BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 31 March 2013

Rahmat Allah Cuma 1 ketika hidup 99 selepas Kematian


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ketika kita hidup di dunia ni, kita cuma diberikan 1 rahmat oleh Allah Ta'ala, 99 lagi setelah kita mati.

Sembahyang kita belum menjamin masuk syurga kecuali setelah mendapat rahmat Allah. Hanya dengan rahmatNya sahaja kita boleh masuk syurga. Tanpa rahmatNya, walau banyak mana sekalipun sembahyang kita, janganlah mengharap untuk dimasukkan syurga. Kerana itu kita harus berusaha agar mendapat rahmat Allah s.w.t.

Kita tahu bahawa rahmat Allah yang satu bahagian telah pun diturunkan dalam bentuk adanya alam ini, dengan segala ketentuannya. Dan, kepada manusia, Allah menyediakan segala keperluan untuk kebahagiaan, keselamatan dan kesihatan hidupnya. Inilah rahmat Allah yang satu bahagian itu, yang sudah disediakan untuk kita. Dan kita sudah pun mula mengecapi segala nikat itu sehingga kita berada seperti adanya kita hari ini.

Namun itu hanyalah sekadar nikmat sementara kita hidup di atas muka bumi ini. Sebagai seorang yang beriman, percaya akan adanya hari kemudian, di sana nanti ada syurga dan neraka, tentunya kita mengharap tempat yang baik iaitu syurga.

Tetapi kita sudah diingatkan, untuk masuk syurga, rahmat Allah sahaja yang menentukan. Pada masa yang sama kita diingatkan bahawa sembahyang kita tidak menjamin untuk masuk syurga kecuali setelah mendapat rahmatNya. Maka rahmat yang mana pula yang hendak dicari? Maka apakah cara untuk mendapat rahmat Allah.

Tetapi kita masih diperingatkan agar mencari rahmatNya.

‘Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat.’ (al-Imran, 132)

Secara tersirat, ayat ini menunjukkan ada lagi rahmat selain daripada yang satu bahagian itu. Maka rahmat Allah yang mana pula yang kita cari-cari?

Kita dilahirkan dan hidup dalam keadaan seperti adanya kita hari ini. Dengan segala nikmat yang disediakankan, dapat hidup sihat, berkeluarga, bermasyarakat, dan lain-lain. Jadi, sementara kita hidup di dunia ini, maka itulah rahmat dan nikmat Allah yang dapat kita kecapi.

Untuk ini kita mengharap satu lagi rahmat Allah yang dapat membawa kita ke tempat yang diharapkan. Jadi bagaimanakah cara hendak mendapat rahmat Allah berikutnya. 99 rahmat lagi hanya akan diberikan setelah kematian kita.

Adakah setelah kita mati kelak akan diterima Allah dan mendapat rahmatNya? Dan dengan rahmatNya kelak kita akan dimasukkan ke syurga? Ini bergantung kepada apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita di dunia.

Sebelum ini, kita telah diperingatkan bahawa menyempunakan segala perintah seperti yang terkandung dalam rukun Islam dan rukun Iman sahaja belum memadai untuk mengharap rahmat Allah yang seterusnya kecuali setelah melakukan amal soleh. Dengan kata lain ada sesuatu yang lain yang harus kita lakukan untuk mendapat rahmat Allah yang dimaksudkan tadi.

Apakah dia amalan-amalan yang dinamakan amal soleh itu. Apakah tindak-tanduk dan perlakuan yang dinamakan amal soleh itu? Apakah program yang dapat kita lakukan untuk amal soleh? Selain amal soleh, apakah lagi yang harus kita lakukan agar mendapat rahmatNya.

Meraih rahmat Allah adalah matlamat hidup bagi setiap orang yang beragama, sama ada yang beragama Islam, majusi, buddha, mahupun Hindu. Cuma barangkali, tidak disebut sebagai rahmat Allah. Objektifnya satu, iaitu untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat nanti iaitu syurga. Syurga adalah tempat yang diimpi-impikan oleh setiap orang yang beragama. Inilah realitinya, kecuali bagi mereka yang tidak beragama.

Sebab-sebab turunnya rahmat Allah diringkaskan seperti berikut:

1) Berbuat ikhsan atau berbuat baik kepada manusia, dengan ucapan, perbuatan, harta, dan kedudukan.
2) Bertakwa dan beriman dengan ayat-ayat Allah s.w.t., dan mengikuti RasulNya;
3) mengasihi makhluk-makhluknya baik manusia mahupun binatang.
4) Beriman, kemudian berhijrah, dan berjihad;
5) Mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan taatlah kepada Rasul;
6) Berdoa minta petunjuk yang lurus dalam urusan kami
7) Mengamalkan ajaran-ajaran al-Quran
8) Mentaati Allah dan RasulNya
9) Mengamati ayat-ayat al-Quran
10) Memohon keampunan



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 30 March 2013

Baitus Solehah : Rumah Perlindungan Wanita



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Baitus Solehah adalah sebuah rumah perlindungan untuk menempatkan gadis-gadis terlanjur yang telah hamil. Kita wajib selamatkan mereka dari berterusan melakukan dosa besar.


Rumah ini terbina dari rasa keibuan mendalam, naluri seorang wanita terhadap wanita lain yang yang diuji keimanan oleh Allah Ta'ala. Moga usaha dan kerja kebajikan ini didalam pandangan dan rahmat Allah Ta'ala.


Perlindungan yang diberikan bukan sekadar menyediakan makan minum , tempat tinggal tetapi membimbing dan mentarbiyah mereka untuk taubat nasuha, menjalani kehidupan sebagai muslimah di landasan yang lurus dan benar dan mengutamakan pengukuhan iman dan beramal soleh.


Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.


Sehubungan itu, Baitus Solehah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. Baitus Solehah berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.


Dengan memberikan bimbingan untuk bertaubat nasuha, mentarbiyah kembali asas-asas fardhu ain dan membersihkan aqidah, mengukuhkan akidah mereka moga-moga mereka menjadi muslimah yang diterima Allah.


Oleh itu jika anda tahu, atau bertemu atau sesiapa yang menghadapi masalah dan memerlukan perlindungan tempat tinggal dan bimbingan sila berhubung mana-mana Moderator Halaqahnet atau email atau sms pada nombor yang dipaparkan atau boleh juga dihubungi melalui laman facebook Mak Liza


Kepada sesiapa yang sudi membantu, Maka bantulah kami, kerana Baitus Solehah berorientasikan kebajikan, mereka yang menyerah diri untuk ditarbiyah dan dibimbing tidak dikenakan sebarang bayaran.


Mendidik kepada yang inginkan bimbingan, ingin kembali ke jalan yang lurus akan sentiasa mendapat rahmat Allah Ta'ala. Setiap orang, walaupun sezarah yang dia usahakan dalam membantu kerja dakwah, akan Allah nilai dicatat dalam buku amalan , dihisab dan ditimbang di Mahsyar nanti.


Jom kita lakukan, usahakan ikut kemampuan kita.


Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.

Emailkan : baitus_solehah@yahoo.com, atau sms 0197799682 atau boleh juga dihubungi melalui inbox di Mak Liza

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga.

Untuk bacaan lanjut baca di sini, Bekalan ke Barzakh

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 29 March 2013

Jangan Suka Sebarkan Cerita Yang Tidak pasti



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Entah kenapa hari ni banyak sangat orang suka share segala benda tanpa usul periksa kebenaran dan kesahihan cerita. Saya ni pulak jenis tak boleh duduk diam bila orang sebuk sebarkan cerita yang tak ada dalil kesahihan.

Maka terpangggil saya nak buat peringatan. Sebelum tu saya gugel dulu, cari maklumat tentang gambar dan kisah yang ramai orang share di laman sosial fesbuk.

Akhirnya saya temui kebenaran...



Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di Pasaraya NSK, Selayang. Ambik gambar tapi takde nak siasat , sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran.

Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.

Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.

Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, " Maaf : kalau sy mencelah sikit.....sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi..."

Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. "Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." Surah Al-Asr.

Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar-benar jelas dan betul.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut-takut  kita tersebar fitnah jika ia tidak benar...

Sudah siasatkah gambar itu benar-benar babi? Bukan biri-biri yang diimport?
Ini adalah frozen lamb (biri-biri sejukbeku)

Malaysia tidak import frozen babi, kerana Malaysia pengeksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan di pasaraya tetapi di kilang.

Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. Dan rupa kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.

Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.

Mohon maaf jika tegursan saya ni salah.

Dan ini bukti laporan yang dikeluarkan oleh pihak korporat Pasaraya NSK.



Jawapan Surat Aduan mengesahkan memang benar gambar yang
dihebohkan sebagai babi adalah frozen lamb.



EBOH SATU DUNIA KAMBING DITUDUH SEBAGAI BABI DIJUAL SECARA TERBUKA DIPASARAYA DEKAT SELAYANG!!!!!!

Heboh, kecoh gegak gempita satu dunia apabila kambing dituduh sebagai babi dijual secara terbuka disebuah Pasaraya NSK, Selayang, Selangor D.E.

Mengapa perlu melatah dan membuat fitnah .. Bukankah rakaman gambar itu jelas kambing biri-biri beku impot yang ada dalam kereta sorong itu?

Sebab itu sebelum nak melancarkan serangan pastikan ianya berfakta bukannya ikut emosi semata-mata.

Yang menjadi masalah besarnya ada juga orang kita berbangsa Melayu dan beragama Islam percaya bulat-bulat dan ratah serta telan mentah-mentah kisah ini.

Kalau kambing dengan babi pun tidak boleh dibezakan baik tok sah jadi manusialah wei!!!!

Bukannya apa.. Omak kau kesian sungguh...semacam ada gerak mau menjatuhkan perniagaan NSK Selayang.. Itu jer.

Cubalah guna akal sikit.. Mana mungkin Pasar Raya dinegara ini akan jual daging babi secara terbuka..

Mengapa perlu wujudkan suasana dan iklim yang tidak harmoni dan tenteram dikalangan kita.

Apa faedah dan keuntungan yang kita dapat...Mohon rasional dalam menghebahkan berita dan cerita.


Maka sesiapa yang telah jadi tukang sebar fitnah, maka bertaubatlah, Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.  Bagaimana nak minta maaf kepada orang atau organisasi yang kita fitnah?

Fikirlah sendiri.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 28 March 2013

Kambing Oh Kambing



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Abdullah dengan anak kambing
Cuti-cuti sekolah. Bukan cuti buat kerja sekolah terutama pelajar tingkatan 3 dan 5. Abdullah Mubarak kena buat kerja kursus sejarah bertajuk Kegiatan Ekonomi Tradisional Penduduk Malaysia.

Dia ambik kajian kes Ternakan Kambing. Mujurlah zauj ada bela kambing dan ada kandang kambing sendiri.

Suatu ketika dulu, ada banyak kambing lebih kurang 100 ekor lebih jugaklah. Tiap petang dan hujung minggu zauj akan ke kandang kambing untuk beri makan. Zauj lakukan sendiri pemeriksaan kesihatan kambing.

Bila ada jangkitan, zauj suntik sendiri. Zauj juga biasa membidankan kambing-kambingnya. Memang sejak remaja zauj saya bela kambing untuk tampung perbelanjaan sekolah.

Dah menjadi kebiasaan bila ramai orang jumpa zauj masih lagi berkemeja dan seluar slack kerja pergi tebas rumput napier untuk diberikan kepada kambing.


Tujuan zauj saya pelihara kambing sebab nak susu kambing la. Masa tu saya tak sihat dan perlukan susu kambing menjadi minuman harian, nak beli susu kambing mahal sangat.


Penangan menjadi Timbalan Dekan FTI, zauj tak ada masa nak tengok kambing. Kambing rindukan tuannya. Kuku kambing panjang, takde sapa yang potong. Kambing sakit perut, takdan nak beri cocacola. Kurap menjalar dibadan kambing takde sapa nak sapu minyak tanah dan akhirnya semua kambing zauj mati.


Kesian kambing-kambing... kini kandang kambing kosong. Pelaburan hangus begitu saja. Bukan rezeki namanya kerana kealpaan diri.

Kini, Abdullah pergi semula ke kandang kambing. Tuan tanah dah mula pelihara semula kambing setelah musim lalu dah mati semuanya. Dapat baka baru dan biakkan.

Moga kali ini menjadi semula,kambing ni macam orang kena pelihara dengan kasih sayang.

mana lagi comel, anak kambing atau Abdullah Mubarak?


Itulah gambar Abdullah Mubarak dengan anak kambing yang comel.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 25 March 2013

Baitus Solehah -Sumbangan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Rumah Perlindungan Wanita Baitus Solehah
Hari ni hari gaji, ramai orang diberikan oleh Allah kekayaanNYA dalam bentuk bayaran bulanan. semoga rezeki yang deterima di dalam rahmat Allah Ta'ala.

Sedikit renungan bersama kepada sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya di akhirat sana nanti.

Lakukahlah sebanyak kebaikkan dan kebajikan setiap hari kerana itu dipanggil amal soleh. Ada 4 ayat di dalam al-quran yang menceritakan tentang beriman dan beramal soleh ini, iaitu:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. [Maryam:96]

Surat At Tin ayat 4,5 dan 6 bermaksud;
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (4) Kemudian Kami kembalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)"

Dalam surat Al-Asr ayat ayat 1 hingga 3 yang bermaksud;
"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)"

Dan surah Al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud;
"....sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)"

Kerja-kerja kebajikan untuk ummah itulah yang dikatakan amal soleh. Tidak kira bagaimana bentuk kerja yang kita buat sekiranya dalam redha Allah, maka usahakanlah.

Sesungguh kerja-kerja untuk agama adalah seperti kita berdagang dengan Allah Ta'ala . Allah itu Maha Kaya , pemilik khazanah alam semesta, kenapa kita tak nak berurusniaga dengan Tuhan yang maha kaya?

Baitus Solehah adalah sebuah rumah perlindungan untuk menempatkan gadis-gadis terlanjur yang telah hamil. Kita wajib selamatkan mereka dari berterusan melakukan dosa besar.

Dengan memberikan bimbingan untuk bertaubat nasuha, mentarbiyah kembali asas-asas fardhu ain dan membersihkan aqidah, mengukuhkan akidah mereka moga-moga mereka menjadi muslimah yang diterima Allah.

Maka bantulah kami, kerana Baitus Solehah berorientasikan kebajikan, mereka yang menyerah diri untuk ditarbiyah dan dibimbing tidak dikenakan sebarang bayaran.

Mendidik kepada yang inginkan bimbingan, ingin kembali ke jalan yang lurus akan sentiasa mendapat rahmat Allah Ta'ala. Setiap orang, walaupun sezarah yang dia usahakan dalam membantu kerja dakwah, akan Allah nilai dicatat dalam buku amalan ,dihisab dan ditimbang di Mahsyar nanti.

Jom kita lakukan, usahakan ikut kemampuan kita.



Sudi kiranya membantu Baitus Solehah. Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.

Emailkan : munaliza_smtun@yahoo.com, atau sms 0197799682

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 24 March 2013

Baitus Solehah: Dapat Keluarga Baru



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tapak kaki bayi

Alhamdullilah, Allah gantikan suatu yang lebih baik. Sudah bertemu dan berkenalan dengan sepasang keluarga angkat dari Taiping.


Apabila pasangan dari Kedah telah memungiri janji, maka saya mengeluarkan mereka dari senarai pasangan yang inginkan anak. Saya menghubungi senarai pasangan lain yang saya letak dalam senarai menunggu. Prinsip saya, yang awal didahulukan, dan jika dibatlkan barulah ikut turutan.


Sebelum tu, malamnya telah datang satu pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin dibawa oleh sepupu saya
tetapi tidak mempunyai anak. Apabila telah berkenalan dan berbasa basi terus saya nyatakan status anak yang saya carikan keluarga angkat ini. Bila mereka mendengar, mereka telah mengurungkan hasrat kerana mereka berharap nak anak yang sah taraf. Kot-kot ada pasangan suami isteri tak nak anak. Entahla...ada lagi ke zaman ini orang tak nak anak atau tak sanggup pelihara anak sendiri. Secara automatiknya, mereka terkeluar dari senarai.


Kembali semula pasangan dari Taiping ini, yang nampaknya memang bersungguh-sungguh dan berusaha. Teruja mereka mendengar kisah pasangan suami isteri yang menganggap anak begitu sebagai anak istimewa. Saya mahu mana-mana pasangan yang menerima anak tidak sah taraf disebut anak istimewa. Anak istimewa ni bukan maksudnya anak kelainan upaya (OKU).


Saya ceritakan konsep sadaqah dalam mendidik anak istimewa ini. Ibu sudah rasa berdebar-debar menanti saat kelahiran anak. Saya sudah terangkan bagaimana cara mula mendapat maklumat untuk menyusukan anak istimewa ini.


Memelihara anak orang seperti anak sendiri, mengasuh, membesarkan, membimbing, mendidik anak orang ini, jadikan ia sebagai sadaqah. Jika baik asuhan dan didikan maka baiklah hasilnya bukan saja di dunia tetap hingga ke akhirat. Anak-anak ini fitrahnya suci. Ibu bapa yang mengasuhlah mencorakkan anak ini kepada pelbagai warna. Selalulah berharap lindungan di dalam rahmat Allah Ta'ala apabila mengasuh dan mendidik anak-anak.


Moga dapat menyusukan anak supaya menjadi anak susuan nanti.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 23 March 2013

Baitus Solehah: Janji dimungkiri




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mohon maaf semua, petang ni mula bermusafir ke utara dalam menjayakan beberapa agenda.

Agenda yang telah dirancang insyaAllah;

1. menemui keluarga angkat bayi Baitus Solehah di Kedah
2. menemui gadis terlanjur di Kedah (2 orang )
3. menghadiri walimah peserta Baitul Muslim Halaqahnet di Pulau Pinang
4. Menghadiri walimah anak ibu tiri di Bagan Serai

Semoga perjalanan ini di dalam rahmat Allah Ta'ala. Harap tidak ada yang keliru antara Baitul Muslim dengan Baitus Solehah. (Baitul Muslim adalah agensi match jodoh, Baitus Solehah adalah rumah perlindungan wanita)

Teruskan membantu Baitus Solehah. Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.

Emailkan : munaliza_smtun@yahoo.com, atau sms 0197799682

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga.


Perancangan nampak kemas, malangnya janji telah dimungkiri.

Petang Rabu, 20 Mac 2013, 5.30 petang, naik kapal terbang berdua dengan cucu, Nu'man Al-Farisy dari lapangan terbang Sultan Ismail, Senai ke lapangan terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Penerbangan mengambil masa 1 jam 10 minit saja.



Di jemput di Penang International Airport jam 7.08 malam oleh pasangan pengantin baru Munzir Khan dan Nur Badariah dan terus hantar ke Sg Petani, rumah seorang rakan halaqahnet di Taman Ria Indah. Sampai sini jam 8.20 malam.


3 malam tinggal di sini, menunggu janji sepasang suami isteri yang mahu mengambil anak dari penghuni Baitus Solehah untuk dijadikan anak angkat. Mula-mula tangguh, pagi kata petang Khamis, lepas tu kata pagi Jumaat dan akhirnya tak dapat datang jumpa kerana ada masalah. 


Memang pun sebelum saya menyerahkan anak penghuni Baitus Solehah kepada pasangan yang ingin mengambil menjadi anak angkat, saya suka bertemu pasangan itu terlebih dahulu. Saya akan berusaha untuk bertemu supaya kenal pasangan dan tahu latar belakang keluarga anak angkat. Kita bukan setakat serah anak gitu saja tapi ia melibatkan masa depan anak dan masa depan saya di akhirat sana, jika buat kerja sambil lewa tak berhati-hati hingga mengadaikan anak tadi.

Apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang Allah rancang. Maka pasangan ini dibatalkan untuk menerima anak dari ibu muda Baitus Solehah.

Entah bila lagi saya ditakdirkan untuk sampai ke utara ini. 3 malam di Sg Petani dalam agenda utama memenuhi sebuah janji, termungkir begitu mudah. Kemungkiran janji itu telah mengubah seluruh perancangan insan lain. 

Dan sebagai manusia kita memang dituntut agar selalu berdoa moga dijadikan hamba yang sentiasa redha dengan apa yang Allah telah takdirkan.

Pengalaman ini menjadi guru untuk saya lebih faham dengan permasalahan dan karenah dengan apa yang sedang saya usahakan. Kita yang bersungguh tetapi satu pihak buat lewa saja.

Perkataan maaf amat mudah, dan kita juga sedia memaafkan, namun kesan dan pelajarannya itu telah mengubah sebuah harapan insan lain.


Sesungguhnya aku tak punya daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.

Setiap yang berlaku hanya dengan qudrat dan Iradat Allah sahaja







Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 22 March 2013

Magik: Berniaga tanpa rugi




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

tangan di atas lebih mulia
Sesungguh setiap manusia telah ditentukan rezeki, jodoh, suratan nasib dan ajal sejak azali lagi. Namun Allah telah menyatakan usaha tetap ada sebelum kita bulat-bulat berserah kepada takdir.

Begitu juga rezeki orang lain, mungkin kita ini hanyalah pengantara saja. Kita ini sebagai pemengang amanah urusan kewangan dan rezeki seseorang. Allah kurniakan rezeki melalui tangan kita.

Sebanyak mana rezeki yang kita dapat, ingat ada hak orang lain. Allah wajibkan zakat, Allah muliakan wakaf dan sadaqah.

Belajarlah bagaimana seseorang itu menjadi jutawan melalui sadaqah. Saya suka berkongsi cerita benar...

Magik: Berniaga tanpa rugi
5 Rabiul Awal 1434

Logik kehidupan kelihatan sangat mudah. Setiap manusia sepatutnya mengejar nikmat akhirat dan dunia secara maksima. Garis panduannya juga cukup mudah, melaksana (meninggalkan) apa yang disuruh (dilarang) oleh Allah SWT. Ia tidak perlu dimanipulasikan dalam apa keadaan sekali pun.

Prinsip usahawan akhirat dan kekayaan dunia perlu dilihat dalam konteks matlamat utama iaitu kehidupan yang kekal abadi di syurga. Maksudnya, kita meyakini betapa memberi keutamaan kepada akhirat tetapi kemudahan dunia yang dianugerah Allah – In'sya Allah – akan menyusul secara semulajadi. Malah kehidupan dunia itu menjadi menarik sekali.

Perhatikan ayat 14, surah al-Imran yang boleh dikaitkan dengan nikmat maksima dunia yang disukai oleh manusia,

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)".

Kemudian perhatikan pula ayat 15 surah yang sama. Allah menyatakan secara jelas tentang nikmat syurga yang perlu dikejar oleh setiap manusia.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.

Kisah mengejar "akhirat dan dunia" ini mengembalikan ingatan saya kepada masa lampau. Ia kisah hampir 25 tahun yang telah berlalu. Kerjaya saya bermula dengan jawatan Pegawai Pemasaran di sebuah syarikat pengedaran barangan perkakasan rumah. Ia perniagaan menggunakan skim bayaran kredit ansuran bulanan secara Murabahah. Pada dasarnya, ia merupakan skim kredit pertama secara Islam. Ada proses akad dan tidak mempunyai unsur-unsur riba.

Kami mempunyai 15 usahawan Islam sebagai franchisee. Mereka sangat gigih berkerja walaupun berbeza hasil pendapatan. Salah seorang daripada mereka – Rahman – sangat berjaya. Jumlah perolehannya bernilai jutaan ringgit sebulan. Beliau boleh digambarkan sebagai seorang yang sangat berbudi bahasa, fokus, berpandangan luas dan tegas dalam membuat keputusan perniagaan. Hasilnya, apa sahaja kelihatan mudah buat beliau. Saya pernah bertanya kepada Rahman

"Kenapa Allah sayangkan kamu? Dia memberi segala kekayaan kepada kamu dengan senang sekali berbanding dengan yang lain. Bagaimana aku ingin capai kekayaan seperti ini?"

Beliau diam. Langsung tidak mempedulikan soalan anak muda yang masih mentah dalam kehidupan dunia. Namun saya terfikir mungkin juga Allah memakbulkan doa-doa yang dipohon oleh beliau. Itulah lintasan hati. Dan ia tentunya berkait dengan keyakinan saya sendiri betapa manusia perlu berdoa kepada Allah SWT.

Malah saya selalu teingat bagaimana Prof MKI berdoa kepada saya dan rombongan usai solat Dhuha di masjid Segamat. Ketika itu kami mahu memulakan perjalanan ke dalam hutan untuk berdakwah kepada orang Asli. Beliau sangat bersemangat, bersungguh dan teliti menyampaikan baris-baris permohonan kepada Allah SWT. Beliau berdoa agar Allah melempahkan rezeki yang halal dan berkekalan kepada kami. Prof MKI memohon agar rezeki ini dipermudah, tidak disangka-sangka dan datangnya dari semua arah.

Barangkali Rahman juga sentiasa berdoa seumpama itu.

Umumnya, setiap usahawan mengharapkan setiap perniagaan membawa untung. Mereka tidak mahu rugi, ditipu dan tentu sekali mahu perniagaan ini kekal selama mungkin. Lalu usahawan pastinya berdoa agar sentiasa sihat sejahtera bagi memajukan perniagaan mereka. Mungkin banyak lagi perkara sisi yang didoakan oleh mereka agar perniagaan membawa kepada hasil yang dicitakan.

Rahman cemerlang. Beliau berkerja keras dari pagi sehingga lewat malam bagi mencapai sasaran jualan. Di antaranya, beliau seorang yang pemurah dan suka berhibur dengan rakan-rakan. Apa pun, beliau tetap akan sampai ke pejabat sebelum jam 8 pagi.

Saya melihat beliau juga mudah mendapat pinjaman bank. Kemudahan kredit ini membolehkan beliau membeli stok barangan dalam kuantiti besar dan dapat pula menjualnya dengan harga yang berpatutan berbanding harga pasaran. Malah khidmat selepas jualan beliau terpuji. Beliau sering mendapat kejayaan dari tawaran tender kerajaan. Pada saya, beliaulah orangnya yang mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka, mudah, senang, seolah-olah ia turun dari langit dan keluar dari bumi.

Hasilnya, kedudukan kewangan syarikat sangat kukuh. Bank lebih mempercayai untuk memberi kemudahan kredit, keuntungan bertambah dan pertumbuhan perniagaan melebihi 20 peratus. Ia luar biasa.

Suatu hari – usai solat Jumaat – Rahman bertanya, "apakah doa yang awak mohon Zaini?". Ia soalan mudah. Saya bercerita, "saya mohon ampun, sihat, murah rezeki dan …….. ". Kemudian beliau berkata, "hari ini saya akan menjawab soalan kamu dahulu, bagaimana mahu menjadi kaya-raya".

Rahman membawa saya menaiki Mercedes S300nya ke sebuah rumah di Ulu Klang. Ketika inilah beliau bercerita,

"Saya suka membaca buku-buku biografi mengenai kejayaan seseorang dan amat suka bertanya mengenai pengalaman perniagaan dari usahawan-usahawan yang lain sebagai panduan dan sempadan untuk saya amalkan dalam perniagaan sendiri"

Kami tiba ke destinasi. Ia sebuah rumah anak yatim. Lalu beliau meminta saya memberi RM100 sebagai derma kepada rumah Anak Yatim tersebut. Gila. Ia jumlah besar bagi seorang Pegawai Pemasaran yang baru berkerja. Ia jumlah amat lumayan untuk diberi-beri begitu sahaja.

"Zaini, kau kata mahu kaya macam aku. Jika mahu kaya ikutlah cara aku. Janganlah takut untuk mengeluarkan wang bersedekah. Mereka yang bersedekah diibaratkan memberi pinjaman ikhlas kepada Allah. Allah sudah berjanji dengan menyebut yang ia merupakan pelaburan yang menjaminkan pulangan berlipat kali ganda baik dari segi harta serta nikmat dunia yang lain. Lebih penting ia membawa kita kepada keseronokan kehidupan abadi".

Ya! Kini saya sangat memahami.

Saya mempercayai dan meyakini hakikat ini. Ramai di antara kita agak keliru dengan hanya membuat perbuatan kebaikan yang berbentuk "percuma" untuk mendapatkan kekayaan. Mereka hanya berkerja keras, mengikut suruhan dan larangan Allah secara khusus semata-mata – misalnya – solat malam, dhuha dan berpuasa sunat. Namun mereka amat kikir mengeluarkan wang setimpal dari kekayaan yang sedia ada untuk bersedekah.

Islam mengajar manusia untuk bersedekah dan berzakat. Ia sudah jelas termaktub dan dipersetujui oleh ramai orang betapa ia perlu diamalkan untuk menjadi manusia yang kaya. Malahan seorang kenalan saya – bukan beragama Islam – bukan sahaja menderma harta benda tetapi termasuk juga organ-organ beliau. Pertalian di antara mereka yang bertaraf jutawan dengan amalan berderma telah dibuktikan secara statistik.

Ia tidak mudah mahu menjadi jutawan. Ia memerlukan ketabahan, kesabaran dan sikap tidak berputus asa jika menghadapi sebarang masalah perniagaan. Di antara rintangan besar yang menghantui ahli perniagaan adalah untuk mendapatkan pinjaman kewangan yang melibatkan riba, sogokan untuk mendapatkan projek, "bersosial" dan yang paling digeruni adalah timbulnya perasaan tamak dan bangga diri. Menjaga diri sangat penting dalam perjalanan perniagaan dan penghidupan seseorang usahawan akhirat.

Tentu sekali tidak salah mempunyai Villa, berkereta mewah atau bergelar Dato atau Tan Sri asalkan janganlah menjadikan kehidupan dunia ini sebagai tujuan tunggal. Kekayaan membuat kita terlupa pada diri sendiri yang akhirnya akan membinasakan diri di dunia dan akhirat. Paling baik, ikutlah resam padi, lagi berisi lagi tunduk. Jadilah jutawan yang sentiasa memberi, membantu, bersedekah dan menderma agar semua orang gembira dan mendoakan kebaikan bersama.

Sebagai usahawan akhirat kita perlu beringat betapa perniagaan dunia hanya bersifat sementara. Perniagaan yang sebenarnya adalah sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah SWT melalui surah As-Saff, Ayat 10 dan11 yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui".

Saya mohon maaf kerana menyampaikan kuliah yang agak panjang pada kali ini. Biarlah saya akhiri dengan memohon pada Allah,

Hanya padaMu kami pohon,

Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, Kami berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, Kami berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, kami berlindung kepada-Mu dari sikap sombong dan bangga diri, kami berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia. Ameen. ~Tulisan Zaini Ariff.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 21 March 2013

Nu'man Al Farisy Naik Kapalterbang



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Menunggu cek in
Pertama kali bawa Nu'man naik kapal terbang. Ketika bermusafir ke utara, saya pergi ke sana naik kapal terbang. Bukannya apa, bila dapat tahu masa balik kampung bulan Februari hari tu yang makcik (mak tiri) akan adakan majlis walimah anak sulungnya bulan Mac, zauj sudah terasa penatnya pandu kereta Johor Bahru- Parit Buntar. Dan kebetulan ada beberapa lagi urusan maka, saya pun lihat-lihat secara online tiket kapal terbang tambang murah.

Bila dapat, tarikhnya ditengah minggu, hari Rabu. Nak tak nak, jika hari Rabu, kena bawa Nu'man, jika tidak nu'man nak dititipkan kepada siapa di rumah.  Excited 2,3 hari sebelum naik kapal terbang, Nu'man Al-Farisy demam. Sebelum berangkat dari rumah,  opah dah beri makan paracetamol. Tiap 8 jam beri makan ubat, namun tak kebah-kebah juga.

Malam tiba di Sg Petani tu, tumpang menginap di rumah rakan halaqahnet, tak lena tidor sebab paracetamol dah habis. Opah bangun buat air, baca al-fatihah dan baca 4 Bismillah, mohon Allah sembuhkan Nu'man. Kepada sapa lagi nak gantungkan harapan, dah la tengah-tengah malam di rumah orang, takde usaha ikhtiar lain dah nak kurangkan panas suhu badan Nu'man.

Suhu makin tinggi walaupun tidor dalam bilik ada aircond, opah buka baju Nu'man dan siram air dalam bilik air. Opah takut dia tarik-tarik (sawan). Anak-anak lelaki memang mudah kena, sebab itu ibu bapa kena hati-hati jika anak demam panas.
demam

Beri Nu'man banyak minum air. Dia minta air teh. Pukul 2.05 pagi bancuh sekole teh untuk Nu'man. Tak apa, asalkan dia banyak minum supaya suhu badan turun.

Lama rasa menunggu hari siang. Tak boleh doa saja, usaha ikhtiar wajib ada. Lepas saja solat subuh, nenek cheese balik dari hantar baby sekolah, terus ajak pi klinik 24 jam. Cari klinik di bandar Sg Petani, Klinik Bersatu. Jumpa doktor lelaki melayu . Doktor pun prihatin bila budak lelaki demam. Lama juga dia buat pemeriksaan.

Beri antibiotik, paracetamol, ceret beret, minum mineral. Lepas dapat ubat, di klinik tu juga opah beri Nu'man makan ubat supaya suhu badan turun segera.

Selalu pagi-pagi paling kurang 5 keping biskut cap pingpong Nu'man makan, hari ni suku keping pun tak luak, sebab takde selera katanya.

Balik rumah, terus Nu'man baring atas sofa depan TV, tapi tak lama, lepas tu muntah. Muntah air saja. Dah la tak makan muntah pulak. Tak apalah Nu'man, ada hikmah dsebalik semua peristiwa ni.


Dalam kapalterbang
Ketika dalam penerbangan,  padah beli tiket secara online tak nak tempah nombor tempat duduk. Kalau kita tempah nombor tempat duduk, kena bayar, jadi nak tambang murah taklah book tempat duduk.

Selepas chek in untuk dapat boarding pass, dapat nombor 26 A dan 25A. Haah...Nu'man duduk seat depan , opah duduk seat belakang. Namun ada penumpang baik hati, dia rela tukar seat 26 B beri pada Nu'man Al-Farisy. Penumpang tu ambik seat Nu'man 25A. Dapatlah Nu'man duduk bersebelah dengan opah.

Oleh kerana Nu'man kurang sihat, dia tak lasak. Dia cuma duduk dan main-main dengan talipinggang saja. Sebelum naik kapalterbang dah beri Nu'man makan paracetamol takut suhu badanya tinggi. Belikan ayam KFC seketul, dia duduk diam saja ketika menunggu kapalterbang.

Jelas nampak ketidakcerdasan Nu'man kerana tidak sihat. Mungkin Allah yang mempermudahkan opah mengawal Nu'man ketika sifat ingin tahu dan ingin cuba tinggi di dalam mindanya.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 19 March 2013

Dosa Besar Bukan Setakat 7 Tetapi 70



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Saya nak sampaikan secara ringkas saja... lepas tu sendiri fikir yang mana satu tersenarai dalam perbuatan, perlakuan, perbicaraan yang kita sendiri lakukan. Kita tok sah tengok orang lain buat atau tidak, tetapi kita tengok diri kita dulu.



70 Dosa Besar dapat disimpul kepada berikut:


1-Empat jenis dikaitkan dengan hati iaitu:
- Syirik.
- Terus menerus berbuat maksiat.
- Putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.

2-Empat jenis pada lisan iaitu:
- Kesaksian palsu.
- Menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik.
- Sumpah palsu .
- Mengamalkan sihir.

3-Tiga jenis di perut iaitu:
- Minum arak.
- Memakan harta anak yatim.
- Memakan riba.

4-Dua jenis di kemaluan iaitu:
- Zina,
- Homoseksual.

5-Dua perkara disebabkan tangan iaitu:
- Membunuh,
- Mencuri.

6-Satu disebabkan kaki iaitu:
- Lari dari medan peperangan.

7-Satu perkara melibatkan di seluruh badan iaitu:
- Derhaka terhadap orang tua.

Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut di atas.

Dosa kecil yang akan berubah menjadi dosa besar jika dilakukan BERTERUSAN . Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan berterusan dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar (Taubat ).

Allah juga berfirman, maksudnya: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran: 135)


Mengenai tindakan sesetengah orang di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh daripada gunung tersebut pada bila-bila masa. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia dapat mengusir lalat tersebut begitu sahaja.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim). Begitulah hebatnya orang-orang munafik.



Orang yang bergembira dengan dosanya Allah berfirman maksudnya:“Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya mereka melakukan dosa. Maka cukuplah (balasannya) untuk mereka neraka Jahannam. Dan sesungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah: 206)


Mereka Merasa Aman daripada azab Allah walaupun telah melakukan maksiat : Allah berfirman maksudnya: “Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan penderhakaan kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagaimana salam orang mukmin yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat mereka akan kembali.” (Surah al-Mujadalah: 7)

Perbuatan maksiat secara terang-terangan,Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam melakukan dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari mereka membuka kembali tutupan Allah terbabit.” (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)


Yang melakukan perbuatan dosa dan perbuatan tersebut menjadi tauladan kepada orang lain  (Pengasas Dosa ).

Rasulullah s.a.w bersabdadengan maksudnya:
“Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang buruk, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia meninggal dunia tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun.”



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 18 March 2013

Mualaf Yang Komited Menjaga Solat Berjemaah



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Solat berjemaah
Hikmah yang utama saya nak catatkan ialah rasa seperti duduk atas bara bila waktu solat telah hampir tetapi belum bersedia menuju ke surau atau masjid.

Muhammad Nur Iman, genap 2 tahun 4 bulan menganut agama Islam. Dia turut ikut saya untuk hadir ke program Himpunan Tanah Rakyat dan Kenduri Rakyat. Saya ajak dia pergi untuk mendapat ilmu dan penjelasan berkaitan politik tanah air.

Ketika menjelang waktu zohor, dia sudah gelisah, duduk tak kena gaya, mengharap keluar dari majlis untuk menuju ke mana-mana surau berhampiran. Saya memang faham, kerana dari hari pertama selepas mengucap syahadah, dia tidak mahu meninggal solat fardhu berjemaah. Dan ini dapat beliau lalui sejak dari awal lagi. Apa ujian, apa halangan dia tak kira asalkan tidak terlepas untuk solat awal waktu dan berjemaah.

Melihat dia sudah gelisah, saya cuba bertanya, sesiapa yang boleh tolong hantarkan dia ke surau berhampiran. Namun tidak ada pertolongan yang datang sebaliknya,tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

Bila hujan turun lebat, saya mengajak beliau makan dahulu sebelum balik. Waktu itu dah masuk waktu. Nak jalan kaki pun hujan sangat lebat. Kami makan seadanya.

Usai makan , saya telefon zauj, minta dijemput balik. Zauj dan Imran sudah mengerjakan solat berjemaah di masjid berhampiran rumah. Nur Iman sudah risau, nak solat dengan siapa.

Masuk rumah, saya cari Ahmad Baihaqi, tanya dia samada sudah bersolat zohor atau belum. Rupanya Baihaqi belum solat kerana baru lepas cuci kereta. Alhamdullilah... dapat Nur Iman solat berjemaah berdua dengan Baihaqi.

Begitu sekali komitmennya Nur Iman dalam mengerjakan solat fardhu. Sedangkan ramainya orang Islam tidak pun ambik endah hal mengutamakan solat diawal waktu dan solat fardhu berjemaah. Begitulah jika seseorang itu berhijrah kerana Allah Ta'ala dan hidayah yang dikurniakan itu dipelihara sebaik-baiknya.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 17 March 2013

Hikmah Disebalik Kehadiran



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aisyee.... hari ni hadiri 2 program tanpa di duga. Bukan ada dalam perancangan, tetapi di gerakkan oleh Allah Ta'ala. Masih lagi berfikir apakah hikmah disebalik menghadiri program pertama.

Awal pagi sudah keluar rumah untuk menghantar Amiratun Nazihah ke Seri Puteri sebab nak balik Sg Buloh Selangor bersama anaknya Ain Nusaibah.

Balik dari Seri Puteri singgah Restoren Alif sebab cucu berdua ni nak makan telor separuh masak. Saya makan nasi kerabu yang dibeli di warung K'ani Citarasa Pantai Timur.

Selesai cucu berdua ni makan, terus balik rumah. Teringat semalam ada pelawaan dari ibu tunggal mengajak ke Surau Hidayah. Cuma dengar perkataan Sakinah aja, takdelah nak tanya lebih lanjut program apa sebenarnya. Jadi saya pun pergilah menghadirinya.

Sampai di sana, ceramah Pengenalan Keluarga Sakinah tu dah habis. Agenda seterusnya cuma perarakkan, khatam quran dan ceramah yang akan disampaikan oleh YB Abdul Aziz Sapiah, ADUN Nusajaya. Dan duduk di dalam , barulah terpandang backdrop majlis. Hahaha...aku tersilap hadir program rupanya.

Bila sudah berada dalam majlis, terfikir kenapa boleh hadir dan mesti ada hikmahnya Allah mengerakkan kaki saya melangkah untuk hadir majlis ini. Pasti sesiapa pun akan terhairan bagaimana saya boleh berapa di dalam majlis bertajuk "Program Pengamalan Sakinah DUN Nusajaya 2013".

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Abd Azizi bin Hj Sapian , ADUN Kawasan Nusajaya.

Fikir-fikir punya fikir, soalan menerjah diminda, yang pertama, kebijaksanaan mereka menggunakan peluang menggunakan surau dan memanafaatkan kehadiran rakyat. Yang saya selalu dengar jangan gunakan surau atau masjid untuk agenda politik.

Yang kedua, selalu dah lihat sekira buat majlis ceramah umum saja, payah rakyat nak hadir maka inilah peluang untuk mereka bertemu rakyat, kena ada majlis makan-makan.

Yang ketiga, kat sini juga saya melihat fenomena berpakaian "melucahkan jubah". Pakai jubah putih, kat dalam pakai legging warna hitam. Usahkan berdiri di kawasan terang, kat dalam surau tu pun jelas kelihatan bayangan bentuk kaki seseolah takde pakaian dalam. Suasana seperti nak beradu dalam kamar tidor. Hmmm...menyeramkan!

Nak ambik gambar pun tergamam sebab terpesona dengan pemandangan yang menaikkan bulu roma gitu.

Maka, itulah kesimpulan dari program yang saya hadiri. Saya melihat hikmah disebalik peristiwa. Kita jangan cepat-cepat nak memaki atau menyumpah atau merasa marah atau kesal kenapa dan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku tanpa kita rancang. Saya tak rancang untuk hadiri, tetapi Allah yang mengerakkan saya untuk hadir.

Mungkin juga berlaku sesuatu yang tidak kita rancang menjadi asbab untuk kejadian seterusnya. Maka kepada Allah jua kita menyerahkan diri.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 16 March 2013

Jangan Sebar Hinaan dan Kejian



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Peringatan untuk rakan-rakan, sekiranya kita bertemu gambar atau kata-kata berbentuk hinaan terhadap Allah, Rasullullah , Kitab Al-Quran atau apa saja, tak perlu kita share dan sebarkan. Jika kita sebarkan perkara yang tidak elok itu, walaupun niat untuk beritahu, sedarkah kita sebenarnya kita turut menyebarkannya untuk dihina dan dan dikeji oleh orang lain.


Adalah lebih baik, bila kita jumpa, kita baca, kita abaikan, dalam hati kita benci dengan orang yang melakukan perkara tersebut dan mendoakan agar dia diberi hidayah oleh Allah ta'ala, moga-moga di insaf dan bertaubat.


Melainkan jika hinaan itu didepan mata kita, maka wajar kita bertindak berlandaskan iman bukan emosi.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 12 March 2013

Dosa Kering




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dosa Kering

Ia istilah lama.

Dulu saya tidak pernah peduli. Malah ia jadi bahan lawak. Dosa kering dilihat sebagai dosa yang "tidak apa" dan bertaraf "main-main" dan mudah diperbetulkan.

Jika ada yang bertanya maknanya maka akan saya nyatakan, "dosa yang dilakukan tanpa keperluan melakukannya". Ia dosa mudah untuk dielakkan. Namun tahap dosa ini pelbagai. Ada dosa besar dan ada juga dosa yang memang menjadi hobi ramai orang. Sekadar menyebut contoh biasa, kadangkala kita melakukan sesuatu yang bersifat fitnah, mengumpat atau bercerita buruk hal orang walaupun ia tidak ada kena mengena dengan diri sendiri secara langsung.

Tentu sekali melakukan dosa kering itu dilarang oleh Islam. Allah ya Allah.... semua dosa sememangnya begitu. Ia hanya istilah orang Melayu. Tentu sekali ia tidak membawa sebarang kebaikan. Misalnya, Rasulullah SAW telah menyatakan dalam hadis riwayat ImamTirmizi bermaksud, “Antara kebaikan Islam seseorang itu ialah beliau meninggalkan perkara yang tidak membawa faedah kepada dirinya”. Bezanya, dosa kering adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk dilakukan terutamanya bagi mereka yang mahukan kehidupan Islam, bersekolah tinggi dan belajar agama.

Internet melalui laman sosial berperanan sebagai kaedah mudah untuk menghasilkan dosa kering. Ambil contoh Facebook bagaimana punat sharenya membawa dua implikasi serta merta.

Pertama, jika sesuatu keburukan seseorang terus disebarkan tanpa usul periksa. Tidak pula memeriksa samada video, audio, surat, gambar atau kenyataan yang memudaratkan seseorang itu mempunyai kesahihan sumber. Ia boleh menyebabkan kita menjadi tukang fitnah, tukang sebar dan tukang umpat "di luar sedar".

Penyakit ini - kelihatan - melanda ramai orang tidak kira mereka yang berkelulusan tinggi, jutawan, ahli perniagaan, ustaz atau profesor. Keghairahan menukar punat share ini nyata tidak memilih bulu. Lebih menyedihkan ia menjadi hobi yang tidak bertepi. Bahasa mudahnya, mereka tidak sedar dengan apa yang sedang mereka lakukan.

Namun ada sesuatu yang lebih menarik tentang dosa kering dengan menekan punat Share ini. Langsung mereka tidak terfikir yang mereka juga menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat. Ia ibarat mengedarkan gambar lucah. Bezanya ia dilakukan "di luar sedar" akibat keghairahan tertentu.

Misalnya, terdapat satu catatan ringkas yang menarik. Ia sangat bermanfaat. Namun diletakkan gambar iringannya bersekali dengan muslimah yang terdedah auratnya dengan tidak sengaja. Tentu sekali wanita ini tidak mahu begitu. Saya meyakini hal ini. Namun berpuluh ribu orang menekan butang share termasuklah rakan FB yang saya fikir bukannya berminat untuk menyebarkan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Namun "di luar sedar" mereka melakukannya. Niat baik tetapi tercemar dengan "dosa kering" yang berpotensi menjadi dosa besar. Saya menggunakan istilah "di luar sedar" kerana agaknya mereka terlupa yang aurat wanita begitu penting sekali dijaga. Kehidupan harian menyebabkan kita berasa ia tindakan "tidak apa" dan "tidak bersalah".

Kami mohon keampunan Mu ya Allah.

Kedua, ia boleh menjadi ilmu bermanfaat. Jika menekan punat share - dalam konteks ini - ia bakal memberi ganjaran kepada ramai orang yang menggunakan maklumat tersebut. Malah - saya fikir - ganjarannya berterusan. FB atau laman sosial yang lain mampu menjadi medium dakwah berkesan. Hakikatnya - kini - ia bercampur aduk jika tidak berhati-hati. Mahu berdakwah, juga mahu memberi ilmu bermanfaat, malah teringin membuat segala kebaikan tetapi akhirnya terpalit dosa kering.

Namun ada sesuatu yang lebih menarik tentang gelagat mereka yang gemar menekan butang share ini bila ditegur. Keegoan mereka mengatasi kebenaran. Ia agak sukar menarik balik apa yang telah disharekan. Mereka rela kekal begitu. Lalu saya terpaksa mengambil sikap mudah dengan "unfriends" rakan-rakan begini yang menyebabkan apa yang di"share" berada di dalam laluan FB kita.

Ia nampak isu mudah tetapi benar-benar signifikan.

Menekan punat share membawa implikasi besar. Tarik nafas panjang-panjang, mohon keampunan Allah, dan gunakan akal dan ilmu yang ada sebelum melakukannya.

Ia pilihan mudah dengan sedikit pertanyaan, "jika aku tidak melakukannya apakah ia menjauhkan diri daripada Allah SWT?" atau kita bertanya dengan soalan yang lebih positif sifatnya, "dekatkah aku dengan Allah SWT dengan menekan butang ini?".

Lakukan sesuatu semata-mata kerana Allah.

Tulisan dari : Universiti Muhamad Kamil Ibrahim


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 11 March 2013

Solat Malam Mengubati penyakit kronik



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Dengan bangun malam, mengerjakan solat ia menjadi pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba dulu, baru tahu. Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua. (Testimoni berlaku dengan qudrat dan Iradat Allah Ta'ala)



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 10 March 2013

Beriman dan Beramal Soleh Lahir Kasih Sayang




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Surah Maryam Ayat 96
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. [Maryam:96]

Satu lagi ayat di dalam al-quran yang menyatakan setiap orang beriman wajib melakukan amal soleh (kerja kebajikan) supaya kelak di dalam hati ada rasa kasih sayang.

Begitulah, bila kita mengkaji satu persatu ayat Al-Quran dan mengimaninya, kita akan jumpa dan Allah akan tambah kefahaman tu.

Sebelum ini saya dah jumpa dalam surah al-asr ayat 1 -3, surah at-tin ayat 6 dan surah al-kahfi ayat 110. Mesti Allah gandingkan perkataan beriman dengan beramal soleh.

Maka ambiklah pelajaran dari ilmu yang kita faham dan amalkan. Biarpun sikit ilmu yang kita faham dan amalkan,itu adalah lebih baik. Ingatlah, Tahu banyak,tapi tak amal kita akan disoal nanti dihadapan Allah, apa nak jawap?



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 9 March 2013

Keganasan dan Kezaliman Berleluasa di Myanmar



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


3 pelajar madrasah dibunuh oleh samseng Buddhist
Malam ni memang nak copy semua post di fesbuk untuk simpanan sendiri. Ini berkaitan isu etnik Rohingya yang tak habis-habis dizalimi dan ditindas oleh kerajaan Myanmar. usahkan nak melindungi, etnik ini dinapikan kewarganegaraan Myanmar. Memang mereka benar-benar terpinggir  sejak berkurun dulu lagi.


Kini keadaan menjadi lebih kritikal apabila pihak samseng upahan mula membunuh secara beramai-ramai samada di bakar atau ditembak atau digantung. Tidak kira siapa pun, akan menjadi mangsa kezaliman manusia yang berperihaiwanan.




Kesedaran dikalangan masyarakat perlu ditingkat tentang Operasi pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya pada hari Ahad lalu oleh kerajaan Myanamar.

Orang-orang Rohingya Myanmar di Asia Tenggara menghadapi penindasan agama dan kerajaan; 800,000 Rohingya orang yang hidup di Myanmar dikelaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu minoriti di dunia yang paling dianiaya. Mereka adalah penduduk Islam di negeri Rakhine dan minoriti untuk penganut Buddha Rakhine yang menduduki kawasan itu.

Mereka diseksa, dibunuh dengan kejam, dibakar-bakar hidup, kaum perempuan dirogol beramai-ramai dan dipaksa menjadi buruh.Mereka berdepan dengan kebuluran, buruh hamba, dan dipaksa untuk tinggal di kem-kem yang paling buruk di dunia.

Kem-kem Pelarian mereka lebih kepada kem Tahanan.

Penduduk yang beragama Islam perkampungan dibunuh dan dibakar. Sami-sami yang berkepala botak dan pengikutnya berkumpul untuk membakar rumah-rumah orang Islam dan membakar masjid.




Lagi penduduk yang beragama Islam disebuah perkampungan
dibunuh dan dibakar.

Kanak-kanak Muslim yang terbunuh di sana. Tidak ada negara Islam yang membantu mereka. Tidak ada media yang memberi liputan kepada penderitaan mereka.




Berikut adalah masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama yang musnah baru-baru ini.
Kawasan Meiktila, Myanmar.

1. Masjid Jamae’ (Ashaepyin Quarter, terletak sebelah barat Bazaar)
2. Masjid Bengali (Terletak di Maung Yadanar)
3. Masjid Nyein Chan Yay (Terletak di Maung Yadanar)
4. Masjid Turkish (Terletak di Maung Yadanar, Tat Nae, tanah tentera)
5. Masjid Myoma (Terletak di Maung Yadanar)
6. Masjid Hmanlone (a) Thiri Mingalar (Ka Gyi) (Terletak di Mingalar Thiri)
7. Masjid Pakistan (Terletak di Suku Mingalar Thiri)
8. Myo Oo Masjid (Terletak di Suku Zayyar Aung)
9. Masjid Nandawgone dan Institut Arab (Terletak di Suku Nandawgone)
10. Masjid Tharyargone (Terletak di Suku Nandawgone)
11. Masjid Chan Aye Tharyar (Terletak di Suku Chan Aye Tharyar)
12. Tempat Ibadah Pyi Tharyar (selatan) dan Pyi Tharyar (utara), (Terletak di Suku Pyi Tharyar)
13. Masjid Mingalar Zayyone (Terletak di Suku Zayyone Mingalar)
14. Sekolah Mudia Arab (Terletak di Suku Mingalar Thiri)
15. Institur Arab Azizia (Terletak di Suku Nandawgone)
16. Sekolah Tinggi Arabi (Terletak di Suku Zayyone Mingalar)

Jumlah Pelarian Muslim
1. Sekitar 6.000 (Kem Pelarian Daerah Stadium)
2. Sekitar 8.000 (Sekolah Tinggi Stesen Polis No.1)
3. Sekitar 3.000 (Sekolah Tinggi Pyi Tharyar – Shan Tae, dekat dengan lapangan terbang tentera)
4. Sekitar 3.500 – (melarikan diri ke kampung-kampung berhampiran dan Mandalay)

Jumlah kematian
1. Sekitar 130 (Muslim – 40 orang dapat dikenalpasti)
2. Sekitar 30 (Budha)


Masjid-masjid dibakar


Mari kita doakan kepada Allah SWT untuk keselamatan mereka. Inilah sahaja senjata yang kita ada.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 8 March 2013

Kebenaran Azab Kubur



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kebenaran Azab Kubur Berdasarkan al-Quran & Hadith

Alam Barzakh

Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.


Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.


Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat.


Beberapa Ayat al-Quran Yang Menyatakan Azab Kubur .

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan ﺿﻨﻜﺎ (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih.

“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (Surah Ghafir: 46)

Sebahagian ulama’ menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur.

Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab.

Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)

Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh.


“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47)

Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (AtTazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786).

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah ini mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541)


Beberapa Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur

Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)

Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)

Maka jelas daripada segala ayat al-Quran dan hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 7 March 2013

Berakhir Sudah Riwayat Hidup Di Dunia



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jenazah di tanah perkuburan
“Ya Allah, kurniakanlah kami nikmat iman. Nikmat kesihatan. Nikmat kelapangan masa. Akhirilah hidup kami dalam Islam dan Iman. Ampunilah kami. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana!”


Tiada sesiapa menduga dan mengetahui bila ajal seseorang itu tiba. Allah rahsiakan saat kematian supaya manusia tidak lalai atau lupa dalam mentaati Allah dan RasulNYA.


Kenapa Allah rahsiakan kematian? Ini merupakan antara rahsia-rahsia Allah. Seperti firman Allah,

Surah Luqman ayat 34, "Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."


Cerita saya tentang bekas suami wanita buta yang saya bantu telefon 999 untuk memohon ambulan datang ke rumah kerana ada orang sakit yang tidak mampu berjalan. Selepas di masukkan ke wad barulah dikesan mengalami diabetes kronik yang telah merosakkan organ dalaman tubuh dan saraf sehingga akhirnya kaki kanan yang bengkak terpaksa dipotong buang .


Selepas pembedahan potong kaki, keadaan menjadi tidak stabil dan ditempatkan di wad CSSU selama seminggu. Terus berada di dalam keadaaa tidak stabil sehinggalah diberitakan oleh doktor tidak punya harapan untuk meneruskan kehidupan. Maka saya dan zauj pun datang berziarah buat beberapa kalinya.


Malam tadi (hari Selasa, 5 Mac 2013) saya menziarahi bekas suami wanita buta yang kritikal di Unit rawatan Rapi, CSSU Barat di HSAJB.

Sebelum kami tiba jantung telah berhenti seketika. Kami sampai bernafas menggunakan mesin pernafasan, masih berlaku pendarahan hati. (menurut pakar, pendarahan bahagian hati tak mahu berhenti).

Zauj saya membaca surah Yassin dan saya sentiasa melafazkan kalimah syahadah ditelinganya. Pada kahir bacaan Yassin nampak gegaran pernafasan sehingga kedengaran agak kuat dan bergegar katil. MasyaAllah... agak dalam 5 mminit kembali tenang...

Mohon doa rakan-rakan untk dihadiahkan kepada dia agar diampun segala dosa dan dilimpahi rahmat Allah ke atasnya.

Kita tak tahu bagaimana takdir kita, akhiran hidup kita, maka dengan kita mendoakan dia , moga saat sakaratul maut kita nanti dipermudahkan.

Takdirnya, pagi tadi jam 8.32 pagi (7 Mac 2013) telah pun meninggal dunia di wad CSSU. Jenazah di uruskan oleh pihak hospital. Selesai dimandi dan dikafan, jenazah dibawa ke Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti untuk disolatkan selepas zohor.


Selepas itu dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Alif untuk dikebumikan. Tamatlah kisahnya lelaki yang saya temui terlantar sakit di rumah pada 22 Februari bersamaan hari Jumaat. 13 hari di rawat di HSAJB, terus meninggal dunia.

Teringat saya kali pertama bertemu, pada 22 Februari 2013, ketika saya melihat arwah terbongkang kesakitan di ruang tamu dan saya datang mendekat untuk melihat keadaan kakinya yang bengkak, saya ada mendengar dia menyebut, "saya dah nak mati". Saya pujuk supaya dia mahu menerima rawatan di hospital, tetapi dia menolak. Akhirnya saya telefon ambulan HSAJB supaya datang mengambil pesakit. Sejak di masukkan ke wad, keadaannya semakin parah dan kritikal dan akhirnya meninggal dunia.


Setelah dimasukkan ke wad saya datang menziarahi (23 Februari)  dan bertanya keadaannya, dan sebelum balik saya bermaaafan dengan dia. Kali ke dua (27 Februari) saya datang ziarah ketika dia berada di wad CSSU setelah pembedahan potong kaki. Datang kali ini, saya mengingat dan membimbing dia agar mengingati Allah dengan mengucap syahadah. Saya suruh dia ikut lafaz syahadah dalam bahasa arab dan bahasa melayu. Saya ingatkan dia agar selalu menyebut nama Allah. Dia sebut berulang kali Allahu akbar. Sebelum balik pun, sekali lagi saya bermaaafkan dengan dia. Ketika itu dia masih lagi mengenali suara saya. Matanya sudah kabur dan tidak jelas melihat kerana saraf mata telah rosak.


Kali ketiga  (5 Mac 2013) dia tinggal di wad, saya datang sekali lagi dengan zauj pulak kerana anaknya mengkhabarkan ayahnya berada dalam kritikal. Kali ini, keadaanya sudah tidak sedar. Namun saya tetap melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab berulang-ulang kali sepanjang saya berada di sisinya sementara zauj membacakan surah Yassin.


Dan hari ini,(7mac 2013)  dia telah dijemput Allah ke hadiratNYA. Tidak kira siapa pun dia, selagi dia beriman, masih melafazkan syahadah maka dia tetap seorang muslim. Berdoalah untuk dia kerana janji Allah, ketika kita mendoakan kebaikkan untuk seseorang, maka ketika itu malaikat juga mendoakan untuk kita sama dengan doa kita untuk orang itu.

Jadi jika kita doa agar dia mati dalam iman dan rahmat Allah, maka malaikat juga mendoakan kita agar kita mati dalam iman dan rahmat Allah.

Moga disaat kematiannya dia pergi dalam keadaan tenang di dalam rahmat Allah Ta'ala. Maka tamatlah kisah yang saya mulakan. Berakhirlah sudah riwayat seorang hamba Allah di dunia ini. Bagaimana perjalanan seterusnya di alam barzakh adalah bergantung kepada bagaimana perjalanan kehidupan kita ketika di dunia ini.








Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 6 March 2013

Ziarah Kematian




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Solat Jenazah
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Adap Semasa Menziarahi Kematian

a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."

b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.



Ziarah kematian



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.