BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 1 March 2011

Di Hujung Jari,Di Benak Hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Kalau dulu sering kita mendengar lidah ibarat pedang, bisa mencatas apa saja yang terlintas di dalam benak hati dan fikirannya. Memang sebenarnya pokok pangkal sesuatu amal itu bergantung dengan lidah dan hatinya.


Diriwayatkan bahawa Lukman al-Hakim, pernah disuruh majikannya membeli daging yang baik untuk menjamu para tamunya. Lukman membeli hati dan lidah. Majikannya merasa marah dengan tindakan Lukman dan bertanya kepadanya kenapa dia membeli hati dan lidah.



"Tidakkah ini daging yang baik seperti tuan pesan. Hati merupakan sumber amal perbuatan yang baik, sedang lidah dapat menjalin persaudaraan. Dari keduanya orang dapat membangun kebaikan," jawab Lukman.


Pada satu hari majikannya kembali menyuruh Lukman membeli daging yang busuk. Tujuan majikannya ialah untuk mengetahui jenis daging apa yang akan dibeli oleh Lukman.


Ternyata, Lukman sekali lagi membeli hati dan lidah. Tindakan ini mengejutkan majikannya dan bertanya kenapa dia berbuat demikian sedangkan yang disuruh dibeli ialah daging yang busuk.



"Benar tuan, ini daging terbusuk. Hati adalah daging yang paling baik dan sekaligus juga paling busuk. Ia sumber kedengkian dan rasa bongkak. Lidah merupakan ‘alat’ untuk melaknat, mencerca dan mencaci orang lain."


Lidah merupakan cermin hati seseorang. Bila hati bersih, lidah niscaya tidak akan berkata kecuali yang baik. Sebaliknya bila hati ‘busuk’, maka lidah akan mudah mengucapkan kata-kata yang buruk.


Oleh karena itu dalam rangka memelihara persaudaraan Islam maka kita perlu menjaga lidah untuk tidak mencaci dan memaki sesama umat Islam. Perbezaan apapun yang terjadi, jangan sampai menodai persaudaraan Islam.


Allah menggambarkan orang yang menjaga dalamnya persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiah), menggunakan kata ikhwah, yang berarti "saudara kandung". Ini berbeza dengan ikhwan, yang artinya "berteman", sebagaimana digunakan Allah dalam surat Ali ‘Imran ayat 103, untuk menggambarkan bagaimana suku-suku Arab pada zaman jahiliah yang bermusuh-musuhan, kemudian bersatu setelah memeluk Islam.


Jadi, setelah berada dalam satu agama, setiap Muslim adalah teman bagi yang lain. Dan setelah keislaman meningkat, setiap Muslim diharuskan memandang Muslim yang lain sebagai saudara kandungnya.


Ukhuwwah Islamiah yang benar sebagaimana yang digambarkan Rasulullah dalam sabdanya bahawa seorang Muslim harus dapat mencintai Muslim lain sebagaimana ia mencintai diri sendiri; bahawa seorang Muslim harus dapat merasakan kesusahan yang dialami Muslim lain. (HR. Bukhari)


Di dalam al-Quran, Allah tegas memerintahkan agar seorang Muslim tidak memusuhi, mencaci, dan berburuk sangka kepada Muslim lain. Umat Islam harus memegang teguh persaudaraan Islam sebagimana firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 103:


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."


Dari ayat ini boleh kita ambil hikmahnya bahawa sikap yang paling bijak ialah berusaha memperbaiki diri, sekaligus menjadi orang yang pemaaf. Sebab itulah yang selalu dilakukan Rasulullah SAW sepanjang hidupnya. Sedangkan hidup Nabi adalah contoh bagi setiap mukmin.


Tetapi kini jari ibarat tali gantung. Dengan menggunakan hujung jari, orang boleh menaip, meng'klik', meng'copy' dan meng'paste' apa-apa yang boleh memfitnah sesama persaudaraan seagama islam.


Dengan hujung jari yang cuma perlu menekan huruf dan menggerakkan tetikus, dan klik tetikus, boleh menjerut leher saudara seagama. Boleh menyumbat saudara seagama kedalam kota berduri.


Namun tidak pernah rasa gentar dalam hati ini akan ugutan dan fitnah yang mula bersebar di alam maya. Apalah yang mampu mereka lakukan jika tidak dengan izin Allah. Jika dengan izin Allah perkara itu berlaku, maka ia pula menjadi ujian untuk menguji keimanan. Masih berimankah jika sedikit ugutan menerpa di dalam jiwa, iman mula goyah dan terbit ketakutan?


Sesungguhnya hidup ini tidak ada surutnya ujian demi memartabatkan iman pada tempat yang selayaknya. Lagi pun apa yang dikejar selain ingin menjadi manusia taqwa. Taqwa bukanlah boleh kita dapat melainkan melalui ujian-ujian.


Hanya satu yang ummi titip buat semua yang sayangkan persaudaraan dan perjuangan Islam, semua mesti kuat, tabah dan sabar menghadapi ujian  ini. Walaupun ada orang yang disayang diuji, maka kamu semua juga diuji untuk redha menerima keadaan ini. Pelihara iman,jangan goyah  atau hilang pertimbangan.Ingat kita akan bertemu juga dihujung perjalanan  ini. Tetapkan iman agar kita bersatu semula nanti.


Maka beruntunglah jika mereka itu sering diuji namun sezarah pun tidak rasa goyah imannya.



Semoga kita diberi kekuatan untuk senantiasa memelihara ukhuwwah Islamiah. Amin.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



6 comments:

s a r said...

Assalamualaikum.

if u dont mind, saya nak panggil ummi boleh? :)

nice post. thanks for sharing.
Ummi, terima kasih sebab ingatkan.

kadang2 sampai tak perasan pun tentang lidah dan hati tu, lagi2 diri saya yg selalu je lupa ni.

thanks again ummi. terharu sangat. :)

Ummi Munaliza said...

Boleh panggil apa saja. Peringatan buat diri juga agar menjaga lidah dan hati. Sekarang ditambah dengn jari.

Berhati-hati menaip apa saja untuk meluahkan apa yang terdetik di hati.

Mungkin zaman ini,lidah kurang berfungsi sebab tak ada teman untuk berinteraksi,tapi ada berbagai-bagai laman yang kita bebas untuk meluahkan melalui tulisan.


Maka berhati-hati lah semasa kita menulis dan meluahkan agar bukan sesuatu yang membuka fitnah.

s a r said...

terima kasih ummi.

jari jemari pun satu hal jugak. kadang2 kan ummi, klau teremosi, even tak guna lidah pun, tanpa sedar dengan hujung jari pun.

thanks ummi. :)

Iffah Muhsin said...

Ummi...Iffah tau ummi kuat...chayok-chayok !!

Ummi Munaliza said...

Sekuat tembok Berlin,akhirnya runtuh juga oleh tangan-tangan manusia.

Maka kepada Allah sahaja dipohon pertolongan agar segala permasalahan dan ujian dapat dilalui dengan rahmatNYA.

Anonymous said...

assalamualaikum...
ummi...
nice...i like
sy share ummi nye post bleh kan...
ummi aja-aja fighting...
thank ummi...