BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 15 May 2012

Nira Nipah



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Habitat  Semulajadi pokok nipah
Setiap kali melalui jalan utama melalui Tanjong Karang ke Setiawan atau sebaliknya, pasti suami akan berhenti di tepi jalan untuk membeli sejenis minuman  yang dikenali sebagai nira nipah. Air daripada nira ada dua jenis, satu dikenali nira kelapa apabila dihasilkan dari pokok kelapa. Jika nira ini diambil dari pokok nipah, ia dikenali nira nipah.


Suami lebih gemar meminum nira dari nipah. Ini kerana dari kecil lagi saya dan suami memang tinggal di kawasan yang mempunyai banyak pokok nipah. Kenangan semasa kecil-kecil, dahulu yang menyebabkan kami suka membeli nira dari nipah.


Pokok Nipah


Nira nipah merupakan minuman asli yang masih mendapat sambutan bukan sahaja dari masyarakat Melayu tetapi juga dari kaum-kaum lain. Di kampung-kampung, perusahaan nira nipah telah memberi hasil atau pendapatan sampingan yang paling menguntungkan. Hampir kesemua bahagian pokok nipah dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Pokok nipah atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya sebagai "nypa fruiticans" hidup di kawasan berpaya, lembah dan berlumpur. Ia mempunyai batang sulur bawah tanah dan akar palma ini biasanya tersembunyi di dalam lumpur di mana ia tumbuh dan jarang didapati terdedah di kawasan hakisan pinggir laut.

Isi nipah yang sedap dimakan
Membuat atap dari daun nipah
Lapisan udara serta asas daun pokok nipah ini memberikan daya apungan yang tinggi kepada akarnya. Daun tua akan gugur apabila lapisan peluruhan sepanjang 2 kaki berlaku di bahagian terbawah anak daun. Lapisan peluruhan kedua muncul di tempat di mana daun lebar pokok itu bercantum dengan akar. Pelepah nipah boleh dijadikan atap yang baik dan di mana sahaja boleh dilihat pelepah pokok ini ditebang tetapi anak-anak pokok muda dipelihara. Manakala kutikel daun muda yang mempunyai kulit luar yang kukuh, ditanggalkan, dipotong mengikut saiz, dibungkus dan dijual di seluruh negara sebagai rokok daun.
Tandan Nipah
Isi buah nipah
Manakala pohonnya keluar di hujung sulur dan batangnya bercabang serta membentuk serumpun nipah. Manakala bunga nipah, keluar di celah-celah pelepahnya dan bergugus di hujung tangkai, menghasilkan buah. Sesudah itu barulah buah dipangkas untuk mendapatkan air nira dan jambangan bunga nipah menghasilkan gula yang banyak kira-kira 1 pain sehari selama 3 bulan di mana hasilnya lebih kurang 11 gelen. Manakala titisan getah pokok nipah ini boleh dijadikan arak atau tuak. Malahan buah nipah berbentuk seperti baji. Struktur buahnya sama seperti buah kelapa. Buah ini ada sabut, tempurung, isi dan air.Isi buah yang muda boleh dimakan dan biji benihnya yang matang sangat keras. Pokok nipah terdapat 3 jenis di antaranya:

Pokok nipah sawa

Pokok nipah sawa mempunyai bentuk tangkai yang panjang, perdu dan pelepah serta batang yang besar dan jangka hayatnya cuma selama 3 bulan.

Pokok nipah tembaga

Pokok nipah tembaga mempunyai bentuk tangkai yang sederhana, perdu dan pelepah serta batang sederhana besar dan jangka hayatnya selama 2 bulan sahaja.
 
Pokok nipah ekor tikus

Pokok Nipah dqn buahnya
Pokok nipah ekor tikus pula mempunyai bentuk tangkai, perdu dan pelepah serta batang yang kecil kecuali buahnya sahaja besar dan jangka hayatnya selama 28 hari sahaja boleh menghasilkan nira.

Untuk menghasilkan nira nipah yang manis dan berkualiti, ada kaedahnya. Pantangnya seakan wanita bersalin. 44 hari, mayang perlu di ketuk dan diurut, 3 hari lagi sebelum boleh disadap.Pun begitu penantian pastinya berbaloi apabila menghirup manis nira nipah.
Menyadap nira nipah
Tandan yang dipilih lazimnya selepas dua bulan mayang berbunga.Mayang perlu diransang terlebih dahulu untuk menghasilkan nira yang banyak. Disalut dengan selut, lalu diurut.

Mengumpul nira nipah
Selepas diurut, kayu berlapik kain atau pelepah nipah digunakan untuk mengetuk mayang sebanyak empat kali.Ketukan pula tidak boleh terlalu kuat, bimbang merosakkan mayang sekaligus menjejaskan penghasilan nira.Rutin mengurut dan mengetuk mayang dilakukan dua kali sehari, sebelah pagi dan petang, selama 44 hari.

3 hari selepas habis tempoh mengurut dan mengetuk barulah buah nipah dari mayang di cantas. Kemudian tukil  ataupun bekas dipasang di hujung mayang untuk menakung nira.Tukil tabung buluh kini diganti dengan plastik.Titisan kayu temak dimasukkan bagi mengelak nira menjadi masam.

Air Nira nipah
Nira harus cepat ditapis dan disimpan di tempat yang sejuk.Faktor suhu menentukan rasa nira, yang ditakung semalaman, lebih manis.Bagi mengekalkan pengeluaran nira, beberapa petua diamalkan. Antaranya, tandan buah yang dicantas tidak boleh ditinggalkan atau mayang akan kecut dan tidak lagi menghasilkan manisan.

Nira akan dikumpulan pada keesokan paginya. Mengikut amalan tradisi nira yang terhimpun dalam tukil akan dikumpulkan ke dalam buyung.Air nira nipah manis lagi berkhasiat dan untuk menambah keenakan nira nipah perlu dicampur dengan air batu.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: