BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 15 February 2013

Supaya Hidup Sentiasa Segar dan Mekar



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Surah Al-Asr

Tazkirah TV3, jam 6.30 pagi ini sempat saya dengar dan nak kongsikan bersama-sama di sini.


Seseorang itu tidak akan rugi, hidupnya akan bermakna dan sentiasa segar apabila dia sentiasa melakukan 4 perkara,

1.beriman- mentaati Allah dan RasulNYA
2.beramal soleh -melakukan sebanyak-banyak kebajikan
3.berpesan-pesan melakukan kebaikkan
4.berpesan-pesan dengan kesabaran.


Inilah orang yang berjaya menguruskan nyawanya sementara berada di dunia ini.


Bukan mudah untuk kita berpesan, saling ingat mengingat orang lain untuk berbuat kebaikkan jika kita sendiri pun tidak buat. Jadi apabila kita nasihatkan orang, sudah pasti kita akan ingatkan diri sendiri juga akan berbuat kebaikkan terlebih dahulu.


Dan bukan mudah juga mengingatkan orang dengan kesabaran kerana sikap dan sifat manusia tu tak sama. Penerimaan mereka tak sama. Ada yang jenis panas baran , ada yang jenis sensetif dan mudah emosi, maka selalu berlaku salah tanggapan akan nasihat dan pesanan kita tu. Maka dalam apa jua keadaan, kita mesti bersabar apabila kita disindir kembali, dipulang paku buah keras, dicerca dan diherdik.


Apabila kita sudah mengajak orang untuk beriman, buat amal soleh dan bersabar dalam melakukan kerja ini, barulah kita tidak akan pernah merasa rugi di dalam kehidupan harian kita. Hidup rasa segar, mekar dan ceria.


Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya. Dalam kesempatan kali ini, mari kita memerhati apakah maksud al-’asr yang dinyatakan dalam surah tersebut. Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah.


Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang bermaksud:

[Dan Kami menurunkan dari awan (mu’siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]


Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlu ‘memerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.


Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.


Berkenaan tafsir surah ini pula, ianya diturunkan di Mekah dan mengandungi 3 ayat serta merupakan surah terpendek dan paling ringkas dalam Al Quran.

Firman Allah dalam Surah Al-Asr yang bermaksud:

وَالْعَصْرِ  Demi masa.

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ  kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Imam At Tabrani merakamkan bahawa – apabila dua orang sahabat Rasulullah bertemu, mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang membaca surah ini, surah Al ‘Asr dan yang seorang lagi menyampaikan salam.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


0 comments: