~Impianku melihat alam maya.. mengecap nikmat berada.. mendengar riuhan fauna.. merasa keindahan flora.. sebelum dipejam mata.. menghadap Yang Maha Mencipta~
Tuesday, 15 December 2009
FB, FS dapat untung Juta-Juta,kita dapat Apa?
Sedih bertandang di hati ini bila lihat orang non-muslim gunakan kemudahan internet untuk tujuan ilmiah , tetapi orang melayu terutama anak-anak muda gunakan kemudahan internet untuk tujuan main game.
Apa nak jadi dengan generasi muda kita hari ini?
Sekarang ini terdapat berbagai laman interaksi di internet seperti friendster, facebook, multiply, tags, sonico, flixter dan lain-lain yang sewaktu dengan nya.
Melalui laman-laman ini, syarikat yang mengusahakan dapat untung juta-juta, kita yang guna dapat apa?
Baru-baru ini facebook mengeluarkan kenyataannya, penggunanya meningkat sehingga 240 juta orang.Dan angka ini terus meningkat dari setahun ke setahun.
BAGAIMANA FACEBOOK MENDAPAT KEUNTUNGAN?
Pendapatan utama facebook datang daripada iklan yang banyak dipaparkan.Iklan yang terdapat dalam facebook mempunyai sistem yang berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost per click) sekali klik $0.50.Jika di dalam masa satu hari ada 1,000 orang yang klik pada iklan itu maka facebook akan memperoleh pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan.Kiralah sendiri jumlahnya.
Jika itu jumlah wang yang diperolehi, anda boleh bayangkan berapa pula disalirkan untuk membiayai peperangan di Ghaza. Lebih malang lagi,sebahagian keuntungan itu disumbangkan oleh orang islam. Dengan klik saja pada facebook, kita turut sama menjadi pembunuh orang palestin, saudara seislam kita di Gaza.Dengan mudah, tanpa kita sedari, dalam jihad kita memerangi Israel laknat yang membunuh saudara kita disana, kita juga salah seorang yang membantu kaum laknatullah ini membunuh!
Ada yang mendakwa, melalui FB boleh berdakwah...
Hati kecil ni berkata benarkah?
atau
Untuk berdakwah di alam maya bukanlah mudah, jika hanya berharap dapat melakukan sahaja , tidak akan kemana. Seperti yang diluahkan oleh ustaz alhaudhie...
Jadi apa yang perlu anda buat sekarang ini dengan facebook, friendster, dan lain-lain laman yang anda rasa dapat gunakan sebagai jalan untuk berdakwah? Fikirkan sendiri...
Lihat manafaatnya pada agama, umat Islam , diri sendiri, dan keluarga ? Adakah benar-benar membantu untuk meninggikan syiar Islam, memantapkan aqeedah manusia, memperbaiki akhlak manusia dan menjalin ukhuwwah sejagat?
No comments:
Post a Comment