BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 23 March 2013

Baitus Solehah: Janji dimungkiri




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mohon maaf semua, petang ni mula bermusafir ke utara dalam menjayakan beberapa agenda.

Agenda yang telah dirancang insyaAllah;

1. menemui keluarga angkat bayi Baitus Solehah di Kedah
2. menemui gadis terlanjur di Kedah (2 orang )
3. menghadiri walimah peserta Baitul Muslim Halaqahnet di Pulau Pinang
4. Menghadiri walimah anak ibu tiri di Bagan Serai

Semoga perjalanan ini di dalam rahmat Allah Ta'ala. Harap tidak ada yang keliru antara Baitul Muslim dengan Baitus Solehah. (Baitul Muslim adalah agensi match jodoh, Baitus Solehah adalah rumah perlindungan wanita)

Teruskan membantu Baitus Solehah. Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.

Emailkan : munaliza_smtun@yahoo.com, atau sms 0197799682

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga.


Perancangan nampak kemas, malangnya janji telah dimungkiri.

Petang Rabu, 20 Mac 2013, 5.30 petang, naik kapal terbang berdua dengan cucu, Nu'man Al-Farisy dari lapangan terbang Sultan Ismail, Senai ke lapangan terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Penerbangan mengambil masa 1 jam 10 minit saja.



Di jemput di Penang International Airport jam 7.08 malam oleh pasangan pengantin baru Munzir Khan dan Nur Badariah dan terus hantar ke Sg Petani, rumah seorang rakan halaqahnet di Taman Ria Indah. Sampai sini jam 8.20 malam.


3 malam tinggal di sini, menunggu janji sepasang suami isteri yang mahu mengambil anak dari penghuni Baitus Solehah untuk dijadikan anak angkat. Mula-mula tangguh, pagi kata petang Khamis, lepas tu kata pagi Jumaat dan akhirnya tak dapat datang jumpa kerana ada masalah. 


Memang pun sebelum saya menyerahkan anak penghuni Baitus Solehah kepada pasangan yang ingin mengambil menjadi anak angkat, saya suka bertemu pasangan itu terlebih dahulu. Saya akan berusaha untuk bertemu supaya kenal pasangan dan tahu latar belakang keluarga anak angkat. Kita bukan setakat serah anak gitu saja tapi ia melibatkan masa depan anak dan masa depan saya di akhirat sana, jika buat kerja sambil lewa tak berhati-hati hingga mengadaikan anak tadi.

Apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang Allah rancang. Maka pasangan ini dibatalkan untuk menerima anak dari ibu muda Baitus Solehah.

Entah bila lagi saya ditakdirkan untuk sampai ke utara ini. 3 malam di Sg Petani dalam agenda utama memenuhi sebuah janji, termungkir begitu mudah. Kemungkiran janji itu telah mengubah seluruh perancangan insan lain. 

Dan sebagai manusia kita memang dituntut agar selalu berdoa moga dijadikan hamba yang sentiasa redha dengan apa yang Allah telah takdirkan.

Pengalaman ini menjadi guru untuk saya lebih faham dengan permasalahan dan karenah dengan apa yang sedang saya usahakan. Kita yang bersungguh tetapi satu pihak buat lewa saja.

Perkataan maaf amat mudah, dan kita juga sedia memaafkan, namun kesan dan pelajarannya itu telah mengubah sebuah harapan insan lain.


Sesungguhnya aku tak punya daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.

Setiap yang berlaku hanya dengan qudrat dan Iradat Allah sahaja







Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: