BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 19 March 2013

Dosa Besar Bukan Setakat 7 Tetapi 70



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Saya nak sampaikan secara ringkas saja... lepas tu sendiri fikir yang mana satu tersenarai dalam perbuatan, perlakuan, perbicaraan yang kita sendiri lakukan. Kita tok sah tengok orang lain buat atau tidak, tetapi kita tengok diri kita dulu.



70 Dosa Besar dapat disimpul kepada berikut:


1-Empat jenis dikaitkan dengan hati iaitu:
- Syirik.
- Terus menerus berbuat maksiat.
- Putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.

2-Empat jenis pada lisan iaitu:
- Kesaksian palsu.
- Menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik.
- Sumpah palsu .
- Mengamalkan sihir.

3-Tiga jenis di perut iaitu:
- Minum arak.
- Memakan harta anak yatim.
- Memakan riba.

4-Dua jenis di kemaluan iaitu:
- Zina,
- Homoseksual.

5-Dua perkara disebabkan tangan iaitu:
- Membunuh,
- Mencuri.

6-Satu disebabkan kaki iaitu:
- Lari dari medan peperangan.

7-Satu perkara melibatkan di seluruh badan iaitu:
- Derhaka terhadap orang tua.

Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut di atas.

Dosa kecil yang akan berubah menjadi dosa besar jika dilakukan BERTERUSAN . Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan berterusan dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar (Taubat ).

Allah juga berfirman, maksudnya: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran: 135)


Mengenai tindakan sesetengah orang di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh daripada gunung tersebut pada bila-bila masa. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia dapat mengusir lalat tersebut begitu sahaja.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim). Begitulah hebatnya orang-orang munafik.



Orang yang bergembira dengan dosanya Allah berfirman maksudnya:“Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya mereka melakukan dosa. Maka cukuplah (balasannya) untuk mereka neraka Jahannam. Dan sesungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah: 206)


Mereka Merasa Aman daripada azab Allah walaupun telah melakukan maksiat : Allah berfirman maksudnya: “Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan penderhakaan kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagaimana salam orang mukmin yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat mereka akan kembali.” (Surah al-Mujadalah: 7)

Perbuatan maksiat secara terang-terangan,Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam melakukan dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari mereka membuka kembali tutupan Allah terbabit.” (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)


Yang melakukan perbuatan dosa dan perbuatan tersebut menjadi tauladan kepada orang lain  (Pengasas Dosa ).

Rasulullah s.a.w bersabdadengan maksudnya:
“Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang buruk, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia meninggal dunia tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun.”



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: