بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.
Subuh lagi ummi dah bangun semalam. Selepas tahajud ummi berhalaqah sebentar,menanti masuknya waktu subuh. Sambil itu ,ummi buat maintance forum dan menulsi di laman blog. Kemaskini forum dan laman blog.
Selesai solat subuh, anak-anak pun dah ke sekolah, ummi berteleku menghadapa laptop untuk menulis apa-apa yang tersirat di dalam hati. Ummi membalas email dan menjawapa sapaan ym dari anak-anak yang bertanya khabar keadaan ummi.
Selesai solat dhuha, barulah zauj hantar ummi ke wad HSAJB. Semasa mendaftar di unit pendaftaran, ummi ditempatkan di wad kardiologi, blok Cempaka tingkat 1. Tiba di diwad jam 11.30, juru rawat masih sibuk menguruskan pesakit jantung yang menerima rawatan. Doktor memanggil ummi untuk mengetahui history sakit ummi. Selepas 30 minit, ummi diberikan katil sementara, kerana wad kardiologi dipenuhi pesakit,maka ummi dibenarkan berpindah ke wad kelas satu. Memang awal lagi,ummi dah mohon ke wad kelas 1, mengikut kelayakan yang ummi boleh dapat sebagai kakitangan kerajaan, tetapi unit pendaftaran tidak berani terus memberikan ummi ke wad kelas 1 kerana tiada arahan doktor.Mengikut surat arahan masuk wad, ummi perlu ke wad kardiologi.
Wad kardiologi ini agak berbeza dari wad-wad lain. Walaupun dikategori kelas 3, suasana nya lebih aman. Dengan ber'aircorn', kedudukan katil pun tidak rapat serta suasana yang lebih tenang kerana bilangan pelawat yang masuk melawat setiap pesakit dihadkan hanya 2 orang sahaja di dalam satu masa. Mereka yang melawat juga tidak dibenarkan bercakap banyak dengan kadar suara yang tinggi. Jururawatnya ramai dan doktor sentiasa ada untuk menangani kes kecemasan pesakit jantung.Peralatan juga lengkap di wad ini. Nak kata seakan wad rawatan rapi pun ya, sebab banyak monitor untuk bacaan jantung di tepi katil pesakit.
Kebanyakan pesakit telah berusia melebehi usia 55 tahun ke atas. Bila ummi masuk, ummi ni dikira pesakit muda lah, muda dari usia mereka. Nak buat macamana, penyakit yang datang tidak mengira usia.
Walaupun kedudukan dan suasana wad selesa, tapi bila masa makan malam, ummi lihat makanan yang dihidangkan agak tidak membuka selera pesakit. Sedih pun ada, kerana nasi dengan berlaukkan ikan dan sayur rebus sahaja.Rasa garam jauh sekali. Nak buat camana, pesakit jantung di wad itu mengalami penyakit tiga serangkai, selain masalah jantung mereka juga ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Maka makanan nya sesuai untuk mereka. Hanya ummi saja penyakitnya lain dari yang lain, rangkaiannya berbeza dengan mereka. Jururawat di wad ini pun manis-manis senyumannya,menjadi penawar kepada pesakit jantung.
Tapi ummi tak lama diwad ini, selepas sahaja makan malam ,jam 6:00 petang ummi dipindahkan ke wad kelas satu. Ummi kurang selesa berada di wad kardilogi itu kerana, wad ini bercampur antara lelaki dengan perempuan. Walaupun ada kain langsir, tetapi kain ini tidak boleh sepanjang masa berpasangan kerana menghalang pandangan jururawat memantau pesakit. Jururawat akan kemaskan langsir ke tepi.Lagipun, ummi tak dapat sentiasa nak online laptop , privacy agak terganggu. Dan ummi juga takut nak online internet, kerana banyak peralatan elektronik , ummi takut bacaan sistem digital terganggu. Yang keduanya, kedudukan bilik air yang agak jauh, menyukarkan untuk ummi bertaharah dan berwuduk.
Bila dapat berpindah dan tinggal di wad kelas satu ini, ummi berasa agak selesa, sesuai dengan keadaan orang sakit yang mahu ketenangan dari bermacam bunyi bising persekitaran.Kali ini ummi ditempatkan bilik kelas 1D, berkongsi 4 orang. Selalu yang lepas-lepas, bila ummi dimasukkan ke wad,ummi ditempatkan dibilik seorang sebilik. Selesa dengan kemudahan bilik air yang berhampiran dan ada tv. Jika anak-anak temankan pun mereka selesa, bawa karpet dan comfoter, mereka dah boleh tidur berbaring, tak perlu untuk tidur di kerusi.Tak apalah, duduk di bilik 4 orang ini,lagi pun kali ini ummi tidak perlukan sesiapa untuk temankan ummi.Ummi masih boleh bangun dan berjalan sendiri ke bilik air. Selalu tu , ummi perlukan teman adalah bantu berwuduk dan uruskan diri.
Malam tadi ummi dapat lena awal dan dapat juga bangun awal untuk bertahajud, sedikit zikrullah agar hati ummi mantap untuk menghadapi rawatan nanti...
Syukur, ummi dah selamat melalui saat genting itu pagi tadi. Orang pertama dipanggil. Selepas selesai rawatan, ummi direhatkan selama 6 jam tanpa boleh bergerak. Terlantar di katil.Doktor tidak benarkan bergerak takut berlaku pendarahan dalaman kerana tiub tadi masuk melalui oarta, salur darah utama dalam tubuh badan. Ummi dipuasakan dari malam tadi, jadi selepas selesai proses rawatan tu, jam 10 :00 pagi dah balik ke katil semula. Terasa lapar dan dahaga,tapi tak ada orang nak buatkan air.
Saat ini pula yang terasa sedihnya,bila kita memerlukan air,tapi tak mampu capai air yang ada di tepi meja sebab hanya terbaring. Nak panggil nurse,kesian kerana mereka sibuk,lagipun tali 'bell' terbelit kat atas kepala katil. Saat ini pun kita di uji,melihat kesabaran diri.
Saat angiogram dijalankan, seperti berada di persimpangan...
Ummi di bawa ke ACL jam 8:00 pagi, giliran pertama. Saat dibaringkan di katil yang kurus, seperti meja, rasanya lebar meja tu dengan badan ummi, besar badan ummi dari meja tu. Tak boleh digerakkan badan ini,jika tidak, pasti jatuh gedebuk ke bawah. Dengan tanpa pakaian, kesejukkan suhu bilik 5 darjah celcius dah terasa sampai ke tulang hitam. Menggigil seluruh tubuh sementara diselimutkan dengan pakaian mereka.
Bila pakaian dibuka, disuntik ubat bius,di urat arteri paha, sakit dah terasa. Bila tiub dijolok masuk hingga ke jantung, terasa seperti jarum berjalan di aliran darah. Saat yang debarnya bila di'flush' sejenis cecair untuk melihat saluran-saluran darah bahagian jantung yang tersumbat di skrin tv.
Setiap kali 'flush' ubat tu, hati berdebar dan terasa seperti adakah aku akan sedar selepas ini jika ada pembuluh darah yang pecah. Risiko pertama ialah koma. Inilah risiko yang doktor bagitahu jika rawatan tidak berjaya....
Alahmdullilah, setelah beberapa kali doktor 'flush' cecair, ummi terasa perjalanan ubat tu di dalam saluran darah,hati tidak lepas dengan zikrullah dan doa. Doa mati dalam iman,islam yang sempurna, mati di dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah. Saat itu, ummi, lafazkan, "Ya Allah, aku redha , atas apa jua takdirMU ke atas ku selepas ini. Hanya aku harapkan kasih sayang, redha dan rahmat MU kepada ku. Suami ku telah redha kepada ku sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya, maka redha dan rahmat ENGKAU sahaja yang ku harap sebelum,semasa dan selepas kematian ku. "
Memang ummi lihat segala procedur dijalankan, dan skrin tv, cuma ummi tak dapat lihat dengan jelas kerana cermin mata dibuka...
Khalimah nama Allah sentiasa terungkap bersama setiap hembusan nafas dan degupan jantung ini. Selagi jantung ini berdegup, maka degupannya seiring irama khalimah Allah seperti image ini.
Dengan keagungan dan kebesaran NYA, jika jantung ummi berhenti berdegup,maka berhentilah juga irama khalimah Allah itu. Kini Allah masih menghendaki jantung ummi berdegup agar namaNYA yang penuh agung terus berirama di jantung dan hati ummi.
Terima kasih di atas semua doa dan zikir yang dilakukan untuk ummi semata kerana Allah Ta'ala. Semoga ukhuwwah kita hingga ke akhirat.
Ini doa dari sahabat halaqah /halaqian yang jauh di mata, namun hati tetap bersama sebagai saudara seagama. Halaqah.net telah menjadi wadah persaudaraan antara manusia.
"Ya Allah Aku memohon kepadaMu Yang Maha Agung,
Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan Ummi"
Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan Ummi"
Kepada Ummi yang tersayang,Fitri hanya mampu mendoakan kesejahteraan Ummi walaupun tak berkesempatan menziarahi Ummi.
Moga Ummi akan cepat sembuh dah ALlah SWT melindungi Ummi.
Ummi..
Bunga itu menguntum indah,
Biarpun layu,hati tetap tabah,
Sentiasa mekar bersama Halaqah,
Inilah Ummi serikandi Halaqah,
Menyeri dan mekar memerah,
_____________________________________________________________________
Ya Allah
Panjangkanlah umur Ummi
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya perluaskanlah rezekinya,
Dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.
Inilah doa-doa antara banyak doa yang ummi ambil dari posting halaqian di halaqah.net yang mendoakan ummi . Terharunya ummi kepada ukhuwwah yang terbina bersama halaqah.net.
Impianku menjadi isteri solehah
No comments:
Post a Comment