بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran. (Surah Al-Baqarah ayat 186)
Syukur tidak terkira sekarang ini, apabila dapat memijak kaki ke rumah. Ummi dibenarkan keluar wad pada tengah hari semalam. Zauj datang ambik jam 11:00 pagi bersama anak-anak. Mereka gembira bila dapat tahu ummi mereka balik ke rumah.
Memang rasa bahagia bila dapat balik ke rumah dan melihat anak-anak belajar dan dah tentu seronoknya dapat lakukan solat berjemaah berimamkan zauj.
Di rumah atau di mana jua,ummi tetap bersama laptopnya. Sampai rumah pasti online terlebih dahulu, sambil berehat tetap dapat memantau Halaqah.net.
Rutin harian ummi kembali seperti biasa, tiada lagi jururawat untuk datang mengambil tekanan darah, tiada lagi sesiapa perlu mengingatkan makan ubat melainkan displin diri sendiri. Rasa sakit pembedahan tetap menyulam di antara waktu senggang ummi.
Semua anak-anak yang sedang belajar, balik rumah sempena cuti semester dan perayaan Tahun Baru Cina.
Walau pun hanya Nazihah yang berpeluang untuk menemani ummi di wad selama 2 malam, anak-anak yang lain tetap bertanya khabar setiap hari. Kali ini , walaupun anak-anak yang lain tidak berpeluang untuk menemani ummi di wad kerana tengah kuliah, namun sebelum ini mereka lah yang banyak meluangkan masa menemani ummi di wad.
3 kali pembedahan sebelum ini,abang long, angah, Najdah dan Nazihah yang bergilir-gilir menjaga ummi di wad. Cuma pembedahan kali ini pada tarikh yang tidak dirancang,maka tidak sempat untuk mereka merancang cuti. Namun ummi syukur, tetap ada juga orang lain seperti Ariff dan Elya yang sudi menenami ummi semasa di wad disamping zauj yang hanya dapat menemami di waktu malam.
Kini setiap saat,hidup ummi dipenuhi doa-doa, doa kepada diri sendiri,zauj, keluarga, anak-anak, anak angkat, anak-anak halaqah dan sahabat-sahabat agar terus hidup didalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah.memang ummi amat menyakini doa dan janji-janji Allah.
Dengan berdoa dapat memperkukuhkan hubungan antara hamba dan Tuhannya. Doa merupakan senjata orang mukmin.
Hubungan seorang hamba dengan tuhannya, dapat dipereratkan dengan selalu berdoa.
Fungsi doa yang pertama ialah doa adalah tali Allah SWT. Doa juga adalah sebagai pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Perkasa.
Lafaz doa mengandungi makna pengharapan dan kebergantungan kepada Allahus-Somad (Allah Sebagai Tempat Bergantung). Mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada pertolongan dan perlindungan Allah. Apabila seseorang manusia merasa tidak perlu kepada doa, dia sebenarnya terlalu angkuh dan sombong dengan jaminan dirinya sendiri. Ia telah memutuskan tali Allah yang mengikatnya sehingga dia terdedah kepada kebinasaan akibat dosa-dosanya melupakan Allah.
Seorang seorang Muslim, dia hendaklah sentiasa membiasakan dirinya menyebut nama Allah pada setiap perbuatannya. Seawal bangun dari tidurnya, mandi, memakai pakaian, berwuduk, sembahyang, makan, minum, keluar masuk rumah, bekerja, belajar, bermuamalat sesama manusia, hatta suami yang menggauli isteri, semua itu hendaklah diiringi dengan doa supaya perbuatan itu selari dengan perintah dan suruhan Allah SWT. Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan Tuhannya itu. Dia begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Fungsi doa yang kedua ialah: Cita-cita dan impian yang ingin dimiliki diusahakan dengan berikhtiar sesuai dengan permintaannya kepada Allah SWT. Orang yang meminta syurga mestilah diiringi dengan kesungguhannya beramal salih. Orang yang meminta keberkatan rezeki hendaklah bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapatkannya. Manakala bila dia meminta dihindari dari kejahatan diri sendiri maka dia hendaklah berusaha untuk tidak berbuat dosa dan maksiat. Doa dan ikhtiar adalah saling lengkap melengkapi. Sebagaimana firman Allah SWT: ”Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum kecuali mereka merubah diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’du Ayat 11).
Hakikatnya iman itu bukanlah angan-angan. Ia perlu dibuktikan dengan kesungguhan atau jihad dalam beramal salih.
Fungsi doa yang ketiga ialah sebagai pengubat hati. Saat diri dihina, tidak dipedulikan, diceraikan kekasih dan dibuang oleh pujaaan hati, perasaan yang hadir adalah rasa putus asa dan sirna segala cahaya kehidupan tanpa masa depan. Jika berlaku ujian dan cubaan melanda iman seperti kekurangan harta, kehilangan jiwa, kecacatan, kesakitan, bencana alam dan kegagalan setiap perjuangan, kepada siapakah manusia harus mengadu, merintih dan bersandar?
Setiap pengharapan akan datangnya cahaya, kepada siapa hendak dipohonkan? Keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan hidup, dari manakah penjana kuasanya? Hanya kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rahmat-Nya meliputi alam semesta, Dia tidak menguji makhluk-Nya kecuali mereka yang sanggup memikulnya. Setiap kesusahan ada kemudahan. Dengan untaian doa penuh keikhlasan dan tangisan yang meruntuhkan tembok kesombongan, manusia kembali kepada Allah menadah tangan, mengakui kelemahan, mengharap pertolongan, perlindungan dan keselamatan dunia akhirat. Maka datanglah keyakinan pasti Allah mengabulkan sudah cukup sebagai penawar bagi jiwa yang kekeringan.
Doa adalah kekuatan bagi setiap muslim, tetapi jika ia tidak difungsikan dengan cara yang betul maka kekuatan itu akan hilang, yang tinggal hanya lafaz-lafaz kosong tanpa makna dan tujuan. Kembalikanlah fungsi doa agar kita sentiasa mendapat jawapan yang pasti dari Ilahi.
Wallahua'lam Bissawab
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Salam Ummi..
ReplyDeleteJangan lupa doakan sy juga..
InsyaAllah, di doakan agar dikurniakan kerukunan,kedamaian,kesejahteraan,keselamatan dan kebahagiaan di dalam rumah tangga yang akan dibina nanti,serta berkekalan hingga ke syurga.
ReplyDeleteAlhamdulilah dah balik rumah. Igt tak lagi tgh jumaat kami datang bertiga menziarahi Ummi, Ummi sempat bercerita adab menziarahi org sakit. tkasih banyak2...
ReplyDeleteUmmi inat ct, sebab itu ummi catatkan sesiapa yang datang ziarah ummi didalam laman ummi ni. Cuma yang mungkin, ummi tidak tulis nama, sebab agar sukar nak ingat nama tiap-tiap orang jika datang ramai-ramai. Tapi dah tegok wajah ct di sini, ummi ingatlah yang mana satu ct.
ReplyDelete