BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 3 August 2012

Betul ke itu kasih Allah?



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kasih sayang
Baru-baru ini saya terdengar suara rintihan wanita-wanita yang lewat bertemu jodoh,  " Perempuan masa kecil ibu bapa jaga, bila dah besar kahwin suami jaga..Punya Allah sayang perempuan hingga tidak bagi mereka bersendirian. Tapi bagaimana yang tidak berkahwin dan tidak punya mak dan ayah adakah itu tanda Allah tidak kasih pada perempuan tersebut?"


Siapa pun yang mendengar akan tersentuh hati. Apa yang mampu saya jawap hanyalah begini, agar kita faham apa yang dikatakan kasih sayang Allah itu.

Sebenarnya kasih sayang Allah pada hambaNYA meluas dan dalam berbagai bentuk. Allah kasih dan sayang hambaNYA. Sebab itu diberikan ujian demi ujian untuk meningkatkan kualiti iman.

Setiap orang diberikan ujian dan masalah, namun ujian dan masalah itu berbeza antara satu sama lain.

Begitu juga dengan kasih sayang Allah kepada hambaNYA. Bukan semuanya bentuk kasih sayang yang Allah beri itu sama pada setiap orang. Ada orang dilapangkan rezeki, dilapangkan fikiran, direhatkan minda dari memikir perkara-perkara yang lagha. Itu pun merupakan bentuk kasih sayang Allah.

Bagi saya, setiap kali terbangun waktu malam, katakan jam 3.00 pagi, bila terjaga saja, saya terus kata, alhamdullilah, Allah masih sayang aku, masih ingat aku, masih pandang aku, maka dibangunkan pada waktu ni, supaya aku dapat solat malam , aku dapat menyediakan makanan bersahur untuk keluarga.

Kalau Allah tak sayang dan tak pandang, dibiarkan saja , tidorlah puas-puas, tak payah bangun solat, tak payah sediakan makanan untuk bersahur. Tidakkah rasa sedih? Untuk terjaga waktu tu bukanlah mudah, sedap tidor atas tilam empuk, tapi bila dah terjaga, kerana ingatkan kasih sayang Allah , maka terus bangun. Kalau ikut hati mahu saja sambung lagi lena.

Tanda Allah sayang, dipeliharanya keselamatan diri kita dari ancaman bahaya, contohnya, pernahkah tuan /puan rasa tersentap waktu memandu tiba-tiba ada orang melintas atau waktu kita keluar simpang, sedikit cuai tak lihat sebelah kiri , terus menonong keluar, tiba-tiba ada kereta hon dan memotong kita. Rasanya masa itu berderau darah, kerana cuai kemalangan  berlaku. Tetapi tak berlaku kemalangan tu, siapa yang pelihara kita? Masa tu, kalau ada ayah atau suami pun, belum tentu dapat menjaga kita dari berlaku kemalangan. Bukankah itu tanda kasih sayang Allah, kita selalu dalam pandangan Allah, dipelihara diri kita dari mara bahaya dan bencana.


Peringatan -peringatan yang diberikan juga merupakan kasih sayang Allah. Diberikan peluang bertaubat setelah melakukan kesilapan dan kemungkaran juga merupakan kasih sayang Allah. Kalau tidak sayang, biarlah kamu terus bermaksiat, nanti kamu ditempat dineraka.

Seperti mana, mak ayah marah kita, marah mereka  adalah tanda sayang dan kasih kepada anak-anak. Jika tak sayang, biarlah anak tu jadi apa pun, buatlah apa anak tu suka. Jika salah, polis tangkap masuk pusat pemulihan akhlak atau masuk penjara.

Makanya selalulah bersyukur atas nikmat kurnianya kepada kita. Diberikan masalah kesihatan, diberikan juga kaedah rawatan. Diberikan bebanan masalah, ditunjukkan jalan keluar. Ini juga tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA.

 Namun ada yang menyuarakan rasa , " dah tak tahu nak buat camana, orang lain tu tak solat pun tapi diberikan harta, anak isteri dan sebagainya, kita yang solat ni, yang buat baik, tak dapat-dapat apa yang dihajatkan."



Satu lagi, sebagai anak tidak boleh banding-bandingkan kasih sayang ibu ayah. Kita tak boleh iri hati , dengki atau cemburu akan kasih sayang ibu ayah pada adik beradik kita kerana kasih sayang mereka sebenarnya sama saja.

Apatah lagi dengan Allah. Kita tidak boleh banding-bandingkan kasih sayang yang Allah berikan antara hamba-hambaNYA. Kita mana tahu mana kasih yang Allah berikan dengan redha atau dalam murka. Itu kita kena ingat. Kita mungkin kata, aku dah buat baik, dah solat dan puasa, tapi akan masih belum temu jodoh. Aku dah usaha macam-macam tapi sinar bahagia berumah tangga belum juga tiba.

Kenapa Allah tidak berikan hajat yang satu tapi beribu hajat lain yang Allah beri kita dah rasa Allah tak kasih dan sayang. Dimana rasa syukur kita? Dalam bulan Ramadhan ni, kalau bersolat terawikh, doa selepas solat tarawikh ada dihayati? Ingatlah jodoh ini rahsia Allah. Akan disampaikan hajat pada masa yang Allah kehendaki bukan pada masa yang kita kehendaki. Maka kemampuan kita ialah berdoa, maka teruskan usaha untuk berdoa. Doa juga merupakan ibadah, maka ibadah yang dalam pandangan Allah, teruslah diamalkan.

Pada rakaat ke empat, kita lafazkan doakan doa ini,

Sila klik image untuk baca dengan jelas


dan selepas selesai solat tarawikh, selalu Imam baca doa yang panjang. Pernahkah cuba kita hayati doa itu? Di sini dipaparkan sebahagian awal doa itu dalam terjemahan bahasa melayu. Saya hanya baca doa dalam bahasa melayu. Moga-moga dengan memahami makna doa, kita boleh hadirkan hati ketika membaca doa ini.

"Ya Allah,

Semoga Engkau beri aku iman yang sempurna, semua yang Engkau fardhukan dapat aku pelihara, amal zakat semoga dapat aku laksanakan, kasih sayangMU dan kemaafanMU selalu aku harapkan, dengan petunjuk MU moga aku dapat berzuhud, terhadap perkara akhirat semoga aku mencintainya, dengan takdir MU semoga aku selalu redha, terhadap nikmatMu semoga aku selalu bersyukur, dan segala pujianMU aku dapat bersabar."

Hayati sungguh-sungguh makna doa ini, biar meresap dalam jiwa dan kalbu.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 2 August 2012

Ruang Lingkup Sadakah





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dapat Hadiah Sia masa reunion

Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Turmudzi dan Ahmad, :

Tatkala Allah ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam.

Para Malaikat hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya , "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (gunung batu pun boleh menjadi rata ketika di tolak oleh buldozer atau peralatan yang dibuat daripada besi).

Para Malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (boleh mencairkan besi apabila di bakar).

Para Malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (air boleh memadamkan api).

Para Malaikat pun bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air di lautan luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjadi tsunami).

Akhirnya para Malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada angin itu?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Perkasa menjawab, " Ada , iaitu amalan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya" .

Ertinya, yang terhebat daripada makluk Allah adalah amalan orang yang bersedekah dengan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk atau pun diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah saw mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia, Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang di niatkannya".


Sebenarnya ruang lingkup sedekah ini sangat luas. Sedekah bukan semata-mata dengan harta atau wang ringgit tetapi boleh dalam bentuk tenaga, masa dan kata-kata.

Kata-kata yang menyenangkan , kata-kata yang melapangkan hati kepada orang yang sedang gundah juga merupakan sedekah.

Masa yang diluangkan untuk mendengar, membaca masalah mereka yang sedang kesukaran, keresahan juga merupakan sedekah.

Bergotong royong membersihkan kuburan, bina laluan yang dimanfaatkan penduduk juga merupakan sedekah.

Sekiranya ketika gotong royong dilakukan oleh penduduk setempat tidak sepadan masa cuti, lakukan sumbangan tenaga diwaktu lain yang tidak menuntut kerjasama ramai seperti membersihkan tandas dan kawasan sekitar masjid.

Lakukan pembersihakan seorang diri. Walaupun selalunya surau atau masjid ada tok siak, apa salahnya kita membantu mereka.

Begitu juga membantu orang yang kesusahan dengan mengizinkan mereka menumpang menginap sehari dua di rumah sehingga masalah mereka selesai. Ada juga orang terputus bekalan dalam perjalanan.

Untuk 3 hari pertama mereka itu merupakan tetamu walau pun kedatangan mereka bukan diundang. Berikan tempat tidor dan makan seadanya. Layan mereka jangan sampai mereka merasa tidak selesa untuk tinggal bersama.


Makan minum yang kita hidang tu pun merupakan sedekah. Sedekah makanan. Sedekah tidak semestinya kita kena hantar makanan ke tempat lain. Menghidangkan mereka yang menumpang di rumah kerana terputus belakan juga adalah sedekah.


Oleh itu ruang lingkup sedekah itu amat luas, dan dinilai dalam pandangan Allah bila kita lakukan kerana mengharap redha Allah bukan kerana manusia.

Sempena bulan yang barakah ini, perbanyakkanlah sedekah dalam apa jua bentuk pun agar mendapat pandangan Allah. Pastikan setiap hari kita melakukan sesuatu yang boleh cover dosa tidak sengaja dan tidak diketahui.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 1 August 2012

Kenikmatan Yang Terlupa


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Rasulullah bersabda, “Ada dua kenikmatan, banyak manusia menjadi rugi gara-gara dua kenikmatan ini, iaitu; nikmat kesihatan dan nikmat waktu lapang.” (HR Imam Bukhari dalam kitab Shahih-nya, hadits no. 6412).





Ada banyak cara yang dapat dilakukan manusia untuk mensyukuri nikmat Allah swt. Secara garis besar, mensyukuri nikmat ini dapat dilakukan dengan cara-cara sebagai berikut: Mensyukuri dengan hati, dengan mengakui, mengimani dan meyakini bahwa segala bentuk kenikmatan ini datangnya dari Allah swt semata.


Mensyukuri dengan lisan, dengan memperbanyak ucapan alhamdulillah (segala puji milik Allah) wasysyukru lillah (dan segala bentuk syukur juga milik Allah).


Mensyukuri dengan perbuatan. Mempergunakan segala bentuk kenikmatan Allah untuk menunaikan perintah-perintah Allah, baik perintah wajib, sunnah maupun mubah.


Mempergunakan segala bentuk kenikmatan Allah dengan cara menghindari, menjauhi dan meninggalkan segala bentuk larangan Allah, baik larangan yang haram maupun yang makruh.


Syukur dengan hati, lisan dan perbuatan ini hendaklah tepantul dan tercermin pada setiap momentum yang bersifat zahir, bahkan yang tersamar sekalipun. Contoh cerminan sikap mensyukuri nikmat Allah yang nampak secara lahir ini dapat dilihat dalam sikap Nabi Sulaiman as saat ia mendapati singgasana Balqis telah ada di sampingnya dalam sekelip mata. Saat itu Nabi Sulaiman langsung berkata, "Ini adalah anugerah Allah. Dia bermaksud mengujiku, adakah aku bersyukur ataukah aku kufur." (QS An-Naml: 40)


Lihat pada sikap Raja Dzulqarnain yang berjaya membangun radm (semacam benteng) untuk menghalau serbuan Ya'juj Ma'juj. Setelah kejayaan besar yang luar biasa ini, ia tidak menisbatkan prestasi kecermerlangan itu kepada dirinya, akan tetapi menisbatkannya kepada Allah. Ia berkata, "Ini adalah rahmat dari Tuhanku." (QS Al-Kahfi: 98)


Sikap yang sebaliknya ditunjukkan oleh Qarun. Saat ia ditanya oleh kaumnya tentang kejayaan perniagaannya, ia tidak menisbatkan kejayaan itu kepada Allah. Dengan penuh 'ujub, sombong dan takabbur ia berkata, "Semua ini aku dapatkan semata-mata karena ilmuku, kepintaranku, usahaku" (QS Al-Qashash: 78). Karena itulah ia diazab Allah.


Jumlah kenikmatan yang Allah berikan kepada manusia begitu banyaknya, dan sekiranya manusia bermaksud menghitungnya, niscaya ia tidak akan mampu melakukannya, sebagaimana QS Ibrahim: 34 dan QS An-Nahl: 18. "Jika kenikmatan sangat banyak dan manusia tidak akan mampu menghitungnya, lalu bagaimana kita harus mensyukuri seluruhnya?"

Memang demikianlah adanya, yaitu bahwa manusia tidak akan mampu mensyukuri seluruh nikmat yang Allah berikan kepada manusia. Oleh karena itu, jangan ada perasaan, apalagi keyakinan bahwa manusia akan mampu mengimbangi seluruh kenikmatan Allah dengan mensyukurinya.

Maka sewajarnya kita sebagai manusia akan terus berusaha untuk secara terus menerus mensyukurinya. Inilah yang dilakukan Rasulullah saw. Beliau terus melakukan solat malam yang panjang dan sangat baik, sehingga telapak kaki beliau bengkak-bengkak. Saat 'Aisyah ra bertanya, “Bukankah dosa engkau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah?" Maka baginda saw menjawab, "Tidakkah aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?" (HR Muslim, no 2819).


Pilihan ditangan kita, mahu jadi seperti Zulkarnain atau Qarun.

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.