بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati [kering] -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh [terdapat] tanda-tanda [keesaan dan kebesaran Allah] bagi kaum yang memikirkan. (Surah Al-Baqarah ,ayat164)
Hari ini hari ke 11 ummi menerima rawatan. Petang semalam ummi jalani latihan fisioterapi di Pusat Fisioterapi HSAJB. Selepas solat zohor, petugas wad hantar ummi ke Pusat Fisioterapi menaiki kerusi roda. Ariff pun ikut menemani ummi.
Sampai di Pusat Fisioterapi, ummi di tunjukkan latihan untuk berjalan dengan menggunakan otot yang betul agar bebanan tidak dijatuhkan ke atas tulang. Dengan palang besi kiri dan kanan, ummi berpegang di situ dan di ajar cara melangkah. Kemudian ada bendul seperti tangga, dan ummi perlu menaikki bendul itu seseolah menaikki tangga.
Kemudian ummi dibaringkan untuk latihan angkat kaki menggunakan otot paha. MasyaAllah,rasa beratnya kaki ini untuk diangkat. Diulang 10 kali, dalam kadar setiap kali kaki di angkat bertahan selama 10 saat. Hurm...kalau ummi yang kira 1 - 10, mesti laju, tak sampai 1/2 saat, maka Ariff yang kira, supaya kadar masa 1 - 10 tu menyamai 10 saat.
Selang masa tertentu, bahagian pembedahan itu diletakkan 'ice cool pad' selama 15 minit agar rasa kebas dan kurang rasa kesakitan. Lepas itu pergelangan kaki ummi diletakkan pemberat 1 kg dan ummi dikehendaki mengangkat lurus kaki itu dalam kadar masa 10 saat sebanyak 10 kali. Mesti Ariff juga yang kira sebab, kalau ummi kira pasti laju, sakit, berat, otot tegang beradun menjadi satu.
Untuk latihan menggunakan otot tangan, ummi dikehendaki mengangkat pemberat 1 kg juga dan dijulang ke atas sebanyak 10 kali selama 10 saat untuk tangan kanan dan kiri. tujuannya supaya otot tangan ummi kuat agar jika ummi terduduk dilantai, ummi tahu teknik untuk bangun semula. Ini kerana kedua-dua sendi lutut yang jalani pembedahan tidak lagi boleh membengkok untuk ummi berdiri dengan sendirinya. Ummi perlu gunakan otot tangan untuk angkat badan ummi dari lantai dan mencari kerusi untuk duduk. Dah cuba untuk julang badan, tetapi belum berjaya capai ketinggian yang dikehendaki.
1 jam ummi jalani latihan petang semalam tu. Latihan akan berterusan mengikut level, agar semua yang dipelajari dapat digunakan sebaik mungkin. Selepas pembedahan ini, ummi perlu bijak menjaga implant yang ada dikedua-dua sendi kerana implant ini mempunyai jangka hayat tersendiri. Selalunya jangka hayat implant ini sekitar 15 tahun, kiranya tidak berhati-hati mungkin jangka hayat berkurang dan pembedahan penggantian implant akan dilakukan lagi. Ini yang yang ummi elakkan jika Allah kurniakan ummi usia yang panjang. Sekarang usia ummi 45 tahun + 15 tahun = 60 tahun, takutnya jika usia belum 60 tahun ummi perlu jalani pembedahan lagi.
Rasanya tidak sanggup lagi ummi melalui pembedahan ini lagi. "Ya Allah, bantu hamba MU yang lemah ini, aku tidka berdaya lagi jika teruji lagi untuk jalani pembedahan begini. Kesakitannya hanya Engkau yang mengetahui."
Selepas 1 jam, Ariff sorong ummi balik ke wad untuk bersolat asar. Selama Ariff menemani ummi di wad, Ariff tahu batas-batas mahram walaupun dia baru convert sekitar 3 tahun. Ummi tanya Ariff di mana dia belajar semuanya ini. Dia kata , dia belajat di surau-surau, belajar berguru dengan imam dan ustaz-ustaz selain membaca buku-buku agama.
Oleh kerana ummi ditempatkan di bilik satu katil pesakit, sepanjang hari Ariff menjaga ummi, dia tidak duduk di dalam bilik ummi, dia cuma duduk di sofa di balkoni sahaja. Bilik ummi ini ada balkoni. Balkoni ini terbuka kepada pandangan umum. Ada pintu untuk melihat keadaan ummi jika ummi memerlukan pertolongan. Pada waktu malam, zauj datang tidur sebilik dengan ummi, dan Ariff hanya tidur di balkoni saja. Begitu sekali Ariff menjaga hubungan mahram dengan ummi. Menjaga mata dan menjaga aurat. Lagi pun bilik ummi ini sentiasa di masukki oleh jururawat dan pekerja pembersihan.
Setiap waktu solat, Ariff akan ke surau atau masjid untuk solat berjemaah, selepas itu terus makan di cafe berhampiran kawasan hospital. Selesai solat dia akan kembali ke bilik untuk membantu ummi sekiranya ummi memerlukan pertolongan dari segi makan dan minum. Jarang kita jumpa komitment seorang anak muda menjaga solat berjemaahnya. Ariff sendiri bercerita, selama dia convert ini, amat jarang dia solat bersendirian, sentiasa berjemaah di surau berhampiran rumah/bengkelnya di Bangi. Sekiranya dia tidur lewat kerana bekerja hingga lewat malam, dia akan tidur di surau, takut jika tidur di rumah, terlepas solat subuh berjemaah. Begitu sekali dia menjaga solat jemaahnya.
Sebenarnya pertemuan ummi dengan Ariff memang tidak disangka-sangka. Seperti mana ada kiriman respon ummi di Halaqahnet bertajuk, "Khabar dari Wad Othopedik (bilik 22,Wad Kelas 1",
Rupanya Allah telah mengerakkan hati Muhammad Ariff Ong Abdullah untuk datang dan menemankan ummi di wad, tanpa ummi sangka. Selama 3 hari Muhammad Ariff Ong Abdullah menjaga ummi, sehingga petang semalam ,selesai latihan fisioterapi ummi, barulah Muhammad Ariff Ong Abdullah balik ke Bangi. Dan malamnya anak ke 4 ummi, Amiratun Nazihah sampai untuk menemankan ummi di wad ini .
Sebenarnya ramai insan lain yang berhati mulia,tetapi kerana beberapa kekangan maka terhalang untuk berbakti kepada insan lainnya. InsyaAllah mungkin suatu hari nanti mungkin kita juga akan mendapat nasib begini dan mengharapkan bantuan seseorang. Sebab itu jangan kita lokek untuk meluangkan masa berbakti kepada sesiapa pun.
Kenapa keyakinan ummi tinggi terhadap pertolongan Allah? Sebabnya ummi yakin dengan janji-janji Allah, jika hari ini kita membantu seseorang suatu hari nanti,Allah akan membantu kita semula.
Bukan untuk riak atau bangga diri, tetapi untuk memberikan iktibar dan pengajaran kepada pembaca budiman. Suatu ketika dahulu, ummi mempunyai seorang kawan yang sakit kanser paru-paru dan terpaksa menerima rawatan di hospital , tinggal di wad perubatan wanita. Anak-anaknya lebih kurang anak-anak ummi, masih kecil dan belajar jauh di Kelantan. Ibunya telah tua dan uzur untuk menemaninya di wad. Sedangkan dia tidak boleh berjalan.
Ummi minta izin dengan zauj ummi untuk menjaga kawan tu. Setiap hari, selepas waktu asar, ummi akan ke wad itu untuk bermalam menemaninya. Pagi esoknya, jam 5:00 pagi ummi akan balik ke rumah untuk bersiap-siap pergi kerja. Begitulah rutin ummi setiap hari selama lebih kurang 1 bulan.
Semalaman ummi di wad akan membantu kawan ni dalam pengurusan istinjak dan taharah. Dia tidak mahu memakai 'lampin pakai buang' dan membantu berwudhuk. Selalunya orang sakit, tidak dapat tidur dengan lena di malam hari,maka ummi akan duduk disisinya berbual-bual atau bercerita. Ummi sediakan diri untuk mendengar cerita dan kata-kata pesanannya. Lebih satu bulan ummi menemaninya hinggalah, meninggal dunia. Sebelum koma, detik-detik akhir dia adalah bersama ummi.
Petang itu, dia minta diwudhukkan untuk bersolat asar dan seterusnya solat maghrib. Selesai solat maghrib, dia minta ambilkan surah Yassin yang tulisannya besar, mahu membaca sendiri walaupun matanya sudah kabur. Jangkitan kuman oleh sel kanser telah merebak ke otak dan matanya telah kabur. Selesai membaca yassin, bersolat isya'. Selepas itu, dia pun lena di sisi ummi. Kiranya lena nya itu terus menjadi 'koma' dan berpisah jasad dan roh 3 minggu kemudiannya. Itulah kenangan ummi menemani kawan sakit yang bukan ada hubungan saudara-mara selain ikatan persahabatan dan ukhuwwah islamiyah semata-mata. Islam itu cantik dan indah jika kita ingin mengindahkan nya.
Terima kasih zaujku yang faham keinginan diri ini suka berbakti kepada masyarakat. Sebab itu, tiap kali ummi pula sakit dan ditempatkan di wad, ummi tidak pernah memikirkan siapa akan temankan ummi kerana yakin janji-janji Allah jika apa yang telah kita lakukan sekiranya ikhlas,akan dibalas juga semasa di dunia ini. Ini yang ummi didik kepada anak -anak ummi agar suka berbakti, menolong sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tanpa mereka pinta. Kita yang menghulurkan dahulu, kerana ada jenis orang yang segan untuk menyatakan hasrat atau pertolongan.
Apa sahaja keinginan kita untuk berbakti akan terlaksana jika mendapat sepenuh sokongan dari keluarga dan paling utama ialah suami. Kunci segalanya adalah keizinan suami.
Sekian entri ummi hari ini, rajin-rajinlah berbakti kepada insan-insan yang memerlukan tanpa dipinta. Khidmat dan bakti kita itu dipandang Allah sebagai suatu ibadah dan akan dihisab di Padang Masyar nanti.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
ummi..semoga sentiasa dalam rahmat Allah...nisa doakan ummi akan sihat sepenuhnya dan dikelilingi oleh orang2 yang menyayangi ummi....sedih nye saudara ariff dr bangi boleh dtg..nisa kt bangi ni langsung xdpt dtg..maaf ummi...nisa hanya dapat kirimkan doa dan salam sayang dari sini...
ReplyDeleteTak apa nissa, insyaAllah nissa akan diberikan oleh Allah kelapangan di waktu lain pula. Terima kasih doa nissa. semoga segala urusan hidup nissa dipermudahkan oleh Allah.
ReplyDeleteInsan ini amat mulia di sisi Allah. Permata dalam lumpur yang tetap berkilau sinarnya walaupun terperuk di lubuk yang dalam.
ReplyDeleteTidak mungkin ada penggantinya kerana hanya dia yang Allah anugerahkan untuk menjadi anak selamanya dunia dan akhirat.