BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 11 May 2013

Secebis Kisah Penghuni Baitus Solehah




Setelah saya turun naik Pejabat Agama, bertemu kadhi dan penguatkuasaan bahagian Undang-undang syariah Islam, berusaha melengkapkan procedur borang permohonan nikah, akhirnya kadhi telah meluluskan permohonan nikah seorang penghuni Baitus Solehah.

Kenapa saya berusaha mahu membantu menikahkan penghuni ini walaupun asalnya ibu bapa menghantar untuk tujuan didikan dan perlindungan.

Gadis ini memprotes tindakan bapanya memisahkan dia dengan teman lelaki tanpa kerelaannya. Dia dihantar secara paksaan ke Baitus Solehah.

Apabila tiba di Baitus Solehah, dia bertindak mogok tanpa bercakap dengan sesiapa, tidak makan dan minum termasuk tidak solat,mandi dan menguruskan diri.

Berbagai cara pujukan, kaunseling dilakukan tidak mendatangkan hasil. Tetap protes hingga menimbulkan kerisauan pada kesihatan diri dan anak dalam kandungannya.

Ketika bertemu doktor,memang doktor memberitahu dia dalam keadaan depression. Cuma saya tidak tahu depression kerana apa. Adakah kerana hamil atau kerana dipisahkan dari teman lelaki atau kerana dihantar secara paksa ke Baitus Solehah.

Ketika keluarga menghantar pun, tidak banyak maklumat yang diberikan. Cuma mereka memohon agar melindungi anak gadis mereka kerana telah hamil. Boleh jadi mereka juga tidak dapat sebarang maklumat kerana sifat protes anak tersebut.

Akhirnya satelah saya puas guna kaedah pujuk rayu, kaunseling secara keibuan pun tidak berjaya, saya cuma tinggalkan kertas dan sebatang pen untuk dia menulis sesuatu. Saya nak dia meluahkan apa yang terpendam di dalam hati dan apa kehendaknya yang sebenar sehingga dia bertindak mogok begitu.

Malamnya, bila saya jenguk dia semula, berbaring dengan mematungkan diri saja, saya dapati dia menulis suatu nombor di kertas tersebut. Saya agak ia nombor telefon. Saya call nombor tersebut dan dijawap oleh seseorang.

Rupanya nombor telefon teman lelakinya. Dari situlah saya baru mendapat maklumat.

Gadis ini telah dirogol oleh orang lain dan ditinggalkan begitu saja. Gadis ini tidak berani membuat laporan polis kerana binggung dan berada di dalam keadaan nanar (tidak ketahuan). Tidak berani juga untuk bagitahu bapanya.

Pelajaran terabai. Dengan himpitan hidup keluarga yang miskin, sara hidup yang tinggi tinggal di bandar, menyebabkan dia bertambah binggung. Bagaimana untuk meneruskan kehidupan. Benarlah kemiskinan hidup boleh membawa kekufuran. Bapanya cuma seorang nelayan tepi pantai yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak mampu membiayai sepenuh keperluan penggajian anaknya hingga terbiar. Sebab itu anak ini tidak beritahu bapanya tentang dirinya dirogol untuk tidak mahu menyusahkan hati bapa tadi tu.

Dia bertindak mohon penangguhan kursus penggajian dan bekerja di kedai kasut. Terpaksa keluar dari kediaman yang disediakan oleh pihak kolej penggajian dan menyewa bilik di bandar itu. Mulanya dia tak tahu diri hamil, dari hari ke sehari, badan rasa tidak selesa, lebih banyak malas menguasai diri, nak tidor pagi, lesu, tidak berselera makan dan loya tekak.

Ketika bekerja di kedai kasut itulah dia bertemu dan berkenalan teman lelakinya ini. Teman lelaki ini yang membantu bawa dia membuat pemeriksaan kesihatan bila dia bnar-benar kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Alangkah terperanjatnya dia bila mengetahui dirinya hamil. Terasa dunia ini gelap gelita dan seperti terhempas batu di kepala. Sejak itu dia cuma menangis dan murung. Tinggal berkurung di dalam bilik , tidak lagi bekerja. Semangat hidup hilang.

Kerana simpati dan kasihan melihat keadaan diri gadis ini, dia membantu membayarkan sewa bilik dan

Gadis ini melihat seperti ada cahaya yang bersinar. Namun hasrat lelaki ini mahu menikahi gadis ini mendapat tentangan keluarga gadis.

Keluarga gadis ini tidak tahu kisah sebenarnya. Mereka menuduh lelaki ini yang telah mneyebabkan gadis ini hamil. Lelaki ini tidak mahu menceritakan hal sebenar kepada keluarga gadis.

Atas kebaikkan banyak pihak, saya pujuk bapa gadis ini agar menikahkan mereka. Sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada gadis ini, baiklah dinikahkan. Saya sendiri pun payah untuk membimbing gadis ini kerana sikap protesnya dan tidak memberi kerjasama.

Alhamdullilah, akhrnya bapanya setuju untuk menikahkan mereka. Apabila bapa setuju, saya pun membuat urusan di pejabat agama dan bertemu kadhi daerah. Teman lelaki itu juga membuat permohonan nikah luar kawasan.

Sebelum saya membenarkan gadis itu dibawa keluar dari Baitus Solehah, saya mahu pernikahan dijalankan di depan saya. Ini kerana saya tahu, tidak mungkin bapa gadis ini akan menikahkan anaknya di kampung mereka kerana malu dengan masyarakat sekitar, dan tidak mungkin juga pihak keluarga teman lelaki akan menjalankan pernikahan di sana, maklumlah procedurnya memang payah dan menyulitkan.

Saya bimbang jika lambat menikahkan mereka, gadis ini bertindak nekad melarikan diri., dan akhirnya bersekedudukan tanpa nikah. Saya bukan boleh merantai kakinya atau memantau dirinya setiap masa.

Kadhi telah memberikan persetujuan untuk menikahkan mereka pada hari Khamis ini, 16 Mei 2013 di Baitus Solehah.

Keluarga kedua belah pihak akan datang ke sini untuk sama-sama meraikan pernikahan mereka.

Jika ada sesiapa yang sudi untuk menyumbang atau menaja majlis mereka dipersilakan. Boleh maklumkan disini atau diemail. Jom sama-sama sponsor sorang sedikit bagi meringankan kehidupan mereka.
menyediakan makanan. Bila melihat keadaan murung gadis ini berterusan, dia mengajak gadis ini bernikah.

Sikap protes seorang anak terhadap bapanya



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: