BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 17 July 2017

Perogol Dan Mangsa Rogol : Wechat



Perogol dan Mangsa Rogol
Sejak Baitus Solehah ditubuhkan setiap pelatih perlu mengisi borang profile diri. Antara maklumat yang dinyatakan ialah sebab mengadung , pasangan yang menyebabkan mengandung, perkenalan dengan pasangan yang menyebakan mengandung. Sedih, kebanyakkan menyatakan pasangan dikenali melalui laman wechat. Baru kenal beberapa minggu atau bulan, sudah terpedaya pujuk rayu dan melakukan hubungan seks samada dipaksa atau dengan izin.


Ikuti kupasan seorang rakan fb tentang aplikasi dalam smartphone berkaitan wechat. Ibu bapa bacalah sendiri ya. Penulis artikel ini ialah Pn Zeeda Aziz.


Apa yang Pn Zeeda tulis ini benar benar berlaku, dan buktinya ramai berada di Baitus Solehah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Status ini saya tulis khas untuk semua ibubapa yang membenarkan anak2 memiliki telefon pintar. Secara spesifiknya, mereka mempunyai akaun WeChat. Jika ada aplikasi berkenaan, tolong pantau pergerakan mereka serapat yang boleh. Anak anda boleh menjadi mangsa rogol, atau menjadi perogol.

Siapa yang boleh menjadi mangsa rogol?
ANAK ANDA.

Siapa yang boleh menjadi perogol?
ANAK ANDA.

Walaupun cukup didikan agama diberi, ianya tidak akan menyelamatkan anak-anak dari menjadi mangsa rogol. Perogol adalah binatang pemangsa. Tidak memilih jenis perempuan yang ingin diratah.

Kes yang saya terima beberapa hari lepas boleh dijadikan contoh dan iktibar kepada ibubapa.

Anak gadis ini baik budi bahasanya. Sekeluarga pun memang orang baik2. Halus tutur bahasa, lembut bicara. Dikenali di kawasan kediaman mereka sebagai sebuah keluarga yang dikagumi kerana cara hidup yang islamik. Sempurna dari ayah, ibu sehinggalah ke anak2. Indah dan bahagia. Kiranya ni keluarga model untuk Astro Oasis atau TV Al Hijrah.

Namun kesilapan berlaku apabila anak gadis ini menerima telefon pintar untuk memudahkan study katanya. Senang nak bincang tentang kerja sekolah. Sejak ada telefon pintar, kawan2 mula mengajak guna WeChat untuk memudahkan mereka berhubung dan mencari lebih ramai kawan. Dan di sinilah anak ini termasuk ke dalam perangkap yang membinasakan.

Pengguna WeChat berlumba-lumba untuk menjadi popular. Lebih ramai kawan, lebih glamour. Dan anak ini terpedaya dengan trend yang tidak berguna. Tanpa dia sedari, salah seorang dari rakan baru di WeChat adalah BAKAL PEROGOLnya.

Perogol ini umurnya pun masih di awal 20'an, seorang pelajar IPTA. Tidak nampak merbahaya. Dia pula datang dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Cukup terpelajar, tahu undang2. Tetapi itu tidak mampu menyekat nafsu jahatnya.

Hanya SEMINGGU saja masa yang dia perlukan untuk menarik perhatian mangsa. Apabila mangsa sudah meletakkan kepercayaan, perogol ajak naik motor untuk bersiar-siar ke lokasi yang sudah dirancang.

Sebelum keluar, gadis ini meminta kebenaran ibunya untuk ke rumah kawan atas alasan, nak buat kerja sekolah. Kebiasaannya mana2 ibu akan beri keizinan untuk anak pergi belajar tanpa banyak soal.

Di sini saya nasihatkan kepada ibubapa sekalian.
Jika anak kata mereka nak buat homework di rumah kawan, dapatkan nombor telefon ibubapa rakan mereka supaya kita tahu dimana sebenarnya anak kita berada. Perlu kerja lebih sikit ya ibu ayah. Anak kena rogol bukan boleh pusing balik masa. Apabila sudah ditebuk, lubang yang perlu ditutup adalah lubang maruah keluarga. Besar lubangnya. Jadi baiklah paranoid dari percaya anak bulat2.

Kembali kepada kisah kes ini.
Si ibu di rumah percaya anaknya pergi buat study group. Tapi apa yang sedang terjadi ialah anak gadisnya sudah dibawa ke lokasi jenayah untuk diratah. Selepas dirogol, sebelum dihantar pulang ke rumah, perogol beri minum air berkarbonat kononnya untuk matikan sperma.

Air berkarbonat adalah minuman penghilang DAHAGA, bukan pemati sperma. Mohon ye adik², jangan ponteng kelas Sains.

Kesilapan gadis ini bukan sahaja kerana percayakan perogol, tetapi MENDIAMKAN DIRI selepas dirogol. Setelah pulang ke rumah, dia bernekad untuk merahsiakan apa yang berlaku. Dengan harapan tiada siapa tahu.

Andainya si gadis ini terus ke balai dan hospital untuk membuat laporan kes rogol, KEHAMILAN BOLEH DIELAKKAN. Mangsa rogol akan diberi rawatan khas untuk mencegah kehamilan dari berlaku dan DNA dari sisa air mani akan digunakan di mahkamah untuk membuktikan yang dia dirogol.

Ingat ya adik-adik.
Kalau ada jantan keparat rogol kau dik, pergi balai terus. Kemudiannya ke hospital. Jangan baik hati sangat simpan air mani dia dalam rahim kau. Ianya bukan tempat simpanan sperma orang sehina perogol tu. TOLONG PERGI KE BALAI POLIS SECEPAT MUNGKIN. Pergi sorang diri dulu pun tak apa. Kalau takut, call akak. Nanti akak dapatkan kawan2 yang boleh bantu kau selesaikan urusan di sana.

Kepada ibubapa yang anak anda menjadi mangsa rogol, tolong kuatkan emosi. Anak yang kau bela dari kecil, diratah oleh binatang. Bayangkan anak kau digigit anjing gila, kau marahkan anak atau kau suruh majlis bandaran tangkap anjing tu? Tentu dah anjing tu yang patut ditangkap, kan? Jadi JANGANLAH KAU KAHWINKAN PUTERI KAU DENGAN 'ANJING'. Bawa balik anak kau yang sudah luka digigit tu, rawat dengan kasih sayang. Bukan salah dia. Cuma kau sebagai ibubapa yang terleka sewaktu menjaganya.

Perogol sepatutnya merengkok dalam penjara. Itu tempat yang paling layak untuk mereka. Tak kisah la perogol tu jenis anjing berbaka mahal ke (anak orang kaya) atau anjing kurap ke, anjing kurus tak cukup makan ke, biar sistem keadilan jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Anak kau tu masih ada masa depan. Tak payah prihatin sangat dengan masa depan si perogol. Biar dia mengaji kat dalam penjara sana. Jadi ustaz kat dalam tu, lagi elok.

Sekali lagi saya ingatkan kepada semua ibubapa. Awasi aktiviti telefon pintar anak anda. Kalau boleh beri masa yang terhad untuk mengawal penggunaannya. Jangan dibiarkan mereka terperangkap dengan penipuan lelaki durjana. Jika sayangkan anak, jaga rapat2.

Juga disini saya ingin ingatkan pada ibubapa yang ada anak lelaki.

Ya, anak lelaki tidak akan dirogol atau membuncit, tetapi boleh ditangkap jika sabit kesalahan MEROGOL. Hukumannya ialah anak kau dapat duduk asrama (penjara) selama 20 tahun dengan 10 kali sebatan.

Untuk kes yang saya cerita tadi, budak lelaki tu sedang dalam siasatan kes. Lahir sahaja bayi ini, DNA akan membuktikan kesalahannya. Meraung tak guna ya ibu ya ayah. Benih anak kau dah menempel dalam rahim anak orang. Terimalah seadanya. Bila raya nanti boleh bawa lemang ketupat ke penjara.

Ambang Merdeka (Ogos) semakin dekat. Inilah waktu kemuncak perogol mencari mangsa. Tolong ya mak abah atuk nenek. Siasat latar belakang kawan yang nak keluar dengan anak kita. Kalau hati rasa tak tenteram, jangan bagi mereka keluar.

Kalau si anak nak keluar juga sebab galak nak merasa hidup, suruh dia simpan speed dial nombor 999. Pesan siap2. Satgi kalau hang kena rogol, jangan malu jangan segan. Pi balai terus.

Dan pesan untuk anak lelaki juga. Kalau satgi hang pi tebuk anak orang, jangan mimpi abah nak jamin hang. Duduk la dalam lokap. See you in 20 years, son!

Zeeda Aziz
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kredit kepada Zeeda Aziz penulis asal artikel ini.

Semoga penulis asal artikel mendapat limpahan rahmat dari Allah Taala.

Admin,

Muna liza binti Ismail



Caption gambar ikan puyu. Sebab guna gambar ikan puyu menandakan betapa geram pada ibubapa yang menghadiahkan smartphone kepada anak anak tetapi tidak memantau aplikasi yang ada di dalam smartphone. Nampak tak duri duri tajam pada sirip ikan puyu? Kalau tersangkut kat lubang, payah nak keluar.


1 comments:

Anonymous said...

MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.