BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 17 July 2017

Satu Lagi Kesan Buruk Wechat



Ibu Ayam
Kenapa saya kata kesan buruk? Testimoni kepada wechat ramai berada di rumah rumah perlindungan sekarang ni. Umur 13, 14, 15 dah mengandung dan beranak.

Saya kongsikan satu lagi penulisan Pn Zeeda Aziz . Apa yang Pn Zeeda ini tulis memang benar. Punca kepada jenayah rogol ke atas remaja perempuan. Baru tingkatan 1 dah tahu tentang seks. Bukan naif lagi tetapi terpedaya dan teruja. Dashyat sungguh gelombang kerosakan iman dan akhlak remaja hari ini hasil dari telefon pintar yang dihadiahkan oleh ibu bapa.

Mana datang telefon pintar oleh anak anak berumur 12, 13 tahun ini jika bukan ibu bapa yang hadiahkan. Internet pun ibu bapa yang sediakan di rumah, yang bayar bil tiap bulan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Darjah 6 sudah pandai melakukan gangguan seksual. Juga sudah mula mengiklankan diri untuk dinodai.

Inilah generasi pewaris kita wahai ibu ayah. Bukan cerita yang dibuat-buat. Anak² sekolah rendah sudah mula aktif memikirkan tentang seks. Ada juga yang sudahpun mencuba dan menyukainya.

Di sekolah waktu rehat, murid lelaki duduk berkumpul beramai-ramai di tangga menunggu murid perempuan melintas lalu. Target mereka cuma satu. Mengotorkan maruah kawan sebaya mereka dengan usikan berbaur seksual.

"Meh sini aku jilat!"

Tak cukup dengan itu, tangan laju menampar punggung murid perempuan (spanking). Dari mana mereka belajar, kena tanya mak ayah. Ada bagi unlimited access ke internet ke?

Bagi mereka gurauan ini harmless. Tetapi inilah permulaan untuk mereka lebih berani mencuba seks bebas.

Menurut kata remaja ini yang usianya lebih kurang baya anak sulung saya, aktiviti seks mula aktif apabila mereka masuk ke sekolah menengah. Masing-masing baru mendapat telefon pintar dengan akses ke laman lucah tanpa had. Juga gambar² lucah dikongsi sesama mereka melalui aplikasi WhatsApp.

Beberapa group rahsia diwujudkan di WhatsApp. Ahli² group ini direkrut dari WeChat. Jika 'moment' pengguna itu nampak nakal, gambar profile menarik dan ramai friends, mereka akan dijemput menjadi ahli group rahsia ini. Isi perbualan bukan lagi biasa². Mereka disajikan dengan cerita nikmat itu, sedap ini.

Seks di bawah umur bukan sesuatu yang pelik bagi pelajar tingkatan 1 di zaman ini. Lebih² lagi yang ditempatkan di kelas belakang. Saya bertanya, adakah pelajar bijak di kelas hadapan terkecuali. Menurutnya, tidak. Kelas depan atau belakang memang ada. Cuma yang bermasalah ini tidak sebanyak di kelas belakang.

Dulunya, remaja yang saya temubual inilah yang selalu membuat laporan kepada guru jika ada perbuatan yang tidak senonoh dilakukan di kawasan sekolah. Mana² pelajar yang disyaki melakukan aktiviti tidak sihat akan dihantar ke Tunas Bakti. Tetapi kini dia pula menjadi antara pelajar yang terpaksa menamatkan persekolahan, dek kerana hamil akibat dirogol oleh teman yang dikenali melalui WeChat.

Saya menyeru kepada semua ibubapa yang membaca status ini dan peduli akan keselamatan dan kualiti akhlak anak², jangan biarkan anak bersendiri dengan telefon pintar atau komputer bimbit mereka. Walaupun kita sudah bentuk anak kita sebaiknya, mereka boleh bertukar 360 darjah dalam sekelip mata.

Pengaruh rakan sebaya lebih kuat penangannya berbanding nasihat, ilmu agama dan kasih sayang mak ayah. Bayangkanlah, pelajar yang dahulunya sering membantu cikgu memulihkan imej sekolah, aktif menasihatkan rakan² yang sedang merosakkan diri mereka, kini berada di tempat yang sama seperti rakan²nya.

Hanya kerana satu aplikasi.
Hanya kerana satu temujanji.
Hanya kerana seorang lelaki.
Masa depannya berubah sama sekali.

Mohon jangan diviralkan status ini. Biarlah masalah ini selesai dengan sendirinya. Itulah harapan majoriti kita. Yang tak peduli tentang kemelut semasa.

Zeeda Aziz
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai ibu bapa budiman,

Sayangi anak kita sebelum terlewat. Telefon pintar tu harganya cuma seratus dua sahaja. Tapi anak kita tidak ada nilainya. Masa depan di dunia dan diakhirat. Jangan lah kita tergolong di dalam golongan yang lalai dalam mendidik anak anak. Kita tidak boleh harapkan orang lain jaga anak kita, tetapi kita sendiri yang kena jaga dan prihatin.

Pesanan penaja Baitus Solehah

Muna Liza binti Ismail


Caption gambar : Apakah anak kita senasib anak anak ayam ini. Bila remaja boleh ditunggang oleh mana mana jantan yang berahi?





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: