….


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Pemberi Hadiah Lebih diHormati dari Hadiah Yang Diberikan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Apabila kita berdoa hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dikabulkan. Jangan ada rasa ragu, syak dan waham (waswas) waktu berdoa kerana Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang dalam hatinya berbolak-balik antara percaya dan tidak akan doanya diperkenankan. Jadi, sangka baik (husn zan) terhadap Allah itu penting apabila kita berdoa.



Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)


Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah caranya kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu.




Sebuah syair mengungkapkan hakikat ini dengan begitu indah sekali:
“Allah s.w.t. murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya. Sebaliknya manusia murka apabila kau sering minta kepadanya.”



Menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Kata Imam Ibn Ataillah: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”



Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.



Bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepada-Nya, maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.



Sebenarnya doa itu sendiri merupakan satu kurnia daripada Allah. Malah doa itu adalah modal asas yang memungkinkan seseorang itu menerima kurnia-kurnia Allah selanjutnya.



Malangnya, orang yang mengetahui hakikat ini tidak ramai dalam kalangan kita. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” (Surah al-Naml 27: 62)



Hamba Allah yang benar-benar mengenal Allah (arif billah) dapat rasakan apabila seseorang itu diizinkan Allah untuk mengucapkan doa (ada sesetengah orang dikelukan lidah lalu tidak boleh berdoa) adalah lebih berharga daripada termakbulnya doa itu.



Hal ini kerana seorang yang berdoa itu hakikatnya sedang berdialog dengan Allah. Bagi mereka, ini adalah satu anugerah Allah yang lebih bernilai berbanding apa yang diperoleh daripada doanya. Bukankah Pemberi hadiah itu lebih patut kita hormati dan kasihi daripada hadiah yang diberikan-Nya?



Mungkin ada yang bertanya apakah benar Allah akan memperkenankan setiap doa hamba-hamba-Nya? Jawabnya, ya jika apa yang kita ajukan itu doa yang benar dan elok.



Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi no 3548)



Jelas di sini, doa yang dimaksudkan itu mempunyai ciri-cirinya. Antara ciri-ciri doa yang baik ialah isinya mestilah ke arah memohon kemaafan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Rentetan daripada itu mereka pasti berdoa akan keselamatan diri dan orang lain, bukan permusuhan dan kekacauan). Dan yang paling penting, berdoa dalam keadaan merendah diri dan penuh harapan.



Oleh sebab itu, janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Saturday 20 November 2010

Memburu Cinta Fatamorgana

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Memburu Cinta Fatamorgana
Sejak akhir-akhir ini,di Laman Forum Halaqahnet sering dihujani dengan berbagai kisah rumah tangga yang menuju ke arah kemusnahan. Ini semua gara-gara memburu cinta fatamorgana samada oleh si suami atau si isteri.


Pedih, payau, tawar, kelat telah bersemi di dalam rumah tangga gara-gara cinta fatamorgana ini. Bunga Cinta yang telah tersemai di depan mata tidak lagi dihiraukan dengan alasan tidak mampu membeli  baja dan tidak cukup air  untuk hidup subur.


Dalam kekhilafan ini, tidak perlu menuding jari siapa salah siapa benar. Sepatutnya kedua-dua pihak berusaha untuk menyuburkan kembali bunga cinta yang telah dihalalkan melalui ijab dan kabul. Jangan diburu cinta fatamorgana yang haram dan tidak bernoktah.


Tajuk-tajuk yang menjadi penghias Kiriman Terkini seperti   Isteri Mohon Cerai Untuk Bersama Kekasih Baru, Bantulah Saya Menghadapi Suami Curang, Ingin Kekasih Kembali Semula , Suami Tidak Cinta,dan Mahu Berpoligami. , Di Ambang Keretakkan Rumah Tangga  dan beberapa lagi topik yang lebih kurang begitu kisahnya. Semuanya berkisar memburu cinta fatamorgana walaupun cinta realiti telah bersemi di mahligai sendiri.


Aduh...sakit kepala ummi untuk memikirkan bagaimana jawapan terbaik untuk mereka. Harapan ummi cuma satu, mengurangkan kadar perceraian  dan dalam masa yang sama sebolehnya ingin menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.  Tapi bagaimana?





Saya nak minta pendapat kalau seorang isteri ada kekasih walhal sekarang dia masih bergelar isteri dan suami nya maengetahuinya,tp suaminye hanye marah sebentar dan berbaikan semula..tp yg sy nk tau isteri sudah membuat solat istikharah dan sudah mendapat jawapan dr tuhan dimana berat memihak kepada untuk memilih kekasih baru itu bkn suaminya..hubungan suami isteri tidak sangat bermasalah cuma kehidupan agak sempit dan kewangan tidak mencukupi dan dibebani hutang..kekasih baru itu sangat baik dan berpengatahuan agama juga berpangkat.adakah wajar isteri meminta cerai untuk bersama kekasih baru?.


Ini salah satu contoh luahan hati seorang isteri yang memburu cinta fatamorgana. Apa lagi yang mahu diburu? Tidak bersyukurkah dengan apa yang telah dimiliki? Sekadar Allah datangkan ujian yang kecil, telah menarik diri untuk mengejar cinta yang lain semata-mata keindahan cinta fatamorgana yang nun jauh kelihatan indah tapi bila kita hampiri  cinta itu makin jauh...dan jauh.

Ini nasihat ummi...

Saya tidak setuju jika puan minta cerai dengan suami yang ada sekarang ini. Suami mengambil puan melalui akad nikah, ada perjanjian dengan Allah.

Suami telah menegur, tetapi kenapa puan tidak taat kepada perintah suami? Kenapa puan masih lagi berkasih dengan lelaki lain.Sebaiknya puan tinggalkan lelaki itu dan taati suami puan.


Mana puan tahu jawapan istikharah itu dari Tuhan? Bolehkah puan bezakan, antara petunjuk dengan tipu daya syaitan.

Cuba puan baca dengan tenang,mimpi yang bagaimanakah yang dikatakan petunjuk dari Allah.





Bagi hamba-hamba Allah SWT, yang selalu patuh dan taat pada menjalankan ajaran-ajaran agamanya, di dalam hidupnya pasti akan timbul sewaktu-waktu suatu "keputusan hati" atau dengan kata lain "ketetapan hati" pada sesuatu yang tidak bertentangan dengan agama.


Contohnya,ketetapan hati untuk berkahwin dengan seorang yang menurut kita adalah baik pada pandangan agama, untuk menjaga kita jangan sampai jatuh pada sesuatu yang tidak diridhai oleh agama. Ketetapan hati yang kita buat adalah berdasarkan kepada dalil-dalil seperti petunjuk melalui mimpi yang bukan dikacau atau diganggu syaitan dan Iblis. Seseolah mimpi itu datangnya dari Malaikat.


Cuma yang terang hal keadaan itu kita terima dari hamba Allah yang soleh dan taat, ataupun keputusan hati itu datang dengan perantaraan ilham yang betul-betul dari Allah SWT.  (Kalam Hikmah Imam Ibnu Atta'illah Askandary)


Mimpi yang benar dari petunjuk Allah adalah mimpi yang diberikan kepada mereka yang benar-benar soleh dan taat, patuh kepada ajaran-ajaran agama. Selain dari itu, mimpi hanyalah mainan tidor sahaja. Puan boleh menilai diri puan adakah termasuk kedalam golongan hamba Allah yang benar-benar taat dan patuh kepada ajaran-ajaran agama Islam atau mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian dari ajaran-ajaran agama.


hubungan suami isteri tidak sangat bermasalah cuma kehidupan agak sempit dan kewangan tidak mencukupi dan dibebani hutang...



Apakah masalah kewangan yang melanda dalam rumah tangga puan ini dari awal perkahwinan? Atau hanya sekarang? Tergamak puan,semasa senang pada awla perkahwinan puan sanggup bersama suami,tetapi bial suami susah dan dibebani hutang, puan mahu meninggalkan dia. Jangan puan ibarat kacang lupakan kulit. Kasihan suami yang dari awal susah dan terus susah apabila puan tinggalkan dia. Bukanlah mudah untuk suami mengahwini puan suatu ketika dulu.


Tentu sedikit sebanyak, tentu suami berikan maskahwin, duit hantaran dan hadiah iringian ketika bertunang dan menikah, tentu suami juga buat majlis kenduri. Bukan kah suami banyak bersusah payah untuk mengambil puan sebagai isteri. Apakah bukan sedikit duit yang digunakan untuk menikahi puan suatu ketika dulu?


kekasih baru itu sangat baik dan berpengatahuan agama juga berpangkat.adakah wajar isteri meminta cerai untuk bersama kekasih baru?


Berpengetahuan agamakah jika sanggup berkasih dengan isteri orang? Itu bukan beragama, tetapi tidak beragama dan beriman kerana jika beragama dia tidak akan ganggu isteri orang.

Oh...dia berpangkat?

Mata duitan rupanya puan ini. Tergamak tinggalkan suami kerana mengejar dunia. Mengejar harta dan wang ringgit. Adakah jika suatu hari nanti ,kekasih ini tidak ada duit dan pangkat, puan akan tinggalkan dia?


Kesimpulannya: TIDAK wajar puan minta cerai dari suami yang baik semata-mata kerana megejar seorang lelaki yang tidak beragama dan kerana dia berpangkat. Suami puan seribu labih baik kerana tidak memukul puan, hanya marah-marah sekali sekala sahaja. suami puan tidak berlaku curang dengan puan. Sanggup suami bersusah payah untuk menikahi puan, tetapi puan pulak tergamak mahu meninggalkan dia.


Begitulah salah satu nasihat ummi kepada mereka-mereka yang mengejar cint fatamorgana. Sepatutnya cinta  yang telah tersemai itu dibaja, bukannya mengejar yang tidak pasti. Hidup ini tidak boleh memikirkan diri sendiri sahaja. Suami , anak-anak, ibu bapa dan mertua itu merupakan mereka-mereka yang utama dijaga hatinya.


Apabila kita diberikan cubaan oleh Allah, bersabarlah,  jika di uji dengan dunia,  janganlah kita  mudah terpikat dengan dunia dan  isinya. Teruskan hidup dengan  seadanya. Perbaiki hubungan dengan Tuhan. InsyaAllah ada jalan nya dimudahkan  dalam kehidupan kita.  Banyakkan berdoa  dan bersabar dengan kesusahan yang  ada. Cuba kita  baca Sirah kehidupan Siti Fatimah, anak Rasullulah  lagilah susah. Nak makan roti, kena kisar gandum dulu, uli  tepung,  dicanai   kemudian baru digoreng. Adakah sebegitu susahnya hidup kita  zaman ini?



 

Bersabarlah...ada pertolongan Allah jika kita redha dan baiki hubungan dengan Allah. Selalu solat, baca quran dan berpuasa.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 19 November 2010

Antara Api Dunia dan Api Akhirat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Betapa manusia begitu bersemangat bangun untuk mengumpulkan harta tetapi mereka tidak bangun untuk mengumpulkan kebaikan. Apakah ia ragu akan datangnya kematian? Atau ragu dengan hari berbangkit? Atau ragu adanya Allah? Betapa mudah lidah mengatakan ‘Islam’ namun betapa sulitnya menetapkan ‘Iman’di hati manusia.


Allah SWT mengetahui segala hal yang tersembunyi dalam hati, mengetahui yang munafik dari yang mukmin, mengetahui yang dusta dari yang jujur. Dia akan memberikan ujian untuk mengetahui rahsia hati yang tersembunyi dan siapa yang menyakini sesuatu namun tidak pernah merealisasikan.


Sholat subuh adalah satu ujian bagi kaum muslim untuk membedakan siapa yang mukmin dan siapa yang munafik.


Rasulullah telah membuat klasifikasi yang beliau jadikan sebagai kayu ukur untuk membezakan orang mukmin dan orang munafik. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasul bersabda:


“Sesungguhnya shalat yang paling berat bagi orang munafik adalah sholat Isya dan sholat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak..” [HR.Bukhari dan Muslim]


Nilai tertinggi dalam ujian ini adalah bagi laki-laki sholat subuh berjamaah di masjid dan bagi wanita sholat subuh tepat pada waktunya di rumah. Manusia dianggap gagal dalam ujian penting ini manakala mereka sholat tidak tepat waktu,misal setelah matahari terbit.


Renungkan,  jika sekiranya isteri atau ibu anda membangunkan anda jam 4 pagi dan berteriak “rumah tetangga kita kebakaran” tentu anda segera bangun, melompat dari tempat tidur , mengenakan pakaian seadanya dan lari keluar bersama keluarga anda. Atau anda akan berkata pada isteri/ibu anda “sebentar lagi, saya masih ngantuk...biarkan saya tidur,semalam saya tidur lewat.”


Jawablah dengan jujur mana yang lebih menakutkan kebakaran rumah tetangga atau api neraka di hari kiamat nanti? Mana yang lebih menakutkan api dunia atau api akhirat? Lantas mengapa masih menganggap santai api neraka? Sementara kita tahu dia benar-benar ada.  Kita memang yakin dan pasti ujdnya neraka  yang didalamnya terdapat api yang menyala dan bahan bakarnya terdiri daripada jin dan  manusia yang engkar kepada perintah Allah.


Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan engkar kepada Allah,  batu-batu termasuk patung berhala.Firman Allah;

"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya." At Tahrim 6



Anak-anakku, jika kita sanggup bangun pagi supaya kita tidak terlewat sampai di sekolah atau di tempat kerja, tidak mahu dimarhi oleh guru displin atau majikan, tidak mahu dihukum dan dan dipotong gaji kita...mengapa kita tidak sanggup untuk bangun pagi memenuhi kewajiban kita pada Yang Maha Menguasai hidup ini, Maha Mengendalikan anggota tubuh kita, Maha Pemberi Rezeki?




Ya Muhaimin,Ya Muhyii...
Wahai Yang Maha memelihara seluruh isi dunia ini,
Wahai Zat Yang Maha Menghidupkan...
Maafkanlah kami,Kau hidupkan [bangun] kami setelah
Kau matikan [tidur] kami semalam,
namun tiada syukur yang kami tunjukkan
untuk segera mendirikan sholat subuh menghadapMu.
Kami lebih mengikuti bisikan syaitan,
menunggu terbitnya matahari untuk menunaikan subuh kami.


Ya Allah,
kuatkan iman kami untuk esok pagi boleh memperbaiki subuh kami,
agar kami termasuk orang-orang yang mendapat redhaMu
dan bukan murkaMu.
Amin..


“Untuk apa kita mempunyai anak?

“Bersusah payah Kita membesarkan anak, menyekolahkan mereka dan memberi pendidikan setingginya tapi untuk apa semua itu, kalau jiwa mereka kosong, hati mereka gersang dengan sentuhan iman? Ilmu dunia sahaja tidak mencukupi jika tidak dibekalkan dengan ilmu mengenal Tuhan. Ilmu mengenal Tuhan juga tidak mencukupi jika mereka tidak sentiasa diperingatkan mengenai tanggungjawab mereka di dunia ini. Jika kita menyangka bahawa anak yang dianugerahkan kepada kita sekadar untuk menjadi pelengkap atau penyeri kepada rumahtangga kita, maka di situlah letaknya kesilapan kita. Kita sebenarnya cuma mempersiapkan mereka untuk menjadi bahan bakar di dalam neraka kelak.”


Abu Hurairah meriwayatkan:

"Ketika Rasulullah berkata:Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka;"lalu seseorang bertanya;"Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir?Maka Rasulullah menjawab,"Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa  di dunia,dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). Riwayat Bukhari.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 17 November 2010

10 Zulhijjah 1431 H

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Zauj sedang menyembelih lembu korban

Entah mengapa, apa yang membuat ummi ralit pada tahun ini sehinggakan lepas sahaja bulan Shawal ummi belum merancang untuk mengadakan korban untuk musin haji.


Mungkin kelelahan selepas walimah anak-anak masih terasa. Mungkin kelelahan selepas expedisi kembara Aidil Fitri menyebabkan ummi terbuai dalam lena yang panjang.


Apabila menjelang pertengahan bulan Zulkaedah, apabila zauj sebuk cari lembu untuk mengadakan korban di FTI, apabila perserta 'out reach' sebuk mencari sumbangan untuk ziarah ke Kemboja,baru ummi tersedar, yang ummi tidak mengajak rakan-rakan untuk buat korban bersama-sama.


Bila sahabat-sahabat bertanya,berapa ekor korban yang ummi uruskan tahun ini,barulah ummi tersedar, yang ummi belum mengurskan apa-apa lagi persediaan untuk berkorban pada tahun ini. Tapi saat ummi tersedar tu, sudah terlewat. Bila ummi tanya pada rakan,sahabat dan taulan,semuanya sudah merancang untuk berkorban di lain-lain tempat.


Maka akhirnya ummi tidak menguruskan sebarang korban untuk tahun ini. Selalunya di tahun-tahun yang lalu, ummi akan menguruskan korban lembu paling kurang pun satu ekor. Adakala 2 ekor.


Untuk menguruskan korban, ummi sendiri akan pergi cari lembu di ladang Yayasan Pelajaran Johor. Lembu tempatan, walau baka asal dari luar negara. Tetapi lembu-lembu ini diternak di ladang negara ini. Lembu-lembu diternak di ladang sawit untuk tujuan kawalan biologi.



Memang setiap tahun, ummi akan ke ladang YPJ ini untuk tempahan lembu. Selepas sahaja solat Aidil Adha, ummi dan zauj akan bergerak ke ladang untuk menyembelih lembu itu. Zauj sendiri akan menyembelih lembu itu dengan bantuan beberapa orang pekerja ladang.


Sebaik lepas sembelih lembu ini, zauj akan tinggalkan terus tempat tu , pergi ke tempat lain pula untuk menyembelih lembu-lembu korban. Yang sudah disembelih ini, ummi yang akan uruskan sehingga selesai.


Dengan kecekapan pekerja ladang, pantas mereka tolong melapahkan kulit lembu dan lembu dibahagi kepada 4 bahagian. Satu paha setiap bahagian. Mereka akan tolong memuatkan ke dalam kenderaan ford hilux yang akan ummi pandu sendiri balik ke rumah di Taman Pulai Utama . Zauj dah pergi sembelih lembu di tempat lain, jadi memang ummi yang kena bawa balik lembu yang telah selesai di lapah itu ke rumah.


Sampai di rumah, dengan tali-tali yang telah tersedia, dan bantuan beberapa pelajar UTM yang tidak pulang ke kampung, paha lembu itu akan digantung untuk memudahkan menyisih daging dari tulang.


Jika ramai yang datang membantu, ada yang menyisih tulang, ada yang memotong mengikut siaz yang sesuai, ada yang menimbang dan membungkus daging-daging itu, dalam masa 3 jam, siaplah semuanya kerja-kerja  memproses daging lembu korban.


Bila 2/3 daging-daging itu siap dibungkus, maka akan ada pula pelajar yang tinggal di kawasan berhampiran untuk mengagih-agihkan daging-daging ke kawasan perumahan kos rendah di kawasan Taman Universiti.


1/3 daging-daging tu, akan ummi masakkan untuk pelajar-pelajar  makan. Tulang-tulang dibuat sop. Apabila siap masak, ummi akan mewar-warkan kepada pelajar-pelajar lain di UTM, untuk datang makan. Tidak kira siapa pun, boleh saja datang. Ummi masakkan nasi, ada sambal kicap dan ulam-ulam.


Mereka yang datang akan pandai layan diri untuk menyenduk sendiri makanan dari periuk. Ambik sop dari periuk , nasi dari tong nasi dan lauk-lauk lain memang sudah terhidang di atas meja. Semuanya layan diri sehinggakan lepas makan,mereka akan cuci pinggan yang sendiri gunakan. Begitulah rutin ummi setiap tahun.


Hanya kali ini,ummi terlupa. Namun Allah gantikan sesuatu kelaian tetapi masih perkara yang sama.


Pada hari raya 10 Zulhijjah, seawal jam 3 :00 pagi ummi dah bangun, mengambil kesempatan dan berkat bulan Zulhijah untuk memperbanyakkan zikrullah. Jam 4:00 pagi ummi mula masuk ke dapur untuk memasak makanan jaudah hari raya untuk zauj dan anak menantu.


Masak rendang ayam, soto ayam bersama begedilnya. Lepas maghrib semalam, Najdah dah masakkan sambal kacang. Petangnya mereka, anak-anak telah rebuskan ketupat dan membuat pulut dakap. Nurin berdua dengan menantu ummi Azyla buat pulut dakap.


Ummi ajar anak-anak ni buat pulut dakap pada tahun ini. Makanan melayu warisan keluarga. Mana tahu, bila ummi dah tak ada pada raya akan datang, sekurang-kurangnya anak-anak dah tahu bagaimana nak buat pulut dakap.


Begitulah arwah mak, tahun sebelum mak meninggal, banyak yang mak perturunkan ilmu membuat makanan tradisional kepada adik Na. Arwah Mak ajar adik Na buat ikan 'wadi', buat wajik dan pulut dakap.


Arwah mak meninggal pada hari raya Tashryik, 12 Zulhijjah 1426 H bersamaan 12 Januari 2006. Arwah mak pergi dalam husnol khatimah. Syukur kepada Allah pemergian mak dalam keadaan yang baik dan menyenangkan hati anak-anak yang mengadap kematiannya. Kisahnya di sini : Perginya Orang Yang diSayangi


Sebab itu setiap hari raya Aidil Adha meninggalkan suatu kisah dalam memory hidup ummi. Perginya orang yang disayangi. Memang sukar untuk menerima pemergian orang disayang dalam sekelip mata. Mak pergi dalam tempoh 24 jam setelah diserang angin ahmar.


"Ya Allah, limpahkan lah rahmat MU ke atas roh bondaku.Letakkan dia bersama-sama orang-orang yang benar, para syuhada dan solehin."


Sebenarnya ada kisah lain yang mahu ummi ceritakan ,tapi nantilah. Hanya pada hari 10 Zulhijjah, ummi beraya bersama-sama dengan anak menantu. Ada juga anak-anak halaqah yang tidak balik rumah di kampung kerana cuti cuma 1 hari. Ada Nurin, Mastura dan Irmawati.


Lepas solat Aidil Adha, Zulhilme, Yusuf, Mohd Yazis, dan 2 orang lain, ummi dah lupa namanya, datang berziarah. Rezeki mereka dipagi raya. Petangnya, An-Nisae datang bersama-sama adik-adiknya. An-Nisae orang Bajau Laut dari Sabah. Mereka tidak pernah merasai suasana hari raya seperti di Semenanjung ini.


Oleh kerana cuti cuma sehari,anak menantu ummi juga terpaksa balik ke rumah mereka. Nazihah dan Najdah balik ke Ampang dan Shah Alam pada petang tu juga. Namun sekurang-kurangnya mereka telah meluangkan masa untuk balik menziarahi ummi dan zauj. Syukur kepada Allah yang melapangkan masa dan memudahkan urusan mereka. Amin...




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 13 November 2010

Mendidik Biar Dari Rebung

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Majlis Anugerah Cemerlang. Amat sinonim kata-kata ini di dalam hidup kita. Setiap kita hampir pernah melaluinya. Tidak kira kecemerlangan dari segi apa-apa pun.


Cuba imbas kembali didalam setiap majlis begitu, selalu aturcaranya, selain dari penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan akhir,peperiksaan Khas, ko-kurikulum, anugerah khas seperti Nilam, Probim, J-Kaf dan tokoh pelajar akan ada juga acara persembahan pelajar.


Yang tidak kenanya hanya persembahan pelajar ini.Dalam satu majlis yang ummi pernah hadiri,majlis dimulakan dengan Doa, Ucapan-Ucapan orang-orang yang berkenan. Selepas itu akan ada persembahan pelajar. Doa itu dah bagus, kita memohon keberkatan agar majlis ini mendapat rahmat dari Allah. Namun...


Apa yang ada di dalam persembahan pelajar itu?


Ada persembahan tarian,nyanyian,nasyid dan sajak. Dalam satu majlis tu, kanak-kanak Pra sekolah buat persembahan tarian A-gogo dan Chicken Dale. Sayang sekali kanak-kanak yang jiwainya bersih, tanpa noda dan dosa telah diajar dengan sesuatu yang menjauhkan hati dari mengingati Allah. Tarian yang bercampur antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan,berpegangan tangan dan berpakaian mendedahkan aurat.


Kecik-kecik dah diajar perkara begitu. Salah siapa? Mereka telah didedahkan pergaulan tanpa batas. Menari lelaki perempuan, berpegangan tangan dan memakai pakaian rangi yang seksi. AdohI...semasa persembahan mereka ramai ibu bapa bertepok sorak, tapi jiwa ummi merintih sayu melihat keadaan yang begini.


Apa yang mereka buat tanpa segan silu atas pentas,  khalayak umum, disokong dengan tepuk sorak...pasti anak-anak ini rasa bangga, dan yang tertanam dalam minda mereka ialah apa yang mereka buat itu BOLEH!.



Maka bila remaja,  itu yang mereka ingat, boleh berpegangan tangan, boleh menari bersama tanpa rasa bersalah atau berdosa. Jadi ketika ini, mudahkah untuk melenturkan buloh?


Mahu salahkan siapa jika semakin mereka meningkat remaja dan berlaku gejala sosial?


Mahu salahkan siapa jika remaja ini telah ber'couple', bercinta, dan akhirnya berzina jika dari awal lagi, ketika usia rebung mereka telah didedahkan dengan perlakuan yang salah dan diberikan sokongan.



Marilah kita berfikir, adakah anak yang ibarat rebung itu kita nak dedahkan dengan perkara-perkara yang membawa ke arah keruntuhan akhlak dan pekerti? Maka ketika masih kecillah kita perlu berhati-hati di mana pendidikan awal hendak diberikan...


Wallahu’alam.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Friday 12 November 2010

Kisah Si Bongsu!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Tak adil kalau ummi tak cerita mengenai Muhammad Imran. Nanti bila besar, dia dah pandai baca blog,dan cari tulisan ummi, dia akan kecik hati sebab hari dia dapat keputusan cemerlang peperiksaan akhir tahun sama dengan keputusan UPSR Abdullah Mubarak diumumkan.



Semalam semasa ummi tulis tentang Abdullah Mubarak,ummi terlupa nak cerita berkenaan Muhammad Imran, anak ummi yang bongsu.


Muhammad Imran sudah berusia 8 tahun. Bersekolah di SKTU3, sama sekolah dengan Abdullah Mubarak. Beza umur mereka berdua ini hampir 4 tahun.


Tahun lepas , masa menduduki tahun satu, dia ditempatkan di kelas 1 Arif. Sebulan selepas persekolahan bermula, cikgu-cikgu tahun 1 mengadakan penilaian semula kepada murid-murid tahun 1 untuk mengelaskan mereka dikumpulan yang sama. Kebetulan Muhammad Imran terlibat dalam program transisi Tahun 1.


Apabila di dapati prestasi akademik Muhammad Imran menurun, dan Muhammad Imran masih gagap untuk membaca, dia di letakkan dalam kelas 1 Bestari.


Apabila balik sekolah , dalam kereta dia pun bercerita, "ayah, Aan kena tukar kelas,masuk kelas 1 Bestari"


Sambung ayahnya " itu lah malas nak belajar, malas nak membaca, orang lain tentu dah laju membacanya. Kan dah turun kelas"


Cepat Muhammad Imran mencelah, "turun kelas,bukan turun tangga pun, kelas tu kat sebelah 1 Ariff saja." Tergelak ayah dengar jawapan Muhammad Imran ni.


Apa yang Muhammad Imran faham dari ayahnya kata ialah dia berpindah kelas dari tingkat 2 ke tingkat 1 berdasar ayat 'turun kelas' sedangkan ayahnya maksudkan 'turun kelas' tu ditukarkan dari kelas A ke kelas B disebabkan prestasinya menurun.


Dari Tahun 1 Bestari Muhammad Imran naik ke Tahun 2 Bestari. Penguasaan pembacaan Muhammad Imran bertambah baik. Paksa sambil pujuk untuk dia rajin membaca. Pujuk belajar agar mahu menyiapkan kerja sekolah terutama Matematik.


Dari segi tulisan jawi,penguasaan Muhammad Imran semakin baik sebab disebelah petang Muhammad Imran bersekolah agama.


Hari-hari Muhammad Imran dijemput dan dihantar ketika pergi dan balik sekolah, samada sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Jika ayahnya tidak sempat, atau ada kerja luar, ayah akan pesan ummi untuk hantar dan jemput.


Ummi pula hanya akan keluar dari rumah jika disuruh ayah. Jika tidak ada urusan, memang ummi payah nak keluar rumah walaupun ke kedai. Seronok sangat duduk dalam rumah, dapat melakukan berbagai aktiviti yang digemari seperti mengemas, mencuci pakaian dan memasak.


Abdullah Mubarak dan Muhammad Imran
Kembali kepada cerita Muhammad Imran, semalam tu selepas sahaja jemput Abdullah Mubarak ambik keputusan UPSR,terus bawa Abdullah Mubarak singgah ke KFC, belanja Abdullah Mubarak makan ayam goreng 2 ketul saja. Lepas tu baru pergi jemput Muhammad Imran balik sekolah.


Masuk sahaja Muhammad Imran ke dalam kereta,terus di khabarkan dengan suara gembira "ummi, ummi Aan dapat nombor 1..."


"Ayah,ayah...Aan dapat nombor 1 , tadi cikgu bagitahu, ni ada surat, Sabtu ni datang terima hadiah", katanya pada ayahnya pula.


Ummi ambik surat tu dan baca, ooo...rupanya hari Sabtu 13 November 2010, sekolah akan adakan Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Hadiah. Dan surat tu meminta ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis tu.


Syukur, Alhamdullilah...


Muhammad Imran sudah menampakkan prestasinya di dalam pelajaran. Muhammad Imran memang susah untuk mengharap dia belajar dan ulangkaji pelajaran di rumah. Selalu kena paksa dengan ayah baru dia mahu buka buku. Itu buka buku, belum pasti baca atau tidak. Ayah boleh macam tu sebab ada ugutan.


"Kalau tak mahu belajar, tak boleh guna laptop..."


Takut benar antara Muhammad Imran dan Abdullah Mubarak, jika ayah tidak benarkan guna laptop. Disebabkan laptop untuk mereka guna cuma ada sebuah sahaja, ummi terpaksa buat jadual giliran. Setiap 2 jam tukar giliran. Nanti kalau cuti sekolah, Omar Abdul Aziz balik rumah, kena juga masuk giliran. Dan penggunaan waktu malam hanya setakat pukul 10:00 sahaja.



Ummi cuba melatih mereka agar tidor di waktu malam. Bangun awal, tak mahu mereka tidor pagi terutama selepas suboh. Tambahan cuti sekolah hampir menjelang tiba, lagilah jadual penggunaan laptop dikuatkuasakan. Paling penting semasa guna laptop TIDAK boleh gunakan seorang diri dalam bilik. Susah untuk memantau, apa yang mereka surfing.


Anak-anak atau siapa sahaja memang tidak berani sentuh atau gunakan laptop ummi. Walaupun laptop ummi memang sentiasa terbuka dan online. Laptop ummi memang khas untuk pemantauan Halaqahnet. Laptop ayah pun , jarang anak-anak berani guna, hanya sekali sekala guna jika terdesak nak buat kerja.


Begitulah cerita anak-anak ummi dalam mereka meningkat remaja. Sekiranya meninggalkan solat berjemaah, dendanya tidak dibenarkan makan!


Semoga semua anak menantu  dan embun  yang amat ummi  kasih menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, hidup didalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 11 November 2010

Oh...Abdullah Mubarak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Hari ini, 11 November 2010, keputusan peperiksaan UPSR diumumkan. Semalam Abdullah Mubarak pergi rombongan melawat Ladang Herba dan Wet World di Batu Pahat.


Pagi tadi ketika nak ke sekolah, ummi pesan pada Abdullah Mubarak supaya telefon ummi jika dapat keputusan peperiksaan 5A. Nanti ummi nak hadir masa majlis penyampaian slip keputusan di umumkan.


Tunggu punya tunggu, sampailah pukul 11:00 pagi, Abdullah Mubarak masih tidak telefon. Abdullah Mubarak dah beritahu semalam, pengumuman pun ada di TV, keputusan UPSR hanya akan diketahui selepas pukul 11:00 pagi.


Pukul 10:14 pagi, zauj dah balik rumah. Nak pergi bersama ummi ke sekolah Abdullah  Mubarak. Jam 11:14 pagi pergi juga setelah menunggu-nunggu Abdullah Mubarak tidak juga telefon.


Sampai gate sekolah, terus zauj pandu kereta masuk dalam kawasan sekolah. Dari jauh dah nampak Abdullah Mubarak duduk tepi longkang bersandar di tiang. Air muka nampak sedih saja. Kenapalah budak ni?


Belum sempat ummi buka pintu kereta, Abdullah Mubarak dah terlebih dahulu bangun menuju ke kereta. Segera ummi buka pintu kereta dah sambut slip keputusan yang Abdullah Mubarak hulurkan. Ummi baca dan melihat susunan huruf yang ada di kertas itu.


Syukur kepada Allah, keputusan yang cemerlang...


Semoga Abdulah Mubarak menjadi anak yang soleh, waraq,jujur dan amanah. Ummi namakan Abdullah Mubarak kerana ummi suka kepada sifat yang amanah dalam kisah di bawah ini.


Abdullah sesungguhnya adalah anak seorang budak berkulit hitam bernama Mubarak. Budak ini betisnya kecil, bibirnya tebal dan telapak kakinya pecah-pecah. Walaupun demikian, ia adalah seorang yang sangat wara'. Kewara'kannya ini akhirnya membuahkan anak yang saleh.


Mubarak bekerja sebagai penjaga kebun. Suatu hari tuannya datang ke kebun.

“Mubarak, petikkan aku anggur yang manis,” perintah tuannya.


Mubarak pergi sebentar lalu kembali membawa anggur dan menyerahkannya kepada tuannya.

“Mubarak, anggur ini masam rasanya, tolong carikan yang manis!” kata tuannya setelah memakan anggur itu.


Mubarak segera pergi, tak lama kemudian ia kembali dengan anggur lain. Anggur itu dimakan oleh tuannya.

“Bagaimana kamu ini, aku suruh petik anggur yang manis, tapi lagi-lagi kamu memberiku anggur masam,padahal kamu telah dua tahun tinggal di kebun ini, ” tegur tuannya dengan perasaan kesal.


“Tuanku, aku tidak tahu membezakan anggur yang manis dengan yang masam, karena kamu menyuruh aku bekerja sebagai penjaga sahaja di kebun ini. Sejak tinggal di sini aku belum pernah merasakan sebutir anggur pun, bagaimana mungkin aku dapat membezakan yang manis dari yang masam?” jawabnya.


Tuannya terpegun mendengar jawaban Mubarak. Ia seakan-akan memikirkan sesuatu. Kemudian pulanglah ia ke rumah.Pemilik kebun itu memiliki seorang anak gadis. Banyak pedagang kaya telah melamar anak gadisnya.Sesampainya dirumah, ia berkata kepada isterinya, “Aku telah menemukan calon suami anak kita.”

“Siapa dia?” tanya isterinya.

“Mubarak, budak yang menjaga kebun.”

“Bagaimana kamu ini? Masa puteri kita hendak kamu nikahkan dengan seorang budak hitam yang tebal bibirnya. Kalau pun kita rela, belum tentu anak kita sudi menikah dengan budak itu.”

“Coba saja sampaikan maksudku ini kepadanya, aku lihat budak itu sangat wara’ dan takut kepada Allah.”


Kemudian sang istri pergi menemui anak gadisnya, “Ayahmu akan menikahkanmu dengan seorang budak bernama Mubarak. Aku datang untuk meminta persetujuanmu.”

“Ibu, jika kalian berdua telah setuju, aku pun setuju. Siapakah yang mampu memperhatikanku lebih tulus daripada kedua orang tuaku? Lalu mengapa aku harus tidak setuju?”


Sang ayah yang kaya raya itu kemudian menikahkan anak gadisnya dengan Mubarak.

Dari pernikahan ini, lahirlah Abdullah bin Mubarak.

Quthbul Irsyad Abdullah bin Alwi Al-Haddad dalam qosidah Ainiyah-nya memuji Ibnul Mubarak. (I:78)
——————————
Habib Muhammad bin Hadi bin Hasan bin Abdurrahman Asseqaf, Tuhfatul
Asyraf, Kisah dan Hikmah






Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Wednesday 10 November 2010

10 Perbuatan Sia-Sia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-



1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.


Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. " (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak shalih yang mendoakannya.[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia)]


Dalam sebuah hadis yang lain baginda juga bersabda:


Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang shalih di syurga,lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?” Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.”[Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya – hadis no: 10610 (jld. 2, ms. 509) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth.]


Doa keampunan kepada ibubapa yang boleh diamalkan adalah daripada al-Qur’an seperti mana yang dikemukakan sebelum ini:


“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku,serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman;dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan;dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]


Memandangkan hadis yang pertama menyebut doa seorang anak yang shalih secara umum, maka dianjurkan juga mendoakan rahmat kepada ibubapa sebagaimana berikut:





“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]


Demikianlah dua doa yang diajarkan oleh al-Qur’an dan ia mencakupi dua perkara yang amat diperlukan oleh ibubapa setelah mereka meninggal dunia: keampunan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Doa-doa ini boleh kita baca di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia tidak terhad kepada saat menziarahi kubur ibubapa.


2. Orang yang kerap kali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.



Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan salah. (al-Baqarah: 185)

Mengapa ada yang tidak mengambil iktibar daripada ayat-ayat Allah ini sebab utamanya adalah kerana kita tidak memahami al-Quran. Oleh yang demikian, kita tidak dapat menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, menyebabkan kita gagal menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

Sejarah membuktikan bagaimana seorang yang digelar 'singa' seperti Saidina Omar al-Khattab yang pada zaman jahiliahnya sangat garang dan membenci Rasulullah SAW akhirnya menjadi insan yang hebat imannya selepas mendapat hidayah Allah menerusi ayat daripada surah Taha.

Bagi kita yang bukan Arab, hendaklah kita berusaha mempelajari al-Quran melalui pengajian-pengajian ilmu tafsir. Ini bukanlah terlalu sukar dilakukan kerana banyak institusi di negara kita sama ada masjid, surau atau juga pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan kuliah atau pengajian ilmu tafsir.

Satu lagi punca berlaku begini ialah kebanyakan kita hanya mempelajari al-Quran secara tradisi. Maknanya kita mula mengaji semasa kecil dan cukup setakat khatam al-Quran sahaja. Sepatutnya pencarian ilmu itu tidak terhenti di situ.

Sebaliknya, selepas belajar mengaji kita meningkatkan ilmu dengan mempelajari ilmu tajwid dan qiraat. Apabila dewasa diteruskan dengan pengajian ilmu tafsir.

Sebagai kitab yang memberi petunjuk seharusnya sikap kita kepada al-Quran adalah sama iaitu membaca, menghayati dan mengamalkannya.

Tidak semua di kalangan manusia yang beragama Islam memiliki cita rasa yang sama terhadap al-Quran. Perkara ini telah ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:

Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, ada yang bersederhana dan ada yang berlumba-lumba berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar. (Faatir: 32)

Ayat ini menggambarkan tiga kelompok manusia yang berbeza pendirian terhadap al-Quran:

a) Golongan yang menganiaya diri sendiri iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan. Sebabnya, mereka tidak membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi beramal dengan perintah Allah di dalamnya.

b) Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia melaksanakan isi kandungannya yang terdiri daripada hukum hakam Allah.

c) Golongan yang berlumba-lumba berbuat kebaikan. Mereka amat banyak melakukan kebaikan dan jarang membuat kesalahan. Mereka adalah golongan yang bersedia melaksanakan hukum Allah dalam al-Quran.

Seorang ulama terkenal, Muhammad Syakib Arslan berkata beberapa sebab yang membawa kemunduran umat Islam antaranya adalah kejahilan tetapi boleh diajar dan dibentuk.

Kedua, mempunyai ilmu tetapi tidak sempurna. Ini lebih bahaya daripada orang jahil yang lebih mudah diajar. Ketiga, rosak akhlak menyebabkan piawaian hidupnya adalah kebendaan.



3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.


Disunatkan mengerjakan sembahyang dua rakaat bagi orang yang memasukki masjid. Ia dinamakan dengan sembahyang Tahiyatul Masjid. Iaitu sembahyang menghormati masjid. Maksud menghormati di sini ialah mengagungkan tuan masjid itu (Allah Taala).


Solat sunat tahyatul masjid adalah dituntut untuk dilakukan ketika memasuki masjid sebagaimana sabda Rasulullah saw :

إذا دخـــل أحدكم المسجـــد فــلا يجلس حتى يصـــلي ركعتين……..متفق عليه


“Sekiranya kamu masjid , maka janganlah duduk sehingga kamu menunaikan solat 2 rakaat” ( merujuk kepada solat Tahyatul masjid )(HR Imam Bukhari no : 1163 dan Imam Muslim no : 714 )


Tarjih :

Solat sunat tahyatul masjid adalah dibolehkan dilakukan walaupun dalam waktu haram , kerana dalil solat sunat tahyatul masjid yang khusus mengkhususkan dalil larangan solat diwaktu haram yang umum.

Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibn Taimiyah dan sebahagian daripada ashab Imam Ahmad.

Malah , sekiranya seseorang masuk ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah juga adalah disuruh untuk mengerjakan solat sunat tahyatul masjid berdasarkan sebuah hadis sahih :



إذا جاء أحدكم يوم الجمعة والامام يخطب فليـــركع ركعتـــين

“Apabila telah datang kamu (ke masjid) pada hari jumaat dan ( ketika itu ) imam sedang berkhutbah , maka solatlah kamu 2 rakaat (tahyatul masjid)”


Masuk ke masjid tanpa melaksanakan sembahyang Tahiyatul Masjid adalah makruh.


4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.


Telah ditetapkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim, bahwa Rasulallah saw telah menganjurkan kita, disaat memasuki kawasan perkuburan, agar mengucapkan salam kepada ahlil kubur seperti memberi salam kepada orang hidup:


"Salam sejahtera bagimu penghuni kubur dari kaum Muminin dan Muminat. Dan kami Insya Allah akan betemu dengan kalian. Kamu adalah orang orang yang mendahului kami dan kami akan menyusul kalian. Kami bermohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan kalian".


Kerana mereka (ahlil kubur) mendengar, melihat, mengetahui dan membalas salam kita, akan tetapi kita tidak boleh mendengar mereka. Ucapan salam biasanya diberikan kepada orang yang mendengar dan berakal...


Jika tidak, maka ucapan ini tidak mempunyai fungsi atau seolah-olah bersalam kepada benda pegun yang tidak mendengar dan berakal. Para salaf soleh, mereka semua bersepakat dengan apa yang telah ditetapkan Rasulallah saw dan dijadikan sesuatu yang mutawatir (diterima kebenarannya) yang mana ahli kubur (mayyit) mengetahui orang yang berziarah dan mendapatkan ketenangan dengan kedatangannya. Sesuai dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahwa mayyit setelah dikubur mendengar suara saudara orang yang menghantar ke kuburan.



Dari A'isyah ra sesungguhnya Rasulallah saw bersabda : " Tidak diantara kalian berziarah kuburan saudaranya dan duduk disisinya, kecuali ia (mayyit) telah mendapatkan ketenangan dan ia hadir (datang) untuk menjawab salamnya sampai yang berziarah berdiri (pulang) "


Dari Ibnu Abdulbar sesungguhnya Rasulallah saw bersabda : " Jika seorang Muslim melewati kuburan saudaranya yang pernah dikenal di dunia, kemudian memberi salam kepadanya, maka Allah akan mengembalikan ruhnya kepadanya untuk menjawab salamnya".


Diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, pernah Rasulallah saw menyuruh mengubur orang orang kafir yang meninggal dalam peperangan Badar di kuburan Qulaib. Kemudian beliau berdiri di muka kuburan dan memanggil nama nama mereka satu persatu :

" Wahai Fulan bin Fulan!! .. Wahai Fulan bin Fulan!!.. Apakan kamu mendapatkan apa yang telah dijanjikan Allah kepada kamu? Sesungguhnya aku telah mendapatkan apa yang telah dijanjikan Allah kepada ku ". Sayyidina Umar bin Khattab yang berada disamping Nabi bertanya : " Ya Rasulallah sesungguhnya kamu telah berbicara dengan orang-orang yang sudah usang (mati)". Maka Rasulallah saw pun berkata : "Demi Yang telah mengutus aku dengan kebenaran, sesungguhnya kamu tidak lebih mendengar dari mereka dengan apa yang aku katakan".


Ini semuanya merupakan nash-nash dan dalil-dalil yang menyatakan bahwa mayit itu mendengar, melihat , mengetahui dan membalas salam seseorang. Dan masih banyak lagi hadits-hadits yang menerangkan bahwa ahli kubur (mayyit) itu mendengar, melihat, mengetahui apa yang terjadi disekitarnya dan membalas salam kita seperti orang hidup. Kerana mereka (ahli kubur) tidak mati. Akan tetapi mereka berpindah dari satu alam ke alam yang lain, dari alam dunia ke alam barzakh. Allah berfirman didalam Surat al Mu’minun ayat 100 yang berbunyi :


“ Sekali lagi tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka (ahli kubur) ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan “.


Imam besar Muslim meriwayatkan bahwa Rasulallah dan sahabatnya pernah melewati salah satu kuburan Muslimin. Setelah memberi salam kepada ahli kubur, tiba-tiba Rasulallah berhenti di dua kuburan. Kemudian beliau berpaling kepada sahabatnya dan bersabda :


"Kalian tahu bahwa kedua penghuni kuburan ini sedang diazab di dalam kubur? Mereka tidak diazab kerana dosa-dosa dan kesalahan mereka yang besar. Akan tetapi mereka diazab kerana dosa-dosa dan kesalahan mereka yang kecil. Yang pertama diazab kerana suka mengumpat dan yang kedua diazab kerana tidak beristinja' (tidak bersuci setelah hadats kecil)".


Kemudian Rasulallah saw memetik dua tangkai pohon dan ditancapkanya di kedua kuburan tersebut. Sahabat bertanya apa maksud dari yang telah dilakukan Rasulallah saw itu. Beliau bersabda :


"Allah memberi keringanan azab bagi kedua penghuni kubur tersebut selagi tangkai-tangkai pohon itu basah dan belum kering. Kerana tangkai- tangkai pohon tersebut beristighfar untuk penghuni kubur yang sedang diazab".



Jika Allah memberi keringanan azab kepada ahli kubur kerana istighfar sebatang pohon, istighfar seekor binatang, istighfar sebuah batu, pasir dan krikil atau benda-benda pegun lainnya yang tidak berakal apatah lagi istighfar kita sebagai manusia yang berakal dan beriman kepada Nya .


Dalam kitab Subulus Salam, Assona’ni telah menegaskan bahwa ziarah kubur merupakan hikmah bagi kita yang hidup, agar kita boleh mengambil i’tibar dan contoh yang baik dari saudara-saudara kita yang telah mendahului kita. Pula telah diterangkan dalam kitab tersebut bahwa ahli kubur (mayyit) mendengar, melihat, mengetahui dan membalas salam orang yang berziarah sama seperti menziarahi orang hidup. Cukup bagi yang datang ke kuburan diberi nama “penziarah“. Maka pasti yang diziarahi (ahli kubur) mengetahui siapa yang menziarahinya. Tidak mungkin dinamakan “penziarah“ jika yang diziarahinya tidak mengetahui siapa yang menziarahinya. Pula memberi salam kepada ahli kubur. Jika ahli kubur tidak mendengar dan mengetahui siapa yang memberi salam, hal ini sama saja dengan memberi salam kepada benda pegun atau benda mati.


Maka ucapan salam diberikan kepada yang hidup, berakal, dan mendengar salam yang diberikan kepadanya. Contohnya:, dalam kitab al-Ruh, Ibnu Qayyem al-Jauziyyah meriwayatkan bahwa al-Fadhel bin Muaffaq disaat ayahnya meninggal dunia, sangat sedih sekali dan menyesalkan kematiannya. Setelah dikubur, ia selalu menziarahinya hampir setiap hari. Kemudian setelah itu mulai berkurang dan malas kerana kesibukannya.

Pada suatu hari dia teringat kepada ayahnya dan segera menziarahinya. Disaat ia duduk disisi kuburan ayahnya, ia tertidur dan melihat seolah olah ayahnya bangun kembali dari kuburan dengan kafannya. Ia menangis disaat melihatnya. Ayahnya berkata : “wahai anakku kenapa kamu lalai tidak menziarahiku? Al-Fadhel berkata : “ Apakah kamu mengetahui kedatanganku? ” Ayahnya pun menjawab : “ Kamu pernah datang setelah aku dikubur dan aku mendapatkan ketenangan dan sangat gembira dengan kedatanganmu, begitu pula teman-temanku yang di sekitarku sangat gembira dengan kedatanganmu dan mendapatkan rahmah dengan doa-doamu”. Mulai saat itu ia tidak pernah lepas lagi untuk menziarahi ayahnya .


Bisyir bin Mansur selalu datang kekuburan muslimin dan menghadiri solat janazah. Di pagi harinya seperti biasa dia berdiri dimuka pintu kuburan dan berdoa : “Ya Allah berikan kepada mereka kegembiraan disaat mereka merasa kesepian. Ya Allah berikan kepada mereka rahmat disaat mereka merasa menyendiri. Ya Allah ampunilah dosa-dosa mereka dan terimalah amal-amal baik mereka “.


Basyir berdoa di kuburan tidak lebih dari doa-doa yang tersebut diatas. Pernah satu hari, dia lupa tidak datang kekuburan kerana kesibukannya dan tidak berdoa sebagaimana ia berdoa setiap hari untuk ahli kubur. Pada malam harinya dia bermimpi bertemu dengan semua ahli kubur yang selalu di ziarahinya. Mereka berkata : “Kami terbiasa setiap hari diberikan hadiah darimu dengan doa-doa. maka janganlah kamu putuskan doa-doa itu“.


Jika dalam berdoa ada adab-adab dan waktu-waktu yang mustajab dan diterima. Begitu pula dalam berziarah ada adab-adab dan waktu-waktu yang baik untuk berziarah. Adapun waktu yang baik dan tepat untuk berziarah adalah hari Juma'at.


Sebagimana Sufian al-Tsauri telah diberitahukan oleh al-Dhohhak bahwa siapa yang berziarah kuburan pada hari Juma’at dan Sabtu sebelum terbit matahari maka ahli kubur mengetahui kedatangnya. Hal itu karna kebesaran dan kemuliaan hari Juma’at. Pernah Hasan al Qassab dan kawannya datang berziarah kekuburan muslimin. Setelah mereka memberi salam kepada ahli kubur dan mendoakannya, mereka kembali pulang. Di perjalanan ia bertemu dengan salah satu temannya dan berkata kepada Hasan al-Qassab : “Ini hari adalah hari Isnin. Coba kamu bersabar, karena menurut Salaf bahwa ahli kubur mengetahui kedatangan kita di hari Juma'at dan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya”. (lihat kitab al-Ruh)


Disebut dalam kitab al-Ruh bahwa Ibunya Utsman al Tofawi disaat datang sakaratul maut, berwasiat kepada anaknya : “Wahai anakku yang menjadi simpananku disaat datang hajatku kepadamu. Wahai anakku yang menjadi sandaranku disaat hidupku dan matiku. Wahai anakku janganlah kamu lupa padaku meziarahiku setelah wafatku“.


Setelah ibunya meninggal dunia, ia selalu datang setiap hari Juma’at kekuburannya, berdoa dan beristighfar bagi arwahnya dan bagi arwah semua ahli kubur. Pernah suatu hari Utsman al Tofawi bermimpi melihat ibunya dan berkata : “Wahai anakku sesunggunya kematian itu suatu bencana yang sangat besar. Akan tetapi, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Nya sesungguhnya aku sekarang berada di Barzakh yang penuh dengan kenikmatan. Aku duduk ditikar permaidani yang penuh dengan rauhan dan raihanah dengan sandaran dipan-dipan yang dibuat dari sutera halus dan sutera tebal. Demikianlah keadaanku sampai datangnya hari kebangkitan”.. Utsman al Tofawi betanya : “ Ibu!.. Apakah kamu perlu sesuatu dari ku ? “ Ibunya pun menjawab : “Ya!..Kamu jangan putuskan apa yang kamu telah lakukan untuk menziarahiku dan berdoa bagiku. Sesunggunya aku selalu mendapat kegembiraan dengan kedatanganmu setiap hari Juma’at. Jika kamu datang ke kuburanku semua ahli kubur menyambut kedatanganmu dengan gembira“.


Di riwayatkan dalam kitab al Ruh, bahwa salah satu dari keluarga Asem al Jahdari pernah bermimpi melihatnya dan berkata kepadanya : “ Bukankan kamu telah meninggal dunia? Dan dimana kamu sekarang? “ Asem berkata : “ Saya berada diantara kebun-kebun syurga. Saya bersama teman-teman saya selalu berkumpul setiap malam Juma’at dan pagi hari Juma’at di tempat Abu Bakar bin Abdullah al Muzni. Disana kita mendapatkan berita-berita tentang kamu di dunia. Kemudian saudaranya yang bermimpi bertanya : “Apakan kalian berkumpul dengan jasad-jasad kalian atau dengan ruh-ruh kalian? “ Maka mayyit itu ( Asem al-Jahdari ) berkata : “ Tidak mungkin kami berkumpul dengan jasad-jasad kami karna jasad- jasad kami telah usang. Akan tetapi kami berkumpul dengan ruh-ruh kami “.. Kemudian ditanya : “Apakah kalian mengetahui kedatangan kami ? “. Maka dijawab : “ Ya!.. Kami mengetahui kedatangan kamu pada hari Juma’at dan pagi hari Sabtu sampai terbit matahari “. Kemudan ditanya : “ Kenapa tidak semua hari-hari kamu mengetahui kedatangan kami? “. Ia (mayyit) pun menjawab : “ Ini adalah dari kebesaran dan keafdholan hari Juma’at “.


Sebelum saya tutup ulasan ini, maka sekali lagi harus diingat bahawa tradisi berziarah kubur adalah tradisi yang tetap hidup dengan segala warna warninya dan merupakan suatu hikmah dari Allah dan sunah Rasulallah yang baik, terpuji dan patut dingat maknanya se dalam-dalamnya agar boleh mengingatkan diri kita bahawa hidup ini akan berakhir dengan kematian...



Wasiat buat anak-anak ummi,bila ummi tiada keraplah ziarahi kubur  ummi dan ayahmu, doakan kami saban waktu...

Wallahua’lam.



Setakat ini ummi hentikan huraian 10  perbuatan sia-sia... Masih ada 6 lagi akan ummi kembang dan huraikan di entri akan datang.



5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya





Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.