BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 11 February 2013

Makan Beradap Kelilingi Talam



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Makan cara orang kampung
Masa di kampung baru-baru ni, saya melihat sedara mara masih mengekalkan cara makan hidang bertalam. Bukan makan dalam talam.


Hidang bertalam ni stail urang banjar. Duduk makan ramai-ramai mengelilingi talam. Dalam talam ada lauk yang diletakkan dalam piring atau mangkuk.


Duduk bersimpuh atau bersila rapat-rapat.Ada juga yang duduk cara sunnah. Ukhuwwah erat jadinya.Lauk tidak diambil banyak-banyak letak dalam pinggan, ambil seadanya, supaya orang lain dapat merasai bersama lauk yang sikit tu.


Orang melayu banjar makan nasi, bukan makan lauk macam cadangan diet seimbang zaman ini.Lauk tu cuma perisa supaya nasi sedap ditelan.


Lauk pun simple saja, gagan sahang waluh, ikan wadik, telor dadar dan sambal serta ulam. Rame makan sambil bersurahan.


Payah nak jumpa makan cara ni pada zaman ini. Duduk atas kerusi , meja besar kena ambik lauk banyak2 letak dalam pinggan atau stail buffet. Dah jauh sifat kemesraan, sebaliknya memupuk sifat tamak yang membawa pembaziran bila lauk atau makanan yang diambil tidak dihabiskan.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


0 comments: