BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 26 April 2011

Ingatkan Nak Berziarah Saja...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Lama cuti dari menulis entri di mana-mana website dan laman blog disebabkan oleh keadaan tapak tangan dan jari yang belum pulih sepenuhnya. Selepas pembedahan A 1 Pulley release, tapak tangan berbalut dan luka jahitan belum sembuh sepenuhnya. Jari juga masih belum boleh diaktifkan untuk menaip aksara di papan kekunci laptop ini.


Tapi hari ni tergerak hati kerana rindu untuk menulis sesuatu. Rasanya banyak sangat perkara yang tersimpan di minda ini, takut semuanya lupa akhirnya. Memang pun sejak usia makin bertambah bilangannya, space memory makin berkurang dan mudah lupa. Dan untuk recall semula amatlah payah.


Untuk menulis perkara yang sudah berlalu perlu kena pada masa dan ketika yang sesuai dengan entri. Entri hari ini cuma sedikit perkongsian berita gembira. Kelahiran seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW.


Bulan April ini saja setiap minggu ummi dengan zauj datang ke Setia Alam. Kebetulan zauj ada kelas dengan pelajar PJJ UTM berpusat di Klang. Menyelia PSM pelajar SPI. Maka selalu zauj datang bertemu mereka.


Baru ini kebetulan anak saudara zauj berkahwin di Dewan Kem Wendiburn,Setapak. Anak saudara zauj seorang tentera darat. Kami sampai malam Jumaat malam Sabtu. Sabtu walimahnya. Ummi pergi bersama anak menantu. Najdah dengan anak-anak, Nazihah, angah dan Afifah(menantu).


Selepas majlis walimah, kami berkumpul di rumah anak saudara tu. Ramai adik beradik zauj yang jauh-jauh datang. Berkumpul mengeratkan hubungan persaudaraan.


Menjelang maghrib sampai di rumah. Lepas solat maghrib, ummi dengan anak-anak penyediakan makan malam dan makan bersama.


Selepas itu , berehat. Tiba-tiba Nur Afifah rasa seperti tidak selesa perutnya. Rasa sakit dan contraction di rahim sudah dirasai dari pagi lagi. Malam tu, jam 10, ummi suruh suaminya (angah, anak ummi ) bawa Nur Afifah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah , Klang. Sekadar untuk pengesahan, adakah sudah tiba masa untuk melahirkan anak-anak atau tanda-tanda palsu sahaja.


Jam 11.00 malam sampai di Hospital Klang, diperiksa dan disahkan akan melahirkan anak dalam masa beberapa jam lagi. Terus Nur Afifah di bawa masuk ke Dewan Bersalin. Jam 1.32 pagi, Ali Abdul Jabbar selamat dilahirkan.


Selepas di bersihkan, jururawat memanggil angah, untuk mengazankan anaknya. Diazan pada telinga kanan dan diiqamatkan ditelinga kiri. Bayi diberikan kepada ibunya, untuk di susukan dengan susu awal ibu. Susu awal ibu yang di panggil kolestrum.


Apa kolestrum tu? Kolestrum ialah susu awalan yang dihasilkan oleh ibu-ibu dalam 2 hingga 3 hari selepas melahirkan anak yang berkuantiti kecil (20-30 ml) bagi setiap susuan. Warnanya, pekat dan kuning . Kolestrum ni sangat baik untuk baiki usus kecil bayi, cegah cirit-birit dan kuatkan lagi sistem imunisasi bayi yang baru lahir. Walaupun tak banyak, tapi janganlah risau sebab ia cukup untuk keperluan bayi kita. Sudahlah kaya dengan zat makanan ditambah lagi dengan antibodi. Rugi tak bagi,kan?



Ali Abdul Jabbar selamat dilahirkan pada pukul 1.32 pagi Ahad, 24 April 2011 bersamaan 21 Jamadil Awal 1432H dengan berat 2.4 kg. Selepas dilahirkan ramai yang datang menziarahi sibayi dengan doa-doa yang baik.


Bayi ibarat kain putih yang bersih. Mulutnya harum. Kulitnya halus dan lembut. Ummi memang gemar mencium bau mulut bayi. Harum, ada orang tua-tua berkata ibarat bau syurga. (sapa pernah cium bau syurga?)


Niat di hati ingin membuat aqiqah pada hari ke 7, tetapi disebabkan Nazihah masih belum bersalin, maka ditunggu untuk mengadakan aqiqah bersama-sama anaknya nanti.


Jadi pada hari ke 7,(Sabtu, 30 April 2011) diberikan nama, dicukur rambut dan mak mertua angah buat pulut kuning dengan kari daging. Menjamu sesiapa yang datang berziarah. Alhamdullilah,ramai yang datang.


Hari Ahad, 4 orang Al-Hafiz datang berziarah. Moga barakah mereka  melimpahi kepada bayi  ini. Mereka Mendoakan yang baik-baik, antaranya "Semoga Cucu Ummi menjadi anak yang soleh, dan dapat berjuang untuk agama Allah... Amin....


Begitulah kisah,yang membawa ummi tinggal semestara di Setia Alam. Allah memudahkan urusan, asalnya ummi datang ke Setia Alam untuk menghadiri walimah anak saudara zauj, tiba menantu ummi bersalin awal dari jangkaan doktor.


Oleh kerana anak dan menantu akan menduduki peperiksaan akhir , pada hari ke 5 selepas melahirkan anak, maka zauj minta ummi tinggal di sini menemankan mereka disamping memberikan tunjuk ajar bagaimana menguruskan bayi baru lahir. Ummi ajar angah cara-cara memandikan bayi, termasuk membedong bayi.


Alhamdullilah, bayi kecik ini mudah diuruskan. Tidak banyak ragam dan masalah. Sihat dan cepat membesar. Moga menjadi anak yang soleh.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Tuesday 19 April 2011

Mengetuk Pintu RahmatNYA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedikit perkongsian yang bagus ummi dapat dari laman Al-Fanshuri. Ummi terpegun dengn ayat ini yang sangat berkesan untukkita ubah sikap kepada manusia yang bersyukur. “Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, yang banyak tidak akan datang kepadanya.”


Memang benar, jika apa-apa yang Allah kurniakan pada usaha kita di dalam mencari rezeki batau apa-apa yang dihadiahkan oleh seseorang walaupun sedikit, terimalah dengan rasa redha dan syukur. Sedikit atau banyak ia tetap rezeki yang diberkati. Baca lah seterusnya...


Allah Ta’ala berfirman seketika kalian meminta tolong kepada Allah Ta’ala dan Allah Ta’ala menjawab doa kalian. Malah semalam sebelum turunnya ayat ini Rasulullah SAW tidak bisa tidur, Beliau bermunajah dalam tahajudnya, “Ya Hayyu Ya Qoyyum”. Beliau banyak menangis. Beliau banyak memohon kepada Allah Ta’ala. Maka Sayidina Abu Bakar Ash Shiddiq رضي الله عنه yang bersama Nabi ikut menangis dan memeluk Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan berkata , “Cukup ya Rasulullah, Allah Ta’ala pasti akan mengabulkan doamu”. Dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah mengajarkan kepada kita bagaimana caranya mengetuk pintunya Allah Ta’ala dan memohon kepada Allah Ta’ala.


Sebaik-baiknya hal yang ada di dalam hati kita pada saat Allah Ta’ala sedang menatap hati dan bathin kita adalah bagi Allah menemukan dalam hati kita penyesalan atas kesalahan dan dosa-dosa kita. Dan sesungguhnya sebagaimana dalam hadits, orang mukmin; dia memandang dosa yang dia lakukan, dosa peribadinya itu bagai gunung yang ada di atas kepalanya yang sewaktu-waktu boleh menimpa dirinya dan membinasakannya. Adapun seorang munafik; menganggap dosa yang dia lakukan itu bagaikan lalat yang hinggap dihidungnya yang boleh dia usir bila-bala sahaja.


Ketika Imam Hasan al-Bashri melewati sekelompok kaum sedang berbahas tentang masalah qadho dan qadar tanpa didasari ilmu, mereka berbincang-bincang dalam masalah yang mereka tidak mengerti, maka Imam Hasan al-Bashri mengatakan: Jika mereka masih memikirkan dosa-dosa mereka nescaya mereka tidak akan ada waktu untuk membicarakan hal-hal semacam ini. Bagaimana halnya dengan seseorang yang setiap hari dan malam harinya dia habis waktunya dalam pandangan yang diharamkan oleh Allah Ta’ala?


Bagaimana dengan seseorang yang habis waktunya dalam memburuk-burukkan orang-orang sholeh, sahabat Nabi dan keluarganya? Bagaimana dengan keadaan seseorang yang ingin mengatur, menganggap orang lain dari para pendahulunya, orang-orang besar, mau diatur dengan hukumnya dan mau menghakimi mereka seenak perutnya sendiri, menganggap mereka itu orang biasa dan kecil. Seandainya mereka memikirkan dosa mereka, nescaya mereka tidak akan tenggelam sibuk dalam hal-hal semacam begini.


Ini bukan sikap orang-orang yang memikirkan dosa-dosa mereka. Ini adalah yang di firmankan Allah Ta’ala, dalam al-Qur’an yakni sifat-sifat yang mulia, dalam hal ini adalah orang-orang yang apabila datang kepada Nabi setelah mereka, yakni yang mengatakan 'Rabbanafirlana' ampuni kami sekalian dan juga dosa orang-orang sebelum kami pendahulu-pendahulu kami. Dan jangan jadikan dalam hati kami kedengkian terhadap orang-orang yeng beriman. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Syekh Abu Bakar bin Salim, beliau mencari pengampunan dari Allah Ta’ala untuk diri beliau dan orang-orang di zaman beliau. Dengan susah payah beliau meminta kepada Allah Ta’ala. Beliau setiap malam menangis untuk Allah Ta’ala. Beliau apabila disampaikan kepada beliau atau mendengar dari orang lain kalau ada orang lain yang menjelek-jelekan dan menghinakan beliau, beliau langsung berdoa dan mendoakan orang tersebut dan memohonkan ampunan kurnia Allah Ta’ala untuk orang itu.


Dan sesungguhnya itu apabila ada orang yang mengganggu beliau dalam waktu cepat dekat disusul musibah menimpa orang yang mengganggunya. Ditanya Syekh Abu Bakar bin Salim: “Apakah kamu menyumpah orang-orang yang mengganggumu?. Dijawabnya: Tidak aku sama sekali tidak pernah menyumpah orang islam, akan tetapi Allah Ta’ala yang murka terlebih dahulu, kecemburuanNya terhadap para auliya`Nya tanpa sebelum aku tahu, maka dibinasakan Allah Ta’ala, kalau aku tahu aku akan minta tolong terlebih dahulu”.


Warisan dari Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, yang mana sifat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم tentang kaum munafikin ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengatakan: “Seandainya aku tahu kalau aku beristighfar untuk mereka lebih dari 70 kali akan diampuni Allah untuk mereka, maka aku akan beristghfar lebih dari 70 kali agar mereka diampuni”.


Syekh Abu Bakar bin Salim, beliau membentuk majlis-majlis ilmu dan majlis zikir untuk orang awam dan orang khusus. Datang pada beliau murid-murid dari jauh, dari Syam, dari Mesir, dari Haramain (Makkah dan Madinah) dan dari tempat pelosok yang jauh untuk menimba ilmu kepadanya. Beliau mendidik murid-muridnya, mendidik sekalian manusia untuk bersikap adab yang patut kepada Allah Ta’ala. Sebagaimana kita dengar bahwasanya didapur beliau dimasak setiap harinya 700 sampai 1,000 potong roti.


Suatu hari datang ke rumah Syekh Abu Bakar bin Salim seorang wanita dengan membawa sedikit makanan yakni sekitar setengah liter atau setengah mud dengan niat ingin menghadiahkan kepada Syekh Abu Bakar bin Salim. Ketika sampai wanita tersebut kepada pembantu Syekh Abu Bakar Bin Salim, pembantu itu berkata: “Apalah ertinya hadiah yang kau berikan ini? Tidakkah kau tahu setiap hari kami memasak hingga seribu potong roti untuk para tamu-tamu kami?” Maka tidak disangka-sangka datang Syekh Abu Bakar bin Salim, beliau turun dari tangga menemui wanita itu setelah terdengar suara wanita tersebut. Langsung beliau berkata kepada wanita tersebut: “Engkau datang ketempat ini wahai ibu kerana Allah, dan engkau bermaksud kepada saya, engkau menuju kepada saya kerana Allah Ta’ala. Berapa banyak langkah yang engkau langkah dalam perjalananmu menuju kemari, semuanya adalah pahala dari Allah. Dan engkau menyiapkan hadiah yang mulia ini. Berapa butir dari gandum yang engkau hadiahkan kepada saya, tiap butirnya betapa besar pahalanya disisi Allah Ta’ala.” Maka diangkat dan diterima hadiah tersebut oleh Syekh Abu Bakar bin Salim, menjamu dan menghormati wanita tersebut. Dan dia keluar dari rumahnya dalam keadaan gembira.


Dan beliau pun menegur pembantunya dan berkata: “Jangan sekali lagi kau berucap kalimat seperti tadi kepada siapa pun. Ketahuilah bahwasanya kami tidak menyaksikan yang memberi kepada kami semata-mata hanya Allah Ta’ala. Apa pun yang sampai kepada kami melalui tangan hamba-Nya banyak ataupun sedikit pada hakikatnya pemberinya adalah Allah Ta’ala. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada mereka sesuai dengan niat mereka, apabila ikhlas kerana Allah Ta’ala”. Beliau juga mengatakan: “Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, yang banyak tidak akan datang kepadanya.” Dan ini adalah lambang, warisan yang beliau bawa dari Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.


Disebutkan dalam riwayat hidup beliau, bahwasanya beliau mengagungkan, menghormati nikmat Allah yang diberikan walaupun sedikit. Suatu ketika beliau melihat ada sedikit makanan terjatuh dilantai, dibiarkan begitu saja, beliau angkat dan beliau berkata kepada isterinya: “Hendaknya engkau mensyukuri menjaga nikmat yang dikurniakan Allah Ta’ala, sebab apabila nikmat tersebut diambil oleh Allah Ta’ala akhirnya tidak kembali lagi.”

 Semoga perkongsian ini bermanafaat untuk mengetuk pintu hati kita  akan segala rezeki yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada kita.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Wednesday 13 April 2011

Tangan Kiri Ke? Macamana...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Dugaan dan ujian Allah tidak pernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Ujian di dunia bagi menguji keimanan masing-masing.

Maha suci Allah, keredhaan MU yang aku harapkan. Jadikan aku manusia yang redha dan syukur dengan segala apa yang telah ENGKAU takdirkan buat aku.Jadikan aku hamba MU yang sentiasa rindu untuk bertemu dengan MU.


Belum selesai kisah pembedahan jari di tangan kiriku ini. Semalam, selepas balik dari hospital, terus ambik gambar tangan yang berbalut ini menggunakan Cyberlink You Cam laptop ini. Lepas itu upload gambar tangan di fesbuk.

Stail Ambik gambar macam nak baca ikrar...
Ramailah yang memberikan respon. Dalam banyak-banyak respon,ada satu respon yang berbunyia begini "tangan kiri ke? aiyo...macamana nak basuh bila buang air besar ni....". Boleh ini yang dia fikirkan dahulu bila lihat gambar tangan yang berbalut dan sudah pasti balutan itu tidak boleh kena air. Tidakpulak dia tanya soalan ini " camana nak berwudhuk?"


Sedangkan ummi yang melalui pembedahan ini pun tidak terfikir dan berfikir hingga ke situ. Bagi ummi setiap permasalahan pasti ada jalan keluarnya. Bila masanya? Ketika kita telah berhadapan dengan masalah itu.


Berbalik balik kepada soalan dan ummi merenungnya, dalam benak ummi berfikir,setakat tangan berbalut apalah yang sukar sangat, masih ada tangan kanan. Bagaimana mereka yang cacat anggota, tangan kena potong atau tidak mempunyai tangan langsung. Pasti mereka lagi sukar untuk melakukan apa saja bukan setakat mahu cuci selepas buang air besar.


Walaupun sebelah tangan ini berbalut, ummi tidak rasa apa-apa kekurangan. Ummi masih boleh buat kerja, masih boleh masak, kemas rumah,  vakum lantai dan sidai kain dengan tangan yang sebelah lagi ini. Hujung-hujung jari masih berfungsi membantu untuk menaip entri hari ini dan semalam.


Bagi ummi, setiap ujian,dugaan dan masalah yang Allah berikan kepada manusia, mesti diiringi dengan jalan penyelesaian. Kita perlu bertenang supaya minda kita dapat berfikir. Yang selalunya,seseorang itu memandang besar kepada ujian dan masalah apabila fikirannya selalu buntu. Tidak mampu berfikir dengan tenang dan dalam diri sentiasa kelam kabut. Bila begini,keadaan jadi serabut dan menjadikan ujian dan masalah yang datang kelihatan berat.Jangan sekali-kali merungut dengan masalah yang dihadapi dan ujian yang datang.


Sebenarnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah sangat adil kepada hambaNYA. Dan Allah berada di dalam apa yang kita sangka. Sebab itu sebagai hambaNYA kita wajib ada rasa redha dan syukur. Segala apa yang diuji,diterima dengan redha dan syukur. Bila 2 serangkai ini ada dalam diri,pasti kita akan merasa ujian itu nikmat sebenarnya. Kita merasakan ujian itu adalah anugerah Allah kepada kita.


Kita terpilih untuk menerima ujian, maka kita ini berada di dalam pandangan Allah. Ibarat seorang gadis ayu yang sentiasa dipandang oleh seorang kekasihnya. Pasti kekasihnya suka merenung wajahnya,ambik berat hal dirinya dan berbagai-bagai perhatian diberikan. Maka begitulah keadaan orang yang sering diuji.


Apabila sering diuji, didatang berbagai-bagai masalah,bilakita tenang dan terima dengan redha dan sabar, pasti ada jalan keluar yang Allah datangkan. Jiwa akan tenang dan lapang. Tidak ada resah dan gelisah apatah lagi rasa serabut.


Maka belajarlah hadapi sesuatu ujian dan dugaaan itu dengan tenang dan terima dengan redha. Redha ini memang mudah disebut sukar untuk diterima. Belajarlah, lama-lama didikan untuk menjadi redha dan sabar akan jadi perhiasan diri. Sekian entri kali ini, semoga bermanafaat.



Ada juga yang bertanya "Camana ummi nak sujud nanti nih?"

Dalam hati terfikir kenapa tak tanya soalan begini, " camana nak berwudhuk?" Ini akan ummi tulis dalam entri lain pulak.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Tuesday 12 April 2011

Trigger Finger di Jari Manisku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dugaan dan ujian Allah tidak pernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Ujian di dunia bagi menguji keimanan masing-masing.

Maha suci Allah, keredhaan MU yang aku harapkan. Jadikan aku manusia yang redha dan syukur dengan segala apa yang telah ENGKAU takdirkan buat aku.Jadikan aku hamba MU yang sentiasa rindu untuk bertemu dengan MU.


Masa terus berlalu, tiba hari yang dijanjikan untuk jalani pembedahan kecik ke atas jari ummi yang bengkok ini. Mulanya ummi pun tak tahu apa punca,kenapa terjadi dan bagaimana rawatannya.


Setelah bertemu 'the right person' untuk menerangkannya, barulah ummi tahu apa nama penyakit ini dan apa yang terjadi pada jari ini.

Jari manis yang bengkok sebelum pembedahan

Ia dikenali sebagai trigger finger. Apa itu trigger finger? Selama ini, ummi pun tak pernah dengar,tahu dan lihat.


Ia bermula apabila jari manis ini seperti tersangkut disendi apabila diluruskan. Ia akan mengeluarkan bunyi apabila cuba diluruskan. Dan apabila dibiarkan,lama-lama jadi makin teruk , jari tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok.



Bagaimana ianya berlaku?

Trigger finger adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Tendon akan membengkak (tendinitis) dan akan terjadinya pengumpulan cairan disekitar tendon dan sendi. Sebab utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat.

Peratusan lebih kepada kaum wanita, dalam usia 40-60. Kebiasaannya, ia brlaku pada jari manis, ibu jari dan jari hantu. Kesakitan dan jari membengkok selalunya berlaku selepas tidur dan tangan dalam keadaan genggaman untuk jangka masa yang lama.



A disorder characterized by catching, snapping or locking of the involved finger flexor tendon ( tendon pada jari yang berfungsi untuk membengkokkan jari-jari ). Ia akan menyebabkan kehilangan fungsi tangan dan kesakitan yang amat sangat.




Bagaimana rawatannya?


Pertama kali ummi bertemu doktor di Pusat Rawatan UTM. Rupanya bukan semua doktor tahu keadaan ini. (Pernah belajar tapi jarang merawat dan mungkin terlupa term penyakit ini ). Selepas di x-ray dan ujian darah, semuanya normal untuk RA. Ummi di rujuk ke Jabatan orthopedik , Klinik Pakar HSAJB.


Oleh kerana , doktor yang pakar melihat kedaan jari ummi, terus dapat tahu keadaan jari ummi dan diberikan rawatan yang betul. Dikenali A1 Pulley Release. Rawatan ini memerlukan tangan ummi dibedah untuk melonggarkan tendon-tendon yang terjerut.


Pagi Isnin, 11 April 2011, jam 7.15 , zauj hantar ke HSAJB. Minggu lepas semasa temujanji, ummi pergi naik bas sahaja. Kali ini, zauj tidak izinkan naik bas. Setelah tiba di HSAJB, beratur untuk ambik nombor dan menunggu kad diberikan.


Jam 9.20 pagi, ummi dibawa ke Dewan Bedah Kecil , Klinik Pakar. Menunggu giliran lagi di sini. Jam 11.10 pagi,  baru giliran masuk ke dalam ruang dewan untuk mempersiapkan diri. Ingatkan pembedahan kecik, tak perlu tukar baju dan segalanya. Rupanya, sama seperti menjalani pembedahan major, baju ditukar, semua barang kemas ditanggalkan.


Torehan pada tapak tangan
Doktor bertugas mendapatkan tanda tangan dan bertanya history kesihatan lalu. Terpegun doktor, bila tahu ummi sudah jalani beberapa kali siri pembedahan. Jadi bagi dia, pembedahan kecil ini, 'is nothing to me'. Walaupun begitu, apabila dicucuk oleh jarum suntikan untuk memasukkan cecair anestatik (ubat bius) tetap rasa sakit.

Sakit sangat...kalau ada skala kesakitan 1 hingga 10 darjahnya, dari 1 tidak sakit dan 10 sangat sakit, ummi kata 9/10 ksakitan tu.


Selepas tangan kebas dan tak rasa apa-apa lagi , baru tapak tangan ditoreh dengan pisau yang tajam. Seterusnya, ummi tidak dibenarkan lagi melihat kerja mereka. Cumanya ummi dapat terus berbual dengan doktor yang melakukan pembedahan itu. Ummi diterang dengan jelas, kenapa berlaku trigger finger dan kaedah rawatan yang dilakukan ditapak tangan .


Malah setiap langkah ketika pembedahan berlangsung ,  doktor itu bercakap dan terangkan pada ummi disebalik hijab/tabir kain yang menutup pandangan mata ummi.



Etiologi atau Sebab

- idiopathic / tidak diketahui...

- systemic causes : Collagen-vascular diseases, including RA, DM, psoriatic arthritis, amyloidosis, hypothyroidism, sarcoidosis, and pigmented villonodular synovitis.

- faktor pekerjaan / aktiviti seharian : golongan yg byk menggunakan tgn ( mengenggam) dalam kadar yang lama.



Tanda dan Gejala

Jari yang susah untuk bergerak terutama pada waktu pagi, bengkakan yang kecil pada jari yang terlibat tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan. Bunyi "klik" semasa pergerakan jari.



Rawatan

Rawatan trigger finger bergantung kepada gejala yang dialami oleh pesakit.

Rawatan daripada doktor :

- steroid injection

- Non Steroidal Anti-inflammatory drug ( NSAID )

- Trigger release surgery: Dikenali sebagai A1 Pulley Release >>> Rawatan yang ummi jalani.

*Open release of the A1 pulley

*Percutaneous A1 pulley release

Keputusan untuk pembedahan kecil bergantung kepada keputusan pesakit yang selalunya pada peringkat akhir. Pembedahan akan membuka saluran tendon yang sempit itu supaya tendon dapat bergerak dengan mudah.



Rawatan fisioterapi :

- splinting ~ digunakan utk mengelakkan jari2 membengkok semasa tidur terutamanya.

- ice ~ untuk mengurangkan bengkak, jika ada. 15-20 min

- ultrasound ~ untuk mengurangkan kesakitan dan inflammation 20 min

- wax therapy ~ untuk mengurangkan kesakitan dan inflammation 20 min

- massage ~ untuk mengurangkan kesakitan dan improve skin condition

- hand strengthening exercise ~ untuk kuatkan otot-otot tangan.

- hand stretching exercise ~ untuk regangkan otot-otot tangan.


Selepas pembedahan,jari manis telah lurus
Pencegahan

Berehat semasa bekerja adalah digalakkan untuk individu yang menggunakan jari untuk pergerakan berulang ( menjahit, menaip komputer atau menulis )


Begitulah ceritanya. Maaf kepada pembaca kerana entri akhir-akhir ini lebih kepada kisah mengenai jari ummi sahaja. (Suatu ilmu baru dalam bidang perubatan untuk pengetahuan ummi)







Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 7 April 2011

Ujian Tiba Lagi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dugaan dan ujian Allah tidak pernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Ujian di dunia bagi menguji keimanan masing-masing.

Maha suci Allah, keredhaan MU yang aku harapkan. Jadikan aku manusia yang redha dan syukur dengan segala apa yang telah ENGKAU takdirkan buat aku.Jadikan aku hamba MU yang sentiasa rindu untuk bertemu dengan MU.


Semalam ummi pergi lagi memenuhi temujanji minggu lepas dengan doktor pakar orthopedik di HSAJB. Masalah kali ini berkaitan jari ummi. Ummi pelik dengan keadaan jari manis ummi yang tidak boleh diluruskan. Tetapi ummi yakin tidak ada yang mustahil bagi Allah.


Telah di ambil ujian darah, telah dibuat x-ray, memang tidak nampak punca kenapa jari ini crame, kaku, tidak boleh diluruskan. Hanya semalam bila seorang doktor perempuan india tu lihat, terus dia tahu masalah jari ummi ini.

Sekadar gambar hiasan: Ini bukan tangan ummi.
Terdapat tendon di tapak tangan yang berpintal dan tersepit menyebabkan ketegangan. Sebelum ini, ummi memang sudah lama mengalami kesakitan dan kesukaran untuk menggerakkan jari itu. Rawatan: perlu dilakukan pembedahan ke atas tapak tangan untuk dibetulkan tendon itu. Tapak tangan akan ditoreh.


Lagi satu episod untuk ummi mendapat rawatan di HSAJB. Antara takut dan harapan sentiasa ada dalam diri. Namun yakin dengan janji Allah, segala rasa yang berbaur itu lenyap hilang bagai ditiup angin. Sesungguhnya Janji Allah itu benar.


Semoga aku terus diberikan kekuatan, ketabahan, kesabaran dan keimanan yang mantap dengan segala ujian-ujian hidup dan kehidupan ini.


Setiap manusia di uji, namum ujiannya adalah berbeza-beza mengikut tahap keimanan masing-masing. Lagi pun janji Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286...


سُوۡرَةُ البَقَرَة
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ (٢٨٦)



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286)


Allah hanya memberikan ujian mengikut kemampuan yang hambaNYA mampu tanggung. Maka aku yakin bahawa apa yang Allah uji ini, memang mampu untuk aku hadapi. Moga rahmat dan kasih sayang Allah melimpahi kepada aku, anak-anakku dan semua orang yang aku kasih.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Wednesday 6 April 2011

Bersyukur atas nikmat dan ujian

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dugaan dan ujian Allah tidak pernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Ujian di dunia bagi menguji keimanan masing-masing.

Maha suci Allah, keredhaan MU yang aku harapkan. Jadikan aku manusia yang redha dan syukur dengan segala apa yang telah ENGKAU takdirkan buat aku.Jadikan aku hamba MU yang sentiasa rindu untuk bertemu dengan MU.


سُوۡرَةُ الرَّحمٰن
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (١٦)


Ar-Rahman
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (16)

AYAT ini diulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar-Rahmaan. Kerap membuat siapapun tertegun membacanya. Betapa kita, sebagai makhluk-Nya, terkadang terlalu sombong untuk sekadar mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT.


Sudah banyak sekali nikmat yang sudah Dia berikan. Namun, kita malah tidak bersyukur kepada-Nya.


Bukankah Allah SWT telah berfirman:


Dan, Dia telah memberikanmu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu hajati. Dan, jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya, manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim: 34)


Sudah banyak sekali nikmat yang Dia berikan. Antaranya adalah nikmat manisnya iman, nikmat menghirup udara segar dan sebagainya.


Allah telah memberi gambaran yang menggembirakan bagi hamba-hamba-Nya yang bersyukur, dan ancaman untuk hamba-hamba-Nya yang kufur, seperti yang termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu; Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Ibrahim: 7)


Maka, syukurilah nikmat yang datang pada kita. Jangan kita terlena hingga kita lupa dan mendakwa kejayaan itu adalah hasil jerih payah kita sendiri, tanpa menganggap Allah sebagai Maha Pemberi.


Bila hal yang di atas berhubungan dengan pemberian yang sesuai dengan kehendak kita, bagaimana pula dengan pemberian yang tidak sesuai dengan keinginan kita?


Terkadang kita, sebagai manusia, mengeluh atau tidak mensyukuri pemberian Allah SWT yang tidak sesuai pada kita. Padahal, kita tidak tahu kalau itu sebenarnya baik untuk kita.


Kita hanya terus menyalahkan keputusan-Nya. Jarang kita melihat sisi positif dari pemberian itu. Padahal, Allah selalu memberikan yang terbaik untuk kita.


Oleh demikian, ketika ditimpa suatu musibah, janganlah cepat-cepat mengeluh. Lihatlah sisi positifnya.


Berfikirlah bahawa Allah sayang kepada kita, kerana Allah ingin segera menghapus dosa kita lewat ujian itu.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah berupa rasa lelahnya badan, rasa lapar yang terus menerus atau sakit, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa sekarang, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa lalu, gangguan orang lain pada dirinya, sesuatu yang membuat hati menjadi sesak sampai-sampai duri yang menusuknya melainkan akan Allah hapuskan dengan sebab hal tersebut kesalahan-kesalahannya. (riwayat Bukhari dan Muslim)


Begitu juga ketika keputusan Allah tidak sesuai harapan kita. Mungkin itu adalah untuk kebaikan jangka panjang kita. Ingatlah, Allah memberikan apa yang kita perlukan, bukan yang kita harapkan.


Sebabnya, kita tidak tahu hikmah di sebalik kurniaan atau ujian Allah kepada kita. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah: 216)


Perpisahan dengan mereka yang kita cintai, penyakit yang menimpa kita adalah beberapa ujian yang perlu kita ambil sisi positifnya. Jangan kita terus mengeluh dan mengeluh.


Sesekali, beranikan diri kita untuk mengambil sisi positif daripadanya. Sebabnya, di sebalik semua kejadian, pasti ada hikmahnya.

Wallahu a’lam.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Tuesday 5 April 2011

Kaya Harta dan Kaya Ilmu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:


“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.” (HR Ibnu Majah (no: 1597)


2 minggu berturut-turut hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ummi dan zauj berada bersama-sama anak cucu di Kuala Lumpur dan Setia Alam. Zauj ada kerja dan ummi ambik kesempatan untuk menziarahi anak cucu.


Anak ummi  yang nombor 3 merupakan pelajar Medic USIM baru sahaja tamat peperiksaan akhir semester 6. Lega Najdah bila peperiksaannya tamat. Masa minggu pertama ummi datang peperiksaan sedang berjalan, walaupun sudah punya anak, Najdah tetap mempunyai masa untuk buat study group di hujung minggu.



Omar Abdul Aziz
Selepas 1 malam bermalam di rumah Najdah,petang Sabtu, ummi pergi melawat  anak ke 6,Omar Abdul Aziz di SBPI Rawang. Terkejut Omar, kerana tidak sangka akan menerima lawatan ummi pada petang itu. Berbunga-bunga hatinya menerima kunjungan ummi. Walaupun sekejap ,telah memberikan suntikan kepada seorang anak,betapa kasih dan sayangnya mak ayah pada mereka. Kerana  kewajiban menuntut ilmu, wajib seorang anak berjauhan dengan mak ayahnya.


Dari Rawang, ummi ke Setia Alam dan bermalam di sini pula, rumah angah dan rumah Nazihah. Angah anak ummi nombor 2  dan Nazihah anak ummi nombor 4. Dua-dua sudah berumah tangga, ummi  adakan walimah mereka serentak pada 5 Jun tahun lepas. Kini isteri angah dan Nazihah sedang sarat hamil.


Oleh kerana mereka belajar di tempat yang sama, mereka tinggal serumah dengan suami dan isteri masing-masing. Tak ada masalah jika saling bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain. Ummi tengok, walaupun sebok berkuliah, mereka tetap ada masa untuk masak dan makan bersama-sama tiap malam.


 Jika Nazihah masak sarapan waktu pagi, isteri angah akan masak untuk makan malam. Sapa balik kuliah awal, mereka yang masak. Langsung tak berkira dari segi tenaga,  wang ringgit  dan kemudahan. Dari kecik mereka telah  dididik untuk hormat menghormati dan berkasih sayang sesama saudara. Makan makanan yang dimasak sendiri setiap hari memang amalan yang mereka ambik dari ummi. Dari kecik menjadi kebiasaan bersarapan sebelum keluar rumah, jadi bila dah berumahtangga, mereka ikut cara mana ummi selalu layan mereka. Syukur kepada Allah kerana ilmu yang bermanafaat telah dipanjangkan dan diamalkan oleh anak-anak.


Sebenarnya, berkahwin dan mempunyai anak bukan satu masalah ketika belajar. Yang perlu ada ialah sokongan, tolak ansur dan saling faham memahami tugas dan tanggungjawap antara satu sama lain. Redha meredhai dan bersabar adalah faktor utama kebahagiaan di dalam rumah tangga.


Ummi selalu ditanya berkaitan berkahwin pada usia muda. Bagi ummi tak ada masalah jika pasangan dan semua keluarga memberikan sokongan.


Ummi sendiri pun berkahwin ketika usia muda. Ketika umur masih belasan tahun. Mempunyai anak ketika belum tamat pengajian. Bawa perut yang memboyot besar ke sana sini menuju ke kelas dan makmal bukan suatu masalah bagi ummi.


Cumanya kalau duduk kerusi bilik kuliah saja masalah buat ummi, sebab mejanya sudah tak boleh di lipat ke depan lagi. Sangkut perut. Ketika ummi belajar dahulu, zaman 80an di UTM Jalan Gurney, Kuala Lumpur, bangunan dan kemudahan sebuah universiti masih jauh lagi.


Kebanyakkan bilik-bilik kuliah masih lagi blok kayu. Jika ada bangunan 4 tingkat tak ada kemudahan lif. Sesebuah fakulti tidak punya kemudahan bilik kuliah sendiri. Maka bilik kuliah dan tutorial di adakan banyak tempat dan blok. Kadang tu di tingkat 4. Naiklah ummi mendaki tangga dengan perut boyot.


Terasa indah bila dikenang semula betapa pengalaman lalu telah mendorong untuk kita menjadi insan kuat dan tabah. Berbagai dugaan mesti ditempuhi dalam mendidik anak.


Bila kita hidup dimulai dengan pengalaman sukar,dilalui dengan penuh kesabaran,hasilnya sangat bernilai. Begitu juga jika sesuatu yang kita mahu dan impikan jika sukar untuk mendapatkan, bila sudah dapat ia amat bermakna dan dihargai.


Maka kesusahan atau masalah jangan dirungutkan. Di setiap keadaan, ada masalah. Hanya masalah yang ditempuh dan dihadapi oleh setiap manusia tidak sama. Ada yang payah berenang, ada yang sukar berjalan, ada yang terduduk dan ada yang tersungkur. Semua ujian itu bukan tanda kegagalan. Hanya perlu kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk ditempuhi dengan iman.


Jika pernah terbuang, jika pernah tersungkur,jangan lama-lama,cepat-cepat cari tunggul untuk berpaut dan bangun semula. Kedukaan dan air mata adalah teman untuk seseorang berjaya pada kedudukan dia hari ini.


Maka apa yang dimiliki hari ini, disyukuri. Jangan bandingkan apa orang senang di atas kita.Bandingkan dengan mereka yang dibawah kita.


Namun dalam berbuat amal soleh dan kebajikan,buatlah bandingan dengan mereka yang didepan pula. Agar kita berusaha untuk mengejar dan mendapatkan seperti mereka. Teringat kata-kata arwah mak," 2 benda saja yang kalau kita umpat payah nak dapat, menjadi kaya dan menjadi alim". 2 benda ni tak dapat kalau sekadar kata dimulut. Ia mesti diusahakan. Sabda Rasullulah...



Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : " Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (al-Bukhari)




Huraian:
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji.




Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya." Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.


Bapa Saudara dengan Anak Saudara

Wahai anak-anak semua,  belajar bersyukur dengan apa yang ada hari ini. Belajar menerima seadanya. Namun tetap teruskan usaha untuk mendapat yang lebih baik dan bermanafaat bukan untuk dunia sahaja tetapi akhirat juga. Kejar dunia dan jangan tinggalkan akhirat. Jangan sekali-kali mengabaikan bekalan untuk kehidupan di sana nanti. Masih ada 2 alam untuk dilalui sebelum bertemu alam yang abadi.


Segala corak dan keadaan kehidupan di alam-alam itu nanti adalah berdasarkan keadaan dan kehidupan di alam masa kini.


Sekian entri peringatan buat semua, ambillah yang bermanfaat dan tinggalkan yang melalaikan.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Monday 4 April 2011

Pasar Kabus Di Shah Alam


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.” (HR Ibnu Majah (no: 1597)


Tak pernah ummi pergi lagi ke 'Car Boot Sales' sebelum ini. Pagi Ahad, 2 minggu lepas, tiba-tiba angah ajak ummi pergi Pasar Kabus. Mula-mula itulah perkataan yang ummi dengar. Pelik nama pasar ni. Jadi bila angah ajak,ummi pun suka nak pergi sebab tujuannya nak cari pakaian bayi untuk anak angah dan Nazihah yang akan lahir tak lama lagi. Bukan kabus rupanya tapi 'car boot'.


Pasar kabus ini di tempat letak kereta Stadium Shah Alam. Luasnya sejauh mata memandang. Ramainya manusia, selaut ikan di teluk. Dimana-mana saja orang boleh letak kereta. Sebab yang penganjurkan pasar ini dibawah MBSA, penguatkuasa tak kompaun letak kereta di mana-mana pun. Nak kompaun apanya, dah tempat letak kereta dijadikan tapak pasar. Sewa tapak mereka juga yang kaut. Kepentingan sendiri, tak akan denda orang lain buat salah pun.


Yang berniaga majoritinya orang melayu. Yang datang sebagai pembeli atau pengguna juga melayu. Berbagai-bagai barang ada dijual di sini. Nak tergelak pun ada bila ummi jumpa ada yang berjual barang-barang dari rumah sendiri. Ya lah,nama pun 'car boot sales', sapa-sapa pun boleh bawa barang letak dalam boot kereta dan jual kat situ.




Terfikir ummi, orang kafir berlumba - lumba buka pasar besar seperti Tesco, Gaint, Extra, Carefour dan lain hyper pasar, tapi kelebihan orang melayu cuma buka payung dan buka bot kereta untuk berniaga.


Hyper pasar orang kafir, untung juta-juta, tempat mereka ada aircond, pasar orang melayu panas bak duduk dalam sauna, untung sekupang dua saja. Macamana orang melayu nak maju ekomoninya? Ada pemimpin negara lihat keadaan ni?


Ummi tak mahu kata orang melayu tu orang islam sebab ramai yang tak amalkan islam. Penjual tudung, dok promosi pakai tudung, tapi dia tak bertudung. Penjual pakaian seperti jubah, abaya tetapi dia yang jual pakai baju ketat bak nangka. Dia pakai cuma tutup urat dan kulit saja bukan tutup aurat.

 anak tudung yang diletakkan 
gumpalan kain supaya kelihatan 
seperti rambut yang disanggul


Ada juga trend zaman ini, anak tudung yang telah diletakkan gumpalan kain agar bila dipakai seperti sanggul tinggi di kepala. Apa yang dilarang oleh Allah itu yang dibuat. Telah jelas hadis Rasullulah :



حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بن عَيَّاشِ بن عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيُّ، حَدَّثَنِي أَبِي، سَمِعْتُ عِيسَى بن هِلالٍ الصَّدَفِيَّ، وَأَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ الْخَطْمِيَّ، ابْنَ يَزِيدَ الْحُبُلِيَّ،، يَقُولانِ: سَمِعْنَا عَبْدَ اللَّهِ بن عَمْرٍو، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:"سَيَكُونُ آخِرُ أُمَّتِي نِسَاءً كَاسِيَاتٍ عَارِيَاتٍ عَلَى رُؤُسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ، الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ" - المعجم الكبير للطبرانى

“Daripada Abdullah bin ‘Ayyasy bin ‘Abbas Al-Qityani, telah berkata bapaku, aku(bapa ‘Ayyasy) telah mendengar ‘Isa bin Hilal As-Shodafi dan dan Abu Abd Rahman bin Abdullah Al-Khathmi bin Yazid Al-Hubuli, berkata mereka berdua, kami mendengar Abdullah bin Amru berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : Akan datang pada akhir zaman daripada umatku perempuan yang bertelanjang tanpa berpakaian. Sanggul mereka diangkat tinggi seperti bonggol unta. Kutuklah mereka sesungguhnya mereka golongan terkutuk.


Dimana-mana zaman ini, ramai wanita suka memakai tudung kain jersey yang ada awning. Dibelakangnya letak pin supaya kelihatan sanggul di kepala. Jika dilihat pin itu tidak ada kepentingan melainkan untuk menunjukkan sanggul , dan kelihatan lebih menawan.



Ini adalah fesyen jahiliah yang tidak disedari meresap secara perlahan ke dalam wanita Islam. Hadith ini telah lama ada, dan itulah yang dikatakan seperti bonggol unta.


Macam-macam lah lagi yang ummi belum pernah lihat dan jumpa sebelum ini. Ummi memang jarang suka keluar ke tempat awam begini. Tak suka bersesak-sesak dan bercampur lelaki dan perempuan. Ini pergi kerana mencari pakaian bayi yang angah kata murah.


Rupanya memang benar murah. Jual longgok, datang dari kilang. Pandai-pandai kita memilih yang berkualiti baik.


Ummi rasa semua benda ada dijual di sini. Dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar benda seperti kereta.  Bibik kata apa, "Bu, kereta tu harganya rm 3 ya, sebab boleh jual longgok gitu?"  Tergelak ummi bila bibik tanya. Bibik pun tak pernah lagi pergi ke pasar begitu.


Memang ummi tak pernah bawa bibik ke Pasar Malam selama 7 tahun bibik tinggal dengan ummi. Lebih suka pergi Pasar Mini Oarng islam yang ada di sekitar taman-taman perumahan. Yang pasti nak membantu mereka berniaga dan jika mereka untung, pasti mereka bayar zakat. Tak suka pergi pasar malam sebab waktu malam dan kedudukan pasar malam yang sempit dan berasak-asak.


Kalau zauj memang langsung tak suka ke pasar kecuali  berhajat membeli bahan masakan.  Ada hadith :


Telah datang dari Salman radiyallohu ‘anhu, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (2451) dan selainnya berkata :


لا تكونن إن استطعت أول من يدخل السوق ولا آخر من يخرج منها فإنها معركة الشيطان وبها ينصب رايته


"Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya pasar karena pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan disanalah ditancapkan benderanya.”




Oleh karena itu, pasar merupakan tempat yang dibenci oleh Allah Subhaanahu wata’ala. Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wasallam bersabda:


أ حب البلا د إلى الله مساجدها وأبغض البلا د إلى الله أ سواقها


"Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar.”

Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Muslim (671) dan selainnya dari hadits Abu Hurairah radiyallohu ‘anhu.


Sekian peringatan untuk entri ini. Jagalah diri dan keluarga dari kemungkaran dan maksiat tanpa disedari.Jangan bersuka-suka ke tempat berkumpulnya syaitan laknatullah.  Jika tiada keperluan hindari tempat-tempat begini.








Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 1 April 2011

Bila Hari Terus Berlalu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:


“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.” (HR Ibnu Majah (no: 1597)



Pejam celik,pejam celik dah bulan April. Cepatnya masa bergerak, pantas tanpa sempat menghitung hari dan menunggu-nunggu.


Begitu juga usia kita ni,cepat saja bertambah dan berkurang. Bertambah bilangan tahun hidup,berkurangnya masa untuk beramal. Tup-tup, dengar berita kawan tu dah meninggal,anak kawan ni dah dikebumikan. Cepatkan...


Kita? Ntah bila tiba masanya. Ada yang menanti saat itu walaupun tiada siapa yang tahu ketika saat dan detiknya, malaikat Izrail datang memberi salam. Ya kah,dia datang dengan salam? Itu mungkin untuk orang mukmin. Kita adakah tergolong dalam senarai orang-orang beriman?


Sudah cukupkah amal untuk ditimbang ketika dihisab nanti? Walaupun sezarah amal kelakuan kita di dunia ini,tidak akan ada yang missing dan hidden dari dimizankan. Maka berqidamlah kita untuk dimizan di Padang Mahsyar nanti.


Lihat semula masa lalu, masa sekarang apa yang telah kita lakukan? Masih terbuka jalan taubat,masih terbuka untuk meninggalkan apa yang Allah larang dan lakukan apa yang Allah perintahkan. Taati Allah dan RasulNYA. InsyaAllah adalah peluang untuk kita mendapat syafaat Rasullulah dan rahmat Allah...


Sekian entri ringkas ummi di akhir bulan Rabiul Akhir ini.(hari ini Jumaat : 1 April 2011 @ 27 Rabiul Akhir 1432H )


Semoga kita semua di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.