Sunday, 18 October 2009

Tayamum - Ketika Sakit tidak boleh berwuduk

Ada cerita berkenaan tayamum ni sebenarnya, tetapi oleh kerana semalam kesuntukan masa untuk menulis, maka cuma sempat upload gambar saja.

Sejak tahun lepas lagi ummi di masukkan ke wad, dan pembedahan dijalankan di kaki. Kaki ummi berbalut selepas pembedahan antara hujung jari ibu kaki hingga ke paha. Sukar juga untuk berwuduk, maka ummi bertayamum.

Zauj cari tanah liat yang bersih, jemur dan dikeringkan. Kemudia zauj pecahkan tanah tadi kecik-kecik dan kisar guna pengisar lada. Halus seperti debu jadinya tanah tu. Maka mudahlah untuk digunakan.

Caranya, bentang kertas surat khabar di katil sebelah tempat berbaring, tekap kedua - dua belas tapak tangan di atas debu tu, dan sapukan ke muka. Lepas tu teok baki-baki debu di tangan ke dalam bakul sampah sebelum tekap semula ke atas debu bahagian lain di surat khabar tu untuk sapu ke tangan dari hujung jari sampai ke siku. Ada teknik dan caranya untuk menyapu debu di tangan ini. kena tunjuk secara praktikal agar betul. Jangan main hentam sahaja kerana ia melibatkan ibadah solat kita. Debu yang zauj buat banyak dan sampai sekarang ummi masih simpan , agar mudah di bawa bila ummi masuk wad lagi.

Syarat tayamum

Syarat tayamum enam pekara.

Pertama: Uzur dengan sebab bermusafir atau sakit

Kedua: Bertayamum setelah masuk waktu dengan yakin. Tidak sah tayamum orang yang ragu-ragu masuk waktu walaupun semasa tayamum didalam waktu.

Ketiga: Setelah memastikan ketiadan air. Wajib atas orang yang menghendaki tayamum kerana ketiadan air mencari air berhampirannya dan pada taulan/kawan-kawannya maka jika tidak didapati dia hendaklah mencari pada pehak keliling dan dia hendaklah pergi pada tempat yang disangka ada air sekira-kira jarak yang sampai suara apabila berteriak jika berlaku sersuatu. Setelah mempastikan ketiadan air bolehlah dia tayamum.

Keempat: Uzur mengguna air samada takut membawa maut atau hilang menafaat anggota. Termasuk dalam uzur iaitu orang yang ada air berhampirannya jika dia pergi mengambilnya takut binatang buas, musuh, hilang hartanya, atau takut bercerai dengan kawannya maka dia hendaklah bertayamum.

Kelima: Berhajat kepada air kerana dahaga binatang yang dihormati seperti minuman dirinya dan binatang ternakannya samada hajat pada ketika itu atau lagi akan datang.

Keenam: Tanah yang suci, yang ada debu, yang tidak bercampur dengan seumpama tepung, dan yang belum diguna buat tayamum. Yang dikehendaki dengan tanah iaitu segala bagai tanah yang mempunyai debu.

Fardu tayamum

Fardu tayamum iaitu lima perkara.

Pertama: Niat mengharuskan sembahyang, tawaf, menyentuh Mashaf, dan sebagainya. Seperti meniat seorang نويت التيمم لاستباحة فرض الصلاة "Sahaja aku tayamum kerana mengharuskan sembahyang fardu" atau نويت التيمم لاستباحة الصلاة "sahaja aku tayamum kerana mengharuskan sembahyang" maka orang yang bertayamum dengan niat yang pertama bolehlah dia sembahyang satu fardu dan beberapa sunat sementara orang yang bertayamum dengan niat yang kedua bolehlah dia bersembahyang sunat jua tidak sembahyang fardu.

Khutbah jumaat hukumnya seperti fardu maka pembaca khutbah hendaklah bertayamum dua kali dengan niat fardu yakni tayamum yang pertama untuk membaca khutbah; setelah selesai membaca khutbah hendaklah dia bertayamum sekali lagi untuk sembahyang Jumaat. Sembahyang jenazah hukumnya seperti sembahyang sunat dengan itu satu tayamum bolehlah dia sembahyang satu fardu ,beberapa sunat, dan sembahyang mayat.

Kedua: Memindahkan tanah dari tapak tangan kepada anggota tayamum iaitu muka dan dua tangan. Wajib menyertakan niat pada permulan memindah tanah dari tapak tangan ke muka yakni pada ketika tapak tangan yang berdebu diletakkan kemuka sebelum menyapu dan dikekalkan niat hinga menyapu muka. Jika berhadas seorang setelah memindahkan tanah dan sebelum menyapu muka harus menyapu dengannya dengan membaharui niat yang lain.

Ketiga: Menyapu muka setelah menepuk debu tanah dengan dua tapak tangan pada kali pertama

Keempat: Menyapu dua tangan sehinga siku setelah menepuk debu tanah dengan dua tapak tangan pada kali kedua

Kelima: Tertib / Teratur yakni mendahulukan menyapu muka sebelum menyapu tangan.

Sunat-sunat tayamum

Setengah daripada sunat tayamum membaca بسم اللّه hinga akhir pada permulan meletakkan tapak tangan pada debu tanah, menyapu muka pihak atas kebawah, mendahulukan menyapu tangan kanan sebelum menyapu tangan kiri, mengurangkan debu pada dua tapak tangan dengan melagkan dua tepi tangan atau meniup debu yang terlekat pada tapak tangan, menyalati anak jari jika sudah sampai debu di antara anak jari maka jika belum sampai debu wajib menyelati, menangalkan cincin pada pukulan yang pertama tetapi wajib menangalkan cincin pada pukulan yang kedua, mengahadap kiblat, dan banyak lagi yang kamu perlu tuntut didalam kitab-kitab yang besar.

Pekara yang membatalkan tayamum:

Pekara yang membatalkan tayamum tiga pekara.

Pertama: Batal tayamum dengan pekara yang membatalkan wuduk; telah lalu sebutnya. Apabila berhadas kecil seorang yang bertayamum maka batal tayamumnya yang hadas kecil sahaja tidak batal tayamum untuk hadas besar.

Kedua: Batal tayamum seorang yang bertayamum kerana ketiadan air dengan dia mengetahui ada air walaupun sedekit sedangkan dia belum bersembahyang; seperti berkata seorang yang ada air yang cukup untuk wuduk seorang jua kepada perhimpunan orang bertayamum “aku haruskan air ini untuk wuduk” batal tayamum sekelian mereka itu. Serupa dengan mengetahui sangka ada air seperti melihat rombongan yang datang, awan yang tebal, dan sebagainya daripada pekara yang disangka ada air. Adapun seorang yang mengetahui ada air sedang dia bersembahyang padahal sembahyangnya tidak perlu diulang kerana dia bertayamum di tempat yang kebiasan tiada air maka tidak batal tayamumnya. Bersalahan orang yang sembahyngnya perlu diulang iaitu dia bertayamum pada tempat yang kebiasan ada air maka batal tayamumnya. Seorang yang bertayamum kerana sakit yang tidak boleh menguna air tidak batal tayamumnya apabila dia mengetahui ada air.


Jadi tiada alasan apa pun untuk kita meninggalkan solat dalam apa jua keadaan. Pernah suatu ketika, ummi di masukkan ke Dewan Bedah jam 11:30 pagi dan selesai pembedahan jam 4:30 petang. Oleh kerana pembedahan baru selesai, masih ditempatkan di ruang istirehat di dalam DB, untuk berwuduk atau bertanyamum memang sukar kerana keadaan ketika itu, maka ummi tetap bersolat menghormati waktu zohor. Selepas itu barulah ummi qada solat yang dilakukan tanpa wuduk atau tayamum itu.

Impianku menjadi isteri solehah

2 comments:

  1. salam...
    ilmu bertayammum ni (termasuklah saya sendiri). izinkan saya berkongsi artikel dgn pengetahuan berguna ni di blog saya, ye? :)

    ReplyDelete
  2. Silakan al-qamar, ambillah mana-mana yang bermanafaat, semoga diredhai Allah ilmu yang sedikit ini.

    ReplyDelete