Thursday, 7 May 2009

Kisahnya bermula disini... 2

Ummi sebagai anak nombor 2,kakak nombor 1,adik ramai,kecik-kecik,bilalah ummi ada masa nak pergi belajar fardu ain melainkan ummi ikut kelas pengajian yang tak formal dengan orang - orang tua depan tok guru. Tu lah saja ilmu yang ummi dapat. Belajar ngaji Quran pun ummi tak sempat khatam kerana asyik jaga adik, masak,buat semua kerja rumah,mak ummi kan kerap beranak,adik kecik-kecik,lepas itu mana lagi ummi nak kena pergi sawah,tolong abah tanam padi.


Selepas periksa SRP,ummi terus tak pergi sekolah sebab cari duit pulak dengan tuai padi,jadi kuli orang,dengan duit tu ummi kumpul,beli buku sebab dapat masuk kelas sains dan ummi bercita-cita pulak nak duduk asrama,walaupun sebenarnya abah tak berkemampuan langsung nak hantar. Tapi ummi nak jugak,form 4 ummi pergi bersekolah di Pulau Pinang, St George Girl School,tak dapat duduk asrama,duduk dengan tok cik di Sg Pinang,jauh,berulang naik bas dan feri,lalu tepi kubur setiap hari sebab rumah tok cik kawasan kampung,pukul 6.oo pagi dah kena keluar,sebaik azan subuh,solat dan terus keluar rumah, tunggu bas awan untuk ke sekolah. Di sini ummi benar-benar terpaksa berdikari dan bergantung kepada keberanian diri sendiri. SIGS terletak betut-betul dibandaraya Pulau Pinang. Alhamdullilah ummi dapat melepasi dengan jaya kerana Allah Kasih Sayang Allah kepada ummi.


Di sini lah bermulanya,ummi mula menyimpan cerita,tidak meluahkan segala kesukaran ummi pada sesiapa kerana ummi tidak mempunyai teman, selalu bersendirian dalam apa jua keadaan, ummi sering bercakap dan mengadu hanya pada Yang Mencipta. Ummi tidak pandai nak berkongsi cerita dengan mak atau adik2,tak ada kawan di sekolah sebab pelajar-pelajar yang menuntut di SIGS semua anak orang berada bukan ada yang datang dari kampung macam ummi.


Sekolah tu rupanya sekolah terpilih, kembar Penang Free. Di sinilah ummi banyak belajar kehidupan.Sampaikan nak bayar yuran SPM pun ummi terpaksa mohon bantuan zakat dari Baitulmal. Tapi dalam susah payah,kesukaran, ummi tetap suka menolong kawan-kawan lama yang tak juga berduit nak sekolah. Ummi kongsi duit bayar SPM, ikat perut.Sebulan abah bagi ummi RM 5 saja. Ummi selalu ingat rezeki ku dari Allah bukan dari manusia. Apa usaha dan ikhtiar ummi ketika itu? Hanya Allah yang mengetahui...


Sebaik tamat periksa SPM,terus ummi kerja jadi orang gaji,(pembantu rumah kepada keluarga Pegawai Pelajaran Daerah Parit Buntar)macam bibik, dibayar RM 70 sebulan. Orang lain pergi belajar menaiplah, belajar memandu kereta tapi ummi cari kemahiran membuat kerja rumahtangga. Masa result keluar,ummi di hospital jaga anak saudara sakit. Tak ambil pun keputusan SPM, just abah tolong called kat sekolah tanyakan keputusan SPM.


Bila dah tahu keputusan SPM,dapat keputusan baik dari orang kampung yang lain, baru ummi pergi ambil slip,sebab masa tu ummi rasa rumah ummi dengan sekolah ummi di Pulau Pinang tu jauh,nak bayar tambang bas dan feri,semua nak guna duit sedangkan ummi dah target pulak nak masuk universiti. Sebab itu ummi tidak pernah lupa pada kemiskinan, kepayahan, kesukaran untuk meneruskan pelajaran, tok cik tadi walaupun bantuan pada ummi hanya sekadar memberi tempat berteduh,amat ummi hargai,ummi kenang sampai dia meninggal dunia,jauh di alam barzakh sana tetap ummi ingat,dan ummi berazam akan membantu sesiapa sahaja yang nak belajar.


Syukur,ummi berjaya masuk UTM. Walaupun miskin,papa kedana dapat juga ummi ke universiti dengan niat satu sahaja mencari Islam , yang ummi nak jadikan sebagai jalan hidup menuju akhirat.


Kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha Pengasih,ummi dianugerahkan dengan seorang suami rupanya,yang dapat memimpin ummi sepanjang hayat. Disini bermula ummi dikurniakan dengan pelbagai kenikmatan. Dan dalam ummi nak ke puncak dugaan Allah makin besar,makin besar, makin getir,makin sukar. Ujian Allah dalam berbagai bentuk,bukan secara fizikal,jasmani,tapi dengan pelbagai cara di mana ada kelemahan kita, disitu ujian terbesar diberikan. ummi tahu ummi sedang diuji Allah,bukan ummi seorang tapi keluarga ummi juga terutama suami ummi. Ujian ini sebenarnya untuk suami ummi,Allah nak menguji ilmu yang dimilikinya,dikurniakan dia seorang isteri yang begini.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


No comments:

Post a Comment