BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 31 May 2013

Kemana Mereka Mahu Pergi?


Bantulah mereka
Beberapa kes untuk kita renungkan dan akan dipertanggungjawapkan.

Kes 1

Seorang gadis bersekedudukan dengan teman lelaki. Bila tahu diri hamil, sedar telah buat salah, nak bertaubat. Jika masih duduk srumah dengan teman lelaki, sampai bila pun akan bergelumang dengan dosa.

Nak balik ke rumah, pasti dimarahi, tak ada ruang untuk bertaubat kerana mak ayah pun tidak pernah solat dan tidak ambil peduli tentang hal agama. Cuma rasa malu dengan jiran tetangga bila anak dah hamil tanpa nkah . Bukan malu kerana anak melakukan dosa besar.

Maka ada orang tunjukkan rumah perlindungan wanita yang boleh membimbing jalan yang lurus. Namun kena bayar. Sebulan RM 300.00. Walaupun rumah perlindungan itu adalah rumah perlindungan di bawah kelolaan Baitul mal.

Agak-agak teman lelaki gadis tu nak tolong bayarkan ke? Agak-agak keluarga nak tolong bayarkan ke?

Daripada perabis duit nak bayar masuk rumah perlindungan, keluarga suruh duduk aja di rumah tanpa ada bimbingan agama untuk taubat. Teman lelaki kata, tak payah la, duduk aja rumah sewa ni sama-sama.

Oleh kerana tak ada sapa nak tolong bayarkan mereka yang telah tersedar akan kesilapan tak mampu nak bertaubat dan diberikan bimbingan.

Kes 2

Seorang gadis kilang, dipulau keluarga sejak ibu meninggal dunia, ayah kahwin semula tinggal dengan ibu tiri seperti ibu tiri bawang putih bawang merah, adik-adik perempuan dah kahwin ikut suami masing-masing. Jadilah dia sebatang kara tidak diambik peduli oleh sapa-sapa.

Oleh kerana terlanjur, kemudian tersedar akan kesalahan, mahu cari rumah perlindungan. Kawan-kawan satu rumah di kilang dah tak suka, masing-masing ego konon kawan tu dah bawa sial. Kawan-kawan suruh keluar dari rumah. Bila dah begitu terpaksa berenti kerja. Kemana nak di tuju?

Cari rumah perlindungan semua kena bayar. Maka bila dalam keadaan binggung beginilah mereka ambik jalan singkat, buang bayi bila dilahirkan.

Kes 3

Seorang pelajar IPT, belajar menggunakan pinjaman PTPTN, duit cukup-cukup untuk sara diri dan bayar yuran penggajian. Sara diri tu pun lebih banyak kepada ikat perut makan maggi.

Supaya tidak dikenakan sebarang tindakan oleh IPT, gadis ambik keputusan mohon tangguh semester, cuti 1 sem dihujung kehamilan. Bila tanggung semester, pinjaman PTPTN tidak diberikan, kerja takde, macamana nak sara diri? Nak masuk rumah perlindungan kena bayar, maka ambik jalan singkat bila beranak buang bayi.


Atas kesedaran contoh-contoh kes di atas, maka Baitus Solehah di asaskan sebagai rumah kebajikan, tidak mengenakan bayaran kepada mana gadis yang terlanjur dan sukarela datang serah diri minta dibimbing.

Itulah permulaan kisah kenapa Baitus Solehah diasaskan sebagai rumah Kebajikan melindungi gadis terlanjur. Mana-mana gadis yang sukarela datang minta perlindungan dan minta bimbingan, memang hati mereka telah dikurniakan 'NUR'.

Mereka mudah dibimbing, mudah menerima ajaran dan pelajaran. Ini kerana pokok asasnya ialah ikhlas kembali ke jalan Allah.

Jadinya Baitus Solehah diasaskan dari taqwa dan ikhlas orang ramai. Sumbangan ikhlas yang menjadikan 'NUR' itu bersinar dan bercahaya. Moga-moga setiap yang menyumbang pembangunan Baitus Solehah dikurniakan kemurahan rezeki yang melimpah ruah , kekayaan harta dan kekayaan jiwa di dalam rahmat Allah Ta'ala. Bumi dan hari waktu kita memberikan sumbangan menjadi saksi diakhirat nanti atas apa yang kita lakukan semasa di dunia ini.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Kuliah Zuhur: Bumi dan Hari Menjadi Saksi


Bumi dan Hari Menjadi Saksi


Alhamdullilah, hari ini diteruskan lagi kuliah zuhur harian mengupas bab dari buku TG Nik Aziz , "Bertemu Janji Allah". Kupasan hari ini berkaitan 'Bumi dan Hari Menjadi Saksi'


Imam At-Tarmizi meriwayatkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA katanya, bahawa Rasullulah SAW telah membaca firman Allah SWT:

يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَ


"Pada hari ini (hari kiamat) bumi menceritakan beritanya." (Surah Al-Zalzalah ayat 4)

Ketika berada perbicaaran untuk timbangan amal di Mahsyar nanti, semua menjadi saksi atas segala perbuatan ketika di dunia ini. Bumi akan memberikan kesaksian dengan apa yang kita lakukan semasa di dunia.

Walaupun malaikat sudah menjalankan tugas dengan sempurna, segala amal perbuatan baik dan buruk/mungkar sudah dicatatkan dengan terperinci, rekod peribadi manusia disediakan oleh malaikat itu sudah cukup lengkap bagi membuktikan seseorang itu sebagai orang yang mempunyai amal soleh atau sebaliknya. Walaubagaimana pun Allah tetap mendatangkan saksi bagi melengkapkan pertuduhan terhadap hambaNYA di mahkamah akhirat nanti. Selain anggota tubuh menjadi saksi, bumi juga memberikan kesaksiannya.

Pernah kita disarankan perbanyakkan solat walaupun dimana berada. Jika kita selalu bersolat diruang tamu, alih-alihkan tempat solat kita supaya semua kawasan menjadi saksi. Walau dimana kita berpijak ia tetap bumi Allah jua.

Ibnu al-Mubarak meriwayatkan sebuah hadith daripada Abdullah bin Amru bin Al-'Ash
katanya, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud,"barangsiapa yang sujud (solat) di bawah pokok ataupun di sisi batu, nescaya pokok dan batu itu akan menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat."

Mengenai hari pula, setiap hari adalah hari baru. Hari yang telah berlalu tidak mungkin akan berulang. Hari akan menjadi saksi di akhirat nanti apa yang telah kita lakukan di masa ini , dihari ini. Kita tidak mampu memadam apa yang telah berlaku di hari semalam. Maka selalu kita baca atau dengar orang berkata atau menulis, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. Apa maknanya tu?

Ini kerana hari akan menjadi saksi dengan apa yang telah kita lakukan.

Begitulah kehidupan insan di muka bumi sungguh indah ini. Hampir semua benda yang ada di atas muka bumi ini akan menjadi saksi kepada manusia diakhirat nanti. Mereka saling menawarkan diri untuk menjadi saksi yang jujur di hadapan Allah SWT.

Ahli neraka akan berpuashati dengan peranan saksi-saksi , mereka tidak rasa teraniya kerana semua saksi itu berkata benar. Mereka bersaksi atas perintah Allah SWT.

Saksi-saksi yang jujur akan mengembirakan orang yang kehidupannya dihiasi kebaikkan, tetapi akan menjadi sebaliknya kepada mereka yang kehidupannya dipenuhi kejahatan dan dosa.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Kemahiran Menguruskan Rumah Tangga


Hendaklah Selalu Ingat Allah

Ta'alim subuh ini yang disampaikan oleh Muhammad Nur Iman membicarakan tentang hadith Qudsi, “Aku sentiasa dengan hambaKu setiap kali dia mengingatiKu dan bergerak-gerak kedua bibirnya menyebut namaKu, Jika hambaKu mengingatiKu dalam dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya”

"Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu" (al-baqarah:152)

Berkata Thabit al-Bunani rahimahullah: Sesungguhnya aku mengetahui bila Allah ‘Azzawajalla akan mengingatiku.

Orang ramai bertanya dengan hairannya: Bagaimana kamu tahu semua itu?

Jawabnya: Jika aku mengingatiNya Dia akan mengingatiku.

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. (Perbanyakkanlah mengingati Allah)." (al-ahzab:41)

"Apabila kamu bertolak balik dari padang Arafah, hendaklah ingat akan Allah di Masy'aril Haram(nama bukit). Dan ingatlah akan Allah sebagaimana Dia menunjuki kamu. Sesungguhnya kamu sebelumnya termasuk orang-orang yang sesat." (al-baqarah:198)

"Maka apabila kamu telah selesai menunaikan amalan haji, ingatlah akan Allah seperti kamu mengingati bapa-bapamu malah lebihkan lagi mengingatiNya." (al-baqarah:200)


"Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring." (ali-imran:191)


Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring (an-nisa’:103)

Allah Ta’ala juga mencela orang munafiq iaitu:


"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah sedang Allah menipu mereka itu (membalas tipuan mereka itu). Apabila mereka berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas serta riya' terhadap manusia dan mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali." (an-nisa’:142)

Allah ‘Azzawajalla juga menyuruh kita menghormatiNya dalam firmanNya yang lain.


"Dan ingatlah Tuhanmu di dalam hatimu serta merendahkan diri dan takut, dan bukan dengan suara yang keras, ketika pagi dan petang dan jangan kamu termasuk orang-orang yang lalai." (al-a’raf:205)

Sebagaimana mana Allah memberi tahu kita juga,
"Sesungguhnya mengingati Allah lebih besar (faedahnya)." (al-ankabut:45)

“Orang yang menyebut Allah sedang dia lalai sama seperti pohon yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering”


Kemahiran di dapur

Selesai Ta'alim Subuh, terus bersiap-siap menghantar seorang anak BS ke Pusat Kesihatan untuk ujian gula dalam darah.

Turunkan di PKTU, singgah pasar awam yang terletak berdepan PKTU saja. Beli kerang, ikan tongkol, ikan belanak, udang, timun, sengkuang, terung, bayam merah,kacang panjang, jambu batu, ubi kayu, kacang tanah, ikan bilis, kelapa dan lain-lain bahan masakan.

Sorang teringin nak makan rojak tu beli bahan buat rojak buah, petang nanti ummi buatkan. Sorang nak makan jemput-jemput bilis, nak makan kuih ketayap. Dah beli semua bahan tinggal nak masak saja lagi.

Beli kerang dengan ikan tongkol nak bagi tambah darah. Ada yang baru tiba, (sebelum ni takde sapa jaga pemakanannya) hb darah bawah 10. Kena usaha beri makanan berkhasiat yang boleh menambah hb darah. Sayur bayam merah juga baik untuk kesihatan.

Sama-sama bantu membantu di dapur. Sama-sama makan. Alhamdullilah...

Kemahiran rumahtangga tetap diserapkan agar mereka tahu menguruskan rumah tangga apabila mempunyai rumahtangga sendiri ditakdir mereka bertemu jodoh selepas ini.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 30 May 2013

Menyakini Perkara Ghaib


Bertemu Janji Allah
Kuliah zohor hari ini disampaikan sendiri oleh saya melalui kupasan buku TG Nik Aziz bin Nik Mat bab 31, "Sabar ketika Ditimpa Bala dapat Pahala Tanpa Hisab".

Amal yang banyak tidak semestinya berat dalam timbangan di akhirat kelak, kerana amal yang mempunyai nilai ialah amal yang ikhlas.

Berdasarkan nas Al-Quran dan hadith Rasullulah SAW bahawa 'mizan' (timbangan amal) adalah perkara yang haq, ia pasti terjadi di akhirat kelak dan ia adalah salah satu perkara yang wajib diyakini, sebagaimana wajibnya menyakini adanya 'sirat' atau jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga, perhimpunan di Padang Mahsyar dan sebagainya.

Menyakini hal berkaitan 'mizan', 'sirat', 'syurga', 'neraka', 'dosa' dan 'pahala' adalah termasuk dalam perkara perkara ghaib yang ada dalam rukun iman. Bab ini adalah kesinambungan dengan kupasan Rukun Iman yang disampaikan disetiap Tazkirah Subuh setiap hari di Baitus Solehah.

Di Baitus Solehah penekanan santapan rohani, makanan jiwa lebih utama dari lain-lainnya. Ini supaya walau dimana mereka pergi selepas keluar dari Baitus Solehah adalah keyakinan yang benar tentang keESAan Allah ta'ala.

Dengan keyakinan yang mantap terhadap keESAan ALlah akan membantu menunjukkan jalan yang lurus. InsyaAllah...


 
Kuliah Zuhor


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Santapan Rohani Pagi

 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap pagi sebelum menerima santapan perut, santapan untuk roh dan jiwa didahulukan. Muhammad Nur Iman adalah penyampai ilmu setiap suboh. Santapan hati lebih diutamakan dari santapan perut yang mana bila kenyang akan dibuang. Santapan hati akan kekal disanubari.





Tazkirah di suboh hari amat memberi kesan kepada jiwa. Roh kita masih segar selepas kerehatan yang panjang. Mudah menerima ilmu disampaikan.

Pagi ini Muhammad Nur Iman mengupas tentang akhlak muslimah dan dicerahkan dengan kisah contoh teladan.

Disambung sedikit berkaitan ibadah dan solat. InsyaAllah segala pengisiaan ilmu berkaitan dengan kehidupan harian. Beramal dengan ilmu.

Alhamdullilah, mana-mana hati yang dikurniakan nur mudah untuk menerima hidayah dan ia hidup bagaiman haruman kasturi.


Tazkirah selepas solat subuh

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday, 29 May 2013

Baitus Solehah : Ada AmanahNYA

Tazkirah Subuh

Jam 5.30 semua sudah berkumpul di ruang utama untuk solat berjemaah. Selesai salam dimulakan dengan istigfar dan berakhir dengan zikir dengan mengucap kalimat tauhid “Laa ilaaha illallah” (tiada yang patut disembah kecuali Allah) kemudian diiringi doa oleh imam.

6.30 mulai Tazkirah subuh yang disampaikan oleh Muhammad Nur Iman. Pagi ini Muhammad Nur Iman mengupas tentang Rukun Iman, 6 perkara.

Dimulai dengan percaya kepada Allah, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada Rasul, Percaya kepada kitab, Percaya kepada Kiamat dan Percaya kepada qada-qadar. Di kupas halus agar mudah difahami oleh penghuni baru mengenal Islam.

Alhamdullilah, ada soalbalas ditanya sekiranya kurang jelas.

Penyampaian tazkirah sehingga pukul 7.15 pagi.

Kemudian disambung dengan slot TV9 Tanyalah ustaz yang berkisar tentang Si Tanggang Moden, kisah tanggungjawap anak terhadap ibu bapa.

Syukur kepada Allah kerana sentiasa memudahkan urusan mendidik penghuni yang mahu kembali ke jalan Allah. Amat mudah mendidik sekiranya hati-hati itu sendiri terbuka dengan sinaran nur illahi.

Moga-moga hati mereka sentiasa terbuka dengan limpahan nur rahmat Allah Ta'ala.

Selesai slot Tanyalah Ustaz barulah mereka bangun untuk menyediakan santapan perut agar memiliki kekuatan fizikal.

Indahnya hidup bersyariat dan berkasih sayang di Baitus Solehah. Moga-moga bi'ah ini mereka bawa bila keluar nanti.


Syukur tidak terkira, rupanya orang yang memang ikhlas kembali ke jalan yang lurus, Allah mempermudahkan ingatan dan hafalannya. Belajar sudah masuk iqra 3 walaupun baru 3 hari, al-fatihah sudah hafal dan pagi tadi saya semak bacaan tahaiyat akhir.

Sudah lancar bacaan tahiyat akhir. Rukun solat 13 perkara, cuma 2 rukun saja yang wajib dibaca, iaitu alfatihah dan tahiyat akhir. Maka ini permulaan yang dibimbing supaya sempurna solatnya mengikut rukun.

Alhamdullilah...begitu rupanya jika hati disirami 'nur illahi'. Nampak 'nur illahi' diwajah dan hati mereka.

Bak kata seorang Muridin,

Yang datang kepada Baitus Solehah itu adalah kurniaanNya ..yang datang kepada Baitus Solehah itu adalah amanahNya ...KehendakNya jualah ..Kerana Dia Maha Berkehendak lagi Menentukan ..KehendakNya yang tiada putus lagi kehendakNya yang tidak bersebab ..isnad (sandaran) pada sebab hanyalah pada manusia jualah ..illat syariat pada pandangan orang kebanyakkan tetapi bukanlah pada illat hakikat ..bukanlah disebabkan dosa yang dilakukan mereka itu tetapi kehendakNya jualah mereka di Baitus Solehah.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 28 May 2013

Air Mata Taubat

Taubat seorang Hamba
Kalimat tauhid “Laa ilaaha illallah” (tiada yang patut disembah kecuali Allah), yang sesungguhnya bukan zikir yang dikhususkan bagi upacara memperingati kematian seseorang sahaja.

Usai solat maghrib wirid dimulakan dengan istigfar dan berakhir dengan tahlil 100 kali.

Ketika serentak mengalunkan zikir “Laa ilaaha illallah” ia sayu-sayu meresap dalam sanubari hingga menerbitkan air mata penghuni. Di hujung doa, seorang penghuni menangis tersedu-sedu dalam pelukan penghuni lain.

Katanya dia teringatkan ibunya yang tidak pernah mengerjakan solat. Saya nasihatkan dia, agar banyak-banyak berdoa, mohon Allah kurniakan nur dan hidayah kepada kedua ibu bapanya seperti mana Allah kurniakan nur dan hidayah kepadanya sekarang ini.

Moga-moga airmata yang dia tumpahkan selepas bertaubat ini menjadi air yang mampu memadamkan api neraka. Dan istigfar yang sering dialunkan dibibir dan dihati menjadi cangkul yang mampu merendahkan gunung-gunung dosanya selama ini.


Ana Muridin ...alhamdulillah , rintihan taubat hambaNya itu lebih disukai olehNya dari Tasbih para Auliya'Nya ...mudah2an Allah Taala permudahkan diri hambaNya agar kekal dalam taubat ...tuntutan selepas bertaubat itu ialah menjagai diri dalam mengekali akan Taubat ...mudah2an Allah permudahkan.


Amin...


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Pemeriksaan Kesihatan Ibu Hamil


Menjalani Pemeriksaan Kesihatan
Seawal jam 2.47 pagi saya mendapat panggilan telefon dari seorang gadis minta dijemput di Larkin Sentral. Gadis dari Shah Alam hamil 6 bulan.

Zauj menemani saya menjemput gadis tersebut. Say pesan gadis tu supaya cari lokasi ramai orang sementara tunggu saya tiba. Pulai Utama ke Larkin Sentral hampir 30 km, ambik masa 25 minit di waktu dinihari yang kenderaan lengan di jalan raya.

Yang bertemu cuma kereta peronda polis sedang menahan sekumpulan remaja. Mungkin remaja merempit.

Tiba di Larkin Sentral terus saya menuju ke Kedai Makan tempat di mana gadis itu menunggu. Katanya, sebelum saya tiba, ada seorang mamat menghampiri, mujur ada pemandu teksi yang sedang berkumpul berhampiran di situ yang menyuruh pemuda itu beredar. Rupanya mamat itu jual pil khayal yang jika gadis-gadis cuai , mereka akan campak pil dalam minuman. Mereka akan ajak berbual-buaal , konon seseolah beri perhatian pada gadis-gadis bermasalah. Bila gadis tu nampak lalok, mereka konon nak tolong hantar mana tempat gadis tu nak tuju. Itulah tektik memperdaya.

Alhamdullilah gadis ini terselamat dari diperdaya, dan saya bawa pulang ke rumah. Kesilapan lalu masih ada peluang bertaubat jika menemui jalan yang lurus. Jika sedang bermasalah, terpedaya lagi, akan menambahkan rumit laluan kehidupan, silap-silap dijadikan pelacur oleh mereka yang ambik kesempatan. Nauzubillah....mohon dijauhkan jalan itu dari kita semua.

Siang nanti 2 gadis penghuni baru Baitus Solehah akan dibawa ke Pusat Kesihatan untuk buka buku merah, pemeriksaan ibu hamil.









 Sebaik penghuni baru tiba di Baitus Solehah, perkara pertama ialah melakukan mandi taubat. Dan diajar solat taubat. Ia bergantung kepada tahap ilmu individu.

Seterusnya dari segi teknikal kesihatan, segera di bawa ke Pusat Kesihatan berdekatan pada hari klinik di buka untuk pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Hari ni bawa ke PKTU 2 orang penghuni baru, dan seorang penghuni yang tiba minggu lepas memerlukan pemeriksaan ulangan ujian darah.

Oleh kerana terlalu ramai orang, seorang yang perlu bertemu doktor terpaksa bertemu diwaktu petang. Rupanya waktu petang pun ramai orang. Dari 2.33 petang hingga 5.33 baru balik ke rumah.

Satu hari suntuk berada di PKTU menemankan mereka. Alangkah bagusnya jika ada Ipad, boleh menulis dan membuat kerja-kerja pengurusan walau dimana jua berada.


Semoga semua mereka di Baitus Solehah mendapat ampunan Allah dan taubat mereka diterima di dalam rahmatNYA.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 27 May 2013

Celik Hati


Saling bantu membantu
Penghuni baru semalam tiba pun celik hati dan mudah menerima ajaran. Belajar terus secara praktikal lebih mudah dan berkesan.


Alhamdullilah, dari cara berwudhuk terus kepada rukun solat ditunjukkan, dan dibimbing melalui solat jemaah. Lepas tu mula mengajar iqra oleh penghuni lama. Saling bekerjasama , saling ingat mengingati dan saling sayang menyayangi antara penghuni.


Moga-moga kesungguhan taubat mendapat ampunan Allah ta'ala. Hidayah Allah memberi jalan mereka ke Baitus Solehah tidak disia-siakan.

Lepas solat maghrib secara berjemaah, masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Zikir, solat dan mengaji.


Tazkirah Zohor


Pengisian selepas solat zohor sedikit tentang rukun Islam mengenal Allah dan percaya perkara-perkara ghaib.

Disampaikan oleh saudara baru yang sudah 2 tahun memeluk Islam, saudara Muhammad Nur Iman. Bercerita pengalaman lalu dan bagaimana hidayah Allah bersinar dihatinya.

Pengisiaan yang bagus kerana berdasarkan pengalaman yang dilalui. Peluang menyampaikan tazkirah di Baitus Solehah terbuka kepada orang ramai. Sesiapa pun boleh menyampaikan ilmu, dan berkongsi dengan penghuni di sini. Tazkirah yang mana disamping mengingatkan orang lain, ia juga mengingatkan diri sendiri.

Pengisian ilmu secara santai dilakukan sepanjang waktu di Baitus Solehah.


Tazkirah selepas solat zohor



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 26 May 2013

Baitus Solehah Bukan Semata-mata Rumah Perlindungan


Tangisan Hamba Yang Mahu Bertaubat


Bertambah seorang lagi penghuni Baitus Solehah. Alhamdullilah, gadis yang bersekedudukan dengan boyfren sedia berhijrah ke Baitus Solehah dan meninggalkan kemungkaran.

Tepat jam 10.52 pagi tadi saya tiba di Pizza Hut Larkin Sentral untuk jemput dia. Saya tunggu hampir 30 minit dari masa yang dijanjikan. Bila dia lewat tiba, tidak putus-putus saya berdoa moga Allah mempermudahkan jalan baginya untuk bertaubat.

2 hari lepas dia sms saya menyatakan hasrat nak tinggal di Baitus Solehah. Sebab itu hari segera saya jemput dia. Saya tak mahu terlewat, takut dia tukar fikiran.

Moga gerak hatinya mahu berhijrah mendapat pimpinan Allah Ta'ala. Bila saya rasa dah lewat 15 minti dari masa yang dijanjikan saya yang risau. Takut boyfrennya tidak melepaskan dia. Alhamdullilah, 10 .33 saya nampak kelibatnya di tepi jalan raya. Ketika itu saya berada di dalam premis Pizzahut untuk memerhatikan adakah boyfrennya turut datang mengekori dia untuk mengetahui di mana Baitus Solehah.

Bagi saya inilah peluang terbaik untuk mentarbiyah mereka yang telah tersasar dan tergelincir dari jalan yang lurus.

Dalam perjalanan balik ke rumah ,kami melalui jalan yang bukan kebiasaan untuk mengelirukan jika kami diekori. Kami singgah Dewanraya Taman U untuk memenuhi jemputan walimah. Saya bawa gadis ini makan kenduri.

Lepas makan barulah kami balik ke rumah dengan rasa lapang dada kerana tak ada sesiapa yang mengekori kami.

Tiba di rumah, santai-santai berbual dengan penghuni lain untuk berkenal mesra dan taaruf.

Tiba masanya saya bertanyakan soalan asas fardhu ain. Mandi wajib. MasyaAllah, dia tak tahu mandi wajib. Tak tahu sebab -sebab mandi wajib dan tak pernah mandi wajib selama berusia 24 tahun.

Dia anak yang dilahirkan dari keluarga Islam, melayu. Mak ayah melayu beragama Islam, tetapi dia tidak tahu apa-apa tentang fardhu ain. Itu belum lagi kepada cara berwudhuk.

Saya belum cek lagi tentang syahadah. Allahuakbar...

Rupanya Allah kurniakan lebih besar tanggungjawab menubuhkan Baitus Solehah. Bukan mengajak orang tidak Islam menyembah Allah, tetapi mendidik orang yang dilahirkan Islam tetapi tidak tahu Allah dan tidak pernah menyembahNYA.

Saya tak perlu nak masuk atau keluar kampung tetapi mereka datang menyerah diri minta dibimbing, Subhanallah....

Moga-moga 'nur' Allah sentiasa bersinar dihatinya dan melimpahi kepada anak yang dikandung. Sudah 6 bulan berlalu dalam kandungan, moga cukup masa untuk dia benar-benar bertaubat dan bersih seperti baru dilahirkan. Dan anak itu sempat diberikan santapan rohani agar mudah dididik oleh sesiapa yang dikurniakan peluang menjadi keluarga angkatnya.


Pemulihan Akhlak dan Akidah


Baitus Solehah yang menjadi tempat perlindungan wanita kini menjadi tempat pemulihan akhlak dan pemulihan akidah juga.

Lepas zohor tadi berlangsung pengsyahadahan seorang penghuni yang baru tiba tengahari tadi.

Sebaik tiba diajar mandi wajib terlebih dahulu. Selepas itu barulah diajar mengucap syahadah.

Ketika mengucap syahadah bahasa arab, dia ikut sepatah-sepatah. Selepas berjaya melafaz syahadah bahasa arab, dia menangis tersedu-sedu sambil memeluk saya.

Sudah puas menangis barulah diteruskan ikrar syahadah dalam bahasa melayu.

Dan dia terus menangis mengenangkan dosa silam. Diterangkan hal taubat dan hal keluasan ampunan Allah.

Rupanya memang ibu ayahnya tidak pernah solat dan puasa. Kebetulan rupanya parasanya bukan persis melayu,maka tidaklah sesiapa ambil peduli hal ibadahnya ketika masih bersekolah dahulu.

Kasihan ya... siapa mahu dituding telunjuk kenapa anak yang dilahirkan oleh ibu bapa beragama Islam , hidup dalam lingkungan masyarakat Islam tetapi tidak menyembah Allah? Apatah lagi mahu mengamalkan syariat islam jika tidak ditunjukan jalan.


Sesiapa sudi, dijemput untuk bersama-sama mentarbiyah mereka ini. Dipersilakan...


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 20 May 2013

Pentingnya Ibu Yang Berfikiran Agama


Pendidikan bermula dari rumah
Tazkirah buat rakan-rakan yang bergelar ibu...dan untuk suami yang mahu isteri mendidik anak-anak menjadi daei.

Untuk melahirkan umat Islam yang kuat ia bermula dari rumah, dari asuhan ibu dari pimpinan seorang suami terhadap isterinya.

Pemimpin keluarga adalah suami tetapi pemimpin rumah tangga adalah isteri.

- Ibu adalah madrasahnya anak-anak

- Ibu adalah universiti terbesar bagi anak-anaknya, sikap dan cara berfikir ibu sangat besar pengaruhnya bagi anak dan penghuni rumahnya, keluarganya dan lingkungan tetangganya. Karena itu sangat penting bagi wanita untuk mempunyai pengetahuan dan fikir agama.

- Apabila di rumah, ibu selalu disibukkan dengan urusan rumah tangga seperti mengurus anak, membersihkan rumah, memasak dan lain-lain sehingga sulit untuk belajar agama dengan benar.

- Apabila kita keluar di jalan Allah, maka kita akan berada dalam suasana yang berbeza, terlepas dari urusan dunia, sehingga kita dapat belajar agama dengan benar, dan Insyaallah fikir agama meresap ke jiwa dan dalam hati kita.

- Dan apabila pulang ke rumah, kita tahu bahwa kita punya tanggung jawab untuk menanamkan fikir agama kepada anak-anak kita, pembantu-pembantu kita, keluarga kita, orang-orang di sekitar kita dan siapapun yang bertemu dengan kita.

- Di akhirat kelak kita akan di soal / ditanya tentang : sholat kita, puasa kita, zakat kita dan amal perbuatan lainnya. Sebagai muslim, baik laki-laki maupun wanita mempunyai tanggung jawab dakwah, maka wanita pun akan diminta pertanggungjawabkan hal mengenai dakwah.

- Dari rumah yang ibunya mempunyai fikir agama, maka akan lahir anak-anak yang sholeh dan sholehah.

- Dari kisah-kisah para nabi, dapat dilihat dari isteri nabi yang tidak punya fikir agama seperti nabi Nuh as. Beliau berdakwah selama 950 tahun hanya mendapat pengikut 83 orang. Anaknya menjadi kafir, kaumnya dimusnahkan oleh Allah swt. Nabi Luth as., isterinya menentang dakwah, anaknya kafir.

- kaumnya juga dimusnahkan oleh Allah swt. Sebaliknya nabi Ibrahim as., isteri-isterinya adalah wanita yang punya fikir agama, sehingga beliau mendapat banyak pengikut dan dari keturunannya lahir nabi Ishaq as., nabi Yusuf as., nabi Daud as., nabi Sulaiman as., nabi Isa as., dan dari Siti Hajar lahir nabi Ismail as., yang dari keturunannya lahir nabi Muhammad saw.

- Demikian pula isteri-isteri Rasulullah saw mampunyai fikir agama, terutama Khadijah r.ha yang telah mengorbankan seluruh harta bendanya untuk penyebaran agama Allah swt, dan beliaulah yang selalu menghibur, mendorong suaminya untuk sye'arnya Islam, sehingga kurang lebih 23 tahun Nabi berdakwah, seluruh jazirah Arab memeluk Islam.

- Setelah nabi wafat perjuangan dakwah dilanjutkan oleh para sahabatnya dengan pengertian dan dorongan para isterinya sehingga tidak beberapa lama 2/3 belahan bumi menjadi Islam. Demikianlah semua ini berkat pengaruh dan fikir kaum wanita.

- Seorang wanita sholehah lebih baik dari 70 aulia, sedangkan wanita yang akhlaknya buruk lebih jahat dari 1000 laki-laki yang jahat dan dia akan menyeret 4 laki-laki keneraka jahannam yaitu :1. suaminya, 2. Bapaknya, 3. Saudara laki-lakinya, 4. Anak laki-lakinya.

- Di zaman ini kerja dakwahpun dimulai dari seorang wanita yang punya fikir agama yaitu nenek Maulan Ilyas rah.a. Beliau ingin mempunyai keturunan yang mempunyai fikir agama, maka dinikahkanlah puterinya dengan seorang ulama dan darinya lahirlah Maulana Ilyas rah.a.

- Jadi sangat perlu sekali wanita ikut ambil bahagian dalam usaha dakwah ini.

- Agama akan sangat lambat sekali perkembangannya apabila para wanitanya tidak ikut usaha dakwah.

- Ibarat pedati yang mempunyai roda sebelah, maka jalannya pun akan lama atau seperti seekor burung yang sayapnya patah sebelah.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 19 May 2013

Kesilapan Masa Lalu Sempadan untuk Berhijrah

Luahan rasa
Alhamdullilah, Baitus Solehah mula dibantu oleh sukarelawan yang datang hujung minggu untuk bersama-sama penghuni Baitus Solehah.

Mereka mengadakan beberapa aktiviti bersama, seperti menghadiri majlis ilmu di luar Baitus Solehah, riadah, qiamulail, motivasi santai, kerjatangan seperti mengait dan luahan rasa.

Perlunya ada sessi luahan rasa untuk mereka mengeluarkan apa yang tersirat dan tersimpan dalam sanubari mereka dari kisah lalu dan harapan akan datang. Ini memberikan mereka satu mission bahawa hidup ini perlu diteruskan dijalan positif. (jalan Allah redha).

Mana-mana yang merasa telah gelap masa depan, kita bimbing agar mereka redha dengan takdir yang sedang mereka jalani sekarang ini,.

Di setiap musibah ada hikmah tersembunyi. Seperti kata seorang penghuni, dengan kesilapan ini, saya mendapat 'nur' untuk berubah. Jika sebelum ini saya hidup dalam keadaan lagha, hanya mengejar dunia menyebabkan saya terpedaya.

'Nur' yang menyinggah di sini, membuatkan saya kenal Allah, belajar bersolat dengan istiqomah, memperbaiki bacaan al-quran dan menutup aurat. Dengan musibah yang saya terima, saya mencari orang untuk membimbing saya ke jalan yang benar. Sangat-sangat bersyukur dengan peluang taubat yang Allah berikan.

Moga-moga taubat mereka diterima, dosa-dosa mereka diampunkan Allah Ta'ala. Kita yang suci mutlak ni belum tentu lagi jika tidak pernah bertaubat atas segala dosa harian yang dilakukan samada disedari atau tidak diketahui.


Antara Aktiviti Yang dijalankan Di Baitus Solehah:

1. Solat berjemaah
2. Bimbingan Rohani
3. Menghadiri majlis ilmu
4. Mengutip dan mencuci telekong yang dikutip dari surau-surau
5. Bimbingan akademik bagi yang menduduki SPM
6. Riadah

Jika sesiapa yang ingin menjadi sukarelwan, dipersilakan.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 18 May 2013

Pendidikan Di Baitus Solehah



Masukkan telekung dalam mesin cuci
Telekung di sidai
Hari ni penghuni Baitus Solehah buat kerja amal, dibawa pergi kutip telekung kotor di Surau shopping kompleks AEON dan menggantikan dengan telekung yang bersih untuk kegunaan pengunjung shopping kompleks mengerjakan solat.


Projek Cuci Telekung

Sampai rumah, mereka terus masukkan dalam mesin cuci. Dicuci menggunakan mesin cuci saja, tapi itupun sukar untuk ramai orang melakukan. Inilah salah satu kaedah pendidikan di Baitus Solehah, mendidik mereka agar suka melakukan kerja-kerja kebajikan.

Masa perlu dijihad untuk keluar melakukan kerja-kerja kebajikan, dan jihad membuang rasa malu untuk buat kebaikkan. Perkara asas ini pun perlu dididik bagi mereka yang belum biasa melakukanya.


Aktiviti ini perlu supaya penghuni tidak merasa tertekan dengan takdir yang dilalui. Nasi sudah menjadi bubur, tidak boleh kembali menjadi beras.

Biar air mata darah yang mengalir sekali pun perkara sudah berlalu tidak mungkin kembali.

Kaki perlu terus melangkah, ibarat perahu sudah di tengah sungai yang alirannya deras, terasa sangat kejam apabila kita terpaksa menempuh sungai yang aliranya deras. Tapi apa nak buat lagi. Supaya tidak tenggelam, kita kena kayuh perahu tu agar mudik di muara dengan selamat.

Baitus Solehah mendidik mereka melakukan kerja kebajikan agar apabila mereka keluar nanti mereka bukan
saja telah mendapat suntikann jiwa, santapan rohani sebaliknya tetap meneruskan kerja-kerja kebajikan sebagai bekalan di barzakh. Selagi ada peluang bertaubat, mereka akan rebut peluang tu. Kesilapan masa lalu menjadi satu mimpi ngeri yang memang bukan mudah nak delete seperti kita menaip di laptop.

Persediaan menghadapi SPM

Baitus Solehah bukan saja melindungi mereka sekadar menyediakan makan dan minum sehingga melahirkan anak, tetapi turut juga memberikan pendidikan rohani, melaksanakan ibadah secara berjemaah , menguruskan kerja rumahtangga tetapi turut membimbing dalam akademik.

Hidup perlu diteruskan. Sekiranya mereka ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih baik, mengapa tidak diberikan peluang itu?



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday, 17 May 2013

Disebalik Berlangsungnya Akad Nikah

Ijab dan kabul

Disebalik berlangsungnya majlis akad nikah semalam, ada cerita awalnya yang struggle dan  pertolongan Allah yang Maha Pengasih dan Belas Kasihan. Itu doa yang tidak putus-putus dipanjatkan agar semua urusan untuk hari ini dipermudahkan oleh Allah, dilembutkaan hati untuk semua yang terlibat.




Tak pernah dibuat orang, menguruskan permohonan pernikahan dapat diselesaikan dalam satu hari hingga akad nikah dilaksanakan. Pasangan calon penghuni Baitus Solehah, baru tiba di Johor Bahru dinihari tadi jam 2.00 pagi. Saya sudah sediakan sebuah homestay untuk dia dan keluarganya menginap.

Calon suami baru nak buat permohonan bernikah. Jadi subuh-subuh saya online untuk mengisi e-ncr, borang permohonan nikah secara online bagi seluruh negeri Johor. Saya isikan mana-mana maklumat yang saya tahu.

Jam 7.35 minit pagi saya bersama calon suami terus menuju ke Pejabat Agama Daerah Johor
pasangan pengantin ditemubual oleh kadhi
Bahru untuk mengambil borang saringan HIV dan mencetak borang permohonan yang telah dilengkapkan. Buat semula temujanji dengan Tuan Kadhi untuk bernikah jam 12.00 tengahari.

Selesai mengambil dan mencetak borang terus kami menuju ke Kg Melayu Lima Kedai, Gelang Patah untuk bertemu Ketua Kampung bagi mendapat surat pengesahan akuan pemastautin dan status diri calon suami. Sebelum datang saya sudah buat temujanji untuk datang ke rumahnya jam 10.00 pagi.

Sempat Ketua Kampung bertanya, "bila nak nikahnya?"

"Hari ni, jam 12.00 di Pejabat Agama, dah janji dengan Tuan Kadhi."

"Ujian Saringan HIV dah buat? Sekarang dah pukul berapa, 10.25 pagi, sempat ke Pusat Kesihatan nak buat? Selalunya mereka buat ujian saringan HIV di sebelah petang."

"InsyaAllah dengan qudrat dan iradat Allah, dengan pertolongan Allah, moga-moga Allah mempermudahkan dengan menunjukkkan jalannya."

"Pergilah, moga usaha kamu berhasil. Allah suka kepada orang yang berusaha dan melihat kepada usaha."

Kami pun segera menuju ke Pusat Kesihatan Taman Universiti untuk menjalani ujian saringan HIV. Dalam hati sentiasa berdoa, moga-moga ALlah melembutkan hati, menjinakkan hati dan membuka hati staf bahagian pengambilan darah untuk menolong dan memudahkan. Terkenang pulak , hari ni hari Khamis, hari pemeriksaan ibu-ibu hamil. Tentu ramai orang di Pusat Kesihatan. "Ya Allah, mudahkanlah urusan ini"

Sampai di Pusat Kesihatan jam 10.45 pagi. Terus berlari-lari anak masuk ke dalam klinik dan menuju bilik 16, unit pengambilan darah. Unjukkan borang dan kad derma darah. Rupanya, calon lelaki ini adalah penderma tetap darah untuk Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Setiap 3 bulan dia akan pergi untuk mendermakan darahnya. Jika lambat hadir, pihak Bank Darah sendiri akan telefon mengingatkan. Ini kerana calon suami ini memilik darah group AB. Group darah yang selalu kekurangan dalam Bank Darah.

Melihat tarikh akhir derma darah ialah 9 Mei 2013, staff bahagian darah setuju untuk melengkapkan borang saringan HIV tanpa perlu melakukan ujian darah. Dalam hati saya berkata, "keajaiban apakah yang Allah nak perlihatakan agar urusan ini mudah dan cepat?" 15 minit saja selesai urusan melengkapkan borang ujian saringan HIV.

Minggu lepas pun sama, ketika melengkapkan borang ujian saringan HIV penghuni Baitus Solehah, (calon isterinya) cuma ambik masa 15 minit juga , ini kerana sehari sebelumnya darah telah diambil untuk semua ujian bagi pemeriksaan antenatal ibu hamil. Keputusan ujian telah pun keluar, maka staf bertugas cuma perlu melengkapkannya saja lagi.

Jam 11.05 minit pagi terus kami pulang semula ke Baitus Solehah untuk bersiap dan menjemput wali , calon isteri dan saksi pernikahan. Dengan 2 buah kereta, kami bergerak semula ke Pejabat Agama Daerah Johor Bahru untuk menyerahkan borang permohonan Nikah yang telah lengkap. Alhamdullilah, kami dapat tiba sebelum jam 12.00 tengahari.

Dibenarkan bernikah pada hari ini juga
Sampai di kaunter serah borang dan masuk ke Bilik Tuan Kadhi. Oleh kerana anak sulong, dan wali tidak dapat menyertakan Sijil Pernikahannya dahulu, maka tuan kadhi menemubual wali dan isteri bagi memastikan anak sulong mereka ini benar-benar anak sah taraf. Ini sangat penting kerana mahu mewalikan pernikahan anaknya.

Sampai di sini semua berjalan lancar. Namun kerenah birokrasi memang tiada siapa dapat mengelakkannya. Akad Nikah tidak dapat dijalankan pada waktunya kerana beberapa procedur borang yang perlu diproses dan pembayaran di kaunter. Semua staf berehat makan tengahari pada jam 12.30. Semua kaunter telah ditutup. Kena tunggu pukul 2.15 petang pulak. Nak kata apa? Kenalah juga tunggu.

Sementara menunggu, saya terus menuju ke musalla yang disediakan untuk menunggu masuknya waktu zohor. Solat berjemaah dengan seorang staf perempuan yang datang awal ke musalla. Selesai solat saya pergi ke bahagian Baitulmal untuk membuat semakan permohonan Bantuan Sara Hidup cik lina. (Cik Lina ialah ibu tunggal yang buta). Menunggu jam 2.15 membuatkan saya sempat lena di kerusi tanpa mempedulikan orang ramai yang ada di situ.

Hati saya berkata, kaunter untuk permohonan bantuan dari Baitulmal cuma ada 2 saja, sedangkan kaunter untuk pungutan zakat, fidyah dan wakaf ada 6. Jelas di sini, Baitulmal cuma meraikan orang mengeluarkan duit (mereka terima duit) tetapi tidak untuk orang ramai yang meminta bantuan. Sebab itu kaunter punggutan selalu lenggan , jarang ada orang, dan kaunter disediakan ada 6 pulak tu. maklumkan kaunter untuk orang kaya.

Berbeza dengan kaunter mohon bantuan yang sempit dan sentiasa ramai orang. Jelas di sini, kaunter yang selalu orang ramai datang, orang yang datang tu miskin, kekurangan cuma ada 2 saja. Mereka tidak diraikan!

Kembali semula kisah borang cik lina, maka terkial-kiallah staf di kaunter nak menuding kepada siapa, borang permohonan belum diproses. Ini adalah kali kedua saya datang buat semakan bagi pihak cik lina. Borang permohonan Bantuan sara hidup ni pun saya yang isi dan lengkapkan dan saya sendiri yang hantar. Maka saya mempunyai nombor rujukan borang telah diterima. Ini bermakna juga, telah 3 kali saya datang ke kaunter bahagian permohonan bantuan. Kali pertama datang bawa cik lina yang buta, dengan susah payah nak pimpin cik lina naik tangga dan berjalan, tetapi mereka takde nak buat siasatan atau temubual bagi mempercepatkan bantuan untuk cik lina. Hari ni pulak mereka boleh tanya, cik lina datang ke?

Apa lagi saya jawap, "hari tu saya datang, kenapa tak nak temubual, suruh balik dulu, ingat senang ke saya nak pimpin cik lina ke sini "

Masih saya ingat, masa pimpin cik lina naik tangga, dengan tak ada pemengang tangga, hampir saya dan cik lina jatuh tergolek. Mujur masa tu ada seorang penghuni Baitus Solehah yang menemankan sempat merangkul kami berdua dari jatuh. Padahal penghuni tu pun sedang hamil, tak kuat juga. Sebenarnya ada pertolongan ALlah di situ menyebabkan kami tidak jatuh.

Agaknya supaya nampak ada tindakan, mereka panggil saya masuk ke kaunter lain disebelah dalam dan buat akujanji, nanti hari Isnin ,20 Mei 2013 akan datang buat ziarah dan siasat ke rumah cik lina.

"Baiklah , saya tunggu."

Selepas selesai urusan di sini, segera saya menuju ke Bilik Tuan Kadhi semula bagi memastikan akad nikah sudah dapat dijalankan. Malangnya tuan kadhi masih sibuk dikunjungi oleh tetamu. Maka bersabarlah kami menunggu. Ini pejabat orang, rumah orang, mana boleh nak mengamuk dan marah-marah akan kelewatan ini.

Dari 2.30 telah berganjak ke 3.30 petang, masih belum berlaku akad nikah. Terus menunggu sampai Naimah naik boring, dia berkata,"opah , apa pasal kenduri kat sini takde air?" Siap naimah mengadu pada atoknya dalam telefon, " kenduri kat sini apa pun tak ada tok, air takde, nasi takde, ayam goreng pun takde."

Saya yang tak sempat makan dan bersarapan, atau makan tengahari lagilah lapar. 3.45 baru nampak muka kadhi dengan staf pengiringnya tiba ke ruangan yang telah disediakan hamparan karpet dan pelamin. Maka berlangsunglah akad nikah yang dimulai dengan bacaan al-fatihah dan khutbah nikah. Istigfar dan al-fatihah sekali lagi.

Ada 3 pasangan yang akan dinikahkan serentak. Pasangan dari Sabah dan pasangan dari Pasir
lafaz cerai taklik oleh suami
Gudang. Sebaik akad nikah selesai, pasanagn pengantin dah boleh bersalam dengan pasangan dan mertua.

Jika nak buat kenangan, boleh bergambar sanding di pelamin tanpa dilihat orang ramai. Seelsai bergambar, jam menunjukkan 4.35 petang, dan kami semua bernasur pulang ke Baitus Solehah.

Begitulah coretan hari ini perihal kisah bernikah di pejabat agama. Lepas ni, tak mahu saya cadangankan pernikahan sesiapa saja dilakukan di pejabat agama kerana tidak dapat memenuhi tuntutan masa dijanjikan . Di Pejabat ada ramai orang yang datang dengan berbagai masalah untuk diadukan kepada tuan kadhi.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Majlis Pernikahan Penghuni Baitus Solehah

Ijab dan kabul

Baitus Solehah bukan sekadar melindungi gadis terlanjur tetapi turut membantu menguruskan pernikahan penghuni yang ingin bernikah.

Selesai sudah majlis pernikahan seorang Penghuni Baitus Solehah. Pendek kata Baitus Solehah bukan sekadar memberikan perlindungan kepada mereka yang telah terlanjur, tetapi membantu menguruskan pernikahan jika ada pasangan yang ingin bernikah.

Ini adalah lebih baik agar anak itu boleh mereka pelihara sendiri. Pernikahan dijalankan di Pejabat Agama Daerah Johor Bahru pada petang tadi.

Majlis yang ringkas namun memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki syariat Islam. Alhamdullilah...



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Lelaki Prihatin Berhati Mulia.




Majlis akad nikah
Saya bukan nak puji, cuma nak cerita saja. Kisah lampau saya tak tahu tapi dalam kita suka menilai seseorang berdasarkan luaran, sebenarnya tersembunyi sesuatu yang luhur di sanubari.

Ada satu kisah, seorang gadis yang ternoda dengan lelaki lain. Konon diperkosa oleh teman lelaki sekuliah. Lepas tu tinggal begitu saja tanpa mengetahui dia turut meninggalkan benih dalam rahim gadis. Janin kian membesar tetapi tidak disedari oleh gadis itu sehinggalah usia janin mencapai 3 bulan dalam kandungan.

Bila tahu air mata jadi teman. Semangat hidup sirna bagai senja berlabuh. Menunggu matahari tenggelam. Kebetulan bertemu dengan seorang lelaki lain yang agak prihatin. Bertanya kenapa dia jadi begitu. Sigadis pun bercerita perihal diri yang telah ternoda dan sedang membawa janin didalam rahimnya.

Setelah 2 bulan memberi perhatian kepada gadis ini, menimbulkan rasa sayang, dan berhasrat untuk memperisterikannya. Sedia melindungi gadis secara halal dan sah disisi agama.

Namun hasrat hatinya ditolak keluarga gadis, dan gadis dihantar ke rumah perlindungan wanita Baitus Solehah semata-mata untuk menggelakkan malu dan menjauhkan sigadis dari lelaki yang baik itu.

Namun sigadis bertindak protes, mengisytiharkan mogok lapar sehingga diri berada dalam keadaan murung.

Dari maklumat bisu sigadis diberikan satu nombor telefon. Rupanya nombor telefon lelaki prihatin itu. Dari situ saya mendapat pencerahan hujung pangkal cerita kenapa dan mengapa sigadis bertindak sedemikian rupanya. Hasil perbincangan dengan lelaki prihatin inilah yang membawa berlangsungkan akad nikah. Walaupun asalnya terdapat beberapa halangan kecil , alhamdullilah dapat diharungi.

Lelaki prihatin ini berstatus duda kematian isteri. Isteri pertama telah meninggal dunia. Isteri pertama merupakan seorang orang asal Semenanjung yang dia Islamkan terlebih dahulu. Setelah memperolehi seorang seorang anak perempuan, kiranya baru berusia 1 tahun, isteri meninggal dunia kerana lukemia. Sejak itulah lelaki prihatin ini selalu mendermakan darahnya ke Hospital Tengku Afzan.

Dia menjadi penderma tetap setiap 3 bulan. Jika lewat datang derma darah, pihak Bank Darah akan menelefon mengingatkannya. Group darah AB memang group darah yang sukar diperolehi.

Orang lain infak harta, dia infak darah. Darah tidak boleh dibeli atau dijual. Bukan semua orang layak untuk menderma darah. Ada pemurah nak derma darah tetapi tak boleh derma kerana ada masalah lainya. Zauj saya pernah suatu ketika memberi markah 10 % untuk kerja kursus kemasyarakatan kepada mana-mana pelajarnya yang menderma darah.

Dan kini lelaki prihatin sanggup melindungi gadis yang telah terlanjur dengan mengambilnya sebagai
rasmilah mereka sebagai suami isteri
isteri. Betapa mulia hati orang begini. Bila saya melihat sejarah lalunya, saya yakin dia benar-benar berhasrat melindungi gadis ini. Bukan kerana simpati semata-mata, tetapi memilik hati yang luhur seperti mana dia mengambil isteri pertama seorang gadis asal semenanjung untuk dilindungi sebagai seorang muslim. Rupa paras , bentuk tubuh bukan ukuran dan penilaiannya. Di samping sentiasa membantu pihak hospital dengan menginfakkan darahnya demi kehidupan orang lain.

Berapa ramai orang yang bersifat seperti lelaki prihatin ini? Mulia hatinya dalam pandangan Allah, moga-moga dikurniakan nur dan hidayah untuk membimbing anak dan keluarga barunya ini dijalan yang Allah redha.

Marilah ramai-ramai kita mendoakan kebahagiaan untuk dia keluarganya didalam rahmat Allah Ta'ala. Moga-moga isterinya menjadi isteri yang baik, kerana perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Taubat isterinya menjadikan dirinya bersih dan suci, layak dikahwini oleh lelaki yang baik.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 16 May 2013

Baitus Solehah: Cabaran Dalam Mentarbiyah

Mendidik Anak

Alhamdullilah...telah genap satu minggu ni bersabar, tidak mahu marah, takut lebur hadiah, masyaAllah.

Memang mencabar untuk mendidik seseorang yang tidak mahu bekerjasama samada belajar, menurut kata. Nak dipukul, anak orang, sementelah sudah dewasa, bakal jadi ibu lagi.

Tidak makan, tidak minum, tidak mandi apatah lagi mengerjakan perintah Allah. Ya Allah, jadikanlah kesabaran aku ini sebagai ibadah. Akukah yang bersalah, dan apa jawapanku dihadapanMU sekiranya dia tidak mahu mentaati perintahMU? Apa jawapan aku nanti?

Bolehke aku jawap,"sebab dia degil", "sebab dia malas", "sebab dia tak reti." Semua jawapan tuding orang yang salah. Dipihak aku pulak , "aku dah ajar ke?", "dah nasihat ke?", "dah bagitahu ke?"

Nak kata bisu, bukan bisu sebab boleh bersembang rancak dalam telefon, tetapi bila aku tanya jawapannya cuma geleng dan angguk.

Awak reti ke solat? Soalan ni langsung tak geleng dan tak angguk. Jadi dia tak solat tu kenapa? Malas atau tak tahu.

Beri telekung, langsung tak sentuh, terbiar saja dihujung kaki. Baring mematung diri hinggalah hari esoknya.

Makan minum kena paksa satu hari sekali. Hari ni suruh turun pun tak mahu. Manusia jenis apa dia ni agaknya.

Itu antara satu cabaran dalam mentarbiyah mereka yang telah terjerumus ke satu lembah yang hitam. Ada noda dalam kehidupan lalu berpunca dari tiada didikan agama dalam diri dari ibubapanya. Kenapa anak tu boleh jadi gitu? Bukankah ibu bapa yang beri warna kepada anaknya?

Rasulallah saw bersabda," Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah (suci). Kedua orang tuanyalah yang menjadikan ia yahudi, nasrani atau majusi,"

Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih, bersih. Ibu bapanya lah yang membentuk anak itu apakah ia akan menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya. Setiap orang tua harus bercita-cita untuk menjadikan anaknya soleh dan solehah. Oleh kerana itu, mendidik anak dengan agama harus dimulai sejak anak itu masih berada di dalam kandungan.

Takutnya kini dia sedang hamil, apakah nanti anak yang bakal lahir akan ikut seperti ibunya sekarang ini. Aku tidak tahu, hanya Allah yang tahu.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Dicelah-celah Kehidupan Dunia Remaja

Pertemuan dengan seorang ibu


Baitus Solehah diberi peluang untuk mendidik dan mentarbiyah seorang gadis sunti yang menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku. Baru berusia 12 tahun tetapi perwatakan seperti gadis berusia 17 tahun.

Haid pertama ketika usia 8 tahun telah menyebabkan dia kelihatan matang sebelum usia. Matang pada bentuk fizikal tidak adap dan tindakan. Ibu bapa sukar mengawal. Sejak berusia 10 tahun lagi tidak mahu ke sekolah, hanya duduk di rumah menonton TV siang dan malam.

Pernah menghilangkan dari rumah, diperkosa seorang kenalan ketika usia 10 tahun. Bila ditemui semula selepas 3 hari telah memaksa ibu bapa memenjarakan dia di dalam rumah ketika mereka berdua pergi bekerja.

Selepas ditemui, dilaporkan semula ke IPD Selatan. Ketika ditemubual itulah gadis melaporkan yang diri telah diperkosa dengan teman lelaki yang baru dikenalinya. Bernasib baik, selepas laporan dibuat, pihak polis telah menghantar ke HSAJB untuk pemeriksaan kesihatan dan memang disahkan telah diperkosa. Diberikan suntikan agar tidak berlaku persenyawaan telor dan sperma. Masih ada kesan air mani lelaki yang memperkosanya. Sabit itu kenalanya telah didakwa.

Namun apabila dibicarakan di Mahkamah, keterangan pakar gyne menerangkan bentuk kesan koyak pada selaput dara telah menyebabkan dia terlepas dari hukuman. Pakar gyne menerangkan jika koyakan selaput dara itu cantik, bermakna ia bukan paksaan. Suka sama suka atau dengan rela. Jika koyakan berlaku seperti terjahan secara keras, koyakan rabak, maka ia dirogol.

Ibubapa memang tak puas hati dengan keputusan membebaskan kenalan itu kerana gadis itu bawah umur, samada dengan rela tetap diistilahkan sebagai rogol.

Kenalan itu memang bijak, 3 hari gadis itu menghilangkan diri, rupanya dipujuk, dibawa ke sebuah rumah mewah. Dibelai, dicumbu sehingga gadis itu naik berahi dan ghairah. Sudah tentu, bila sudah berahi gadis itu dengan rela menyerahkan diri. Namun tetap istilah rogol.

Terlepasnya hukuman kerana anak seorang someone. Tak apa dia terlepas hukuman kat dunia, tetapi tidak diakhirat sana. Bukti memang jelas perkosaan telah berlaku kerana ada kesan air mani yang tertinggal di vagina gadis.

Hari ketiga gadis itu ditemui berseorangan diri oleh bapanya, ketika itu ibu dan dan saudara mara lain selesai menunaikan solat hajat beramai-ramai.

Sebaliknya gadis itu diletakkan dirumah perlindungan akhlak selama 1 bulan. Selepas pulang dari rumah perlindungan akhlak, nampak gadis itu berubah, insaf.Namun perubahan itu tidak istiqomah kerana bimbingan yang diberikan tidak berterusan bila berada di rumah. Dia kembali ke perangai asal. Untuk mengelak kejadian menghilangkan diri dari rumah berulang, ibu bapanya bertindak mengunci pintu dari luar apabila mereka pergi bekerja. Maka tinggallah anak itu seorang diri di rumah.

Pengaruh dari filem dan TV sangat kuat menyebabkan akhlaknya makin rosak, percakap langsung tidak beradap dan hilang kesopanan sebagai gadis.

Hasil perbincangan dengan saya, mereka mengharap bantuan Baitus Solehah untuk melindungi, mendidik dan mentarbiyah anak gadis ini.

Baitus Solehah hanya berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah atas kepercayaan ibubapa ini minta melindungi dan mendidik anak mereka. Anak ini adalah anak tunggal yang selama ini hidup berkeseorangan sahaja.

Harapan seorang ibu yang sayang kepada anaknya, terpaksa merelakan untuk berjauhan demi masa depan anaknya untuk menjadi seorang muslimah yang Allah redha.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday, 15 May 2013

Baitus Solehah : Bekalan ke Barzakh


Bekal ke alam barzakh

Semalam dapat panggilan telefon dari pemanggil lelaki yang merahsiakan identiti diri dan menggunakan private number. Katanya panggilan dari Kuala Lumpur dan cuma memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad.


Panjang lebar dia bertanya tentang Baitus Solehah. Tujuan, matlamat, bilangan ,lokasi dan dana.


Lama jugalah perbualan berlangsung. Saya tanya apa tujuan dia bertanya tentang Baitus Solehah. Dia mahu tahu lebih lanjut tentang Baitus Solehah kerana sebelum ini, dia cuma tahu tempat-tempat untuk melakukan infak dan jariah di rumah anak yatim dan wargaemas .

Dia belum pernah dengar Rumah Perlindungan Wanita. Memang tidak ada di dalam al-quran dan zaman Rasullulah atau zaman sahabat yang dikatakan rumah perlindungan wanita. Zaman dulu tidak ada berlaku penganiyaan ke atas wanita apabila Islam tersebar di bumi dan diamalkan.

Islam telah mengangkat darjat kaum wanita semulia-mulianya. Baik wanita itu sendiri yang memuliakan dirinya dengan menjaga maruah diri, menutup aurat dengan sempurna dan kaum lelaki juga sangat bertanggungjawap atas tanggungannya. Darjat wanita ditinggikan oleh syariat Islam.

Tetapi zaman ini, wanita sendiri telah merendahkan maruah dirinya dengan meletakkan diri ketempat sehina-hinanya, membuka aurat seperti tak cukup kain nak tutup aurat, dan kaum lelaki yang memijak maruah wanita dengan mengabaikan tanggungjawap.

Bila berlaku penganiyaan keatas wanita seperti menghamilkan mereka kemudian tidak mahu bertanggungjawap untuk memikul tanggungjawap, memperkosa dan meninggal mereka terkontang kanting tanpa halatuju, kemana gadis-gadis ini hendak berlindung? Ada ibu bapa pulak tak dapat terima hakikat yang anak gadis yang ditatang seperti emas hamil sebelum bernikah.

Ibubapa yang pengasih tidak halau, pukul dan marah anak-anak yang telah terlanjur, tetapi mencari suatu tempat lain untuk diberikan tarbiyah, didikan selain pokok utama ialah menjaga maruah anak dan keluarga. Anak yang telah melakukan kesilapan masih diberi peluang untuk bertaubat. Kita tidak boleh memandai menghukum kesalahan seseorang jika pemerintah belum melaksanakan hudud.

Peluang mereka bertaubat terbuka luas. Di rumah perlindungan, mereka ditarbiyah , diberikan santapan rohani dan pengurusan rumah tangga. Ilmu dan amalan seiring dikerjakan.

Bila tiba saja, perkara pertama ialah mandi taubat. selain memastikan mereka mengerjakan solat fardhu, mereka juga diajar agar sentiasa melaksanak solat taubat, solat tahajud, solat dhuha dan solat witir.

Setiap selepas solat fardhu , beristigfar paling kurang 100 kali. Santapan rohani yang boleh mengalirkan airmata supaya hati mereka selalu lembut.

Bukan sukatan modul yang dikejar supaya tamatl tetapi penghayatan yang diutamakan. Santapan rohani yang diberikan itu biarlah mereka dapat kunyah dan telan supaya ia menjadi darah daging.

"Bilangan penghuni sikit aja ya." Saya katakan bahawa rumah perlindungan ini bukan seperti taska atau tadika. Sentiasa datang dan pergi. Datang ketika hamil, dah beranak pergilah. Kita bukan seperti pusat jagaan harian yang bilangan penghuni ramai dan tetap. Baitus Solehah ini seperti rumah kediaman, suasana sebuah rumah, bukan asrama jauh sekali hotel.

Penghuni yang tinggal di sini ditanggung segalanya dari makan , pakaian dan rawatan. Perlu mendapat rawatan antenatal setiap 2 minggu dan bila sudah menjelang 8 bulan kehamilan mesti menjalani pemeriksaan setiap minggu.

Makanan berkhasiat, susu untuk ibu hamil dan penjagaan selepas bersalin. Semua memerlukan perhatian dan kos. Jikalah bilangan pernghuni seperti bilangan anak-anak ditaska atau ditadika, maka memang runtuh sudah institusi kekeluargaan.

Kita tak mau bilngan itu makin bertambah, kita kena usaha untuk mendakwah masyarakat agar tahu menjaga maruah diri.

Last pertanyaan lelaki itu ialah tentang DANA Baitus Solehah.

Saya katakan, baitus solehah ditubuhkan atas dasar taqwa dan ikhlas orang ramai.

Itulah DANA baitus solehah.

DANAnya ialah taqwa dan ikhlas

jika tidak ikhlas mereka tak akan infak ke dalam akaun Baitus Solehah

Bukan saya ada meminta-minta macam minta sedekah

saya cuma war-warkan kisah, ajak melakukan amal soleh sebagai bekal untuk ke alam barzakh hingga perbicaraan di mahsyar. kita masuk syurga dengan rahmat Allah berdasarkan apa yang pernah kita lakukan ketika di dunia.

Saya cuma ingatkan kita perlu bekal untuk perjalanan jauh, sebab kita tidak tahu bila kiamat akan berlaku.

Lagi , saya juga sudah baca beberapa surah di dalam al-quran, terdapat banyak ayat gandingan "beriman dan beramal soleh"

Sila rujuk surat al-asr

Surat al tin ayat 4 hingga 6

Surah Insyiqaq ayat 25

Surah al-kahfi ayat 110

Surah maryam ayat 96

Sebenarnya banyak lagi, cukup sekadar itu yang saya berikan untuk dirujuk kenapa sebagai manusia, kita diwajibkan melakukan amal soleh.

Semua orang beriman untuk layak ke syurga dengan rahmat Allah Ta'ala tetapi apa bekal ketika di alam barzakh, di mahsyar sebelum kita dihisab dan dimizan?




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 14 May 2013

Selalu Muhasabah dan Istigfar


Di antara amalan terbaik yang perlu kita amalkan pada setiap hari ialah memperbanyakkan muhasabah dan amalan istighfar. Ambil masa dalam situasi tenang untuk melihat balik kelemahan diri dan cuba untuk memperbaikinya.

Apabila diuji, kadang kala kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang. Namun ada kalanya kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti objektif yang diharapkan.

Kenapa semua ini terjadi kepadaku / kami semua?

Mari kita ingati pesanan Allah swt yang bermaksud, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Jangan jadikan diri kita seorang yang hanya suka menyalahkan orang lain terhadap apa jua peristiwa dan keputusan yang berlaku kepada diri kita. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apakah yang paling baik buat kita pada ketika ini dan pada sesuatu masa. ~ Kredit to Dr Zainur Rashid Zainuddin




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 13 May 2013

Masalah ummah , Bagaimana Penyelesaiannya?

Pepagi dapat panggilan ajak bincang perihal masalah ummah. Dia tinggal di bumi Sarawak. Ramainya anak-anak yatim piatu, apabila ibubapa muslim meninggal dunia, mereka dipelihara oleh datuk nenek yang bukan Islam.

Dia sedih melihat keadaan itu. Bila diajukan permasalahan ini kepada pihak berwajib, pihak kata, "ala, biasalah ini di Sarawak". Itulah jawapan yang diperolehi. Seseolah perkara begitu tidak jadi isu atau masalah besar bagi penduduk Sarawak.

Saya nak tanya, apakah di dalam syariat Islam begitu? Tidak.

Sepatutnya ulil amri yang bertanggungjawap. Tetapi semua kita tahu bagaimana ulil amri di bumi Sarawak. Pemerintah yang tidak mahu rakyat Sarawak cerdik, tak mahu rakyat Sarawak tahu agama. Jadi memang mereka tidak akan ambil peduli tentang permasalahan ummah ini.

Maka atas siapakah yang dipertanggungjawapkan permasalahan ini?


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 12 May 2013

Kasih dan Sayang Allah

Laju menderu

Hari ini, saya terselamat dari dentuman kuat melanggar belakang kereta orang hanya kerana fana mendengar Usrah Nurani di radio IKIM.fm. Topik yang dibicarakan tentang bersama-sama orang soleh. (nanti saya kupas isi usrah topik ini)

Kerana leka menguyah isi kandungan usrah ketika itu kelajuan kereta mencecah 100km/j , maklumlah jalan di tepi laut Danga Bay luas dan lapang. Hari minggu, waktu pagi tidak banyak kenderaan. Saya baru lepas menurunkan seorang penghuni Baitus Solehah yang menghadiri kursus Pra Perkahwinan di Dewan Masjid Sultan Abu Bakar. Perjalanan dari rumah ke sana berjarak 30 km cuma ambil masa 20 minit melalui jalan perumahan dan bandaran, bukan di lebuhraya. Kelajuan meter mencapai 100 km/j. Maka dalam perjalanan balik pun sama kelajuannya kerana jalan sangat lapang.

Yang ada di depan saya cuma sebuah kereta proton putih itu pun jauh di depan. Saya tidak sedar yang kereta yang saya pandu sedang memecut laju dan telah menghampiri kereta proton warna putih tu. Saya hairan kenapa kereta putih tu tidak bergerak laju , serta merta saya mengangkat kaki dari pedal minyak bagi memperlahankan kereta. Bila sudah sangat hampir baru saya sedar kereta proton di depan berhenti kerana lampu trafik berwarna merah.

Saya tidak sedar ada lampu isyarat (ada simpang baru menuju ke arah laut rupanya berhampiran Istana Bukit serene) di depan, menyebabkan saya memecut kenderaan di laluan yang lapang dan luas itu. Jika saya melanggar kereta proton itu, pasti menghasilkan momentum pelanggaran yang tinggi. Mungkin pelanggaran kenyal di mana dua-dua kereta akan terseret ke depan.

Namun kerana Kasih Sayang Allah, saya terselamat dari melanggar kereta proton tersebut. Kereta saya berhenti betul-betul dibelakangnya walaupun saya tidak kuat menekan brek. Siapa yang membantu kereta berhenti? Saya cuma memperlahankan sedikit kenderaan, bukan menekan brek untuk berhenti.

Badan saya menggigil bila menyedari kereta proton tu rupanya berhenti di lampu isyarat. Menggigil kerana terselamat. Serta merta saya merasai siraman kasih sayang Allah seperti air yang dicurah di kepala turun ke seluruh badan. Berulang-ulang kali saya melafazkan syukur.

Dan dengan alunan zikrullah, bertemankan isi perbincangan usrah saya teruskan perjalanan pulang ke rumah. Bila sampai depan rumah, saya ambik masa 15 minit baru keluar kereta kerana menangis sepuas-puasnya atas rasa siraman kasih sayang Allah tadi tu. Sampai di rumah terus saya berwudhuk dan mengerjakan sujud syukur. Saya benar-benar bersujud, meletak dahi atas lantai dengan penuh kepayahan untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah Ta'ala.

Situasi ketika itu dalam saya fana mendengar bicara hal-hal yang mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah selamatkan saya. Subahanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar.
Maha Suci Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Rahmat Allah amat luas, kasih sayang Allah tidak terhitung.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 11 May 2013

Secebis Kisah Penghuni Baitus Solehah




Setelah saya turun naik Pejabat Agama, bertemu kadhi dan penguatkuasaan bahagian Undang-undang syariah Islam, berusaha melengkapkan procedur borang permohonan nikah, akhirnya kadhi telah meluluskan permohonan nikah seorang penghuni Baitus Solehah.

Kenapa saya berusaha mahu membantu menikahkan penghuni ini walaupun asalnya ibu bapa menghantar untuk tujuan didikan dan perlindungan.

Gadis ini memprotes tindakan bapanya memisahkan dia dengan teman lelaki tanpa kerelaannya. Dia dihantar secara paksaan ke Baitus Solehah.

Apabila tiba di Baitus Solehah, dia bertindak mogok tanpa bercakap dengan sesiapa, tidak makan dan minum termasuk tidak solat,mandi dan menguruskan diri.

Berbagai cara pujukan, kaunseling dilakukan tidak mendatangkan hasil. Tetap protes hingga menimbulkan kerisauan pada kesihatan diri dan anak dalam kandungannya.

Ketika bertemu doktor,memang doktor memberitahu dia dalam keadaan depression. Cuma saya tidak tahu depression kerana apa. Adakah kerana hamil atau kerana dipisahkan dari teman lelaki atau kerana dihantar secara paksa ke Baitus Solehah.

Ketika keluarga menghantar pun, tidak banyak maklumat yang diberikan. Cuma mereka memohon agar melindungi anak gadis mereka kerana telah hamil. Boleh jadi mereka juga tidak dapat sebarang maklumat kerana sifat protes anak tersebut.

Akhirnya satelah saya puas guna kaedah pujuk rayu, kaunseling secara keibuan pun tidak berjaya, saya cuma tinggalkan kertas dan sebatang pen untuk dia menulis sesuatu. Saya nak dia meluahkan apa yang terpendam di dalam hati dan apa kehendaknya yang sebenar sehingga dia bertindak mogok begitu.

Malamnya, bila saya jenguk dia semula, berbaring dengan mematungkan diri saja, saya dapati dia menulis suatu nombor di kertas tersebut. Saya agak ia nombor telefon. Saya call nombor tersebut dan dijawap oleh seseorang.

Rupanya nombor telefon teman lelakinya. Dari situlah saya baru mendapat maklumat.

Gadis ini telah dirogol oleh orang lain dan ditinggalkan begitu saja. Gadis ini tidak berani membuat laporan polis kerana binggung dan berada di dalam keadaan nanar (tidak ketahuan). Tidak berani juga untuk bagitahu bapanya.

Pelajaran terabai. Dengan himpitan hidup keluarga yang miskin, sara hidup yang tinggi tinggal di bandar, menyebabkan dia bertambah binggung. Bagaimana untuk meneruskan kehidupan. Benarlah kemiskinan hidup boleh membawa kekufuran. Bapanya cuma seorang nelayan tepi pantai yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak mampu membiayai sepenuh keperluan penggajian anaknya hingga terbiar. Sebab itu anak ini tidak beritahu bapanya tentang dirinya dirogol untuk tidak mahu menyusahkan hati bapa tadi tu.

Dia bertindak mohon penangguhan kursus penggajian dan bekerja di kedai kasut. Terpaksa keluar dari kediaman yang disediakan oleh pihak kolej penggajian dan menyewa bilik di bandar itu. Mulanya dia tak tahu diri hamil, dari hari ke sehari, badan rasa tidak selesa, lebih banyak malas menguasai diri, nak tidor pagi, lesu, tidak berselera makan dan loya tekak.

Ketika bekerja di kedai kasut itulah dia bertemu dan berkenalan teman lelakinya ini. Teman lelaki ini yang membantu bawa dia membuat pemeriksaan kesihatan bila dia bnar-benar kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Alangkah terperanjatnya dia bila mengetahui dirinya hamil. Terasa dunia ini gelap gelita dan seperti terhempas batu di kepala. Sejak itu dia cuma menangis dan murung. Tinggal berkurung di dalam bilik , tidak lagi bekerja. Semangat hidup hilang.

Kerana simpati dan kasihan melihat keadaan diri gadis ini, dia membantu membayarkan sewa bilik dan

Gadis ini melihat seperti ada cahaya yang bersinar. Namun hasrat lelaki ini mahu menikahi gadis ini mendapat tentangan keluarga gadis.

Keluarga gadis ini tidak tahu kisah sebenarnya. Mereka menuduh lelaki ini yang telah mneyebabkan gadis ini hamil. Lelaki ini tidak mahu menceritakan hal sebenar kepada keluarga gadis.

Atas kebaikkan banyak pihak, saya pujuk bapa gadis ini agar menikahkan mereka. Sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada gadis ini, baiklah dinikahkan. Saya sendiri pun payah untuk membimbing gadis ini kerana sikap protesnya dan tidak memberi kerjasama.

Alhamdullilah, akhrnya bapanya setuju untuk menikahkan mereka. Apabila bapa setuju, saya pun membuat urusan di pejabat agama dan bertemu kadhi daerah. Teman lelaki itu juga membuat permohonan nikah luar kawasan.

Sebelum saya membenarkan gadis itu dibawa keluar dari Baitus Solehah, saya mahu pernikahan dijalankan di depan saya. Ini kerana saya tahu, tidak mungkin bapa gadis ini akan menikahkan anaknya di kampung mereka kerana malu dengan masyarakat sekitar, dan tidak mungkin juga pihak keluarga teman lelaki akan menjalankan pernikahan di sana, maklumlah procedurnya memang payah dan menyulitkan.

Saya bimbang jika lambat menikahkan mereka, gadis ini bertindak nekad melarikan diri., dan akhirnya bersekedudukan tanpa nikah. Saya bukan boleh merantai kakinya atau memantau dirinya setiap masa.

Kadhi telah memberikan persetujuan untuk menikahkan mereka pada hari Khamis ini, 16 Mei 2013 di Baitus Solehah.

Keluarga kedua belah pihak akan datang ke sini untuk sama-sama meraikan pernikahan mereka.

Jika ada sesiapa yang sudi untuk menyumbang atau menaja majlis mereka dipersilakan. Boleh maklumkan disini atau diemail. Jom sama-sama sponsor sorang sedikit bagi meringankan kehidupan mereka.
menyediakan makanan. Bila melihat keadaan murung gadis ini berterusan, dia mengajak gadis ini bernikah.

Sikap protes seorang anak terhadap bapanya



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday, 10 May 2013

Procedur bernikah ketika hamil



Mahu bernikah
Subhanallah, Alhamdullilah, masyaAllah, Allahuakbar... Pengalaman sentiasa seiring dengan usia. Namun bukan semua orang berpeluang melalui pengalaman begini.

Petang tadi saya ke Pejabat Agama Daerah untuk menguruskan permohonan bernikah seorang penghuni Baitus Solehah. Setelah saya melaluinya, padanlah tak ramai orang suka berurusan dengan Pejabat Agama kecuali terpaksa.

Tidak hairan mereka yang telah ingin berpoligami atau bernikah segera lebih memilih untuk bernikah di sempadan Malaysia Thai dari berurusan dengan pejabat agama.

Memang kita akur dengan peraturan dalam syariat Islam ada enekman tertentu yang perlu diikuti dan dipatuhi agar sesuatu urusan berjalan ikut procedur yang ditetapkan.

Namun apabila ada kes terpinggir yang perlu diberi keutamaan, apakah tidak ada budibiacara? Peraturan yang Allah tetapkan mampu dipenuhi, tetapi masih lagi mahu menguatkuasakan protokol sedia ada.

Syarat seseorang itu mahu bernikah cuma perlu ada:
1.pengantin lelaki (ada)
2. Pengantin perempuan (ada)
3. wali mujbir (ada)
4. saksi (ada)
5. ijab dan kabul

Alasan di KIV ialah pengantin perempuan baru 2 hari tinggal di sini. Setelah saya berbicara dengan kadhi daerah, dia mohon kes ni diajukan kepada kadhi besar.Dia tidak boleh memberikan keizinan bernikah di daerah ini jika kadhi besar tidak benarkan.

Saya terfikir, kenapa boleh bernikah disempadan walaupun ada yang hanya pergi balik hari (pergi pagi ke pejabat agama sempadan, dan selepas majlis akad nikah terus balik semula ke tempat tinggal asal). saya tak nampak relatednya alasan itu.

Saya berusaha untuk menikahkan gadis ini dengan pasangan kerana tidak mahu maksiat berterusan terjadi. Saya tak boleh rantai kaki manusia. Mana tahu orang yang mengalami depression begini bertindak nekad. Lari tengah malam setelah berjanji pasangan tunggu hujung jalan, selamanyalah mereka bersekedudukan.

Biarlah saya berusaha turun naik pejabat asalkan maksiat tidak berterusan. Jika Allah tanya, saya sudah berusaha mencegah dengan membantu menguruskan pernikahan di sini, tetapi pihak berwajib nak ikut protokol dan enekman yang mereka kuatkuasakan.


Temubual dengan tuan kadhi


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 9 May 2013

Berladang Hari Ini untuk Menuai Hari esok




Bismillah. Hidup di dunia ini bukan untuk mengejar kekayaan, sebaliknya berkongsi walaupun sedikit mana yang kita dapat dengan orang lain yang berada di sekeliling kita.

Tidak perlu menunggu esok, untuk kita menderma, tidak perlu menunggu sehingga duit jutaan ringgit untuk menderma, kerana kita tidak tahu bila waktu kiamat kita sampai. Kiamat kita adalah tarikh kita mati.

Hidup ini adalah ujian menilai sejauh mana kita sayang kepada adik beradik kita sendiri, kerana semua yang ada di dalam dunia ini, berasal dari ayah dan ibu yang sama iaitu Adam dan Hawa. Secara logik akalnya, setiap kita adalah klon kepada darah daging Adam dan Hawa.

Setiap saat, pasti ada orang yang meminta, setiap saat pasti ada yang mengharapkan belas kasihan.

Ya Allah temukanlah orang yang memerlukan bantuan terutama bantuan yang kami boleh bantu.

Ya Allah murahkanlah rezeki kami, supaya lebih banyak orang yang memerlukan bantuan dapat kami berikan

Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang lebih rela bersedekah duit dan harta kami kepada orang yang sedang dalam kesulitan, kesempitan, kesakitan, kelaparan dan kemiskinan daripada menyimpan duit untuk kekayaan dan kesenangan peribadi. Amin.

Astaghfirullah.~ Kredit kepada Shamsuddin Kadir.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.