BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 24 October 2016

Bagaimana Yang Dikatakan Amal Yang Baik



Kuliah Hikam Subuh Jumaat Yang Barakah, 21/10/2016

Kalam Hikmah Al Imam Ibnu Attaillah Askandary yang ke 46, 'BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN AMAL YANG BAIK' disyarahkan oleh Al fadhil Dr Othman Al Banjari di Baitus Solehah.

Rahmat Allah itu luas. Meliputi seluruh kehidupan kita. Dari bangun tidor hingga kita tidor. Hatta dalam keadaan kita tidor pun rahmat Allah meliputi kita dengan memelihara keselamatan kita, keluarga kita, harta benda kita. Kita bukan orang kaya boleh upah pengawal keselamatan menjada rumah, harta dan nyawa kita dari dicerobohi oleh sesiapa waktu kita tidak sadar.

Dengan kasih sayang Allah, Allah memelihara semuanya. Usaha kita letak selak, kunci pintu dan tingkap. Kemudian kita bertawakkal dan kita berdoa. Dengan rahmat Allah menjaga kita.

Rezeki kita juga dengan rahmat Allah. Dari sekecil kecil perkara , banyak cabang dan jalannya. Janji Allah kita berbuat amal soleh dilimpahkan rezeki. Itulah rahmat Allah.

Gerak hati, lintasan hati yang baik juga merupakan rahmat Allah. 'Terfikir sesuatu didalam tindakan, kalau buat ini, jadi ini.'  Diberi detik dan peluang berfikir adalah rahmat Allah.

Allah tidak mengabaikan kita dalam apa jua keadaan pun walau kadar sekelip mata. Lihat apa jadi jika seorang anak diabaikan oleh ibu bapanya. Begitu juga kita sekali Allah abaikan, Allah tak pandang kita.

Allah tidak mengabaikan kita adalah satu rahmat Allah yang paling besar. Setiap yang kita lakukan mendatangkan keredhaanNya. Allah pimpin kita, kita tersilap segera disedarkan untuk kita beristigfar. Bila kita berhadapan dengan masalah segera ditunjukkan jalan keluarnya. Bila Allah turunkan bala kita masih terpelihara juga. Allah beri  kesakitan, kesusahan tetap Allah iringkan kesabaran.  Ada orang,  Allah datangkan musibah dia mengeluh dan menyalahkan orang. Bukankah rasa boleh bersabar menghadapi ujian dan dugaan itu sebenarnya rahmat Allah.

Bestkan bila hidup dan kehidupan sentiasa di dalam rahmat Allah.

Allah dah kata jangan hidup suka memandai mandai. Jangan hidup ini suka ikut logik apabila dibagitahu sesuatu. Contohnya, Apa hubungan bersedekah dengan panjang umur. Jenuh dok memikir tak nampak hubungan itu. Tetapi, sebagai hamba yang taat, kita lakukan. Kita buat kerana Allah. Peluang bersedekah adalah rahmat Allah. Jika peluang terbuka kita buat tak kesah, maka akan tiba suatu saat Allah juga buat tak kesah pada kita.

Selalu buat tak kesah. Bermula dari perkara kecil, akan membabitkan perkara yang besar. Mula mula tak kesah bila ditegur bab dan adap makan. Nanti berlanjutan kepada lalai. Makan kekenyang, mengantuk, malas nak solat awal waktu. Terlepas solat jemaah dan akhirnya sedikit sedikit abai solat, abai peraturan Allah.  Selalu sangat buat tak kesah, akhirnya kita diabaikan oleh Allah. Allah tak pandang kita dah.

Kebergantungan hati hanya kepada Allah , total bulat hanya kepada Allah akan membuatkan kita bertindak juga di dalam pimpinan Allah.

Sedikit perkongsian intipati kuliah hikam hari ini.

Admin,

Ummi Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah

#KuliaHikam


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: