BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 4 March 2011

Yang Pahit Itu Ubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Bukan semua yang manis boleh kita telah dan jangan yang pahit kita luahkan. Yang manis kadang-kadang mengakibatkan penyakit, apabila meningkatnya kandungan gula dalam darah. Dan selalunya penawar penyakit adalah sesuatu yang pahit.


Begitulah juga dengan kehidupan. Bukanlah jika setiap hari kita melangkah kemudahan saja yang kita lalui, takut lama-lama kita akan leka dan lalai. Apabila kita sudah selesa dengan keadaan yang kita lalui, menyebabkan kita mula lupa, kita alpa dengan kesenangan yang sedang dirasai.



Sedangkan jika jalan yang kita lalui sering ada duri, ada tunggul, maka kita akan berhati-hati. Kita akan sentiasa beringat-ingat. Kalaupun kita tersungkur, pasti lidah kita pantas menyebut "Allah, sakitnya aku." Jadi kita akan sering berdoa, Ya Allah, Mudahkanlah urusan hidup dunia dan akhiratku"


Apakah duri-duri yang sering merintang dilaluan kita? Penyakit, jodoh, bahagia, derita, harta, kematian, dan bebagai-bagai lagi. Sebab itu sering kita dengar orang berdoa dan memohon panjang umur, murah rezeki dan sihat tubuh badan.


Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.:
Apa yang mereka mahu?

Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya…(lebih kurang maksud):

“Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?

Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah…(lebih kurang maksud):

“Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa …, tapi Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku…


Kata saidina Khalid ra selaku ‘pedang Allah’…ketika balik dari medan perperangan…
(lebih kurang maksud)
“hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan syurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah…


Lihatlah para sahabat Rasullulah, yang telah di jamin syurga ketika hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan : Harta yang banyak dan umur yang panjang….


Lihatlah, kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu…?

Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU…


Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk kitab.)
Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah di kurniakan kepadaku…, aku malu untuk minta sembuh…


Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa, telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael…
lebih kurang maksud…
“boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!”


Maka kita lihat di sini para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….


Sekarang kita tanya pulak pada syaitan:
Apa yang syaitan mahu?

syaitan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa syaitan serta melaknatnya!!)

Apa yang firaun mahu?
“aku mahu panjang umur”

Apa yang Qarun laknatullah mahu?
“aku mahu murah rezeki”

Apa yang kita mahu?
“panjang umur dan murah rezeki”


Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?

Apa yang Abu bakar r.a mahu?
“aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu”
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)

Apa yang Aisyah r.a mahu?
“aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!!

Apa yang Umar r.a mahu?
“aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung”
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)

Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan.

Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini…Sekarang mari kita tanya org dalam neraka pulak..

Wahai ahli Neraka, apa yang kamu mahu?
“aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan…”


Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah untuk kembali ke dunia untuk beramal soleh, melakukan ibadah, jadi mereka mahukan MASA!


Jadi fikirkan lah apa yang patut dan sewajarnya kita doa dan minta kepada Allah. Jika minta panjang umur,tambahlah umur yang dirahmati, jika mohon rezeki, mohonlah rezeki yang diberkati. Jika mohon kesihatan, tambahlah, agar dapat menyempurnakan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya.


Begitulah juga kita mohon jodoh, mohonlah jodoh yang membahagiaan untuk dunia membawa ke akhirat. Jodoh yang makin mendekatkan kita kepada Allah Ta'ala.


Kredit untuk : Keretamayat



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: