Thursday, 21 January 2010

Kadang kala kita akan lelah dan pasrah



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.


Sambungan kisah Di Mata ku Hanya ada Kasih, malamnya tiba di rumah jam 9:20 malam, selepas zauj masak untuk makan malam, barulah zauj berehat dan tidur.

Esoknya 18 Januari,hari Isnin seawal jam 6:42 pagi, zauj dah keluar rumah untuk menghantar Ahmad Baihaqi, Abdullah Mubarak dan Muhamad Imran ke sekolah.Selepas tu zauj terus pergi ke Dewan Al-Biruni di MSI, untuk tazkirah kitab hadith kepada pelajar UTM. Kelas ini, adalah inisiatif zauj untuk membaca dan menghuraikan hadith-hadith.

Jam 8:00 hingga jam 11:00 pagi, zauj ada kelas 'akhlak dan tasawwuf' untuk pelajar tahun 4 SPI. Sebaik habis kelas, zauj balik ke rumah untuk jemput ummi, dan hantar ke Klinik Pakar HSAJB. Hari ini ummi ada temujanji dengan Pakar Orthopedik untuk menetapkan tarikh pembedahan "Left Total Knee Replecemant".Sebelum tu, ummi perlu buat ujian ECG dan buat X-Ray dada dan berjumpa Pakar Bius untuk kebenaran menjalani pembedahan.

Semasa dalam wad, melalui ujian darah, ummi mengalami kekurangan potassium dalam darah. Masa buat ECG, ujian kali pertama, graf yang dihasilkan tak cantik, menurut petugas mesin ECG, buat ulangan beberapa kali,untuk dapatkan graf cantik supaya tidak timbul 'query'oleh Pakar Bius.

Ummi pun heran juga, kenapa perkara ini terjadi lagi, sedangkan baru 5 hari lalu ummi dah buat angiogram untuk 'flush' mana-mana saluran jantung yang tersumbat. Sejak balik ke rumah, memang masih ada terasa sakit di bahagian dada. Ummi ingat perkara biasa sahaja. Namun ummi tak mahu merujuk kepada Pakar Kardiologi lagi masalah jantung ummi ni. Ummi mahu berehat dan bertenang sahaja.

Kali ini, ummi tak buat x-ray sebab baru sehari sebelum buat angiogram ummi dah buat X-Ray dada. Jadi ummi pinjam imej X-ray dari fail wad kardiologi saja untuk tunjukkan kepada Pakar Bius. Report ujian darah, ummi gunakan report lama,report ujian darah bulan Disember. Report ujian darah terbaru yang menunjukkan kekurangan potassium dalam darah ummi tak berikan. Nanti pasti banyak persoalan timbul dan pembedahan akan tertangguh. Ummi sanggup hadapi apa jua risikonya kali ini.

Selepas, lepas dari soal jawap dengan Pakar Bius, barulah ummi menandatangi kebenaran menjalani pembedahan dan memahami risiko penggunaan bius ke atas tubuh badan manusia. Memang itu prosedurnya jika akan menjalani pembedahan.Banyak perkara dipastikan agar penbedahan berjaya.

Jam 2:00 petang baru dapat berjumpa dengan Pakar Orthopedik Mr Masjudin, dan ambik surat masuk wad. Dah ambik surat, terus ummi menuju ke wad kelas 1 untuk booking katil. Solat zohor, dan jam 3:25 petang baru zauj sampai ,jemput balik ke rumah. Kesian sungguh zauj, langsung tak ada rehat. Tengah hari tu,lepas hantar ummi ke HSAJB, balik semula ke Skudai, untuk jemput anak-anak balik sekolah. Katanya belum sempat nak sarapan lagi.

Anak-anak pula, pagi bersekolah kebangsaan, petang bersekolah agama, pun zauj juga yang hantar. dah hantar semua anak ke sekolah agama,barulah zauj jemput ummi.Tu yang jam 3:25 baru sampai ke HSAJB. Besar sungguh pengorbanan zaujku dalam menunaikan amanah Allah kepadanya bagi kesejahteraan ummi dan anak-anak.

Kembali kepada keputusan ujian darah yang menunjukkan kekurangan potassium dalam darah ummi, ummi bertekad dalam tempoh ini, ummi akan berusaha meningkatkan kandungan potassium dalam darah ummi bagi membantu kelancaran pembedahan nanti.

Di sini ummi dapat beberapa info untuk rujukan dan pengetahuan ummi, kenapa potassium perlu untuk badan manusia dan kesannya jika kekurangan potassium. Sumber potassium dari tumbuhan ialah kurma dan pisang.

Kurma mengandungi banyak mineral yang penting bagi tubuh (seperti potassium, sodium, kalsium, besi, mangan, dan tembaga). Apabila potassium dan sodium ‘bekerja bersama’, ia bertindak selaku pengatur ritma degup jantung.Dengan membantu penyaluran oksigen ke otak, potassium mampu membuatkan fikiran ‘jernih’. Lebih jauh lagi, ia menyediakan kandungan alkali secukupnya pada cairan tubuh, merangsang ginjal mengeluarkan buangan racun metabolis, membantu menurunkan tekanan darah tinggi, dan membantu pembentukan kulit sihat.

Potassium berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot, dan mengatur ekuilibrium air dan degup jantung. Setiap perubahan pada keseimbangan sodium-potassium dapat mengakibatkan ketidakteraturan pada sistem kerja saraf dan otot. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga ekuilibrium potassium tubuh. Di samping itu, kekurangan potassium memberi kesan kepada pada edema (air berlebihan pada sesuatu organ tubuh) dan menurunkan jumlah kitaran gula di dalam darah, maka keseimbangan ini perlu tetap dijaga.


Potasium: Mineral Penting Untuk Kesehatan


1. Apakah potasium itu dan dari manakah asalnya?

Potasium (K) adalah sejenis mineral yang mempunyai banyak fungsi bagi tubuh kita. Makanan yang banyak mengandung serat seperti: tomato, oren, buncis, sayuran, susu, pisang dan tembikai.


2. Apa peranan Potasium dan apa bukti ilmiahnya?

Potasium dimanfaatkan oleh sistem saraf otonomi. Sistem Saraf Otonomi (SSO) mengawal degup jantung, fungsi otak, dan proses fisiologi lainnya. Potasium juga terbukti membantu menurunkan tekanan darah. Potasium berperanan utama dalam fungsi kejutan saraf (sebuah respon otomatis terhadap rangsangan), dan ketegangan otot.

Potasium juga membantu mengurangi rasa sakit pada otot karena olahraga. Kekurangan kadar potasium dalam tubuh megakibatkan penurunan kekuatan, dan akan merasa lelah pada permulaan olahraga. Potasium membantu mengatur keseimbangan cairan tubuh dan juga diperlukan dalam proses sintesis protein dari makanan.

Bagi orang yang menggunakan obat pencahar, suplemen potasium membantu memberi tambahan supaya tidak kekurangan karena proses diuretik tersebut. Kadar potasium yang stabil juga menghindarkan tubuh dari munculnya penyakit diabetes.


3. Siapa yang memerlukan potasium dan apa tanda-tanda kekurangan potasium?

Semua orang. Tanda -tanda kekurangan potasium adalah penurunan sistem imunisasi tubuh, mudah leleh dan meningkatnya keperluan glutamin. Orang-orang yang paling memerlukan suplemen potasium adalah mereka yang kelebihan berat badan atau obesitas dan para olahragawan.

Walaupun begitu, kandungan potassium dalam darah tidak boleh berlebihan kerana akan menyebabkan kegagalan buah pinggan pula dan juga boleh mengalami serangan jantung. Kesimpulannya Potassium membantu fungsi otak dan saraf.

Jangan ambil berlebihan dan jangan mengalami kekurangan potassium didalam darah.Sumber potassium paling tinggi adalah dari buah pisang.

Sekian entri kali ini, semoga bermanafaat kepada pembaca setia yang melayari laman ini. Ada kala kita akan merasa lelah dan pasrah...



Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

No comments:

Post a Comment