BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 2 August 2012

Ruang Lingkup Sadakah





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dapat Hadiah Sia masa reunion

Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Turmudzi dan Ahmad, :

Tatkala Allah ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam.

Para Malaikat hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya , "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (gunung batu pun boleh menjadi rata ketika di tolak oleh buldozer atau peralatan yang dibuat daripada besi).

Para Malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (boleh mencairkan besi apabila di bakar).

Para Malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (air boleh memadamkan api).

Para Malaikat pun bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air di lautan luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjadi tsunami).

Akhirnya para Malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada angin itu?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Perkasa menjawab, " Ada , iaitu amalan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya" .

Ertinya, yang terhebat daripada makluk Allah adalah amalan orang yang bersedekah dengan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk atau pun diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah saw mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia, Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang di niatkannya".


Sebenarnya ruang lingkup sedekah ini sangat luas. Sedekah bukan semata-mata dengan harta atau wang ringgit tetapi boleh dalam bentuk tenaga, masa dan kata-kata.

Kata-kata yang menyenangkan , kata-kata yang melapangkan hati kepada orang yang sedang gundah juga merupakan sedekah.

Masa yang diluangkan untuk mendengar, membaca masalah mereka yang sedang kesukaran, keresahan juga merupakan sedekah.

Bergotong royong membersihkan kuburan, bina laluan yang dimanfaatkan penduduk juga merupakan sedekah.

Sekiranya ketika gotong royong dilakukan oleh penduduk setempat tidak sepadan masa cuti, lakukan sumbangan tenaga diwaktu lain yang tidak menuntut kerjasama ramai seperti membersihkan tandas dan kawasan sekitar masjid.

Lakukan pembersihakan seorang diri. Walaupun selalunya surau atau masjid ada tok siak, apa salahnya kita membantu mereka.

Begitu juga membantu orang yang kesusahan dengan mengizinkan mereka menumpang menginap sehari dua di rumah sehingga masalah mereka selesai. Ada juga orang terputus bekalan dalam perjalanan.

Untuk 3 hari pertama mereka itu merupakan tetamu walau pun kedatangan mereka bukan diundang. Berikan tempat tidor dan makan seadanya. Layan mereka jangan sampai mereka merasa tidak selesa untuk tinggal bersama.


Makan minum yang kita hidang tu pun merupakan sedekah. Sedekah makanan. Sedekah tidak semestinya kita kena hantar makanan ke tempat lain. Menghidangkan mereka yang menumpang di rumah kerana terputus belakan juga adalah sedekah.


Oleh itu ruang lingkup sedekah itu amat luas, dan dinilai dalam pandangan Allah bila kita lakukan kerana mengharap redha Allah bukan kerana manusia.

Sempena bulan yang barakah ini, perbanyakkanlah sedekah dalam apa jua bentuk pun agar mendapat pandangan Allah. Pastikan setiap hari kita melakukan sesuatu yang boleh cover dosa tidak sengaja dan tidak diketahui.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: