BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 8 May 2013

Motivasi Melakukan Amal Soleh

 7.30 pi hantaq ke Program Keibubapaan di KKM. Ambik Cik lina kat rumah hantaq pi Pusat Kesihatan untuk rawatan. Lepas tu balik rumah.

Tak sampai 30 minit, cik lina call kata dah siap. Terus pergi Pusat kesihatan semula nak jemput cik lina. Tiba sana, cik lina kata dia kena pergi ke Hospital Besar, Johor Bahru. Jumpa Pakar Psaikiatri kat sana. Jarak Skudai JB lebih kurang 25 km.

Samapi Pusat Psikiatri , dudukkan cik lina dikerusi menunggu, terus saya balik semula ke rumah. Saya dah titipkan pada kawan anaknya untuk daftar dan bawa bertemu doktor.

Sampai rumah, perut lapaq. Mula teringat nak makan maggi aja, tengok ada nasi sejuk malam tadi. Nampak ada terung atas meja. Bakaq terung buat ayaq asam. Makan nasi dengan terung bakaq cecah air asam.

Tak dan habis makan, cik lina dah call bagitahu dah selesai jumpa doktor. Mujurlah saya ada tinggalkan duit RM 50 kat anak kawan cik lina dan pesan suruh balik naik teksi. Kalau tidak, saya kena pi ambik semula di sana dan hantaq ke rumah.

Kadang dalam situasi begini, duit tu rasa kurang bernilai dari masa dan tenaga. Baiklah titip duit untuk naik teksi dari pi sana ambik.

Lepas makan, segera masak lauk . Sat gi zauj balik nak makan. Masak simple aja, singgang ikan aya dan panggang ayam. Sempat mendidih singgang ikan aya, suster KKM telefon pulak bagitahu, kursus keibubapaan dah selesai. Boleh jemput penghuni Baitus Solehah yang saya hantaq pagi tadi tu.

Tutup api dulu, terus naik hilux jemput mereka. Dalam perjalanan balik, seronok depa bercerita isi kandungan kursus. Turun kereta, masuk pagar rumah, nampak zauj dah keluar pintu nak ke masjid. Zauj tanya, "mana Imran?"

MasyaAllah... sebuk dok uruskan orang lain, anak sendiri terlupa nak jemput.

Terus zauj sambut kunci hilux, jemput Imran dan bawa ke masjid. Begitulah rutin harian...

Semoga ia jadi bekal ketika saya di barzakh sana. Kubur tu sempit, kubur tu gelap. Dengan apa kita nak bagi kubur tu luas dan terang?

Kongsi cerita sebagai motivasi pada semua. Lakukan banyak2 kerja kebajikan sebagai bekal ketika kita di barzakh nanti. Jangan berkira dengan masa, tenaga dan wang ringgit.


Apa yang dibawa mati kecuali amalannya ketika di dunia.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: