Dah siap masak terus dihidangnya untuk makan malam. Disediakan juga pinggan untuk ummi makan, dan ummi jamah, sayur tu, hmm....sedap masakkannya. Tak sangka, dah pandai Abdullah masak sayur.Selalunya sebelum ini, ummi panggil dan tunjuk cara masak nasi goreng saja.Ummi ajar dan tunjuk cara menumis dan memasukan bahan-bahan masakan seperti sayur dan lain-lain. Kalau telor dadar dan telor mata, dah memang selalu dia buat jika lauk yang ada tidak menyelerakan hatinya.
Ingat setakat masak malam tadi saja. Pagi ni, ummi pergi ke kedai untuk beli roti, terus ummi teringat untuk beli bahan buat mee goreng. Sampai rumah, ummi suruh Abdullah ambik barang-barang yang ummi beli tadi di kereta.Ummi pula terus mengadap laptop ni. Membaca paparan di Laman Utama Halaqah.net.

Semua langkah dan bahan yang dibuat untuk mee goreng tu betul ikut cara ummi. Mee kuning tu dibasuhnya dahulu dengan air mengalir dalam tapisan agar rasa kapor tu hilang.Terpegun ummi lihat, cepatnya Abdullah belajar masak. Bila dah siap, rasa mee tu pun sedap , rasanya lebih sedap dari mee yang dibuat oleh mamak kat kedai tu. Dengan sayur sawi, kobis, fish ball, fish cake dan telor. Siap dengan kicap, jadi mee tu warna coklat perang. Tengok pun dah menyelerakan...Adoh..makin gemuklah Abdullah ni...
Ini rupa mee goreng Abdullah Mubarak yang baru je berusia 11 tahun.
Ummi ingat cuti ni, tak mahu masak sangat, nak jaga diet Abdullah, tapi dia dah pandai masak ni, payah lah ummi nak jaga diet dia.Abdullah dah menghampiri obesiti.
Lepas

Ishk..macamana boleh jadi hijau mata Abdullah ni?
Inilah rupanya Abdullah Mubarak yang suka memasak, suka makan, rajin tolong ummi, bersifat belas, ada laman blog sendiri. Semoga Omar , Abdullah dan Imran menjadi anak yang soleh dan taat pada ummi ayah.
Impianku menjadi isteri solehah
mee goreng??
ReplyDeleteaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
UMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII nape umi letak ni dalam blog umiiiiiii
ReplyDelete