Tuesday, 7 July 2009

Akhlaq

Dari segi bahasa,istilah akhlaq adalah berasal daripada perkataan arab dan merupakan jamak kepada perkataan khuluq.Akhlak ialah sebenarnya tabiat atau perangai semulajadi yang menjadi kebiasaan seseorang seperti samada cepat marah ,cepat ketawa, mudah tersinggung, dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali Memberi penjelasan berikut:
Suatu disposisi (keadaan) yang mantap dalam jiwa (al-nafs) manusia dan dari segala perbuatan terhasil dengan mudah tanpa melibatkan daya pemikiran dan deliberasasi.Sekiranya disposisi tersebut menghasilkan perbuatan yang mulia,iaitu terpuji menurut akal dan syariat,maka disposisi tersebut dinamakan akhlaq mulia . Tetapi jika ia sebaliknya ia merealisasikan akhlaq buruk(atau perbuatan yang dikeji menurut akal dan syariat) maka disposisi kejiwaan tersebut dinamakan akhlaq yang buruk.

No comments:

Post a Comment