~Impianku melihat alam maya.. mengecap nikmat berada.. mendengar riuhan fauna.. merasa keindahan flora.. sebelum dipejam mata.. menghadap Yang Maha Mencipta~
Saturday, 23 January 2010
Redha dengan Ketentuan Allah
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :-
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Hari ini ummi ditanya perkara berkaitan redha.Seorang gadis melontarkan rasa sedihnya apabila kawan-kawan memberikan kad undangan menjemput dia hadir bersama pasangan. Dia merasa sedih, kerana dia belum berkahwin dan rasa terpukul dengan undangan itu. Lalu ummi jawap keluhan hatinya.
Begitulah sedikit sebanyak,kata-kata nasihat yang ummi siramkan di hatinya yang susah untuk redha dengan apa yang Allah tetapkan. Bagaimana ummi ada kekuatan untuk redha dengan segala yang Allah tetapkan kepada ummi?
Kekuatan ummi adalah sumber dari doa ini,yang ummi hafal dan baca setiap hari, berkali-kali...
Wahai Allah, Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku nyatakan dan apa yang aku rahsiakan, Semoga Engkau terima keuzuranku, Engkau mengetahui hajatku, Semoga Engkau kabulkan permohonanku, Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diriku, Kerana itu aku mohon keampunan Mu,
Wahai Allah, Aku meminta kepadaMU, keimanan yang kukuh dihatiku, dan keyakinan yang benar-benar, sehingga aku mengetahui tidak ada apa yang menimpa diriku kecuali apa yang telah ditakdirkan untuk diriku, dan semoga Engkau jadikan diriku selalu meredhai apa yang ditakdirkan kepadaku, Wahai Tuhan Yang maha Besar dan Maha Mulia.
No comments:
Post a Comment