BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 8 September 2013

Kenapa Solat Tidak Boleh Mencegah Perbuatan Mungkar?


Solat mencegah perbuatan mungkar
Semalam saya dikunjungi oleh sebuah keluarga yang saudara mereka telah terlanjur. Kini telah hamil 7 bulan. Saudara-saudara gadis itu berhasrat gadis itu ditarbiyah agar bertaubat, dan berubah.

Ini kerana keterlanjuran gadis itu adalah kali ke dua dengan pasangan yang sama. Bermakna kali pertama gadis itu tertangkap oleh saudara besarnya, dia berjanji mahu berubah. Tetapi sekadar lafaz dimulut tanpa ada usaha dan bimbingan bertaubat. Hukuman 'buang daerah' yang keluarga mampu lakukan tidak dibuat maka gadis itu masih selesa dengan perbuatanya.

Ia menjadi ketagihan bila lama tidak dilakukan. Kali ini ia hamil dan tak mampu disorok lagi. Saudara besar marah. Marah mereka sudah terlewat bila mana usaha hukuman ke atas kesalahan pertama tidak dilaksanakan.

Ketika saudara besar menceritakan, "payah nak percaya adik buat gitu lagi sebab adik taat mengerjakan perintah Allah, seperti sentiasa mengerjakan solat 5 waktu, menutup aurat dan berpuasa ramadhan. Adik pun jarang keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan, keluar rumah sekali sekala saja."

"Adik tinggal bersama mak dan ayah saja di rumah, jadi mak ayah memang ambik berat dengan adik. Tetapi tak sangka macamana adik boleh terlanjur lagi sehingga hamil."

"Masa semua saudara balik berhari raya baru-baru ini, semua kami tak tahu keadaan adik. Kami tahu baru-baru ini, bilamana kami tanya, bila adik akan mendaftar masuk kolej."

"barulah mak bagitahu keadaan adik yang sebenarnya. Mak tak beritahu masa semua saudara pulang beraya hari tu kerana 'tak nak hilangkan mood raya' kami semua yang sedang berkumpul ramai-ramai."

Saya pun takde nak cakap banyak. Saya cuma jawap," walaupun masih mentaati Allah, mengerjakan solat fardhu 5 waktu tetapi dalam masa yang sama masih melakukan zina, bermakna solat yang dikerjakan tidak dapat mencegah perbuatan mungkar."

Firman Allah dalam surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud, "sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar."

"jadi kena periksa semula solat, bermula dari mandi wajib, cara berwudhuk dan bersolat, adakah sempurna rukun-rukunnya. InsyaAllah jika sempurna segala rukun, dan solat itu sempurna, janji Allah benar, solat itu akan mampu mencegah perbuatan mungkar."

"Solat menjadi pengawal kepada kita dari melakukan perbuatan mungkar, bila tergerak nak buat, ada saja halangan untuk tidak kita melakukan maksiat dan perbuatan mungkar."

Oleh itu wahai sahabat, wahai saudara-saudara ku, marilah kita periksa diri dan amalan harian kita, adakah kita masih degil taknak tutup aurat, masih degil taknak mengerjakan solat, tak nak berpuasa, masih nak bercouple dan nak melawa.

Syurga neraka adalah pilihan kita, kita buat kita dapat.


Menyambung perihal solat boleh mencegah kemungkaran seperti Firman Allah dalam surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud, "sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar."

"jadi kena periksa semula solat, bermula dari mandi wajib, cara berwudhuk dan bersolat, adakah sempurna rukun-rukunnya. InsyaAllah jika sempurna segala rukun, dan solat itu sempurna, janji Allah benar, solat itu akan mampu mencegah perbuatan mungkar."

Ada yang tertinggal untuk diterangkan. Saya selalu memerhatikan perempuan termasuklah isteri atau ibu atau gadis atau remaja yang bila nak mengerjakan solat terus berwudhuk tanpa bersuci terlebih dahulu.

Maksud saya bersuci ialah, membersihkan kemaluan sebelum berwudhuk. Fitrah semulajadi kemaluan perempuan sering mengeluarkan lelehan tak kira lendir warna jernih atau kental pekat. Ini adalah kebiasaan. Semua lelehan yang keluar dari faraj perempuan adalah najis kecuali air mani. Maka sewajarnya sebelum ambik wudhuk sucikan diri dari najis. Dan 'pakaian dalam' yang telah terkena najis TIDAk boleh dibawa bersolat.

Hanya dirinya yang tahu tahap kesuburan dan kebersihan diri sendiri. Maka sebelum mengambil wudhuk baik periksa dahulu pakaian dalam, samada bersih atau kotor. Cuci kemaluan terlebih dahulu, kemudian barulah berwudhuk.

Jadikan amalan cuci kemaluan sebagai rutin untuk menghindari diri ada najis ketika mengerjakan solat. Selalu saya perhatikan, dah banyak berjalan, bershopping,buat kerja apabila masuk surau terus ambik wudhuk, dan mengerjakan solat tanpa memeriksa pakaian dalam itu bersih atau kotor. Jika kotor, jangan pakai pakaian dalam itu ketika mengerjakan solat. Dikhuatiri terdapat najis dari lelehan yang keluar tanpa sedar. Kalau air mani ia keluar dalam keadaan disedari, jadi pasti akan mandi wajib.

Lelehan yang keluar dari faraj perempuan apabila mula akil baligh terdiri dari wadi, mazi dan keputihan. Ada juga yang darah istihadah. Semua ini najis dan perlu dibersihkan. Pakaian yang terkena lelehan ini dikira bernajis dan tidak dibawa bersolat. Maka bersihkan dulu kemaluan dan jangan pakai pakaian dalam ketika bersolat untuk mengelakkan solat tidak sah.

Solat yang sempurna mampu mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Janji Allah benar. Maka sila pastikan hal yang kecil, remeh tetapi membawa impak besar dalam mengerjakan solat.

Ramai orang malu nak bertanya, bolehkah solat pakai seluar dalam? Boleh sekiranya seluar dalam itu bersih. Jadi sebelum solat periksa seluar dalam anda, mana tahu ada kesan air kencing atau keputihan. Cium dan periksa, jika kotor, jangan pakai, cuci kemaluan dan berwudhuk, solat.

Nah... saya bawakan peringatan ni semula:

Syarat Sah Solat

Syarat-syarat sah solat ialah:-
• 1. Sesudah masuk waktu solat.
• 2. Menghadap ke arah Kiblat.
• 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
• 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
• 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki).

Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.


Hal ini diperincikan dan dijelaskan supaya kita ambik langkah berhati-hati. Semua ibu-ibu wajar bagitahu anak gadis masing-masing perihal mencuci kemaluan sebelum berwudhuk.


Periksaan kebersihan pakaian, tempat solat, cara berwudhuk, air yang digunakan untuk berwudhuk, mandi wajib dan beristinjak supaya disebabkan perkara asas tidak sempurna mengakibatkan solat itu Allah tidak terima.


Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Termasuk dalam kemungkaran itu dosa besar contohnya membunuh, berzina, memakan harta anak yatim dan juga dosa-dosa kecil yang dilakukan terus menerus.

Allah s.w.t menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran. Walau bagaimanapun, banyak orang yang melakukan ibadah sembahyang, tetapi tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain yang disengajakan, yang tidak seharusnya berlaku.

Allah s.w.t menegaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Maka sesiapa yang masih melakukan kemungkaran, melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah, masih buat khianat, mengumpat, bermakna sembahyang yang didirikan itu tidak dapat menghalang dirinya dari buat jahat. Periksalah sembahyang kita.

Periksaan kebersihan pakaian, tempat solat, cara berwudhuk, air yang digunakan untuk berwudhuk, mandi wajib dan beristinjak supaya disebabkan perkara asas tidak sempurna mengakibatkan solat itu Allah tidak terima.

Seseorang itu juga perlu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu perlu memahami makna sesuatu yang dibaca ketika bersembahyang, sama ada dengan cara ijmali (menyeluruh) atau tafsili (satu persatu/terperinci) dengan tujuan untuk memperoleh rasa khusyuk dalam solat berupaya membentuk diri orang yang berkenaan.

Manusia perlulah berusaha mencari jalan supaya dapat khusyuk dan memahami solat agar dapat menegah kita daripada melakukan kemungkaran dan juga maksiat. Orang yang sembahyang kerana malu pada jiran-jiran akan melakukannya ketika dorongan tersebut wujud. Apabila pendorong itu tidak wujud, ia tidak akan sembahyang atau melakukannya tetapi dalam keadaan sambil lewa. Orang yang melakukan ibadah tanpa ikhlas mudah ditipu iblis ( al-Hijr : 36-40).

Apabila adanya kehadiran iblis di dalam jiwa seseorang itu, maka mudahlah untuk mereka ditipu dengan senang oleh iblis. Disebabkan itulah, mereka bersolat namun tidak mendapat faedah selain mendapat penat sahaja. Allah s.w.t memerintahkan sembahyang kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan sembahyang itu agar dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

4 comments:

Anonymous said...

Bullshit! Dah sembahyang susah2 , Allah tak terima pulak?? Mana logiknya Allah tak terima sb wuduk ata bacaan tak kena? Allah bongkak sangat ke? Tak terpikir ke oleh kamu yang ada penipuan dalam ajaran Islam ni? Bangkit la manusia! Arab zaman berzaman sudah tipu kita semua! Allah/ tuhan itu wujud tp Islam itu tipu! Mula2 cuba cari asal usul Quran di cipta..mana datangnya kitab ini? sedang kan ia dikumpul kan ketika Nabi sudah tiada..penghafal sudah gugur , tulisan di kulit kayu dan kambing sudah bnyk yg hilang? siapa mengesah kan nya? Tak pernah kah bertanya pd diri sendiri, kenapa bnk hukum hakam berat sebelah..lebih pd lelaki? Fikir!

Anonymous said...

bodoh giler kau ni...tbe2 malam ni trbace lak komen kau..dh lh kje smpi mlm tp naik nyirap lak bace komen kau ni..xnk lah Allah laknat hidup kau ni..adoiyai...xde agama ni kot...

Anonymous said...

Bersabar sayang... innallahi ma'assabirin. Jgn dilayan si kafir laknat yg menyesatkan. Biarkan dia. Azab kubur dah tak sabar utk menyeksanya dlm kubur.

mola said...

Tajuk post ini saya rasa berkait dengan ayat 45 surah al-Ankabut. Dalam mana-mana kuliah sekalipun saya dapati penceramah gagal memberikan penjelasan yang dapat memuaskan hati pendengar. Saya sendiri merasa masih ada sesuatu yang tidak dijelaskan. Misalnya apakah contoh kemungkaran yang boleh dicegah dengan ibadah sembahyang. Hal ini amat penting. Untuk menjelaskannya, tunjukkan contoh-contoh kemungkaran yang hendak ditinggalkan. Misalnya yang berkait dengan peraturan lalu lintas ke, mengganggu orang lain ke, dan sebagainya. Kerana itu saya cuba menurunkan penjelasan saya sendiri. Cuba lihat di http://sembahyangditolak.blogspot.com Sila beri saya komen atau respon.