BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 27 February 2012

Hujan Energi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Malam tadi, Ahad malam Isnin, daripada sumber Teknologi Zikir Hiper Metafizik, mengkhabarkan, berlakunya hujan energy positif di galaksi Bimasakti.

Ini bukan sesuatu yang bercanggah dengan syariat dan redha Allah. Jika mahu amalkan , silakan. Jika yakin, dengan rahmat Allah...

Hujan Energi


Insya Allah akan ada "hujan energi positif" yang meliputi seluruh galaksi Bimasakti termasuk bumi pada 27 Februari 2012.

Energi tersebut mencapai permukaan bumi pada hari Minggu (masuk hari Isnin), pukul 1.17 am hingga 5.00 am.

Silakan bagi semua anggota dan pemerhati TZHM yg berniat utk menyerap energinya dapat dilakukan pada waktu tersebut di atas dengan berzikir :

- Ta'awudz : 11x
A'uudzu billahi minasy syaithaanir rajiim

- Istighfar : 11x
Astaghfirullahal adzhim aladzi laa illaha illa huwal hayul qoyyum wa'atubu ilaih

- Haukallah : 11x
Laa haula wala quwwata illa billahil'aliyyil 'adziim

- Al fatihah 11x
- Al Ikhlas 11x
- Al Falaq 11x
- An naas 11x
- Ayat kursy 11x
- Subhanallah Walhamdulillah Wa laa illaaha illalaahu Wallahu Akbar 15-20 menit.
- Allahu Akbar 15-20 minit.

*** NOTE :
- Subhanallah Walhamdulillah Wa laa illaaha illalaahu Wallahu Akbar dan Allahu Akbar dapat terus dibaca hinggai pukul 05.00 am jika berkenan.


Sesungguhnya untuk melaksanakan sesuatu yang mendatangkan redha Allah memerlukan mujahadah. Untuk bangun jam 1.00 am, macam sukar kerana tidor jam 11.00 pm. Namun atas niat dan mengharapkan pertolongan Allah, agar mampu untuk bangun pada waktu dan ketika dinyatakan di atas ini, rupanya mudah walaupun memerlukan mujahadah.


Kebiasaan jam 3.30 am terjaga dan ambik masa 15 ke 30 minit untuk berjinak-jinak atas katil yang empuk, itupun jika tidak terlelap semula. Tetapi hari ini, niat kerana Allah semata-mata bukan kerana mahu energy positif atau stamina semata-mata, setelah terjaga jam 1.00, terus duduk dan bangun, tidak mahu berjinak-jinak memeluk bantal. Walaupun keinginan itu ada, tetapi ada desakan dalam jiwa kata, jangan...


Disini kita sedar, siapa yang ambil peranan, syaitan atau malaikat.Jika terus berjinak-jinak peluk bantal, mesti tersasar masa mungkin 1 atau 2 jam terlelap baru dapat bangun semula. Maka syukur kepada Allah yang mengerakkan hati untuk terus bangun menuju ke bilik air.


Sesiapa yang baru ingin memulakan, pesanan saya, sebaik bangun, selepas istinjak, terus mandi. Amalkan mandi di subuh hari tidak kira jam berapa anda bangun. Ini akan menyegarkan badan untuk dapat melakukan ibadah tanpa rasa mengantuk.


Amalan ini sedikit cuma, biarlah sedikit asalkan berterusan dari tidak melakukan langsung. Bagaimana kita mengharap untuk menjadi kuat , tabah dan sabar jika tidak dengan melakukan tarbiyah didalam diri sendiri. Menasihati orang lain, memang mudah, tapi bagaimana jika sendiri tidak melakukan?


Buatlah sesuatu mengikut kadar yang mampu bermula perkara mudah dan berterusan. Dan untuk melangkah setapak ke setapak akan mengambil masa bertahun-tahun. Moga ada peluang untuk meningkatkan amal dari tahun ke tahun jika peluang itu sentiasa ada. Jangan sekali-kali sia-siakan umur yang ada tanpa usaha meningkat amal dan menambah bekalan. Sila ternakkan pahala...


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Cas Energy Positif Dalam Diri

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ingin saya berkongsi suatu mutiara yang bernilai dalam pandangan Allah. Jika niat hanya kerana Allah rupanya, amat mudah untuk dilaksanakan. Segalanya bermula dari hati sanubari  untuk melakukan dan Allah memudahkan urusannya.


Dalam Laman Forum Halaqahnet, ada seorang forumer yang berkongsi ilmu tentang Teknologi Zikir Hiper Metafizik. Ia merupakan kaedah rawatan dalaman untuk diri sendiri membersihkan hati. Ini adalah penawar dan ubat untuk penyakit hati. Apabila penyakit-penyakit dalaman dapat dirawat, insyaAllah apa-apa penyakit fizikal turut akan hilang begitu saja.


Keutamaan Al-Quran Dan Sunnah Dalam Rawatan

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:”Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ ayat: 82

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:”Setiap penyakit ada ubatnya (penawar) dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah” – hadis riwayat Muslim

Junjungan kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk mengubati bebagai macam penyakit, samada disebabkan tukang sihir seperti guna-guna atau disebabkan gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lain atau terkena gigitan binatang bisa seperti kala-jengking, lipan, ular dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk tujuan memohon perlindungan Allah s.w.t. (pelindung diri). Amalan ini telah diteruskan hinggalah ke zaman ini. Telah terbukti dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang diajar oleh Rasullah s.a.w. dapat menyelesaikan masalah walaupun perubatan moden tidak mampu menanganinya. Semuanya adalah dengan kehendak Allah s.w.t.

Keberkesannya adalah bergantung sejuah mana keyakinan seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mari kita tingkatkan iman dan yakin kita kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan ayat-ayatNya dalam segenap aspek kehidupan agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada siapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika Dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? Dan (ingatlah) kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal (berserah diri) – surah ali-Imran: ayat 160



Tekonologi Zikir Hiper Metafizik ini ialah Zikir yang mampu menjana energi positif kepada tubuh diri kita sendiri.Kesannya seseorang itu akan lebih positif dari sudut tingkah laku serta mampu mengharungi rintangan hidup dunia yang penuh cabaran dan pancaroba.

RECHARGE POSITIVE ENERGY

- Mengucap 2 kalimah Syahadah 3 x

- Selawat nabi 3 x

- Ta'awudz : 1x
A'uudzu billahi minasy syaithaanir rajiim

- Istighfar : 1x
Astaghfirullahal adzhim aladzi laa illaha illa huwal hayul qoyyum wa'atubu ilaih

- Haukallah : 1x
Laa haula wala quwwata illa billahil'aliyyil 'adziim

- Al fatihah 1x
- Al Ikhlas 1x
- Al Falaq 1x
- An naas 1x
- Ayat kursy 1x

- ALLAHU AKBAR (saat mengucap Allahu Akbar, tarik nafas panjang, tahan nafas sambil mengucap Allahu Akbar 7x. Ulangi proses ini sebanyak 9x atau 11x )

* Power Positif untuk stamina, kesegaran, ketenangan yang efektif selama 8 jam



KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN AMALAN ZIKIR

Mengapa kita perlu berzikir? Apa faedah berzikir?

Terlalu banyak untuk disebut satu persatu, sebahagian daripadanya adalah sebagai berikut:

• Zikir adalah jambatan antara hamba dan Tuhannya, ia merupakan jalan menuju kecintaan Allah dan reda-Nya.

• Zikir merupakan pintu untuk naik dan membuka.

• Zikir merupakan mikrajnya seorang hamba kepada Khaliqnya.

• Zikir merupakan tanda-tanda orang-orang yang ingin berjalan menuju Allah dan ia adalah kekuatan hati, makanan hati, cahaya dan penerang penglihatan.

• Zikir merupakan jalan untuk menyampaikanmu kepada Tuhanmu,iaitu satu jalan yang sangat dekat dan jalan memperoleh kewalian dan menjadi orang-orang yang terpilih.

• Zikir adalah penyelamat dari azab Allah, cahaya bagi setiap mukmin di dalam kuburnya.

• Zikir adalah pakaian bagi orang mulia dan agung.

• Zikir adalah penerang wajah dan hati.

• Zikir merupakan pemberian kekuatan bagi roh dan badan.

• Zikir merupakan penghilang kebiadaban antara hamba dengan Tuhannya.

• Zikir merupakan penghalang syaitan untuk mendekat, sehingga apabila syaitan mendekat, sedangkan hamba sedang berzikir kepada Allah, maka syaitan akan menjerit ketakutan.

• Zikir merupakan penghilang kesedihan, kesusahan, menolak segala penyakit, melenyapkan kesedihan dan bala. Apabila mereka ditimpa bala, maka Tuhanlah sebagai tempat mengadu.

• Zikir merupakan taman di dalam syurga, satu tempat yang mereka akan terima dengan kebahagiaan, yang membuat hati merasa senang dan gembira.

• Zikir merupakan penghilang kekerasan hati dan mengembalikan hati menjadi bersih dan bercahaya.

• Zikir juga menyebabkan mendapat ketenangan jiwa, rahmat dariAllah dan kehadiran para malaikat. Kemudian para malaikat akan berkumpul dengan mereka untuk berzikir kepada Allah.

• Zikir merupakan naungan di dalam kubur yang gelap dan menghilangkan ketakutan, sehingga datangnya hari kiamat dan manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

• Zikir juga merupakan penyebab turunnya rezeki, kebaikan dan pemberian.

• Zikir adalah roh kepada perbuatan amal soleh. Apabila pada amal tidak terdapat zikir, nescaya ia seperti tubuh yang tidak mempunyai roh.

• Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkanmu dengan Allah dan menjadikanmu selalu diingat Tuhanmu.


Semoga usaha sedikit kita ini dipandang Allah dan sebagai bekalan untuk satu perjalanan jauh menuju tempat yang kekal abadi.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Monday 20 February 2012

Apa Ada pada Otak?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini ambik lagi pil 1 tablet ERGOTAMINE TARTATE 1mg dan 1 tablet NAPROXEN SODIUM 550mg. Sakit sangat kepala, berdenyut-denyut sampai kelopak mata jadi berat untuk dibuka.


Untuk bergerak, walaupun untuk berpaling ke kiri atau ke kanan terasa sangat sakitnya bahagian depan (frontal lobe).



Kenapa kepala saya selalu rasa sakit ya?


Ntah, saya bukan doktor untuk menjawab persoalan ni. Yang saya tahu, bila saya sakit, saya jumpa doktor. Oleh kerana saya pengidap akut, dah lama mengalami kesakitan ni, maka darjah ubat penawar pun makin meningkat dan bagus. Ubat yang saya ambil sekarang seperti yang saya nyatakan di atas tu.


Jumpa doktor tu adalah sebahagian usaha dan ikhtiar saya untuk merawat. Yang menghilangkan rasa sakit hanyalah ALLAH Ta'ala. Syukur dengan anugerahNYA, dengan rasa sakit ini.


Nak tahu apa ada dalam kepala?

Dalam kepala ada otak. Apa ada pada otak?

Otak merupakan organ pemproses maklumat pusat badan. Ia terkandung dalam kepala melalui saraf kranial, dan berhubung dengan saraf tunjang, yang menduduki badan melalui saraf belakang (spinal nerve). Gentian saraf menghantar isyarat dari dan kepada otak dikenali sebagai gentian efferent.

Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognition, perception, attention, ingatan dan emosi. Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan. Ia membolehkan kognitif, pergerakan dan bentuk lain pembelajaran. Otak mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik, tanpa memerlukan kesedaran, seperti menyelaras sistem deria (contoh. sensory gating dan pengabungan pelbagai deria), berjalan, dan fungsi badan homeostasis seperti tekanan darah, kawalan seimbangan cecair, dan suhu badan.

Serebelum mengawal keseimbangan dan pergerakan. Tanpanya, pergerakan tidak dapat diselaraskan.Kebanyakan fungsi dikawal oleh aktiviti penyelarasan otak dan saraf tunjang. Tambahan lagi, sesetengah tingkah-laku seperti tindak reflex dan pergerakan asas, boleh dilakukan di bawah kawalan saraf tunjang (spinal cord) semata-mata.


Otak melalui peralihan dari sedar kepada tidur (dan subjenis bagi keadaan ini). Peralihan keadaan amat penting bagi fungsi otak yang betul. Setiap keadaan otak dikaitkan dengan ciri-ciri gelombang otak.


Neuron adalah aktiviti sel otak yang memproses maklimat, sementara sel Glial melakukan fungsi sokongan. Sebagai tambahan kepada aktif secara eletrik, neuron sentiasa menghasilkan pemancar neuron (neurotransmitters). Neuron mengubahsuai ciri-cirinya di bawah pengaruh isyarat input mereka. Kemudahleturan ini menggaris dasar pembelajaran dan penerimaan. Ia penting bagi mengetahui bahawa sesetengah laluan neuron yang tidak digunakan (binaan yang menjadi terasing secara fizikal dari sel lain) mampu terus wujud lama selepas ingatan hilang dari kesedaran, kemungkinannya berkembang sebagai luar kesedaran (subconscious).


Kajian mengenai otak dikenali sebagai neurosains, biadang biologi bertujuan memahami fungsi otak pada semua tahap, daipada molekul sehingga psychologi. Terdapat juga cabang psychologi yang menumpu pada anatomi dan fisiologi otak, dikenali sebagai biological psychology. Kajian bidang ini menumpu pada setiap bahagian individu otak dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah-laku.


Minda dan otak


Perbezaan antara fikiran dan otak adalah asas dalam falsafah fikiran. Masalah rohani-jasmani merupakan salah satu masalah pusat dalam sejarah falsafah. Otak adalah fizik dan jisim biologi terkandung dalam tengkorak, bertanggungjawab bagi proses neuronal elektrokimia.


Fikiran, sebaliknya, terdiri dari sifat-sifat rohani, seperti kepercayaan, keinginan, penerimaan (persepsi), dan sebagainya. Terdapat hubung kait yang boleh ditunjukkan secara saintifik antara peristiwa rohani dan kejadian neuronal; persoalan dalam falsafah adalah sama ada fenomena ini adalah sama atau berkaitan dalam beberapa cara yang lain.


Habis tu yang selalu sakit yang mana? Adakah Otak atau Minda?

Tentulah otak yang bersangkutan dengan saluran darah. Jadi migrain tu berkaitan dengan otak.  Kalau minda sakit, lain pulak jadinya dan rawatannya.

Migrain ada dua jenis. Migrain yang biasa ditemui adalah migrain tanpa aura tetapi terdapat juga migrain klasik bersama aura serta bentuk-bentuk migrain yang lain.

Selain dari menyebabkan kepala berdenyut- denyut, sakit kepala jenis migrain ini (migrain tanpa aura)mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Sakit kepala yang berlarutan dari empat ke 72 jam

2. Ia mempunyai dua daripada ciri-ciri di bawah iaitu:

- Melibatkan sebelah kepala

- Berdenyut-denyut

- Intensiti yang sederhana atau teruk (yang boleh mengurangkan aktiviti seharian individu terbabit)

- Menjadi lebih teruk semasa berjalan, memanjat tangga.

Semasa berlakunya sakit kepala, terdapat salah satu daripada ciri-ciri seperti;

- Loya atau muntah-muntah

- Fotofobia (cahaya atau sinaran menyebabkan kesakitan bertambah) atau fonofobia (bunyi akan menyebabkan kesakitan bertambah)


Rawatan...

Baru saya jumpa rupanya Ergotamine berkesan dalam merawat migrain jenis aura yang sukar dikawal. Ini rupanya keadaan migrain saya. Sebab tu pakar beri saya tablet jenis ini.


Apa itu Ergotamine?

Ergotamines paling berguna untuk orang-orang yang mempunyai migrain yang berlangsung tempoh masa yang panjang, tetapi tidak mempunyai serangan migrain yang kerap.Ergotamines telah digunakan selama bertahun-tahun untuk merawat kesakitan sakit kepala dan gejala-gejala lain yang berkaitan dengan migrain.


Bagaimana Ergotamines kerja.

Walaupun tidak jelas bagaimana Ergotamines bekerja untuk melawan migrain, yang jelas Ergotamine bergabung dengan kafein, menyebabkan saluran darah di dalam otak menjadi sempit. Ini dikatakan memberi kesan kepada gejala migrain.


Natrium naproxen, lebih kerap disebut sebagai naproxen, adalah salah satu yang paling banyak digunakan bukan steroid ubat anti-keradangan atau NSAID yang terdapat di pasaran hari ini. Ia biasanya diambil untuk merawat keradangan, kesakitan, demam dan senggugut. Ia juga merupakan salah satu ubat yang paling dipercayai yang digunakan oleh pesakit untuk merawat keadaan ketegangan yang biasanya dikaitkan dengan pelbagai jenis artritis seperti arthritis artritis am, reumatoid dan osteoartritis. Syarat-syarat lain yang memberi kesan kepada sendi seseorang juga dirawat dengan natrium naproxen.



Kalau tanya makcik google , macam-macam cerita tentang punca migrain. Namun selama saya mendapat anugerah migrain ini, punca terjadi tetap samar dan tak sama bila datangnya. Kadang-kadang tak sedar pun apa puncanya, alih-alih, sakit berdenyut-denyut. Jadi saya sudah tidak lagi melihat kebelakang mencari punca yang menyebabkan sakit kepala tu terjadi.


Yang saya fikirkan bila sakit, memohon dihilangkan rasa sakit. Paling mudah ambik saja pain killer, waktu telan berdoa, "Ya Allah, ringankan rasa sakit ku ini" .


Saya tidak suka rasa sakit yang berdenyut-denyut ini menggangu aktiviti kehidupan harian saya. Saya tak suka disebabkan rasa sakit, saya tertekan atau stress. saya suka walaupun sakit, saya ceria dan dapat meneruskan aktiviti harian dengan baik. Jadi jangan biarkan migrain menghalang anda meneruskan kehidupan harian dengan ceria. Bila sakit, usaha dan ikhtiar, rasa sakit itu tidak dirasai.

Mudahkan...(saya tak mahu fikir pasal kesan sampingan pengambilan pain killer sebab bagi saya semua yang datang dan terjadi adalah atas qudrat dan iradat Allah, bukan kerana ubat atau racun yang kita makan).

Maka... laluilah hidup dengan bermakna dalam redha Allah Ta'ala.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.