BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 2 March 2011

Menternak Pahala.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Hari ini aku hanyut lagi, hanyut diam dalam air mata. Sebaik masuk saja dalam kereta, memandu menuju ke bank untuk membayar bil-bil bulanan, sambil memandu air mata mesti mengalir lesu keluar.



Memang ini yang selalu aku rasakan. Pasti terkenang saat nyawa ditarik keluar, memisahkan roh dari jasad. Itu bayangan yang sering tergambar di dalam fikiran. Bila bayangan itu yang datang, tak ada apa yang aku harapkan selain rahmat Allah Ta'ala mengiringi sakaratul mautku.


Sudah cukupkah bekal aku untuk menempuh perjalanan yang jauh tu. Itu yang membuat aku selalu sedih , hiba dan pilu. Pilu mengenang bekalan yang tak cukup, sayu mengenangkan orang-orang yang aku sayang.


Aku harap orang-orang yang aku sayang, akan kuat,tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan kehilangan orang yang mereka sayang. Setiap hari, sebenarnya aku hanya menghitung masa, menunggu saat aku dijemput.


Dari dulu aku selalu berdoa, siang malam aku mengharap akhirnya nafas ku diribaan suami, di dalam redha suami dan redha Allah. Aku tak punya apa-apa buat bekal perjalanan yang jauh ini, makanya aku mengharap redha suami ke atas aku dan redha Allah kepada suamiku.


Jika Allah meredhai suamiku, dan suami redha keatas ku, maka pasti redha Allah juga melimpah ke atas ku. Aku tak mahu apa-apa selain redha dan rahmat Allah. Aku tamakkan redha Allah ke atas aku,suami , ibu bapa serta anak-anak yang aku sayang. Aku ada ramai orang-orang yang aku sayang. Aku harap dapat bersama semua orang-orang yang aku sayang di suatu ketika nanti.



Aku pasang radio IKIM, ada terjemahan surah al-kahfi , ayat 109 dan 110:

سُوۡرَةُ الکهف
قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادً۬ا لِّكَلِمَـٰتِ رَبِّى لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَـٰتُ رَبِّى وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدً۬ا (١٠٩) قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا (١١٠)


Surah Al-Kahf
"Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (109) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (110)



Aku terkenang, apakah amal soleh yang pernah aku buat? Sepatutnya aku mesti tamak pahala. Bukan tamak harta. Aku tak mahu tamak harta. Cukup hidup seadanya. Ada harta seadanya supaya dengan harta tu aku buat pahala. Aku nak ternak pahala.



Mesti orang gelak, apa pasal lah nak ternak pahala? Pahala tu milik Allah, nak beri pada sapa dia suka. Ya , betul tu. Tapi kalau buat maksiat, dapat ke pahala? Jadi kita jangan buat maksiat. Maksiat ni ada macam-macam, yang kita tahu, kita tak akan buat, masalahnya maksiat yang tidak kita sedari. Hari-hari buat maksiat, lama-lama jadi bukit.


Jadi macamana caranya nak ternak pahala? Macam ternak ikan ke?


Jom kita fikir, camana nak ternak pahala?


Ada orang kata buat ibadah kerana Allah, jangan harap pahala. Betoi lah tu. Kita buat apa-apa bukan kerana nak hadiah. Namun hadiah tu sebagai ganjaran, atas usaha kita. Pahala tidak ada datang tanpa usaha. Dok diam, tak buat apa-apa, solat tidak, berjudi pun tidak, dapat apa?


Taat kepada Allah dan rasulNYA. Apa maksudnya? Taat melakukan apa yang Allah suruh dan taat meninggalkan apa yang Allah larang. Itu maksud taat. Melakukan apa yang Allah larang dan meninggalkan apa yang Allah suruh itu maksiat. Mudah saja pengertian maksiat.


Setakat ini saja dulu entri ummi buat panduan semua. Panjang umur, ada lagilah tulisan ummi di sini. Jika terdengar khabar  ummi  dah pergi jauh, maka maafkan semua salah silap ummi samada ummi sedari atau tidak. Ummi mohon maaf kepada semua umat Nabi Muhammad SAW.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



4 comments:

Ummi Munaliza said...

Camana ternak pahala?

1. Sedekahkan cerek air kat surau. Tiap kali orang nak minum air, terutama bila ada more malam Jumaat ke, orang akan buat air.

Jadi tiap kali digunakan cerek tu untuk masak air,maka dapatlah ganjarannya masuk secara senyap dalam akaun akhirat. Selagi cerek tu digunakan selagi tu akaun bertambah.


2. Tolong bayar bil elektrik atau bil air masjid atau surau.

3. Jumpa jambatan nak roboh, tlong baiki atau ganti baru.

4. Pi basuh telekong kat surau.

5. Ziarah rumah anak yatim atau orang tua-tua atau rumah kebajikan.

6. Ringankan tulang, hulur tenaga waktu kenduri kendara.

7. Ada banyak cara lagi untuk ternak pahala.

Ta[i sebelum tu, yang fardhu mesti tunaikan dulu supaya ada tiang nak sangkut.
6

Iffah Muhsin said...

Sebut pasal telekong, telekong kat surau2 awam banyak yang kotor,sampai nak pakai pun tak selesa lagi.pernah terfikir jugak nak cuci telekong yang ada kat situ...(fakulti2 UUM)...

Ummi Munaliza said...

Ambik Iffah,cuci je, tak perlu sapa tahu,cukup Allah yang tahu.

Sama juga,daripada kita merungut dan mengomel orang suka tinggalkan tisu dalam surau,baik kita kutip dan buang.

Ini barulah cakap serupa bikin.

Anonymous said...

Assalamua'laiku Ummi, minta izin untuk share di Facebook ye.. jazakAllah ;)