BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 17 July 2017

Memantau Anak Lelaki Dengan Komputer


                                                                                   Antara 2 zaman...

desktop
Saya memiliki komputer sejak zaman disket floppy disk. Disket kad lembut. Tak ramai orang ada komputer masa tu. Tahun 1991 saya sudah memiliki komputer.

Zaman itu siber cafe game baru bermula. Siber cafe menghidangkan komputer untuk kanak kanak main game.

Saya pernah masuk dalam siber cafe ni. Komputer dan motherboard ada 10 buah. Ramai kanak kanak menghabiskan masa di sini, main game. Bayaran dikenakan 1 jam RM 2.00. Pemilik tidak mengenakan peraturan yang ketat. Satu komputer boleh dikelilingi ramai ramai pdahal yang main game cuma seorang. Yang bayar cuma seorang.

Sebuah komputer, yang main game seorang saja, yang duduk keliling ada 5,6 orang. Tengok kawan main game samada lumba kereta atau game tembak tembak.

Pengaruh kawan di sekolah bercerita sesama mereka. Anak sulung lelaki saya tertarik nak pergi tapi tak berani cakap.

Saya ada ramai kawan yang umur anak anak sebaya. Kami saling berhubung melalui telefon untuk memantau keberadaan anak anak.

Suatu hari anak lelaki saya pergi senyap senyap. Tak jauh pun siber cafe tu dengan rumah. Tak sampai setengah jam dia masuk ke situ, saya sudah dapat panggilan telefon dari kawan bagitahu dia nampak anak saya berada di kawasan sekitarnya.

Suami saya terus masuk kereta. Saya pun cepat cepat melompat masuk kereta. Sampai depan kedai siber cafe, suami suruh saya masuk cari anak. Kat luar memang nampak ada basikalnya. Tu la kali pertama saya masuk siber cafe kanak kanak main game. Penuh dengan kanak kanak. Gelap pulak tu. Saya masuk, saya panggil nama anak. Anak terkejut bila tahu saya datang. Terus dia keluar. Sampai depan kedai suami saya dah siapkan talipinggang nak sebat anak. Saya peluk suami kuat kuat dan suruh anak balik rumah naik basikal. Saya tak bagi suami sebat anak depan orang ramai. Alhamdulillah suami dapat mengawal marahnya.

Sampai di rumah, baru anak di soal siasat dan diberikan hukuman. Kesalahannya ialah,

1. Pergi tanpa izin

2. Pergi tempat larangan. Sebenarnya benda baru kita pun tak tahu ujud siber cafe game di situ, jadi anak pun tak tahu tempat tu adalah tempat larangan untuk dia masuk.

Jadi kesalahannya lebih kepada pergi tanpa izin ketempat itu.

Itulah kali pertama dan terakhir anak pergi siber cafe. Banyak buruk dari baik bila saya sendiri masuk siber cafe ni,

1. Bilik tu kecik, sempit, ada remaja merokok , asap terkumpul dan dihidu oleh kanak kanak

2. Boleh bermula aktiviti merokok kerana terpengaruh

3. Boleh bermulanya aktiviti menagih dadah

4. Walaupun majoritinya kanak kanak dan remaja lelaki, ada juga perempuan. Saya rasa macam boleh mengundang pergaulan tanpa batas walaupun masa ni belum ada internet.

5. Takut ada yang bawa video lucah dan tonton ramai ramai.

Itu sebab saya tidak benarkan anak anak pergi siber cafe walaupun nak main game.

Dari situ saya beli komputer untuk anak main game di rumah. Sebenarnya beli komputer lebih kepada nak buat kerja sebabnya, suami sedang menulis tesis untuk master dan saya guru sekolah yang kena buat dan taip soalan ujian dan peperiksaan setiap bulan dan tahun.

Kawalan tu yang perlu. Kita tidak boleh lalai memerhatikan anak. Sejak itu anak beringat dan mengingatkan adik adik jangan sekali kali menghampiri siber cafe kalau tak mahu kena sebat. Bukankah ininpelajaran dan pengajaran untuk anak anak supaya serik.

Masa anak sulung darjah enam, ada kelas tambahan bahasa inggeris yang diadakan oleh guru bahasa inggeris sekolah katanya, saya benarkan anak pergi. Sebelum anak pergi saya siap-siap minta nombor rumah dan nama jalan. Anak pergi pukul 8.00 malam, 8.15 saya sudah keluar mencari rumah itu dan perhatikan ada basikal anak tak disitu. Saya tanya kawan kawan saya adakah anak mereka pun pergi kelas tambahan bahasa inggeris. Saya siasat dan perhatikan. Betul, maka saya tak risau.

Bila hari terbuka saya tanya cikgunya. Begitulah jadi emak kepada anak anak. Apa pun kita tidak boleh terlepas pandang.

Anak nak basikal, saya belikan supaya mudah anak ke sekolah. Saya pantau. Berbasikal cuma ke sekolah dan masjid saja. Lain lain tak boleh.

Maka sama juga dengan zaman ini cara memantau anak. Takde bezanya. Cuma cabaran zaman ini, nampak baik sebab anak tidak keluar rumah kerana aplikasi yang merosakkan tu masuk ke dalam rumah. Ada di dalam telefon. Kita nampak anak berada di rumah. Tak nampak anak bersosial atau merayau tak karuan. Kita tak tahu dia merayau di alam maya. Cuma keluar rumah sekali sekala.

Keluar sekali sekala rupanya mencari mangsa. Itu yang sangat sangat ditakuti mendidik anak lelaki zaman ini. Sebab itu kenapa alasan kukuh tak perlu telefon pintar ialah kita membiarkan anak anak merayau di alam maya tanpa kawalan kita. Mana ada masa kita nak baring atau duduk sebelah anak berjam jam.

Nampak di sini mudaratnya telefon pintar. Tapi saya heranlah pulak apabila ada ura ura atau sudah dilaksanakan pemberian gadget kepada kanak kanak konon untuk mudah jelajah ilmu dan pembelajaran.

Masa zaman ada cd interaktif ( tahun 2008) pun saya tak benarkan anak berlama lama di komputer apatah lagi zaman ini. Itulah anak lelaki terbongsu, hidup zaman ini, tahun 2010 dari umur 9 tahun saya ajar berblog. Jadi blogger walaupun sekadar kopi paste cerita teladan. Bila nak kopi mesti baca cerita tu bagus atau tidak nak simpan dalam blognya.

Ini kaedah saya mendidik anak lelaki. Saya baru kongsi cerita mendidik anak lelaki sulung dan anak lelaki bongsu. Banyak lagi saya akan kongsi jika ramai yang nak tahu. Tak ada respon, setakat ni saja perkongsian saya mendidik anak lelaki.

Semoga ada manafaatnya.

Admin,

Muna liza binti Ismail



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: